Rabu, Julai 28, 2010

MAKE A DIGITAL SIGNATURE

Try MyLiveSignature.com


Lepas tu masukkan dalam blog seperti arahan INI.

C3RK45 [Akan mula dijual di Maskara Shorties)

Ada dua sahaja cara untuk kami terus menganjurkan Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-kawan Yang Kita Suka (MASKARA) pada masa akan datang: 1. YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim datang ke Maskara Shorties pada kali ini dan suruh kami ke pejabatnya untuk berbincang pasal pendanaan, atau 2. anda beli buku terbaharu terbitan kami, C3RK45. Cuma RM15 senaskhah (Sepatutnya RM20 senaskhah, tapi turunkan harganya kerana kami sayang anda).




PETIKAN DARI BUKU C3RK45
...setiap kali Liana [Lanielle] mengirimkan pesanan ringkas kepada kapel-nya yang berbunyi 'Sayang dah makan?', dia akan segera mengharapkan balasan pesanan ringkas yang panjang-panjang seperti 'Dah, sayang! Hari ni Remi makan nasi. Nasi lauk ikan. Ikan patin masak tempoyak. Tempoyak made ini Chemor. Chemor terletak di daerah Kinta, Perak.' Tetapi malang, kerana pada setiap kali dia hanya akan menerima balasan pesanan ringkas yang berbunyi 'Dh!'
~ Jeneral Sinaganaga.

Malam itu berbahang. Lili rasa rimas duduk di dalam rumah. Dia buka pintu dan duduk di kerusi laman. Kaki tanpa seliparnya memijak rumput yang menguning. Langit gelap dan bintang bersinar terang. Angin panas sekali-sekala meneyrgah badannya. "Bila alien nak datang culik aku ni?" Lili berbisik....
~ Leftenan Jeneral OP Zaharin

...Yan Yan datang dari keturunan yang baik-baik. Bapanya mantan pemenang kucing sihat Wilayah Persekutuan selama tiga tahun berturut-turut dan ibunya bekas model iklan Whiskas. Mana tahan kalau setiap hari [dia] dirogol oleh bapak-bapak kucing.
~ Major Jeneral Vovin.

"Ni nak cerita macam mana ni?" Pemuda bertopi Liverpool itu menunjuk pada kemek kereta Wira orennya yang dilengkapi dengan ekzos - bunyi - macam - ribut - pecut - macam - siput. Wan Boroi hendak tak hendak sahaja memandang sambill menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Lampu kanan hadapan keretanya juga pecah.
~ Brigadier Jeneral Jigo

Hanif tumpahkan sedikit Kopi Ajaib ke atas gambar Diana Danielle. Tidak semena-mena Diana Danielle keluar dari kulit majalah, dan sekarang berada di dalam bilik Hanif, terpingga-pingga, Tapi gambar lipas tadi muncul balik di kulit buku Gangguan Teksual. Hanif periksa di dalam beg, lipas yang disimpannya tadi dah hilang.
~ Kolonel Mat Jan

Opsss... Baby dah bangun. GTG. Nanti dia perasan pula saya tak ada. Bye sayang. Muahhhhh...
~ Leftenan Kolonel Spyz

Wabihi nastainu billahi. Patik Awang. Nama patik pendek sahaja. Patik tidak dibenarkan menggunakan nama ibu bapa patik. Itu hukuman dari Baginda Sultan. Berdirinya patik di sini bukanlah sebagai panglima perang. Wakil Sultan pun bukan. Sebaliknya, patik adalah seorang banduan yang sudah lapan tahun dipenjarakan.
~ Major [Cook] Tok Rimau

Ismail yang lengkap beruniform sekolah baju masuk dalam, bangun dari kerusi lantas berjalan masuk ke bilik. Tak lama kemudian dia keluar semula dari bilik dengan hanya bertuala. "Hah baru makin sikit, berak..." sound Makcik Rosmoh.
~ Kapten Pipiyapong

Petang yang agak suram. Burung-burung telah kembali ke sarang. Kambing telah pulang ke kandang. Ayam telah balik ke reban. Begitu juga semua haiwan yang memahami rutin harian mereka. Namun, tidak bagi Senin. Di waktu yang tidak berapa elok sebegitu, dia masih menyendiri di bawah pohon rendang. Pandangannya ke arah ukiran di batang pohon itu yang bertulis 'Senin Cinta Kamisah'. Dia sendiri yang mengukirnya demi cinta yang tulus suci, biar bertepuk sebelah tangan, tapi cinta tetap cinta.
~ Sarjan Probos Azzam Supardi

Jangan salahkan Pusi. Pusi mana pandai. Pusi tidak pernah pergi sekolah pun!
~ Rekrut Dean Sham

Penampilan khas:

"Sudoh-sudoh la berak tu, Ismael!" sound Makcik Rosmah.
~ Leftenan Muda Lau Siew Sein

Johan melukis spoiler, tinggi macam kereta lumba. Johan lukis rim sport pada tayarnya. Johan berkira-kira mahu memberikan warna merah pada keseluruhan keretanya. Kecuali tayarlah, bibir Johan terukir senyuman nipis, bahagia dan gelihati. "Tipu!" Ashraf tiba-tiba menjerit. Pensil di tangan Johan hampir tercampak kerana terkejut. "Cikgu, Johan tipu, dia mana ada kereta!"
~ Laskar Kanan (U) Mukhsen_X

...

Macam biasa (dan macam cilake), kami cetak sedikit sahaja. Makanya, dapatkan naskhah anda dengan segera! Kalau anda gagal untuk memilikinya pada ketika ini - tak usahlah anda emel kami pada masa akan datang dan bertanya, "Maaf enche! CERKAS ada lagi ke? Saya nak beli." - Kami tak TAK AKAN BALAS emel anda bukan sebab kami sombong tetapi sebab buku ni memang dah FINISH, HA HA HA!

Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 Fails


Hari ini pakar-pakar Social Media akan bersidang di Asian Bloggers and Social Media Conference.

Saya dapat tahu tentang persidangan ini ketika menonton berita di TV. Itupun sebab ternampak teks ala sarikata di Bernama TV. Bukan berita penuhnya.

Lalu, saya google mencari laman web berkaitan. Persidangan ini ada blog yang pengikutnya hanya 16 orang dan laman Facebook dengan hanya 277 Likes.

Walaupun pakar-pakar yang bakal bercakap itu gah dan sokongan tajaan yang besar, persidangan tentang Social Media ini saya anggap gagal. Apa tidaknya, persidangan ini gagal hadir dengan mantap dalam blogspera dan Facebook.

Selasa, Julai 27, 2010

1 MALAYSIA 2

Sambungan cerita entri lepas.

Gua telefon mak. Mak laporkan Nyonya kat Hospital Sultanah Aminah kat tepi laut. Pergelangan tangannya patah. Pehanya juga patah.

Gua syak osteoporosis.

Isnin, Julai 26, 2010

1 MALAYSIA

Semalam.

Gua tengah berbual dengan mak. Adik gua berdiri di pintu dapur. Adik gua kata, "Ada orang kat luar pagar panggil mak."

Rupanya Nyonya depan rumah nak bagi rambutan satu plastik.

Sedang mak gua melangkah ke arah nyonya tu, tiba-tiba nyonya tu jatuh. Mula-mula gua ingat jatuh sikit-sikit je tetapi lama tidak bangun-bangun.

Gua bingkas mendapatkan nyonya itu.

Pergelangan tangan dia macam patah cuba menahan beban badan masa jatuh. Ada luka panjang seinci. Darah keluar meleleh.

Pakcik dari rumah belakang keluar membantu. Anak nyonya pun keluar meluru.

Nyonya tu mengigil seluruh badan. Aiyaaa! Aiyaa!

Katanya kaki dia tiba-tiba cramp dan terus dia jatuh.

Kami angkat nyonya tu masuk kereta. Balut tangan dia. Kemudian, anak dia bawa ke hospital.

Kasihan nyonya. Kalau ada berita lagi, gua update.

Khamis, Julai 22, 2010

ATOK DAN NENEK



Syed Syahrul Zarizi balik kampung di Sarang Buaya, Batu Pahat, Johor. Dia rakam video dan sunting guna kesan fast-motion. Memang feel. Rasa macam aku sendiri yang balik kampung dan bernostalgia tentang arwah atok dan nenek.

Jadi, aku pun sunting semula (tikus baiki labu) untuk masukkan naratif Atok dan Nenek dalam bentuk sarikata. Video ini mengisahkan seorang anak menyampaikan semula cerita yang diceritakan tentang bagaimana atok dan nenek bertemu jodoh. Naratif ini datang bila aku tetanya-tanya, tahukah kita bagaimana datuk dan nenek kita bertemu? atau bagaimana mak dan ayah kita bertemu?

Kritik la semahunya. Kamu boleh sentuh tentang watak, sinematografi, plot, cahaya, warna, pengarahan dan segala macam mak datuk ilmu yang kamu boleh belajar dalam sekolah filem. Aku terima seadanya.

Ahad, Julai 18, 2010

AFIMON HILANG DI JUSCO


Afimon memang tidak boleh duduk diam. Pantang lepa je, dia lari. Semalam dia hilang dua kali di Jusco Bukit Indah. Jenuh kami cari.

Sekali tu kami jumpa di dalam kedai buku. Dia sedang baca buku kartun bahasa cina.

Sekali lagi kami jumpa dalam kedai Brand Outlet, meniarap bawah rak baju RM50 dua helai. Merajuk tak dapat aiskrim punya pasal.

Aku nak daftar budak ni dalam GPS. Senang cari kalau dia hilang lagi.

Khamis, Julai 15, 2010

ON THE WAY


Orang kita memang gagal bab tepati masa. Semua rasa macam rock star. Semua rasa macam menteri. Semua mahu orang tunggu dia. Macam sial. Kita juga la yang terhegeh-hegeh cari dia.

Gua angkat henpon dan terus dial nombor  dia dan tanya, "Hoi! Dah 30 minit lewat ni. Lu kat mana?"
Mangkuk tu jawab, "Gua on the way ni. Dah dekat nak sampai ni."

Nak tipu tu patut-patut la.

"Bangkai, lu jangan nak kelentong! Gua call nombor rumah lu ni."
"Alamak! Kantoi!"

Rabu, Julai 14, 2010

GEGO JOHO



Joho is organizing Gego. On Friday, 16 July 2010.4pm. Location: Bukit Timbalan, JB. Have fun! Gua support orang-orang muda ni. :-)

Selasa, Julai 13, 2010

MAKAN

Makan masa lapar tu bagus. Tetapi beli makanan masa lapar memang membazir. Magnet peti ais berbentuk cokelat pun nampak sedap sangat.

Isnin, Julai 12, 2010

DANI JARQUE SIEMPRE CON NOSOTRO


Tiada lagi dengung Vuvaziela. Tamatlah Piala Dunia.

Sepanyol menamatkan kempen mereka dengan mengalahkan Belanda, 1-0.

Iniesta menjaringkan gol kemenangan dan meraikan gol itu dengan menanggalkan jersey hitam Sepanyol. Tertulis atas baju dalam Iniesta:

"DANI JARQUE SIEMPRE CON NOSOTROS"

Apa maknanya? "Percaya kepada sotong adalah khurafat?" Bukan. Sebenarnya ia berbunyi begini, Dani Jarque Always With Us. Kenyataan kenangan terhadap Dani Jarque, pemain Sepanyol yang mati pada umur 26 kerana serangan jantung pada 2009.

Dengar khabar, gomen Sepanyol akan bagi Iniesta pangkat Datuk dan tanah 5 ekar untuk tanam durian. Nak bagi semua orang tak mampu. Gomen Sepanyol dalam cengkaman krisis kewangan buruk dan hutang keliling pinggang. Semoga Piala Dunia mengubat sengsara mereka buat sementara.

Sekian.

Isnin, Julai 05, 2010

PASCA MASKARA 22

Bila berada di persimpangan, seseorang terpaksa memilih satu antara dua- menonton Argentina lwn German, atau menonton Maskara di rumah PENA, seseorang itu mestilah bertanya kepada hatinya.

Terharu juga bila ada yang menjawab, saya pilih Maskara. Huh! Sayang kamu. Kamu memang kekasih setia.

Kepada yang terlepas Maskara 22, berikut ada sedikit laporan untuk kalian:
Zul Deanz's Photos
Haan Yusoff's Photos
Tom Faizul's Photos

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin