Khamis, Disember 29, 2011

BULI

Feena berbadan besar menghampiri tahap obes, tetapi adiknya Fadlee berbadan kecil menghampiri tahap cicak kobeng. Beza umur mereka 6 tahun. Feena dalam tingkatan satu dan adiknya baru darjah satu.

Bila ibu mereka tidak ada di rumah, Feena sering membuli adiknya.

Semalam Feena mencekak leher adiknya di bawah ketiak. Meronta-ronta Fadlee cuba melepaskan diri tetapi tidak berdaya. Cekak itu kemas dan teguh.

"Lepaskan la kak!" rayu Fadlee.

"Cakap aku cantik dulu," kerah Feena.

"Lepaskan la! Tolong."

"Cakap aku cantik dulu!"

"Ya, ya. Engkau cantik dulu."

Dush! Dush! Dush!

Apabila ibu mereka pulang, Fadlee mengadu, "Akak ni, orang dah buat apa dia suruh pun dia tetap jotos kepala orang."

4 ulasan:

Pett Suhaimi berkata...

Dulu..sekarang tak cantik.kah kah. Bijak si adik bro.

. berkata...

bijak cara kakak mendapatkan keyakinan diri.

Zafira berkata...

Haha.. Tok, saya nak komen apa ni Tok? Saya tak boleh berhenti ketawa ni. Hahaha dan seterusnya.....

Tanpa Nama berkata...

gua setuju dengan itu nizamsani. dapatkan keyakinan diri dengan menggunakan kelemahan orang lain.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...