Isnin, Januari 19, 2015

Anugerah Juara Lagu 29

1. Apa Khabar dari Sonaone dan Joe Flizoe lagu terbaik tahun ni. Aku tepuk dahi. Tak minat langsung. Aku lebih suka hip hop Warih, Altimet dan Malique. Malique dah bertaubat, dan buat lagu-lagu spiritual. Tak perlu kita seru dia kembali ke alam lagho.

2. Aku tak pernah suka Edry tapi bila dia bercatur ganti Azwira dengan vokalis buta jalanan, aku terus tabik sama dia. Lagu Romancinta oleh Mojo terus menang persembahan terbaik kerana bantuan persembahan pemuzik buta.

3. Amy Search, Zainal Abidin dan M Nasir are too old for the stage. Tak menyengat lagi.

4. TAPI, yang jadi bahan paling sedap libas adalah bah promo Qu Puteh sebagai penaja utama. Bila Suzuki taja piala AFF terus piala tu jadi Suzuki Cup. Sebelum tu Tiger Cup sebab tajaan Tiger beer. AJL29 ni boleh la kita panggil Piala Qu Puteh. 

Punyalah memualkan, setiap ada ruang selingan Qu Puteh mesti selit. Dari sudut pemasaran, ia berjaya buat orang ingat dia tapi orang ingat macam ingat tengkorak tepi jalan. Elakkan! 

Bertambah buruk lagi bila iklan-iklan Quputih ni nilai produksinya rendah. AJL nampak murahan bila ditaja dengan iklan produksi yang tidak nampak professional.

Kenapa kita jadi sebel? Kenapa kita rasa nak muntah?
a) Terlalu banyak Quputeh sangat. Air kalau banyak sangat jadi bah. Sama la kes Quputeh ni.
b) Model jelik. Aku tidak kaitkan model ni dengan keputihan tapi aku kaitkan dengan "gemuk bling-bling perasan menarik."

Kalau aku jadi owner Qu Puteh aku iklan berpada-pada. Laburkan duit untuk bayar production yang bagus untuk iklan tv tu. Dan tentunya, hire model yang lebih sedap dipandang mata.

Sebagai tanda protes dengan tagline Quputeh, "Barulah putih, Lebih cantik, lebih putih," aku akan sunbathing sampai rentung gelap. Sebab hitam itu menawan.

Khamis, Januari 15, 2015

LESEN DAN KAD PENGENALAN




Lesen aku mati, lantas aku ke pejabat pos untuk hidupkan. Pejabat pos perlu kad pengenalan untuk hidupkan lesen tetapi malangnya chip kad pengenalan aku rosak tak boleh digunakan. Kesimpulannya, lesen dan kad pengenalan aku sehidup semati adanya.

Aku pergi Jabatan Pendaftaran Negara, Kulaijaya untuk dapatkan kad pengenalan baharu. Suprisingly, urusan di JPN Kulaijaya cepat. Tak sampai 20 minit. Tak macam badan kerajaan langsung. Mungkin dengan kewujudan Urban Transformation Center yang banyak, urusan kerajaan bertambah cekap. Tahniah gomen!

Kerani JPN pun sopan. Dia minta maaf, "Maaf encik, gambar encik tak berapa jelas sebab kepala encik memantulkan cahaya lampu kamera." Mmmm. "Apa bodoh sangat, letak la lampu kamera itu pada sudut 45 darjah agar pantulan cahaya tak patah balik kepada kamera. Kalau letak tegak 90 darjah memang la gambar overexposed! " Aku jerit dalam hati. Ya, dalam hati je. Buat apa la aku nak marah kerani yang sopan santun ni. Lagi pun bukan bidang kuasa dia nak alih lampu kamera.

Apa pun, kena tunggu 14 hari sebelum aku boleh datang ambil kad pengenalan baharu. Sementara itu guna kad pengenalan sementara. 14 hari aku memandu tanpa lesen.

14 hari kemudian. Tadi aku ambil kad pengenalan baharu. Urusan lancar, tak sampai 15 minit. Tak sempat aku nak melukis suasana dalam JPN. 

Kemudian, aku pergi pejabat pos untuk buat lesen memandu. Benda seronok kau boleh main dengan kawan kau kat Pejabat Pos atau Pejabat Kerajaan adalah game, "cari perkataan." Pejabat-pejabat ini suka tampal notis kat dinding. Rekabentuk notis ini tak sekata. Ada font besar. Ada font kecik. Ada yang tulis tangan dengan marker juga. Kadang-kadang akak kerani tu DIY tambah design bunga-bunga. Untuk soalan pertama, cuba korang kira berapa banyak perkataan "sila" korang boleh cari.

Sampai giliran aku, aku tunjukan kad pengenalan baharu dengan alamat baharu dan gambar baharu yang penuh cahaya keimanan itu. Kerani pejabat pos tu pun proses. Aku dapat lesen baharu. Siap. Yang hairannya, di lesen aku tercetak alamat lama, Flat Bukit Chagar. Aduhai! Aku dah berzaman pindah. Sejak zaman Mahathir kot. Flat Bukit Chagar itu pun dah lama tak wujud sebab dirobohkan untuk bikin Kastam Imigresen JB Central.

Well, secara positifnya, kalau aku buat kesalahan trafik pihak berwajib buru aku kat Flat Bkt Chagar. Selamat.

Rabu, Januari 14, 2015

Hari Lahir Afimon

Semalam hari lahir Afimon. Dia kata, "Harijadi Afi berterusan selagi papa tak beli hadiah." Hari ni hari lahir Afimon lagi. Mungkin juga esok dan lusa.

Isnin, Januari 05, 2015

SENARAI CUTI BERANGKAI

Kita kena rancang cuti dan perjalanan kita. Berikut adalah senarai cuti berangkai 2015, sesuai sangat untuk beriadah. Namun begitu kalau tidak ada duit, tarikh-tarikh berikut sesuai untuk rancangan marathon tidur di rumah sahaja.

Ahad, Januari 04, 2015

Bulan

Bulan di dada langit
Aman
Anggun
Angkuh

Seperti riak ku bila kau pergi

Bayangan bulan di ombak laut
Gigil
Ganas
Gementar

Seperti jiwa ku bila kau pergi.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin