Khamis, Mac 30, 2006

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Pepatah India mengatakan undang-undang itu seperti kamar gelap. Jika engkau sudah biasa dengan bilik itu, engkau akan tahu selok-belok laluan dalam kamar itu. Jika engkau tidak biasa, selalulah engkau terlanggar tiang atau tersandung bendul. Benjol-benjol jadinya.

Kita. Engkau dan aku. Terima saman majlis bandaran kerana salah letak kereta sahaja sudah mengelabah. Tauke restoran sewenang-wenangnya letak kerusi meja di tempat letak kereta tanpa takut dengan undang-undang. Itu belum cerita jenayah besar seperti membuang bahan berjadual dan memotong balak di hutan simpan. Macam mana mereka boleh terlepas dari undang-undang? Adakah mereka tahu selok-belok laluan dalam kamar gelap itu? Di mana mereka belajar?

Anak saudara aku kata dia tamat belajar undang-undang di Pontian.

"Aku tidak tahu ada sekolah undang-undang di Pontian." Aku

"Ada. Kat Sekolah Memandu Pontian. Undang-undang jalanraya." Dia.

Terkena aku. Mati-mati aku ingat dia sudah boleh jadi majistret tadi.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Seminar Pencinta Buku- Percuma

Rabu, Mac 29, 2006

BLOG DALAM PENDIDIKAN



Tajuk Ceramah: Ada Apa Dengan Blog?
Penceramah: Tok Rimau
Pusat Kegiatan Guru Bandar Pontian
Pontian, Johor.
29 Mac 2006

Sekarang projek Schoolnet sudah dilancarkan, banyaklah blog berkenaan alam pendidikan. Mungkin metodologi pembelajaran boleh menjadi lebih berkesan dan interaktif. Seronok untuk guru dan seronok untuk murid-murid.

Pun begitu, sedikit seruan untuk semua. Prasarana ini sepatutnya memudahkan kerja guru. Bukan menambahkan lagi beban atas bahu mereka.

Ahad, Mac 26, 2006

PELAMPUNG

Baca karangan di bawah dan jawab soalan berikutnya:
Aku nampak pelampung di atas tilam sebelah Afimon. Di sebelah bedak dan bungkusan lampin.

"Nak bawa budak ni pergi piknik ke? Kan kecil lagi budak tu untuk dibawa masuk ke dalam laut."

"Ini petualah. Untuk ibu-ibu yang sakit punggung selepas melahirkan, amalkan duduk atas pelampung," kata minah cun yang mengorat aku. Dia senyum sambil melabuhkan punggungnya di atas pelampung.

"Brilliant! Siapa yang mula terfikir petua ini agaknya? Abang fikir petua ini juga bagus untuk orang yang ada bisul bontot, ada buasir kronik dan sakit pinggang dimamah usia."

"1 April nanti abang nak ke Kuala Lumpur, letak la satu atas seat driver. Pilih pelampung yang ada gambar Pooh the Bear."

Aku menggaru kepala. Menimbang cadangan minah cun yang mengorat aku.

"Malu la. Nanti ditanya polis di road-block. Apa helah bela diri abang?"

"Kuala Lumpur sekarang selalu banjir kilat. Sedia pelampung sebelum hujan." Kata minah cun melengkapkan hujahnya. Dia membetulkan kedudukan lalu mengangkat Afimon ke riba untuk disusukan.

Aku pun masuk ke stor mencari pelampung Pooh the Bear.


Soalan Kefahaman:
Apakah penyakit yang dihidapi oleh Tok Rimau?

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Aku bukan penulis generasi baru dengan angst yang membuak. Mungkin mereka ini iya.
Launching Suarasuara
Venue: Dewan Tun Razak, Putra World Trade Center (PWTC)Date: March 28, 2006
Day: TuesdayTime: 2:30pm
Read more.

Khamis, Mac 23, 2006

10 MUKA PENUH KOMIK



Ayah Kita Bos memperuntukkan 10 mukasurat khas untuk entri blog yang dikomikkan. Antara pelukis jemputan yang menyumbang adalah kartunis pujaan aku, Zunar dan isterinya. Di atas adalah contoh satu dari babak entri blog yang dikomikkan. Hari ini dikomikkan, esok mungkin diwayangkan. Mungkin.

...........................................................
BERCAKAP DENGAN JIN
Ali yang berdaulat & Khalwat yang pegawai,
Tamar Jalis buat aku menanam cita-cita menjadi dukun.

Tini yang dewi,
Jangan la panggil Tok abang. Berdiri bulu roma seperti ditegur pontianak.

Ron yang naik harga,
Sasaran utama bukan kuantiti tapi kualiti kultus. Ye ye ooo je.

Hitam yang ungu & Dark yang ampo,,
Aku tunggu-tunggu juga Bercakap Dgn Jin The Movie.


Abdullah yang Jones & Tujuh yang lamanenam,
Mona apa? Aku terlalu muda untuk tahu buku itu.

Gading yang Galuh,
Jika nampak ular. Lari setempat je. tak penat.

Bta,
Kau ketawa atau mengilai tengah malam buta itu?

Basri yang dugong,
Aku dah mula merangka kertas kerja. Kertas tu je yang kerja, aku goyang kaki.

Rabu, Mac 22, 2006

MIMPI TOK RIMAU

Walaupun banyak buku hantu dalam pasaran, Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis tetap nombor satu bagi aku. Hampir semua generasi sezaman dengan aku kenal Bercakap Dengan Jin. Dalam mimpi aku, aku mahu Ayah Kita Bos memberi impak yang sama macam Bercakap Dengan Jin.

Aku juga bermimpi Ayah Kita Bos jadi macam buku Permata Yang Hilang. Naga kata kepada aku:

Kuala Lumpur. Permata Yang Hilang tidak dibeli orang lagi. Semua lelaki warga kota sudah memilikinya. Alahai. Kuala Lumpur.



Itu kata Naga kepada aku. Kalau dia tipu aku, aku pun tipu kalian.

Jumaat, Mac 17, 2006

PERINGATAN

"Lama tidak nampak? Ingatkan dah pindah rumah."
 
Bisa. Bisa. Bisa.
 
Ish. Kalau orang lain menegur aku seperti ini, tidak mengapa. Kalau dia... jangan. Kalau esok aku pejam, dialah yang di hadapan sekali berdiri tegak di kepala aku.
 
Aku tersipu-sipu mencari alasan.
 
"Tak ke mana-mana Pak Imam. Saya ada sini. Belum pindah lagi. Cuma balik kerja lambat." 

Selasa, Mac 14, 2006

SURAT KHABAR LAMA

rain-rain in the mountain

Permainan merebut kedudukan di atas sekeping kertas surat khabar lama ini amat gamat. Setiap kali muzik dihentikan, pemain perlu berlari ke tengah gelanggang dan memijak sekeping kertas suratkhabar. Kertas ini dilipat menjadi lebih kecil setiap kali satu pusingan baru dimulakan. Mereka yang gagal mencari kedudukan dalam kertas disingkir dari permainan.

Permainan ini lebih kurang macam Musical Chair. Dulu aku kerap menggunakan kerusi plastik sebagai alat permainan tetapi banyak sangat kerusi yang patah dihempap punggung.

Isnin, Mac 13, 2006

SEKUEL DONGENG

Entri hari ini aku dedikasikan untuk guru-guru bahasa dan sastera seluruh dunia. Simpan buku teks dan perancangan pelajaran kalian dalam laci bilik guru. Gunakan aktiviti berikut untuk minggu depan.

1. Bahagikan pelajar kepada 10 orang dalam satu kumpulan.
2. Dalam masa 1 jam, setiap kumpulan mestilah merancang sebuah drama pendek/ sketsa.
3. Sketsa itu mestilah tidak melebihi 7 minit ketika dipersembahkan.
4. Tajuk sketsa adalah sambungan cerita-cerita dongeng terpilih. Contoh: Cinderella II, Red Riding Hood II, Mat Jenin II dan Pak Pandir II.

Guru mundar-mandir sekitar kelas ketika pelajar seronok berbincang merancang plot dan watak selama 1 jam. Bila masa tamat, persembahan dimulakan. Jangan benarkan pelajar bawa kertas skrip atau nota ke 'pentas.' Persembahan secara spontan berdasarkan plot yang longgar adalah lebih menarik. Selamat mencuba.

----------
Contoh plot dari Darjah 3 Hitam:

Snow White II
Salah satu dari tujuh orang kerdil telah mengambil biji epal dari sisa epal beracun yang dimakan oleh Snow White. Epal itu disemai dan berbuah lebat kemudiannya. Epal itu diberinya kepada enam orang kerdil lain. Tertidurlah semuanya dalam tidur yang tidak berpenghujung. Tinggal satu orang kerdil sahaja. Dia sangat jahat. Dia memohon dari cermin ajaib agar menjadi tinggi dan kacak. Cermin ajaib makbulkan satu permintaan sahaja. Dia menjadi kacak tetapi tidak tinggi. Cermin ajaib mengarahkan dia untuk berdiri di atas kerusi jika masih mahu tinggi.

Malangnya ketika dia membuat cubaan mengorat Snow White, Putera Charming telah memecahkan cermin ajaib. Orang kerdil itu kembali tidak kacak dan mati tanpa sempat mengucap.

Pun begitu, suasana di istana masih panik kerana enam orang kerdil lain masih belum dirawat. Snow White cuba menyelamatkan orang kerdil yang enam dengan mengucup mereka tetapi kucupan Snow White tidak ajaib. Justeru, Putera Charming juga terpaksa melakukan rawatan tradisional itu. Ha ha ha Uwekkkkk. Geli oiii. Mereka sembuh semula. Kini Snow White bersendirian di istana dan Putera Charming tinggal bersama 6 orang kerdil bahagia ke akhir hayatnya.*


Apa pengajaran yang kalian boleh buat dari cerita ini?
..................

*Abaikan perenggan akhir contoh. Langsung tidak selari dengan dasar pendidikan negara.

Khamis, Mac 09, 2006

AKU NAK DUIT AKU BALIK



"Polisi syarikat kami tidak membenarkan penukaran barang dengan wang. Encik boleh tukar kasut ini dengan kasut lain." Dia menutup pintu perbincangan.

"Engkau dah jual kasut kokak pada aku, sekarang engkau nak suruh aku ambil barang kokak lain pulak. Kasut ini tidak sempat tengok gelanggang lagi tau. Baru nak sarung, dah ternganga tapaknya. Pakai gam kanji gamaknya kasut ini." Aku meninggi suara.

"Polisi syarikat kami tidak membenarkan penukaran barang dengan wang. Encik boleh tukar kasut ini dengan barangan lain." Dia ulang sekali lagi.

"Aku bukan kerja dengan syarikat engkau. Aku peduli apa dengan polisi syarikat engkau. Cis! Jual kasut pirate tapi pamerkan sebagai original. 50% off konon."

"Polisi syarikat kami tidak membenarkan penukaran barang dengan wang. Encik boleh tukar kasut ini dengan barangan lain." Kali ini lebih tegas.

"Engkau dengar sini polisi aku pulak. Kalau engkau tidak pulangkan duit aku, gambar kedai engkau, gambar kasut ini dan engkau-engkau sekali akan keluar dalam Internet. Biar orang boikot syarikat engkau dan 20 lagi cawangan engkau serata Malaysia."

"Kita boleh bincang encik. Ini saya kembalikan duit encik, RM129." Dia menjadi sopan secara mengejut.

"Huh." Aku mendengus.

Rabu, Mac 08, 2006

AMPAI FLAT BUKIT CHAGAR

Ampai Flat Bukit Chagar
Emak jemur kain tidak kering-kering. Air dari kain-kain basah dari ampai tingkat 10 hingga 16 menitik-nitik atas kain kami.

Kadang-kadang ada orang dari tingkat atas ketuk pintu. Dia mahu ambil kain batik dia yang jatuh dan tersangkut atas ampai kami.

Ayah pasang soyok zing atas ampai kami. Kini kain kami tidak kena air dari atas lagi.

Kadang-kadang batik orang atas jatuh atas soyok kami. Dia kena pergi tingkat 10 untuk kait kain batik dia. Itu pun kalau dia sedar itu kain batik dia.

Ada orang buang puntung rokok dari tingkap. Jatuh atas kain batik kering di atas soyok zing kami. Soyok kami bocor di sana-sini dimamah haba dan karat.

Emak jemur kain tidak kering-kering. Air dari kain-kain basah dari ampai tingkat 10 hingga 16 menitik-nitik atas kain kami.

Isnin, Mac 06, 2006

SATE VS SATAY

Makanan kegemaran atok saya adalah nasi goreng.

Begitulah salah satu ayat yang ditulis oleh Sarahmon dalam buku karangannya.

"Atok suka makan sate la." Aku cuba perbetulkan.
 
"Tahu. Tapi cikgu kata kalau tidak tahu ejaan sama ada sate atau satay, pilih makanan yang senang dieja."
 
"Sarah tahu eja sizzling yee mee tak?" Aku menyebut makanan kegemarannya.
 
"Tak kira! Nak juga. Nak juga."
 
"Tidak boleh. Pilih yang senang eja sahaja." Aku sengih.
 
 
 
.............................................
 
Kerajaan dan pembangkang berhak mempunyai pendapat yang berbeza tetapi mereka juga berhak untuk bersetuju antara satu sama lain. Berita Harian pernah puji blogger, Suara Keadilan pernah puji blogger. Kami menyatupadukan rakyat! Ha ha ha!
 
 
 
Selain Sinaganaga, blog yang 'wajib' dibaca ialah blog Tok Rimau, dan Abdullah Jones; yang mempunyai keistimewaan tersendiri.Seperti rancangan realiti TV, kita jadi ketagih.


~Petikan kata-kata Alin dalam Kolum Sastera dan Budaya.
Suara Keadilan 2 - 16 Mac 2006

Jumaat, Mac 03, 2006

BOS ORANG LAIN

Mesyuarat dimulakan dengan taklimat dari bos. Berdesing telinga bila bos mula membebel tentang kehadiran dalam mesyuarat. Pot pet pot pet pot pet pot pet. Ahli mesyuarat memandang sesama sendiri selepas 45 minit berlalu.

Seorang staf memberanikan diri untuk angkat tangan. Bos berhenti pot-pet untuk ambil nafas dan beri laluan kepada staf itu.

"Bos, kami yang hadir ini sentiasa tepat pada masa. Tidak pernah ponteng. Orang yang bos marahkan tidak hadir hari ini."

Bos menggaru kepala. "Okay la. Tanpa membuang masa, kita pergi ke agenda pertama."

p.s.
Bukan bos aku. Bos orang lain.

Khamis, Mac 02, 2006

AMBIGUITI ANTARA KURSUS

Semangat asabiah pelajar terhadap kursus masing-masing amat kuat. Penyedari hakikat ini, satu kelab dalam kolej akan menganjurkan sukan antara kursus. Bagi mendapatkan penyertaan ramai, satu kain rentang digantung di depan fakulti di kawasan sesaknya trafik. Tajuk besar atas kain rentang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tajuk ini menarik perhatian ramai.

INTERCOURSE SPORT FIESTA


Kelab itu tidak tahu kesilapan mereka sehinggalah aku suruh seorang pelajar dari kursus TESL menelefon nombor penganjur yang tertera. Sambil menahan ketawa, pelajar TESL itu menyatakan bahawa dia amat berminat untuk ambil bahagian dalam pesta sukan yang diiklankan.
................

Main Entry: in·ter·course
Pronunciation: 'int-&r-"kO(&)rs, -"ko(&)rs
Function: noun
1 : connection or dealings between persons or groups
2 : physical sexual contact between individuals that involves the genitalia of at least one person

Merriam-Webster's Medical Dictionary,

................

LAWATAN BELAJAR
1. Murid-murid Akademi Juring sudah mula bersilat.
2. Senarai panjang Designers who Blog.

Rabu, Mac 01, 2006

TEMPAHAN ONLINE AYAH KITA BOS

AYAH KITA BOS oleh TOK RIMAU dan SINAGANAGA

RAHSIA JUTAWAN KARYAWAN INTERNET TERBONGKAR. Mereka telah membukukan hasil tulisan mereka. Dapatkan segera. Sila buat tempahan buku secara online.

Untuk pembelian satu buku AYAH KITA BOS :
Deposit RM23= RM20 (buku) + RM3 (Pos Ekspres)
Bank Bumiputera Commerce Bank (BCB).
---SOLD OUT---


Sila maklumkan butir berikut transaksi selesai via e-mel harimauj[at]yahoo[dot]com atau sms 012-736 7772.
Nyatakan butir transaksi: Lokasi, Tarikh, Masa, Nombor Transaksi. Simpan slip deposit sebagai rujukan pembeli.
Nama Penuh:
Alamat Penuh:
No. Telefon:


ULASAN PEMBACA ::::::::::::::::::::::::
Dari Berita Harian 20/4/2006. Bahagian Sastera. Dunia Buku.
BUKU-Blog, Ayah Kita Bos, ...menghimpunkan petikan tulisan dalam blog mereka seputar pengalaman hidup dan pandangan kritis terhadap tingkah laku masyarakat dengan nada humor lagi sinis. (Bab) Hijau Pucuk Pisang menghimpunkan catatan Sinaganaga mengenai kisah anak setinggan manakala (Bab) Merah Jambu pula mengenai keluarga Miyuki yang menjadi keluarga angkat di Jepun, mampu menggeletek hati pembaca. (Bab) Taring berbentuk kritikan sinis, menceritakan pengalaman di perumahan flat kos rendah dan pandangan sepintas lalu mengenai politik serta sosial manakala Misai pula menampilkan kisah perhubungan bapa-anak dengan menyelitkan unsur psikologi yang menggelikan hati.Buku setebal 160 halaman dan berharga RM20 senaskhah ini yang turut diwarnai dengan komik romantik komedi pasangan Ajan dan Rima...

REDBEANBUN kata
Balik dari Laman Seni. Itu hari. Setiap 5 minit, aku 'lonjat-lonjat'. Dalam kereta.

"Yeay yehhh dapat jumpa Tok & Naga! Yeayy yehhh dapat jumpa Tok & Naga!"

Suami aku. Tumpang gembira!
Betul, tak tipu!

Macam dalam cerita omputeh tu. Pasangan-pasangan romantis. Read to each other romantic stories. From romantic novels.
Aku. Bacakan suami aku. Cerita-cerita dari Ayah Kita Bos. Sambil kami kekek-kekek ketawa. Sambil suamiku membawa mobil.
Romantis!

Esok paginya di meja sarapan. Di tepi kolam renang kondo. Aku masih lagi terkekek-kekek ketawa. Membaca Ayah Kita Bos.
Aku syak. Suamiku ada sedikit cemburu. Kerana pagi itu dia. Dah tak tanyakan apa yang aku gelakkan.
Tapi tiba-tiba, dia bersuara perlahan.

"Abang pun ingat nak buka blog lah...".

Aku. Tersenyum di sebalik buku.
Betul, tak tipu!

.....eh apa hal ni... aku komen dalam blog Tok ikut cara Abg Naga tulis plak. Ish, berantu betul dude-dude ni.

MAR kata...
Tok, tadi saya pergi Laman Seni beli Jongkang Jongket & Ayah Kita Bos. Mat Jan sain-sain atas buku. Tok sain-sain atas buku.Encik Naga sain-sain atas buku. Saya seronok sampai rasa nak lompat-lompat.

ESIS kata...
aku demam hari ini. tidak tahu kenapa. aku gagahkan diri untuk ke tempat kerja. hanya satu. semata-mata untuk update blog aku ni. tapi aku kerja. betul.

begini ceritanya. selama lapan jam aku menahan perut, menahan emosi kerana mentelaah sebuah kitab. ya, kitab Ayah Kita Bos, semalam. hari ini aku demam. gangguan emosi, aku fikir.

cis! tulisan aku pendek-pendek. terpengaruh tok naga ni.

emosi aku terganggu, tidak tahu arahan mana harus aku ikut. tok naga atau tok rimau. aku fikir jika orang lain pun begitu juga. kedua-dua mereka menggunakan teknik propaganda jenis "Intentional vagueness" iaitu:

"Perkara dan isu umum yang sengaja dikaburkan maklumatnya supaya audien boleh memberikan tafsirannya sendiri. Ini adalah untuk mengelirukan audien dengan menggunakan ungkapan-ungkapan yang tidak tertakrif. Tanpa teranalisis kesahan tindakan mereka oleh audien, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan terhadap permintaan mereka itu. Keadaan ini akan menyebabkan audien memberi tafsiran mereka sendiri. Oleh itu, dalam percubaan untuk "mencipta" propaganda, audien akan membuat penghakiman terhadap idea-idea yang disampaikan oleh mereka."

cuba anda fahami kata-kata propaganda yang mereka tulis dalam autograf mereka ini dalam buku saya.

"baca dengan tertib. jangan gelojoh." - tok rimau
"esis, terus baca! baca terus! tabik." - tok naga

aku confuse! lalala. seorang jangan gelojoh, seorang baca terus! tapi tanpa prejudis aku dah habiskan buku Ayah Kita Bos. yeh! sebenarnya yang paling penting ialah apabila aku baca buku ini. aku dapat menganjakan paradigma pemikiran aku. rupa-rupanya pengalaman hidup sangat menarik apabila di baca semula. bukan hanya pengalaman tetapi pemerhatian hidup juga penghargaan hidup. inilah kekuatan blook ini. segalanya di garap dengan penuh kreatif serta menghiburkan. walaupun ia coretan sedih mereka. lalala.

coretan tok naga. menggunakan "kaedah warna" dalam pembahagian setiap bab. hijau, merah, ungu dan biru. setiap warna melambangkan kehidupan suka dukanya dalam persekitaran hidup yang berbeza. paling aku suka bab merah jambu, ketika beliau bermusafir (?) di Jepun. artikel yang paling aku ingat ialah tentang magis emak mayuki. aku terfikir nak buatlah magis ikan kembung tu. aku nak lawan tok naga. mesti aku punya magis menjadi.

coretan tok rimau. menggunakan keindahan tubuh badannya dalam pembahagian artikel. ekor, taring, misai dan kuku. walaupun ia bahagian kecil pada tubuh badan dan kurang penting, tapi tok rimau berpendapat agak aneh. sukahati kau lah eik. antara artikel yang aku ingat ialah motor tong. hingga kini aku cuba imaginasikan repa motor tong itu. namun antara tulisan yang aku ingat ialah kata-kata Jimson @ Sulaiman; "untung orang muslim boleh menemui penciptanya 5 kali sehari." "kalau presiden atau jutawan, sorry la nak jumpa dia. sekali sepanjang hayat kita pun belum tentu, kalau tiada kepentingan." kata tok rimau pula.

ARF ZENZ kata...

Chicken Soup for The Soul. Malay Edition.
Reading Chicken Soup for The Soul is one way to make you feel good. Among Chicken Soups that I have read so far are:

Chicken Soup for
1. The Teenage Soul
2. The Girl’s Soul
3. The Romantic Soul
4. The Couple’s Soul
5. The Writer’s Soul
6. The Teacher’s Soul
and a whole lot of other souls. Hehe

Another book that is similar to Chicken Soup is a new book that I've read titled ‘Ayah Kita Bos’. I like to refer this book as the Malay version of Chicken Soup. I personally love this book because it makes me smile, laugh and think about things that occurs around me in a different perspective. Luckily, my friends did not report me to Hospital Bahagia for creating non-stop annoying giggling sounds in the middle of the night. They just dropped by my room by peeking through the door with a confused face wondering about the book that I was reading what is so funny about it. All I said is that you will know when you read this book. I continued to read. I ‘khatam-ed’ reading the book twice from front to back cover. Friends started to read the book too. I heard giggling sounds along the corridor. I think I know why. I smiled and went back to my room.

The authors of the book really know how to put things in perspective. They write about life. Not the ordinary rambling writings of life but about life in general, in an interesting point of view. Writings by Tok Rimau are straightforward direct and digestible. It is easy to understand, but in some entries, you might have to think beyond the lines to interpret the meaning. The writings are like magic wands, sparkling through every flip of the page. Sinaganaga’s writing is more of a dialogue. He writes in speaking form. He really utilizes the use full stops throughout his writing. I created a technique for my friends to read and understand Sinaganaga’s entries. Lucky that I had acting experience that helped me create this technique. It is called ‘Teknik Satu Nafas’ (One breath technique). Read by using a single breath. Do not stop at all the full stops. Only stop to take a breath if you suffocate and can no longer breathe properly. Create your own intonation and style by reading the writings like a dialogue. Try it, it is interesting. Other than that, you might need some schemata of Japan when reading some of the entries. Try memorizing the map of Japan and learn more about the Japanese culture. Then you will know why certain things are widely available at Japan. That was just an example.

This is only my personal review. Ayah Kita Bos is my ‘Sup Ayam Untuk Jiwa’. If you think you will like it, then buy it. If not, you can simply navigate away from here.
ONTAH SAPA kata:

Aku sebenarnya terpanggil utk beli buku tu bila aku lawat blog Naga. So aku contact naga, dia lambat reply. Aku contact Tok Rimau, dia reply dgn sms dia. Dia lagi advance dari Naga nampaknya.So aku terus bank in duit dan tunggu. Hari keempat, buku tu sampai. Aku Bukak. Ambik Gambar.Sebagai bukti, nanti Tok kata aku kencing pulak. Aku baru baca page yg Mat Jan tulis tu, anak aku sebuk suruh aku dokong dia. So aku letak dulu. Balik jer bini aku, dia terus sambar buku tu, terus dia yg layan dulu. Sambil dia baca dia gelak sorang2. Semakin memanaskan hati aku.Time dia mandi, aku rembat balik buku tu, terus baca selaju mungkin. Selama cuti yg panjang ni, kami bertukar tgn membaca buku tu. Semalam aku khatam. Bacaan seisi keluarga.Buku ni ....... best! Bagi aku kedua dua pemblog ni mempunyai ingatan zaman kanak dan zaman lepas mereka yg sangat kukuh. Setiap peristiwa diolah dgn cukup detail. Sehinggakan kita merasakan ingin kembali menghayati zaman itu.Tok Rimau lebih kepada kisah kehidupan keluarganya yg penuh dgn kisah hidup masyarakat yg pelbagai warna. Naga pulak penuh dgn cerita zaman mudanya (dah tua agaknya dia sekarang). Namun kedua dua pemblog ini punya garapan tersendiri dlm membawa kisah masing2.Aku tunggu gandingan kedua mereka.Nota Kaki : Sekarang kerana teruja baca AKB, aku beli The Davinci Code, geram punya pasal!!


RAZLIZAHAZLEEN kata
Yeyeyeye..Aku order buku ni ari Isnin..Tu pon lepas 2-3 kali aku tergolek2 bawah meja baca blog Tok RImau & Sinaganaga. Keputusan drastik punyer sbb aku rasa cara diorg tulis ni memang macam cara aku tulis dulu2, masa aku gangster dulu.Tapi skang tidak lagi..huihui..Tapi adalah 2-3 org tanya aku, aper yang ko besh sgt?Ntahlah,tapi yang aku tau masa aku baca buku ni aku gelak sampai kluar air mata terutama masa part Lagu Perut Monyet.Tapi yang tak bleh blah,prakata Mat Jan lagi wat aku gelak sampai mak aku tanya, kena sampuk ker aper nih?Dahlah ari tu mandi bunga, ni tetiba dok bantai gelak guling2 depan tv yang masa tu tengah tayang citer Sembilu Kasih..(mak aku tgk..Aku takk..yeekkk).

Aku dah khatam semalam gak lepas2 dapat tu. Ni nak ulang baca.Giler tul..Memang aku tabik kat Tok Rimau & Sinaganaga.Aku dah lama mencari buku2 yang macam ni.Bacaan ringan tapi padat dan memecahkan hempedu.Bukan majalah picisan yang berlambak2 skang.

Abah aku tanya, buku aper tu, dah dua tiga hari aku dok bertapa depan peti surat umah aku (tok rimau yang suh aku tunggu abg posmen..).Aku cakap kat abah, saper yang gila blog, memang patut ada buku ni.Sama ada aku gila blog atau aku gila skalipun, memang berbaloi aku beli buku ni.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
ATAU UNTUK TEMPAHAN BANYAK Dengan subjek e-mel SAYA MAHU AYAH KITA BOS Sila nyatakan butir-butir tempahan dalam e-mel:
Nama Penuh:
Alamat Penuh:
No. Telefon:
Bilangan buku:



Buatlah tempahan dengan segera sementara stok masih ada.

PEMBELI AYAH KITA BOS JUGA MEMBELI BUKU BERIKUT:

JONGKANG JONGKET (JJ) oleh Mat Jan: RM23.00
e-mel pesanan kepada "Mat Jan" : jongkangz[at]yahoo[dot]com

ZINE SABOTAJ: RM5.00 (SOLD OUT)
e-mel pesanan kepada "op ee": opx04[at]yahoo[dot]com

Harga Perlu Dibayar = Harga buku + Pos

PELANCARAN BUKU-BLOG

Pelancaran Buku Blog


9 pagi - 5 petang.
1 April 2006*. Sabtu.
Laman Seni Kuala Lumpur.

(Jika tidak dapat hadir, sila tempah secara online di SINI. )




AYAH KITA BOS oleh Tok Rimau dan Sinaganaga
Prakata oleh Mat Jan + Entri-entri Naga & Tok Rimau + 10 halaman karya blog berkomik sumbangan kartunis tanahair termasuk ZUNAR dan Isterinya.

JONGKANG JONGKET oleh Mat Jan

ZINE SABOTAJ oleh Op, Jigo dan kawan baru mereka.



AYAH KITA BOS (AKB): RM20.00(Harga biasa) RM17.00 (Promosi 1 April. JIMAT RM3.00)
JONGKANG JONGKET (JJ): RM23.00(Harga Biasa) RM20.00 (Promosi 1 April. JIMAT RM3.00)
ZINE SABOTAJ: RM5.00

Lagi Promosi 1 April-
AKB + SABOTAJ: RM20.00 (JIMAT RM5.00)
JJ + SABOTAJ: RM23.00 (JIMAT RM5.00)
AKB + JJ: RM35.00 (JIMAT RM8.00)
JJ + AKB + SABOTAJ: RM38.00 (JIMAT RM10.00)
Beg plastik percuma untuk setiap pembelian.

Kaedah pembelian secara online akan dimaklumkan kemudian= Harga biasa + Kos Penghantaran.





Tentatif:
8.00 pagi: Buka Gerai
9.00 pagi: Sesi Tandatangan
10.00 pagi: Baca Entri (Rebet RM1 kepada pembeli AKB yang membaca entri)
11.00 pagi: Tayangan Video Air Tangan Geng Jurnal

02.00 petang: Sesi Tandatangan
03.00 petang: Baca Entri (Rebet RM1 kepada pembeli AKB yang membaca entri)
04.00 petang: Forum Perdana: Soal-Jawab bersama penulis
05.00 petang: Kemas Gerai

(Aktiviti akan dijalankan serentak jika perlu)

Pantau Entri ini. Lebih banyak tawaran hebat akan dimaklumkan nanti.
*Jangan risau. Kami tidak sambut April Fool.


Juga dijual. Tanpa Diskaun & Tanpa Beg Plastik. Rm5. Zine Gangguan Teksual 5.

SIARAN ULANGAN/ DEJA VU

Hujah siaran ulangan apabila harga barang naik. Bertenanglah. Harga minyak naik 30 sen seliter tidak membebankan rakyat (Yang kaya raya tidak terbeban. Cuma yang papa puasa sahaja terbeban.) Harga minyak negara kita antara yang termurah berbanding negara jiran (Harga baju dan makanan lebih murah di Thailand. Harga alatan komputer dan kamera murah sedikit di Singapura.)

Aku hanya bisa mengeluh. Tidak boleh buat apa. Kereta aku (dan kalian juga) memang memang ketagihan minyak.

.................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. Pada 11.3.06 bersamaan dengan hari sabtu ini kami [Papakerma] dengan kerjasama Artport, Galeri Shah Alam akan mengajurkan "zine/alternative book fair". Sila datang ke Galeri Shah Alam dengan membawa buku-buku yang ingin dijual/dipamerkan pada 11.3.06 ini. Kami menyediakan tempat menjual buku secara percuma kepada orang ramai. acara akan bermula seawal jam 10 pagi. flyers/maklumat lanjut akan kami sediakan dalam masa terdekat ini di: www.papakerma.com . Pertanyaan: ajukan kepada Dhani di 019 2508857. sekian.terima kasih.

2. Life in the Googleplex photoessay.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin