Isnin, Mac 29, 2010

PUNK INGAT MATI

Gua tak kenal sangat band-band indie sebab gua indie bab terbit buku dan filem pendek. Jadi, gua amik inisiatif la untuk kenal-kenal band-band dalam scene indie. Yang membantu gua dalam proses suaikenal adalah Jimbo dan Syed Sireh. Gua downline diorang.

Bila mesyuarat dengan diorang di tempat biasa, ramai juga la budak-budak scene yang gua kenal. Sampai gua pun kena cop sebagai crust. Gua senyum je. Balik gua tengok Urbandictionary:
Crust: the most extremist version of punk.
Gila ah.

Antara band indie Johor Bahru yang gua kenal adalah band ska Plague of Happiness. Diorang punya terkenal dalam litar indie sampai tour ke Indonesia. Tapi diorang tetap rendah diri kalau borak-borak ngeteh... eh ngeteh pulak, kalau mesyuarat di tempat biasa. Ya, mesyuarat.

Jadi, bila Plague buat show kat IOI Mall Kulai sempena Earth Hour, gua support la. Kampung gua tu. Gua berdiri depan sekali. Tiba-tiba ada orang tegur,

"Pakcik buat apa kat sini?" Amir. Anak sedara gua daaa.  Kami bersalaman. Dia cium tangan.
"Pakcik layan band kawan pakcik ni."
"Siapa?"
"Tu. Budak Naz Plague."
"Kawan pakcik?"
"Kau tak percaya ke? Kau ni buat apa pulak kat sini? Kan kau shuffle."
"Amir dah tukar."

Bila muzik mula, Amir dan kawan-kawan dia menari. Dia tak crust lagi. Belum diamond level. Gua goyang badan sikit-sikit je. Maintain kool.

Kalau gua mati nanti... Ya. Memang gua kata kalau gua mati nanti. Crust pun ingat mati apa. Itu pasal banyak motif-motif tengkorak atas baju mereka. Kalau gua mati nanti, agak-agaknya macam-macam bentuk orang lawat kubur gua. Mesti kumpulan yang lagi satu tertanya-tanya, diorang ni salah kubur agaknya.

Itupun kalau diorang ingat kat gua la.

Ahad, Mac 28, 2010

PENONTON DAPAT KEJUTAN BONUS

 Otama Chan bangga dengan lesung pipit

JOHOR BAHRU: Penonton yang hadir ke majlis tayangan filem pendek anjuran The Wonderspace mendapat kejutan bonus apabila penganjur mengeluarkan acara ekstrim berupa tarian ketuk kaki (Tap Dancing) yang dipersembahkan oleh Otama Chan, 11 tahun.

Mengikut agenda asal, penganjur majlis cuma menjanjikan tayangan filem pendek Pemburu Buaya Darat arahan Tok Rimau, Hangus arahan Dean Sham dan Aturan Mondok arahan Masaki Kobayashi untuk Sabtu 2.30 p.m. 27 Mac 2010 di Auditorium JOTIC, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Namun begitu, penganjur dengan murah hati, menambah persembahan khas berupa tarian ketuk kaki. Otama Chan adalah penari ketuk kaki professional diterbangkan dari Jepun. Beliau belajar menari sepanjang hayatnya untuk menguasai seni ketuk kaki. Beliau belajar dari ibunya, yang juga seorang penari professional.

Tidak cukup dengan tarian ketuk kaki, khalayak juga dipukau dengan dua filem pendek arahan Otama Chan bertajuk Bola dan Patung Hidup. Bola ditayangkan lengkap dengan sarikata Bahasa Melayu yang tunggang terbalik macam sarikata DVD cetak rompak Malaysia, sebuah penghargaan kepada industri perfileman tempatan.

Patung Hidup pula adalah filem stop-motion animation berkisar tentang  patung yang bertukar jadi kanak-kanak. Sebenarnya penulis hanya teka tajuk dan jalan cerita kerana tiada sarikata untuk filem ini. Difahamkan Otama Chan pernah memenangi sayembara filem kanak-kanak peringkat kebangsaan Jepun. Beliau belajar dari ayahnya, yang juga seorang pembikin filem.

“JOTIC ni sebelah mahkamah tu?pasal ape aku pegi tadi ada budak2 main biola jeee..dari jauh aku datang...bingit betul!!,” katanya seorang pengunjung bernama Julie yang gagal cari tempat kejadian yang tidak ditemui, di sini, semalam. 

Lebih memeranjatkan penonton adalah bila sebuah filem lama pra-911 bertajuk Sebening Subuh Di Johor Bahru arahan Masaki Kobayashi turut ditayangkan. Filem ini diterajui oleh mondok otai nombor satu kawasan selatan, Encik Jimbo Ulutiram. Penonton terkejut melihat Jimbo Ulutiram mendalami watak penuh bergaya sehingga sanggup berkorban menurunkan berat badan ke 70 kg.

Sebening Subuh Di Johor Bahru mengisahkan budak-budak scene punk Johor Bahru tidak pedulikan rayuan Jimbo yang sering pow duit kawan-kawan. Scene punk mengalami dekonstruksi di tangan pembikin filem ini yang turut memuatkan lagu latar tekno sepanjang perjalanan heronya. Difahamkan tiada pelakon lagak ngeri digunakan apabila Jimbo dibelasah oleh samseng kongsi gelap. Memang dia kena belasah betul-betul.

Jimbo dipetik sebagai berkata, "Lu tak percaya itu gua? Memang gua kurus dulu. Ek eley, lu memang tak percaya semua benda. Lu gak tak caya cinta. C.I.N.T.A."

Kedati pun (betul ke cara guna perkataan ini?), penganjur masih belum serik. Beberapa siri tayangan filem-filem DIY indie gerila apakejadah telah dirancang untuk masa depan. Kita tunggu apakah kejutan yang selanjutnya.

....
Jangan lupa baca laporan wartawan Harian Misteri.

Jumaat, Mac 26, 2010

THINGS TO DO

Lepas Asar ni gua gi padang. Ada netball game. Bukan gua yang main. Gua sokong je.

Lepas Isyak gi the Zone. Plague of Happiness perform malam ni kat sana. Esok kat IOI Kulai. Gua singgah sekejap nak bagi Naz P.O.H DVD yang dia order.

Sebelum tengah malam lari ke Singapore dengan Jimbo. Amik Masaki kat Changi Airport.

Esok petang, tayang filem pendek kat JOTIC.

Malam kira kerugian. Hi hi hi. Itu dah tentu. Buat kerja-kerja ngarut ni bukan ada untung. Yang penting enjoy.

...
Tayangan Filem2 pendek: Pemburu Buaya Darat arahan Tok Rimau, Hangus arahan Dean Sham dan Aturan Mondok arahan Masaki Kobayashi.
Sabtu. 2.30 p.m. 27 Mac 2010. JOTIC, Jalan Ayer Molek. Johor Bahru.

Ahad, Mac 21, 2010

KARIPAP-KARIPAP CINTA


Kalau aku menjadi seorang guru, serba sedikit dapatlah aku kumpulkan pahala bagi timbal balik timbangan dosa-dosa yang banyak milikku. Aku ini bukan orang suci. Aku berharap aku ini diampunkan oleh Tuhan dan manusia. 

Terlalulah jahat aku ini hingga Nazri M. Annuar menggunakan nama aku sebagai watak jahat dalam bukunya, Karipap-Karipap Cinta (boleh didapati di mana-mana toko buku).
 The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires.
-- William Arthur Ward
Aku rasa aku telah menjadi guru yang baik. Aku adalah sumber inspirasi. Orang jahat pun ada gunanya dalam dunia ini.


....
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Selasa, Mac 16, 2010

TIDAK PEDULI - YOUNG AND DANGEROUS



Penerbit: Pulut Iskandar
Colorist: Razaisyam Rashid
DOP/Editor: Dean Sham
Pengarah: Toqreemaow

Gua seronok bergotongroyong bikin video ini bersama rakan-rakan. I love u all!

......
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Ahad, Mac 14, 2010

LEBIH ANGIN UNTUK KETIAK

Gua tak main badminton tapi gua layan siaran langsung All England 2010. Busana sukan yang paling musim tahun ini adalah baju lengan sebelah. Gua ingat esok gua nak kerat baju gua sebelah lengan kanan, dan jalan kat bandar. Baru ikut peredaran zaman.

Untuk advance selangkah mendahului zaman, gua akan kerat kaki seluar sebelah kiri juga. Kira gua paling moden kat bandar esok.

p.s.
Yang cat biru kat kaki Lee C.W tu apa? Ini mesti pengaruh filem Avatar.
....
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Sabtu, Mac 13, 2010

GOSSIP TERBARU

Petang itu Zila dan Shima duduk berborak di tangga rumah seperti biasa. Seperti biasa juga, agenda mesyuarat petang adalah kemas kini maklumat terbaru tentang aktiviti jiran-jiran lain di kampung mereka. Di atas, di dalam bilik, suami Zila sedang sibuk mengemas beg.

"Abang nak gi nikah bila bang?" tanya Zila kepada suaminya.
"Pukul 7.30 lepas maghrib abang pergi la."
"Nanti balik bawakan Zila nasi kenduri ya."
"Baiklah."

Shima menegur dengan muka kagum,"Eh, Zila. Laki kau pergi nikah, kau selamba je. Memang kau ni keramat hidup. Sah ahli syurga." 

"Laki aku part-time amik gambar orang kahwin la."
"Ohh! Kisahnya."


....
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Jumaat, Mac 12, 2010

RASUAH LAGU


Afimon belajar nyanyi di taska. Tetapi dia tidak pernah mahu nyanyi apa-apa di rumah.

Suatu hari Afimon datang kepada aku dan meminta, "Nak susu."
"Ada banyak belajar lagu kat sekolah kan?"
"Ada. Tapi nak susu."
"Boleh buatkan susu tapi nyanyi satu lagu dulu."
"Okay. Happyyyy birthdayyyy toooo youuu. Happyyy birthdayyy tooo youuuu..."

Mmm... Bukan harijadi aku tetapi okay la. Lagu la juga tu.


.......
ps. Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Isnin, Mac 08, 2010

ATURAN MONDOK (trailer dari Jepun)

Hari tu gua dapat dua tiga klips je dari Jepun. Gua gaul-gaul, gua buat trailer guna lagu Hellexist. Gua published kat Youtube.

Director Jepun amik trailer gua, gaul-gaul, voila... trailer baru. Dengan lagu yang lebih awek-friendly. Market kena jaga.


The Wonder space mempersembahkan sebuah produksi independent. Cerita dan arahan dari Masaki Kobayashi (Jepun). Membariskan pelakon2 muda tempatan Arif Lokheng, Fara  Bakarbatu, Yalynn Psb dan Hailmy Paritsulong, yang pasti memberikan suatu pengalaman baru untuk hidup anda..

A) Maklumat Penting

Tarikh : Sabtu, 27 Mac 2010
Tempat : Auditorium Jotic, Johor Bahru, Johor
Bayaran : RM10 untuk 10 orang terawal (bayar sebelum 26 Mac), RM15 (pada hari tayangan) RM30 (set istimewa dengan t-shirt, sila sertakan saiz baju anda)
Masa : 3.00pm to 5.00pm (pintu dibuka jam 2.30pm)

B. Aturcara

2.30 pm Pendaftaran & pintu dibuka
2.45 pm Kata2 aluan Penganjur
3.00 pm Tayangan filem pendek

a) Pemburu Buaya Darat - Tok Rimau
b) Hangus - Deansham, Lakonan Pipiyapong
c) Tayangan muzik video eksklusif. Young and Dangerous, Plague of Happiness

3.30 pm Tayangan perdana 'Aturan Mondok'
4.20 pm Q & A bersama Masaki Kobayashi
4.50 pm Ramah mesra & sesi beli cenderahati
5.00 pm Bersurai

C. Pembayaran Tiket
 Sila bank in ke akaun CIMB (Syed Syahrul Zarizi b Syed Abdullah) 12320067858528 sebelum hari kejadian. Sila print/capture screen/scan resit/send transaction notification  ke syed.syahrul@gmail.com dengan tajuk 'Aturan Mondok' sebagai bukti pembayaran. Nama anda akan disenaraikan dalam senarai kehadiran secara otomatik.
...
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Jumaat, Mac 05, 2010

BAYI MATI TERABAI

 Aku baca kat BBC pasal bayi mati sebab mak bapak khayal kat cybercafe. Kasihan. Digimon di Internet disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Musim kemarau ni pula, ada juga tuan yang ladang Farmvillenya subur tapi rumpun pandan depan rumah mati kekeringan. The matrix is already here.

Nak telan pil birulah.

...
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Khamis, Mac 04, 2010

BELI BUKU SALAH LORONG

Penyelenggara blook pertama di Malaysia (Jiwa Kacau), Basri Nor Mohd. bikin hal lagi. Kali ini dia menyelenggara blook Salah Lorong oleh Dugong Senyum.

Review dari gua:
Dugong adalah seorang lelaki biasa di Kuala Lumpur. Dia sayang isteri dan anak-anaknya. Pagi-pagi dia menempuh trafik untuk berkerja. Dia ada bos dan dia ada rakan sekerja.  Dia juga ada rakan-rakan bukan sekerja untuk sesi ngeteh. Tulisannya adalah wakil suara lelaki-lelaki biasa mencari rezeki di ibukota.

Apa yang tidak biasa adalah refleksi Dugong yang tajam terhadap kehidupan dan persekitaran. Apa yang tidak biasa adalah deria humor Dugong terhadap perkara-perkara yang kita ambil serius. Dan satu lagi, apa yang tidak biasa tentang Dugong adalah rasa cintanya terhadap makanan.

Membaca cerita Dugong tentang makanan akan membuat pembaca lapar.

Salah Lorong adalah buku komedi yang serius.

 Boleh beli DI SINI.
.........................................

Buku yang sempurna sebagai hadiah sesuai untuk harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah pula boleh beli DI SINI.

Rabu, Mac 03, 2010

MOBILE LEARNING USING TWITTER

Soalan Peperiksaan Akhir:
Buat karangan tentang bagaimana anda menghabiskan cuti penggal ketiga yang lepas. Tidak lebih dari 140 aksara.

Isnin, Mac 01, 2010

TAYANGAN FILEM ATURAN MONDOK





The Wonder space mempersembahkan sebuah produksi independent. Cerita dan arahan dari Masaki Kobayashi (Jepun). Membariskan pelakon2 muda tempatan Arif Lokheng, Fara  Bakarbatu, Yalynn Psb dan Hailmy Paritsulong, yang pasti memberikan suatu pengalaman baru untuk hidup anda..

A) Maklumat Penting

Tarikh : Sabtu, 27 Mac 2010
Tempat : Auditorium Jotic, Johor Bahru, Johor
Bayaran : RM10 untuk 10 orang terawal (bayar sebelum 26 Mac), RM15 (pada hari tayangan) RM30 (set istimewa dengan t-shirt, sila sertakan saiz baju anda)
Masa : 3.00pm to 5.00pm (pintu dibuka jam 2.30pm)

B. Aturcara

2.30 pm Pendaftaran & pintu dibuka
2.45 pm Kata2 aluan Penganjur
3.00 pm Tayangan filem pendek

a) Pemburu Buaya Darat - Tok Rimau
b) Hangus - Deansham, Lakonan Pipiyapong
c) Tayangan muzik video eksklusif. Young and Dangerous, Plague of Happiness

3.30 pm Tayangan perdana 'Aturan Mondok'
4.20 pm Q & A bersama Masaki Kobayashi
4.50 pm Ramah mesra & sesi beli cenderahati
5.00 pm Bersurai

C. Pembayaran Tiket
 Sila bank in ke akaun CIMB (Syed Syahrul Zarizi b Syed Abdullah) 12320067858528 sebelum hari kejadian. Sila print/capture screen/scan resit/send transaction notification  ke syed.syahrul@gmail.com dengan tajuk 'Aturan Mondok' sebagai bukti pembayaran. Nama anda akan disenaraikan dalam senarai kehadiran secara otomatik.
Trailer:


Join via  Aturan Mondok FB Event

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin