Jumaat, Jun 29, 2007

ORANG TERTUDUH

Pose Orang Kena Tuduh

Dalam semua gambar di akhbar yang buat liputan Kes Altantuya-Razak Baginda, tertuduh dari Unit Tindakan Khas, PDRM, sentiasa diberi sesuatu untuk menutup rupa mereka. Biasanya baju.

Tertuduh bukan polis biasanya tidak diberi keistimewaan ini. Tertunduk-tunduk mereka malukan kamera. Kenapa polis diberi keistimewaan ini?

Teori 1: Aib rakan sendiri mesti dilindungi. Oleh itu, rakan sekerja mereka membekalkan baju untuk menutup wajah tertuduh.

Teori 2: Jika polis-polis ini didapati bersalah dan disumbatkan ke penjara, mereka pasti akan dipukul oleh banduan lain. Oleh itu, amat perlu identiti mereka dirahsiakan.

Teori 3: Mereka tidak kacak.

Kalau aku tauke baju, Adibas, Pume, Nuke atau Jkong - aku akan taja baju penutup muka itu. Hari-hari masuk suratkhabar tu.

......................................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Rabu, Jun 27, 2007

SINOPSIS

"Kau dah tengok Sivaji The Boss?" tanya aku.

"Best ceritanya. Aku nak tengok lagi," jawab Alwi.

Menurut Alwi, wayang yang dia tonton tu tiada sarikata. Maka, aku pun rasa kurang bersemangat mahu menontonnya.

"Aku pi tengok pun mungkin tak faham. Cuba kau cerita sikit."

Alwi ni dari bangsa Malabar. Dia fasih berbahasa tamil. Dia pun bercerita kepada aku.

Kami bergerak dari markas pergi ke kereta. Pandu kereta dalam 15 minit, sampai ke restoran mamak. Aku pesan roti telur dan kuah kari dan milo o ais. Alwi pula pesan capati.

Kami habis makan dan hisap rokok sebatang, baru Alwi habis bercerita. Sinopsis cerita sahaja dah hampir satu jam.

"Lepas aku cerita ni, tak ada subtitle pun kau boleh tonton," Alwi menutup cerita.

Nasib baik Alwi tidak masukkan lagu dan tarian sekali. Semangat betul Alwi bercerita

Selasa, Jun 26, 2007

GAJI MINIMUM

Negara maju ada konsep gaji minimum. Tujuan utama gaji minimum adalah untuk menjaga kepentingan pekerja. MTUC tuntut tapi kerajaan kata tunggu dulu. MTUC kata dah lewat 8 tahun ni maka mereka pun berpiket.

KUALA LUMPUR 25 Jun – Ahli-ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mengadakan piket secara aman di menuntut kerajaan menimbangkan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta. [Utusan]



RM900 + RM300 = RM1200

RM1200/24 hari berkerja = RM50/hari

RM50/8 jam berkerja = RM6.25/jam*


Aku tidak tahulah samada ini gaji patut atau tidak. Biar ahli ekonomi fikirkan.

Kalau ikutkan tembolok aku memang la aku tidak sokong ada gaji minimum ini. Bila umum gaji minimum, tauke kata kos perusahaan pun meningkat. Dia pun tersenyum cari peluang. Barang naik harga lagi. Siapa yang kena bayar? Pengguna juga.

Tapi, bila memikirkan buruh-buruh yang diperah keringatnya dengan upah yang tidak sepadan, maka aku redha la. Kasihan tu. Kerja banting tulang macam nak mapus, tapi gaji cinonet. Sama-samalah kita basmi kemiskinan. Kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran.

..............
*Inilah kira-kira aku, seorang yang pernah mendapat markah 4/100 dalam ujian bulanan Matematik Tambahan pra-SPM. Harap editor cum auditor aku semak congak-congak ini.

Jumaat, Jun 22, 2007

BONDA

Bila surat aku sampai, mak akan suruh adik baca:

"Kehadapan bonda yang diingati. Semoga bonda sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Anakanda di sini usahlah bonda risaukan, warkah dan kuih raya yang bonda kirim sudah sampai pada 10 hari raya."


.....

Aku tanya dalam kelas, "Siapa pernah tulis surat kepada emak sendiri?"

Tiada yang angkat tangan.

Tiba-tiba seorang budak melaung, "Kami minta duit pakai sms je."

Mmmm.. menulis surat ini seni yang nazak. Aku kira posmen sekarang dah kurang kerja tapi kenapa barisan di pejabat pos sentiasa panjang?

.....

"Walaupun, anakanda memohon kuih samprit, yang sampai adalah kuih sagun. Mungkin tin kuih terhentak-hentak di perjalanan."

Khamis, Jun 21, 2007

CERTOT CINTA KERA




Ida jiran sebelah rumah. Dia dan aku selalu tunggu bas sekolah yang sama.

"Dia kirim salam kat awak," kata Ida mengambil peranan sebagai posto.

Orang Melayu katanya berlapik. Sejak dari kecil lagi, malu nak meluahkan isi hati secara terus terang. Takut jatuh air muka.

"Waalaikumsalam."

Semua remaja faham "kirim salam" dari orang berlainan jantina yang engkau tidak pernah bersembang, walau seharian dalam bas sekolah yang sama, bermakna dia sudah jatuh hati. Pengirim mahu hubungan yang serius. Satu hubungan yang melibatkan engkau kena beli kad setiap 14 Februari.

"Siapa yang bagi salam?" aku tanya Ida.

Ida pun memberi deskripsi budak perempuan yang juga melanggan bas sekolah yang sama dengan kami tetapi dari kejiranan yang lain.

Perbualan itu berhenti di situ. Aku tidak menunjukkan minat.

Kalaulah dia tahu, sebenarnya setiap kali Ida di ampaian menyidai kain, aku mengendap di balik langsir. Tidak berani. Hatta untuk menyampaikan salam.

Selasa, Jun 19, 2007

SUPERSTAR



Bila aku sebut Superstar, kalian mesti fikirkan Dahlan Zainuddin dari Kisah Seorang Biduan. Kalau popular di Malaysia sahaja, belum super lagi.

Jumaat lepas penonton merusuh di Cathay Butterworth kerana kelewatan tayangan filem Sivaji the Boss. Menurut berita, penonton pecahkan 'display' dan mahu bakar panggung. Semuanya gara-gara naskah filem itu lambat sampai ke panggung. Pun begitu, akhirnya mereka tayangkan juga Sivaji the Boss midnight show pada pukul 3 pagi.

Bayangkan 3 pagi tu! Masa untuk tidur menurut P.Ramlee.

Pada hari pembukaannya di Malaysia, Sivaji mengaut RM1/2 juta. Ini baru superstar. Malah atas poster filem, nama pelakon utama ditulis sebagai SUPERSTAR RAJINIKANTH.

Untuk menjadi superstar seperti Rajinikanth, kau perlu memahami jati dirinya. Koreograf prosedur kau memakai cermin mata hitam. Campak rokok kau ke udara dan tangkap dengan bibir. Gores mancis dengan penuh gaya. Cucuh rokok kau.

Penyampaian kata-kata mestilah tajam dan tegas sambil mengacu ke langit jari telunjuk kanan engkau. Setiap gerakan ini mestilah ditemani bunyi kesan khas, "wooosh!"

Dan, engkau mesti makan, jalan dan joget sebagai hero. Pedulikan jika kau hanya memakai dothi, tidak berspandex seperti superhero barat. Kau mesti pakai dothi seperti seorang hero juga. Bela mereka yang tertindas. Perjuangkan kaum yang lemah. Jadilah seorang dewa dan musuh kepada syaitan.

Akhir kata, aku memetik kata-kata hikmat Rajikanth dalam Padayappa apabila menekankan dia tidak seperti manusia biasa yang tidak super, En vazhi thani vazhi ... tadekkathingey! ( Jalan yang aku lalui adalah jalan yang lain dari yang lain... jangan dihalangi!)

Ahad, Jun 17, 2007

SIRI KIRI

Kiri chronicles the trauma suffered by a young girl who witnesses the violent murder of her father and her obsession with revenge.



Copy + paste ke blog anda:

Selasa, Jun 12, 2007

GLOBAL

Rima: Saya sudah kecewa dengan lelaki tempatan. Semuanya tak guna.

Ajan: Jadi awak nak cari lelaki yang bagimana?

Rima: Saya nak cari lelaki Mat Salleh. Lebih romantik.

Ajan: Baguslah. Biarkan kekecewaan awak lebih global selepas ini.

Rima: Jahat!

Isnin, Jun 11, 2007

POLITIK KEPADA SEMANTIK

"Kumpulan P di bawah naungan Datuk M berkumpul secara sulit. Mereka mahu menegakkan Bahasa Melayu. Big isssue ini weh," Naga melapor dari Ibu Kota. Sesekali Naga gaulkan bahasanya dengan habuk-habuk bahasa orang putih.

"Politik kepada semantik. Banyak lagi isu besar lain yang perlu perhatian," aku menjawab menyatakan pendirian non-partisan. Sesekali aku tidak jumpa perkataan Melayu yang sesuai.

"Tu la. Menteri mana tau aku order Maggie dengan air suam. He! He!" sindir Naga. "He! He!" Dia sambung ketawa. Aku tidak tahu sama ada dia ketawa dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.

..........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
SENTUHAN SENI - Perokok yang serius.
IslamicTube atau ArabicTube?

Jumaat, Jun 08, 2007

TERIMAKASEYYY


Bangunan Perpustakaan Awam Selangor dalam Pembinaan



Spyz hantar SMS memberi makluman Alleycats di TV1. Aku pun tekan punat meloncat ke TV1.

Ada rancangan khas mengingati mendiang Loga, salah seorang dari Alleycats. Jika engkau mengeja merujuk kepada yang seorang lagi, jangan letak "s" lagi. Sekarang cuma tinggal An Alleycat.

Rancangan TV yang mengulang-ngulang persembahan si mati tidak akan berlaku jika artis yang mati itu Islam. Lain-lain kepercayaan, lain pandangan mereka terhadap cara menghormati kematian.

Mata aku tertancap (kali pertama aku guna perkataan ini) ke ucapan-ucapan yang dihantar melalui SMS yang tertera di kaca TV. Caj 50 sen dikenakan. Ada ucapan dari orang Melayu dan ada dari orang India. Pertama kali dalam sejarah RTM, nampak negara ini muhibbah. Cubaan-cubaan meletak bangsa-bangsa berlainan dengan pakaian tradisional masing-masing dalam persembahan-persembahan sebelum ini nampak plastik belaka. Jelas sekali melalui ucapan-ucapan SMS itu, peminat tidak nampak warna perkauman dalam Alleycats.

Sesungguhnya pertama kali mendengar lagu-lagu Alleycats di corong radio, ramai yang tidak sedar yang menyanyi itu sepasang manusia gelap berambut afro. Mengikut kayu ukur industri muzik sekarang, tidak cukup pakej. Mungkin pada 1980an, kita mendengar dan menikmati bakat seni dengan lebih ikhlas. Bukan kerana paras rupa. Jauh dari pengaruh puak dan bangsa.

Apabila sekitaran media berubah, sikap pengguna muzik juga berubah. Kita disajikan dengan budaya MTV, Muzik-muzik dan lambakan majalah hiburan yang glossy. Media yang "hiburan-centric" mendedahkan kita kepada gabungan audio dan video. Dan video telah membunuh radio. Pengguna mula menumpukan kepada fizikal luaran mendahului bakat.

Hari ini, aku menunggang mesin masa kembali ke 1980 an. Dalam Kancil, sepanjang perjalanan ke pejabat, aku putarkan CD lagu-lagu popular Alleycats. Terkenang seluar jeans dwi-warna. Merah hati berjahit jalur biru di lutut. Juga corduroy dan tee Snoopy yang sempit. Dan kasut Warrior.

Teringatkan kawan-kawan dan endut-endut lama. Jangan risau, minah cun yang mengorat aku tidak marah kerana dia juga punya memori sendiri. Kami nyanyi bersama, jauh dari polis trafik yang mengawal pitching dan tempo.

"Andainya aku pergi dulu sebelummu, janganlah kau bersedih hati. Andainya aku tiada lagi di sisimu, janganlah kau memencil diri. "

Apa diam sahaja. Jom la nyanyi bersama.
"Bayangkanlah masa-masa bahagia, semasa engkau dan aku, bermesra di langit biru. Di waktu kasih berpadu."

Khamis, Jun 07, 2007

BATIK

"Arwah dulu suka sangat baju batik. Kalau bini baru Pak Lah ni suka baju Hawaii, harus kita semua pakai kemeja Hawaii pulak setiap 1 haribulan," getus seorang pegawai kerajaan.

Rabu, Jun 06, 2007

KUOK LA PULAK

Kedengaran suara berlagu riang.

"Lasinda La Cafe Lasinda
Lasinda La Cafe Lasinda"


Watak 1: Siapa la pulak yang nyanyi lagi kopi tongkat ali tu? M. Rajoli ke?
Watak 2: Taklah. Pak Lah.

"Kuok La Pulak!"


......................
Saya sekeluarga menujukan lagu Lasinda Cafe Kopi Tongkat Ali kepada Pak Lah dan Jeanne. Dengan ingatan tulus ikhlas, Selamat Pengantin Baru. Bahagia hingga ke Syurga.
..................

Selasa, Jun 05, 2007

IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG

clipped from blogs.ibibo.com

Top 5 most dangerous roads of the world

#1: “Road of Death” - Bolivia

#2: Guoliang Tunnel in Taihang mountains (China)

#3: Most Dangerous Tourist Hiking Trail (China)

#4: Russian Siberian Road to Yakutsk

#5: Taroko Gorge Road in Taiwan

 blog it

Isnin, Jun 04, 2007

BOMOH HUJAN DIPERLUKAN

"Faizul, aku tersenyum menerima rintik-rintik pahala dari langit. Tanpa aku sedar aku berpayungkan dosa hitam yang pekat."

.Noktah.

.............................
CERITA LAIN PULAK. HEPI LA SIKIT.


KALIAN DIJEMPUT UNTUK MERAIKAN WEBLOG DAY BERSAMA GENG JURNAL

Apakah nama program ini?
Hari Weblog Sedunia 2007

Bila tarikh ianya berlangsung?
Pada 16 June 2007 – Bermula daripada pkl 9 pagi – 5.30 ptg

Apakah acaranya?
Terbahagi kepada dua bahagian:

Sessi: Pagi – Treasure hunt Elarti
0930 - 1430 : Treasure Hunt - dikendalikan oleh Attokz.

Sessi Ptg – Games & Makan-makan POTLUCK & Penyampaian hadiah Treasure hunt
1400 - 1500 : Makan-minum. (Pot Luck)
1500 - 1515 : Kata-kata aluan oleh Tuan Presiden GJ. (tepuk. tepuk)
1515 - 1545 : Ice-Breaking
1545 - 1645 : Permainan
1645 - 1700 : Penerangan jawapan Treasure Hunt oleh Attokz
1700 - 1730 : Penyampaian hadiah & penghargaan utk pihak luar yang hadir atau cabutan bertuah (jika ada sponsor)
1730 : Bersurai.

Berapa bayarannya?
Treasure hunt + sessi ptg = RM7
Tresure hunt sahaja = RM 7 ( tak nak tau jawapan ke?)
Sessi petang sahaja = RM5

Apakah dia Treasure hunt?
Segala persoalan tentang treasure hunt sila rujuk FAQ TREASURE HUNT dibawah

Saya tak nak join Treasure Hunt, bolehkah saya menyertai program Weblog Day?
Boleh, Sessi petang bermula pada pukul 2 ptg. Di Taman Tasik Titiwangsa.

Apa itu POTLUCK?
Acara makan-makan dimana makanan dibawa oleh hadirin. Maknanya penganjur tidak menyediakan makanan. Ini lagi seronok kerana orang yang hadir dapat menunjukkan skill memasak atau skill membeli masing-masing.

Pinggan, cawan dan sudu garfu plastik di sediakan oleh penganjur.

Apakah menu yang digalakkan bawa?
Segala bentuk bahan makanan yang tak perlukan proses masakan. Daripada menu Cordon Bleu kepada Sumi Jeli manis rasa buah-buahan adalah amat dialu-alukan.

List barangan untuk dibawa:
1. Air botol bergas, Air mineral
2. Buah-buahan – tembikai, apple, jambu batu beserta otak-otak dll
3. Home cooked meal/ atau tidak – Nasi grg, kuih karipap, meehun grg, lauk pauk, sandwich dll
4. Desert – Kek, brownies, Jelly, Nata de coco, cupcakes
5. Makanan ringan – twisties , kekacang dll


Saya tak tau nak bawak apa, macam mana?
Bawak apa yang tiada lagi dalam list barangan. Atau apa yang anda mampu bawa. Apa yang kita semua makan bergantung kepada apa yang kita bawa. Kalau semua orang bawa mihun. Maka akan ada parti mihun pelbagai tema pada Hari Weblog Day.

Apa hadiah yang akan saya dapat?
Ia bergantung kepada AJK hadiah, jika ada yang dapat sponsor maha besar. Besar la goodie bag kita. Siapa yang ada rezeki lebih, nak sponsor hadiah. Amatlah dialu-alukan.

FAQ TREASURE HUNT

Apakah nama program ini?
Treasure Hunt ‘Elarti’ yang dianjurkan sempena sambutan hari weblog sedunia

Mengapa Treasure Hunt 'Elarti'?
'Elarti' adalah bunyi sebutan yang dieja kembali untuk LRT (Light Rapid Transit). Treasure hunt kali ini menggunakan konsep bersektor, dimana setiap sektor berada dikawasan stesen LRT. Dengan erti kata yang lain, pengangkutan untuk bergerak ke setiap sektor boleh menggunakan LRT.

Apa itu treasure hunt?
Satu bentuk permainan pencarian perkataan yang mengabungkan beberapa teknik dan strategi untuk penyelesaian

Saya tidak ada pengalaman, bolehkah saya turut serta?
Boleh. Jadikan program ini pengalaman pertama anda

Saya tidak mahu menyertai treasure hunt, bolehkah saya menyertai sambutan hari weblog ini?
Boleh. Anda masih boleh menyertai program santai di sebelah petang tetapi anda akan terlepas pengalaman berharga dan tidak merasai keseronokan berganda ketika treasure hunt

Treasure hunt kali ini konsep apa?
Konsep Town Walk-Hunt, jenis pencarian bersektor

Berapa orang dalam satu pasukan?
3 orang ( mandatori ). Gabungan tidak mengira usia, jantina atau status

Berapakah bayaran yang dikenakan?
RM21 setiap kumpulan. Dengan kata lain, setiap ahli kumpulan RM7

Apakah perlu meletakkan nama kumpulan?
Perlu. Untuk memberikan identiti tersendiri kepada kumpulan anda dan memudahkan urusan penandaan kertas jawapan

Pakaian apa yang perlu saya pakai?
Anda perlu berpakaian, jika tidak mahu berpakaian seragam sewaktu lahir. Disarankan memakai pakaian yang menunjukkan anda dalam satu kumpulan yang sama.
( cth : kumpulan Pink Platun – memakai swimming suit dan bersayap berwarna merah muda, misalnya )

Dimanakah program ini bermula?
Dataran Merdeka – tempat letak kereta Perpustakaan Kuala Lumpur & Muzium Kuala Lumpur

Dimanakah program ini berakhir?
Taman Tasik Titiwangsa – tempat letak kereta bersebelahan Stadium Titiwangsa

Tentatif acara?
Pendaftaran - 0930
Sessi Penerangan - 1000
Flag-Off - 1030
Penalti - 1400
Tamat - 1430

Tempoh Maksimum - 4 jam

Saya tidak mahu datang awal, masih bolehkah saya menyertainya?
Boleh. Tetapi mestilah datang sebelum Flag-Off bermula pada jam 1030 pagi. Tetapi anda akan terlepas sessi penerangan.

Saya datang lewat selepas Flag-Off, masih bolehkah saya menyertainya?
Maaf. Sila hadir di Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 1400 petang untuk pendaftaran program santai.

Perlu bawa apa?
Disarankan untuk membawa kamus, thesaurus, pemadam, cecair pemadam, pen, pensel, pembaris, clipboard dan yang difikirkan perlu seperti lipstik, compact powder dan sunblock, barangkali.

Apa yang saya akan dapat?
Hadiah dan gelaran kemenangan ( jika menang ), goodies bag, pengalaman, persefahaman, kenalan baru dan kenangan manis yang tidak ada dijual di 7-eleven.


Flag-Off (tempat mula) & Drop-Off Zone (tempat tamat) dah ada orang jaga belum?
Sudah ada. Aku akan dibantu oleh Kaseh (baca : tunang tercinta) untuk menguruskan pelepasan dan penerimaan jawapan di Drop-Off Zone. Jadi spekulasi atau permohonan untuk jaga tempat ini sudah terjawab. Attoch, sorry bro!

Pembentukan grup bila boleh muktamad.?
Pengesahan kumpulan ialah pada 13 Jun 2007 (Rabu) sebelum jam 5 ptg

Peta laluan diberi bersama atau carik sendiri?
Tiada peta laluan. Treasure-hunt kali ini berkonsepkan Town-Walk Hunt dan bersektor. Jadi, memang sah tiada penggunaan peta. ( Apa barang la, automobile treasure hunt pun pakai tulips je bro!)

Kalau hujan kira aktbt dibatalkan?
Bergantung pada keadaan dan situasi semasa. Sekadar hujan renyai dan rintik-rintik, treasure hunt tetap diteruskan. Tapi, aku boleh minta Wak Khalid Salleh baca jampi tolak hujan! Harap cuaca cerah ketika hari kejadian.

Untuk Maklumat Lanjut:
Baca Forum Geng Jurnal

.....
CERITA LAIN LAGI
Pink Platun

Buku Baru!!! Buku Baru!!!

SUDAH BERADA DIPASARAN!!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin