Memaparkan catatan dengan label Tok Pin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tok Pin. Papar semua catatan

Isnin, November 24, 2008

THE ORIGIN OF TOK PIN

INT. BILIK
Suasana gelap. Pin Muda (7 tahun) di bawah suluhan lampu belajar. Satu himpunan buku setinggi satu kaki di sebelah kiri. Begitu juga di sebelah kanan. Di hadapan Pin Muda adalah buku latihan dan kotak pensil terbuka. Pensil dan pemadam atas buku latihan itu.
Di belakang Pin Muda adalah ayah kepada Pin Muda dalam silhut. Gigi dan kacamatanya putih.

AYAH KEPADA PIN MUDA
Papa dah hantar Pin pergi tuisyen. Setiap Sabtu dan Ahad. Setiap cuti sekolah pula, Papa hantar Pin pergi bengkel motivasi dan seminar menjawab soalan peperiksaan. Lagi, Papa dah belikan Pin buku-buku latihan, soalan-soalan tahun lepas dan soalan-soalan ramalan. Pin tiada alasan untuk gagal.
Apa Pin minta semua Papa bagi. Apa yang Papa minta dari Pin cuma satu. 5A dalam UPSR. 8A dalam PMR. 8A dalam SPM. Itu sahaja. Jangan sia-siakan hidup. Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan.
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan.
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan. 
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan. 

Pin muda memandang ke hadapan. Tertekan. Emosinya berada di tebing kesiuman.

Cahaya iTune visualizer menyala menari ikut irama. Lampu belajar padam tetapi iTune visualizer masih bermain.

Tajuk dan intro credit muncul.

......

Kalian pun tahu, dari dulu aku cuba bangunkan lakonlayar Kerajaan Laut ni. Banyak lagi yang masih perlu diperincikan. Tajuk pun masih belum mantap. Nama watak, Tok Pin, masih belum final. Aku masih bercongak-congak hala tuju cerita.
a) Kharisma seorang yang gila?
b) Bodoh orang-orang pandai?
c) Panas si batu api?

Notes on The Joker in The Dark Knight :
Nolan decided to avoid divulging an in-depth origin story for the Joker, and instead portray his rise to power so as to not diminish the threat he poses, explaining to MTV News, "the Joker we meet in The Dark Knight is fully formed...To me, the Joker is an absolute. There are no shades of gray to him—maybe shades of purple. He's unbelievably dark. He bursts in just as he did in the comics."[54] Nolan reiterated to IGN, "We never wanted to do an origin story for the Joker in this film", because "the arc of the story is much more Harvey Dent's; the Joker is presented as an absolute. It's a very thrilling element in the film, and a very important element, but we wanted to deal with the rise of the Joker, not the origin of the Joker."[17] Nolan suggested Batman: The Killing Joke influenced a section of the Joker's dialogue in the film, in which he says that anyone can become like him given the right circumstances.[55]




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sedang aku mencari nama dan tajuk yang sesuai, aku jumpa Namasutra.  Blog ini memberi jawapan kepada soalan cepuemas, ada apa pada nama?

Selasa, November 18, 2008

QUANTUM OF SOLACE

Aku masuk ruang parking. Tarik handbrake. Buka talipinggang keledar. Matikan enjin dan tarik kunci keluar. Ambil steering lock. Pasung stereng. Buka pintu dan keluar.

Penumpang-penumpang aku masih terhegeh-hegeh dalam kereta. Ada yang nak pakai lipstik. Ada yang sikat rambut. Ada yang lap air liur basi. Ada yang cari kasut. Sepanjang perjalanan tadi apa mereka buat?

Aku melihat jam di pergelangan tangan. Ahhh! Lelaki memang disumpah untuk menunggu.


................

Now Showing
Superpowers (6.28)
a short film by Jeremy Kipp Walker and J. Anderson Mitchell

Khamis, November 06, 2008

SYARAHAN TOK PIN

TOK PIN
Pada 376 SM, Raja Iskandar Zulkarnain menakluki benua India dalam peperangan akhir baginda dengan Porus. Berkahwin dengan seorang puteri raja bernama Puteri Shahrul Bariah di atas amanat Nabi Allah Khidir. Salah seorang dari keturunan hasil perkahwinan ini adalah Raja Suran (Some say Chulan).

Menurut Sejarah Melayu, Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul ‘Ard kerajaan Basram (Some say Dika) di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka kemudiannya naik ke darat dan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Cerita ini bukan Tok Pin cipta. Ini sejarah Melayu. DBP pun cetak buku ini. Jika kalian mendustakan gagasan Kerajaan Laut Tok Pin, kalian menafikan sejarah Melayu itu sendiri.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Mitos Kerajaan bawah Laut

Rabu, Jun 25, 2008

TOK PIN DAN KERAJAAN LAUT 1

EXT. DAY. ROCKY BEACH. PULAU BATU HITAM.

PK Jalak menunggu dalam bot. PK Adnan mendahului regu empat kadet lain mendarat. Mereka berjalan tenang dengan muncung Styer masing-masing menghala ke tanah. Tiada ancaman yang jelas kecuali seorang tua berdiri tunggal di atas pulau kecil di bawah kibaran bendera versi Jolly Roger.

PK Adnan: Assalamulaikum. Pakcik buat apa di sini?

Tok Pin: Aku mengisytiharkan kemerdekaan Pulau Batu Hitam. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Pegawai-pegawai kadet memandang sesama sendiri. Tersenyum tidak percaya apa yang mereka dengar.

PK Adnan: Pakcik. Mari ikut kami. Kami bawa pakcik pulang.

Tok Pin: Mahu pulang ke mana? Pulau ini adalah sebahagian daripada aku. Sebahagian daripada Kerajaan Laut. Kerajaan agung yang meliputi 70% bumi ini. Pulau ini milik aku. Kamu juga milik aku. 55% berat kamu datang dari air. Dan aku raja kerajaan laut yang agung.

Pegawai-pegawai kadet memandang sesama sendiri. Tersenyum tidak percaya apa yang mereka dengar.

PK Adnan: Mari ikut kami.

Tok Pin menyeluk ke dalam bag yang melekat di badannya. Dia mengeluarkan sesuatu.

Pegawai-pegawai kadet mengangkat dan mengacu Styer ke arah Tok Pin. Masing-masing resah.

Tok Pin mengeluarkan sebatang bugle. Dia tersengih menyindir. Kemudian dia meniup bugle itu.

Pegawai-pegawai kadet memandang sesama sendiri. Tersenyum tidak percaya apa yang mereka lihat dan dengar.

Bugle itu mendayu-dayu.

Dari permukaan air laut timbul sepuluh susuk lembaga manusia. Mereka bersenjata. Mereka dalam kedudukan posisi mengepung . Mereka kelihatan serius dengan misi mereka.

Jeng Jeng Jenggggggggg!

..............
Nota: Ini petikan lakon layar Filem Kontot TOK PIN DAN KERAJAAN LAUT. Tanpa bercerita lebih panjang, kalian tentu boleh mengagak tema cerita filem ini. Apa yang membuntukan aku sekarang adalah untuk kembangkan plot dan seterusnya mencari penyudah yang sempurna untuknya. Buntu amat! Berasap kepala.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...