Rabu, Jun 14, 2006

COPA DEL MUNDO

Tok Rimau bersedia dengan kuaci di depan TV jam 3 pagi. Dia sudah kawal mindanya untuk perlawanan tumpuan pagi ini: Brazil lawan Croatia.

6 jam sebelum itu dia main futsal 10 minit di Larkin, depan kilang cokelat Apollo. Main 10 minit, lelahnya macam macam main 90 minit campur masa tambahan sudden death. Tercungap-cungap menagih O2 dan H2O. Tok Rimau berhenti main sejurus berjaya menyumbat 1 gol dengan kaki kirinya.

Bermain dengan pemuda-pemuda dari Gen2club.com buat dia rasa tua. Tua amat. Pun begitu, di gelangang sebelah adalah pemudi-pemudi pasca Gol dan Gincu sedang mengilai-mangilai dan terkedek-kedek dalam t-shirt ketat cuba menonjol bola.

Melantun-lantun, bulat. Hi hi hi. Bolanya.

Ini buat Tok Rimau rasa muda. Muda amat.

(Aku tahu kalian suka halatuju cerita ini tetapi aku terpaksa menghampakan kalian.)

Kembali ke 3 pagi. Mental Tok Rimau sudah bulat, sebulat, bola untuk menonton pemain-pemain hebat dari dunia ketiga beraksi. Wisel permulaan pun berbunyi.

TV mengelecek bantal, tergelincir di liur basi. Suara gegak-gempita dengkur memenuhi ruang. TV terus menyerang. Tok Rimau kecundang.

TV 1 - Tok Rimau 0

Waaa! Waaa! Waaa! (Afimon menangis minta susu.) Sedar-sedar, perlawanan sudah tamat. Statistik perlawanan sedang dipaparkan di kaca TV.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The best of the web. The oscars of the Internet: Webby Awards.
Monolog bapa yang satu lagi: Bluehikari.

IKLAN INI BERBAYAR (DENGAN AIR LIUR)

10 ulasan:

rasso berkata...

kecundang di depan LT...
biar menyiapkan coding....

dugongsenyum berkata...

alarm henpon aku tak sekuat tangis baby aku laa..

ontahsapo berkata...

masuk ni aku pun dha tewas...TV 4 Aku 0...

sinaganaga berkata...

Rimau,
Ha ha.

Unknown berkata...

POOOOYO! konon semangat nak tgk brazil ceh! main futsal bagai konon nak amik semangat WC la yek. last2 tv tgk TOK baru betul he he he.

Rie berkata...

hahaha. bola memang bulat. sebulat...

Romantis Selatan berkata...

TV itu pakai elektrik sebagai sumber tenaga, Tok Rimau patut minum Power Root supaya dapat mengalahkan TV itu 9-1.

Lan Rambai berkata...

Tok Rimau terkenang bola-bola dalam t-shirt ketat sampai terlena di depan Ronaldo boroi itu...

Ron97 berkata...

afimon,
tahu menangis pada masa yg tepat

BooK berkata...

bola bola bola bola bola

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...