Selasa, Mac 04, 2008

GOYANG

Mula-mula Jeslina nyanyi The Power of Love. Mobius cool. Boleh tahan juga suara Jeslina.

Kemudian Jeslina pilih Goyang Inul. Mobius mula pandang ke kiri dan pandang ke kanan. Malu. Nanti orang kata dia kencan dengan awek Indon. Bibik sendiri.
Para Penonton

Bapak-bapak, Ibu-ibu

Semuanya, Jangan Heran

Kalau Inul Sedang Goyang

Rada Panas Agak Seksi

Maafkanlah...

Tetapi Jeslina bawa lagu itu bagus sekali.
Semua Yang Ada Di Sini Goyang Yuu.k.. Ahh!

Mobius terasa ingin bangun dan goyang di situ juga. Dangdut pun dangdut la.

Lepas itu giliran Mobius pula nyanyi. Dia cari tekan-tekan dial mesin karaoke mencari lagu M. Daud Kilau.
OOohoiiiiiii hoi
Kalau dah mata bertentang mata
Hati didalam bagai nak
gila

Heiii……..

14 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Hummm.... dah dua kali saya baca... Gagal lagi mencerna....

Tanpa Nama berkata...

Bahaya tu kalau bercinta dengan bibik sendiri. Bisa roboh kota Melaka. Heh!

elmi berkata...

hehehe...x boleh nak bayang kalao mobius yang goyang pinggul.

A t i Q a h berkata...

Sedapnya nama bibik Mobius.
Bibik-orang selalu ingat yang bibik bermaksud orang gaji Indon, tapi dalam bahasa jawa (yang saya tau lah) bibik ni macam mak cik yang lebih muda dari ayah mak kita.

rasso berkata...

saya hanya bisa tepuk peha... hoyehhh~

dugongsenyum berkata...

dapat gak lepas gian nak menggelek yiiiihaaaaa....

HAHA

azie berkata...

haish tok..saya pon dah goyang2 nih,muahaha..tqa, cepat pegang aku, jgn bagi aku gelek,muahaha

A t i Q a h berkata...

azie! baik-baik. tumit kao macam nak patah je tu.

rasso berkata...

Azie, sopan sikit... Nanti tepelecuk... Susah nnt i nak angkat u nanti... Auwwwww

Amyz! berkata...

Lelaki goyang pinggul, buruk! haha.

astig berkata...

Soklan-soklan maut utk tok rimau kiter

1. Apakah itu blog? Kepentingannya terhadap tok rimau ? Bila dan bagaimana tok rimau mula blog?
2. Secara umum, apakah yang membuatkan tok rimau minat menulis?
3. Apa yang mendorong tok rimau untuk sentiasa blog?
4. Bagaimanakah tok rimau menarik ramai pengunjung ke blog tok rimau?
5. Berdasarkan bacaan di blog , tok rimau selalu ke ibu negara atau sepesifik lagi ke rumah pena, boleh ceritakan dengan lebih lanjut?
6. Selain penulisan blog, bentuk penulisan apa lagi yang tok rimau ceburi?
7. Bagaimana tok rimau membahagikan masa untuk kerjaya, keluarga, dan minat?
8. Ciri-ciri penulisan yang dikatakan kreatif?
9. Adakah bakat penting dalam menghasilkan karya yang bagus?
10. Adakah penganugerahan penting bagi seorang penulis?
11. Sejauh manakah kepentingan penulisan memberi kesan kepada masyarakat?
12. Sejauh manakah pengunaan teknologi/multimedia membantu dalam penulisan karya tok rimau?
13. Sekarang, bakat menulis tok rimau sudah boleh membawa pulangan melalui jualan buku-buku tulisan tok rimau. Adakah tok rimau berfikir selepas ini tok rimau akan pergi lebih jauh dalam bidang penulisan?
14. Adakah ini akan dijadikan sebagai sumber pendapatan atau sekadar hobi?
15. Masa paling sesuai bagi tok rimau menulis
16. Dari manakah tok rimau mendapatkan ilham dan inspirasi dalam menghasilkan karya?
17. Nasihat tok rimau bagi sesiapa yang mempunyai minat yang sama dengan tok rimau?


Jumpe atok di temujanji kita kat taman bunga isnin nanti @ 5.00pm...daa~

Unknown berkata...

ermmm... goyang inung ya pakk..jgn kena baling ngan senduk udahh..

SX604 berkata...

paham sgt

test berkata...

salam, menjemput tok macan datang ke premir tayangan filem pendek aku di panggung p ramlee finas. maklumat lanjut hubungi aku. terima kasih.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...