Jumaat, Mei 29, 2009

LELONG HILANG PUNCA #4 2003

Lelong! Lelong! Lelong!

Siapa Pipiyapong sebelum dia meletup jadi kutu paling kacip di blogspera? Dia hanya seorang penerbit zine indie yang bertajuk Hilang Punca. Gua sudah ramal bakat kutu ni sejak dulu lagi, itu pasal gua beli zine Hilang Punca tu sebagai saham hari tua gua. Hilang Punca kepada Pipiyapong samalah macam Malay Dilemma kepada Dr. Mahathir atau Asian Renaissance kepada Anwar Ibrahim.

Lelong! Lelong! Lelong!

Gua berkira-kira kalau dia gah nanti, gua akan jual balik zine itu dengan harga melambung. Strategi gua sebenarnya adalah tunggu Pipi mati dan pastinya zine ini jadi rebutan. Lama sangat tunggu. Gua ada juga terdetik nak upah ninja bunuh dia tetapi mahal sangat. Ninja kata, "minyak pun dah naik, saya terpaksa caj ikut harga minyak kapalterbang." Oleh kerana orang tamak selalu rugi, maka gua batalkan niat.

Lelong! Lelong! Lelong!

Tetapi. Hari ini gua nak lelong sahaja zine Hilang Punca #4 Mei 2003 (Lihat gambar. Rokok dan Pipiyapong macam isi dengan kuku). Setelah buat dy/dx, kenaikan harga RM1 setahun, maka nilai Zine ini adalah RM7. Maka bida (bidding) bermula dengan RM7. Sesiapa yang menawarkan harga paling tinggi maka dia akan memiliki sebahagian dari sejarah sastera negara ini. Silakan tawaran harga.

Lelong! Lelong! Lelong!

Fakta: Hilang Punca #4 Mei 2003. Harga Asal RM1 + stem. 28 mukasurat termasuk kulit. Kualiti original zine fotostat. Bukan tujuan alat bantu mengajar di sekolah. Bida bermula RM7.

Rabu, Mei 27, 2009

DAH HABIS BERITA


Benda macam ni pun jadi berita. Alahai. Dan kalian mesti boleh teka tajuk-tajuk berita-berita akan datang:
1. PM Tukar Template Blog
2. PM Sets Blog to Private
3. Stalkers Hunt PM via Blog
4. Pelawat Blog PM Cecah 100 Orang Sehari.
5. PM Tutup Blog
6. PM Buat Blook Pula.
7. PM Baca Naskah Di Maskara

Isnin, Mei 25, 2009

SIJIL BERHENTI SEKOLAH



Sekali sekala ada orang datang minta tandatangan dari aku. Bukan sebab aku selebriti sangat pun tetapi kerana nak sahkan sijil fotokopi untuk permohonan kerja. Nak cari ketua kampung untuk sahkan, di bandar mana la ada ketua kampung. Ketua bandar pun tidak ada.

Sebelum sahkan sijil itu salinan benar, aku bacalah sikit-sikit. Atas sijil berhenti sekolah dia tertulis, "Seorang murid ini bolih dipercayai." Mmmm... semoga berjaya dapat kerja yang diidamkan.

Rabu, Mei 20, 2009

SINDIKET SOL-JAH KE KELANTAN

 Sol-jah dan kawan-kawan yang kita suka menjaja di Kota Bharu

"Sepatutnya, kalau dah namanya Serambi Mekah, sejuk dingin la tempat ni," aku merungut tentang iklim di Kota Bharu yang berbahang. Bahang Kota Bharu ini rasanya macam panas sebelum hujan lebat. Tetapi di Kota Bharu tidak hujan pun.

Kami dibawa ke tempat majlis Bekwoh Maskara Shorties bakal dijalankan oleh penganjur. Ianya adalah lot tempat letak kereta sebuah Tokong. Tokong Mek namanya. Sebelum ini janji Padang Perdana, kemudian tukar ke Gelanggang Seni, akhirnya ke sebuah Tokong. Macam mengimarahkan Tokong la pula.

Mulanya rasa seriau juga melihat anjing-anjing berkeliaran. Bila teringatkan dua dari banyak filem yang bakal ditayangkan ada suara takbir, terubat juga hati. Bukan senang nak kumandang takbir di laman Tokong.

"Kota Bharu ini mungkin sejuk. Kita pendosa yang rasa panas agaknya. Maklum la, di Serambi Mekah," balas Vovin.

 
Vovin menangkap gambar aku ketika kami melencong ke "Hong Kong".

Selasa, Mei 19, 2009

PROJEK DIY

Projek DIY yang bakal saya kongsi akan menjimatkan wang anda sekitar RM15-20. Produk untuk fungsi yang sama bernilai begitu di Plaza Bukit Bintang. Kraftangan yang bakal dibikin amat sesuai untuk dihadiahkan kepada kekasih di hari kekasih, guru di hari guru dan bapa di hari bapa.

Barang asas yang diperlukan adalah sekotak lozenges jenis antiseptic yang diperbuat dari aluminium. Sebaiknya edisi terhad dan bersira madu dan lemon. Kemudian, makan semua ubat sakit tekak lozenges yang ada di dalamnya. Setelah tin ini kosong, ianya sedia untuk berkhidmat. Hasilnya, anda tidak perlu lagi lihat paparan imej-imej ngeri. Sila klik gambar untuk produk akhir.

Klik gambar untuk lihat hasil akhir kraftangan.

Isnin, Mei 18, 2009

PEMENANG POSKAD LIFE IS HELL


TAHNIAH!
Peserta-peserta berikut, sila hantar alamat penuh anda, agar Tok boleh kirim poskad kemenangan. Gunakan subjek: LIFE IS HELL dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com.
Kepada semua yang mencuba dan mempromosikan pertandingan. Terimakasih. Nanti Tok selongkar setor bawah tangga lagi. Mana la tahu ada barang antik lain yang boleh dijadikan hadiah pertandingan.

MENDARAT ATAS MATAHARI DI WAKTU MALAM

Malam minggu pada pukul 2 pagi di pekan Lipis lenggang. Sekali sekala sahaja ada kereta lalu depan kedai makan tempat Soljah dan kutu Lipis mengeteh.

"Ada projek filem baru?" aku tanya Kumprinx tetapi Pipi yang sukarela tolong jawab bagi pihak.
"Ada. Nak buat filem ala misteri nusantara."
"Belum nak mula lagi tu," Kumprinx.
"Kenapa?" Pipi.
"Takut."

Cheh! Penakut tetapi ada hati nak buat filem menangkap hantu dalam banglo ala misteri nusantara.

"Kau buat filem tu bulan puasa la," Pipi.

Malam minggu pada pukul 2 pagi di pekan Lipis lenggang. Sekali sekala sahaja ada kereta lalu depan kedai makan tempat Soljah dan kutu Lipis mengeteh.




p.s.
Sayembara Rebut Poskad entri sebelum ini masih dibuka.

Khamis, Mei 14, 2009

POSKAD UNTUK REBUTAN


Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah buku kartun DIY photocopy yang dijual sekitar 1978. Life is Hell kemudiannya keluar secara berkala dalam majalah avant-garde Wet. 1980, Life is Hell muncul dalam akhbar alternatif Los Angeles Reader. 1984, Life is Hell dibukukan. 1989, aku telah membeli siri poskad Life is Hell. Oleh kerana terlalu sayang akan dia, aku tidak mengirim poskad ini kepada sesiapa pun. Poskad-poskad ini sudah jadi rare items dalam simpanan aku. Antik!



Jika kita sayang seseorang, kita hendaklah memberi dia apa yang kita sayang. Maka, aku akan mengirim kepada kalian yang bertuah poskad Life is Hell, yang aku sayang,  secara snail-mail pejabat pos. 10 pemenang dicari.

Untuk memenangi poskad ini, anda harus buat dua perkara:
1. Copy+Paste entri paling kelakar dari blog anda ke ruang komen entri ini.
2. Promosikan pertandingan ini di blog anda.

Mudah.

10 pemenang akan dihubungi untuk secara peribadi untuk aku minta alamat pos mengepos. Aku cuma target minimum 20 penyertaan sahaja untuk reality show ini. Selamat mencuba.

..........
Ini adalah scheduled entry post. Masa anda membaca blog ini, aku telah pun bercuti dari Internet dan merantau ke Serambi Mekah untuk program di bawah. Jumpa di sana.

Selasa, Mei 12, 2009

HARI HARImau

 
Foto: http://i31.photobucket.com/albums/c370/hxero1/spacegirl01.jpg


Selepas Majlis Citra Karisma (Hari Q), kami warga produksi makan lebihan jamuan yang belum dijamah tetamu sambil berbasa-basi.

"Membeli bunga hidup dengan membeli bunga api kesannya sama sahaja. Dua-dua bakar duit lelaki," hujah Long Lobo

"Untung jadi perempuan. Banyak sungguh hari istimewa untuk dia. Kita lelaki?" soal Jalil Misai.

"Kita lelaki, hari-hari adalah hari kita," sambut tuan pengarah Den Sham sambil ketawa besar.

Kepada aku, hari-hari istimewa buatan manusia adalah untuk mengalakkan manusia berbelanja. Hari ibu mahu lariskan restoran. Hari setiausaha mahu lariskan show hotel. Hari kekasih mahu lariskan bunga. Hari guru? Hari guru untuk lariskan kedai RM2.

Isnin, Mei 11, 2009

PASCA KONSERT DI AWAN BIRU

Selepas konsert Search di Awan Biru, kami ramai-ramai mengeteh di restoran biasa.

"Gua tak puas hati. Diorang umur dah lepas 50 tapi tenaga macam 20," kata Dean sambil menumbuk meja. "Paling gua tak puas, melainkan Amy, semua rambut panjang mengurai."

Gua diam.

"Diorang jenis layan muzik je.  Bukan pensyarah yang banyak fikir hingga botak," Nordin berteori.

Gua diam.

"Toq, Nordin sindir lu tu. Apa pasal diam?" tanya Dean.

"Gua malas banyak fikir lagi," jawab gua ringkas.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR 
Kawan Gua di Konsert:

 Blog Pheewit 
Saluddin
Kedai Gula Gula
Bapak Gula Gula
Ajie

Jumaat, Mei 08, 2009

CINTA BUATAN MALAYSIA

Photo dari Glaringnotebook.com

"Engkau tidak mahu pergi tidak mengapa. Engkau bukan generasi Search. Engkau tunggu la 4U2C atau Elite atau Exist buat reunion. Ha ha ha!" kata kawan-kawan meracun aku. Dia hasut lagi, "Engkau,  kalau bergambar sebelah Amy Search mesti macam kembar. Sama botak macam Upin dan Ipin." Bisa-bisa. Bagai hiris kaca.

Aku kata dengan awek cun yang mengorat aku, aku nak gi tengok konsert Search dengan kawan-kawan. Dia diam. Bukan diam tanda setuju tapi diam seribu bahasa sarat dengan makna. Tidak setuju la tu. Diam bukan bererti aku tidak mengerti. Aku pun kata, "Okay la, I tidak pergi."

Tetapi di rumah aku pasang karaoke Search. Nyanyi kuat-kuat. Dalam kereta aku pasang lagu-lagu Search. Nyanyi kuat-kuat. Kepala goyang-goyang sambil mata aku menjeling matanya.

Sinaran matamu bak kejora di tengah malam menyuluh kedamaian hati.

Di saat-saat akhir dia pun jatuh kasihan, "You pergilah. I tak kisah. Tapi tiket konsert ada jual lagi ke?"

Aku keluarkan dua keping tiket dari poket. Aku dah titipkan kawan untuk beli awal-awal lagi. Baru 'chare' kata budak JB.

"I ada dua tiket ni. You nak ikut ke?"

Bulan madu di awan biru, tiada yang menganggu. Bulan madu di atas pelangi, hanya kita berdua. Amacam? Rimautik tak?

Khamis, Mei 07, 2009

HANYA DI RADIO

Tiba-tiba DJ Sembang Sinar FM kata, "Teman saya di studio sekarang ini adalah Saudara Yadziz Kassim, jurufoto dari Perlis."

Cis! Tidak mungkin. Aku pun SMS Si Yadziz, "Engkau ke kat Sinar FM tu?" Dia jawab, "Ya."

Aku pun balas lagi, "Syabas. Suara engkau memang mantap. Muka engkau tu memang layak hanya untuk di radio je." Ayat dengki.

Rabu, Mei 06, 2009

GENRE



Macam-macam genre fiksyen yang ada. Seram, komedi, drama dan lain-lain. Kefahaman terhadap genre adalah kontrak antara pengkarya dan khalayak - penulis dan pembaca atau pembikin filem dan penonton. Jika pengkarya menjanjikan filem seram, maka penonton sudah tahu dia akan mendapat filem seram. Sepatutnya la.


au·teur
n. A filmmaker, usually a director, who exercises creative control over his or her works and has a strong personal style.[French, from Old French autor, author.]

Tetapi, untuk menjadi auteur, engkau perlu bikin genre engkau tersendiri. Maka tiada salahnya jika dia menulis "Sebuah Filem Komedi Romantik Razak Mohaideen." Engkau tahu engkau akan dapat sebuah filem komedi romantik Razak Mohaideen.

Dan aku lahir pada tahun monyet. Bukan tahun harimau.

Sabtu, Mei 02, 2009

RIMAU BUKAN SEEKOR

 
Kenapa rimau dikaitkan dengan banyak jenama? Sabun,  biskut, minyak kereta, balm dan lain-lain lagi. Terbaru, nama rimau dikaitkan dengan urutan batin.
Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Rimau juga bukan seekor. Untuk pengetahuan semua, Tok tidak ada kena mengena dengan iklan di atas. Tok Rimau dalam iklan ini bukan Tok Rimau dalam blog. Kalau kalian degil dan datang minta khidmat urutan batin dari Tok, Tok akan bagi satu pukulan karate di tempat bermasalah itu. Sekian, amaran telah diberi.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin