Memaparkan catatan dengan label pewaizine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pewaizine. Papar semua catatan

Khamis, November 20, 2014

DI ATAS AWAN

2.
Aku sudah lama berminat mendaki gunung tetapi tiada kesempatan. Apa yang mencetuskan minat aku adalah satu foto pendakian di mana pendaki berdiri di puncak gunung memandang gumpalan awan di bawah mereka. Pendek kata, berdiri lebih tinggi dari awan itu mengujakan aku.

Orang yang simpan foto-foto begini biasanya pendaki gunung. Jadi aku pasang niat. Malangnya, tiada kawan-kawan rapat aku yang minat naik gunung. Atau berminat naik gunung lagi. Ramai yang sudah sangkut beg dan bersara umur 30. Dan tak mula pun lagi. Mungkin aku ini terlambat.

Aku selama ini sibuk main bola keranjang. Tidur bola keranjang. Makan bola keranjang. Pemain yang sebaya aku pun ramai yang dah bersara, aku masih bermain. Tetapi, lawan aku makin lama makin muda sebab nak main dengan orang tua dah tiada. Tapi kederat manusia ni sampai mana je la. Akhirnya lutut mula sakit-sakit. Tulang belakang mula sakit-sakit. Aku sudah tidak laju dan lincah seperti dahulu.

Aku rasa masuk hutan panjat gunung adalah sukan baharu untuk aku. Ianya slow and steady. Maka, aku kena cari set kawan baharu. Kawan yang naik gunung. Aku pun bertanya-tanya.

Isnin, November 03, 2014

PEWAI

1

Aku pertama kali dengar perkataan 'pewai' ketika aku bersembang dengan kaki gunung. Kaki gunung di sini bukanlah lokasi paling bawah untuk sebuah gunung tetapi merujuk kepada orang yang hobinya memanjat gunung.

Aku pun tidak pasti asal usul istilah 'pewai' ini yang biasa digunakan oleh kaki gunung ini datang dari mana. Aku amati dengan teliti konteks di mana perkataan pewai ini digunakan. Akhirnya aku rumuskan:

pewai = keletihan yang amat sangat

Dalam keadaan paling terlampau pewai, seseorang pendaki itu mengalami kekejangan otot, muntah-muntah dan patah semangat. Malah sering kali didengar ketika seseorang itu pewai dia akan buat kenyataan, "Ini last aku manjat gunung." Kemudian seseorang dalam kumpulan akan menyindir, "Dulu pun kau kata begitu." Dan, semua pun ketawa. Mereka akan berehat sebentar, kemudian teruskan lagi perjalanan.

Dari satu sudut, pewai itu adalah satu fenomena negatif tetapi jika engkau berfalsafah ianya satu keriangan. Aku akan perjelaskan lagi.

Memetik kata Rumi*, "Kau mestilah terus mematahkan hati mu sehingga ia terbuka." Jika sesuatu itu terlalu mudah maka ertinya dalam hidup engkau akan sangat kurang. Sesuatu yang membuat engkau pewai akan mematangkan dan mendewasakan engkau.

Maka, aku pilih tajuk PEWAI sebagai tajuk makalah ini.


*Rumi adalah penyajak sufi abad ke 13.


.....
Catatan Pembaca
huhu...tok, dila jarang borak dengan tok kan. kalau tak agaknya dah lama tok dengar perkataan tu dari mulut dila 4-8tahun yg dulu. pewai diambil daripada perkataan asal "piawai" atau had tertentu. Jadi kalau dah tak larat, kami akan sebut dh pewai. Budak2 askar slalu guna ;) - Buruj

105 BIKE CULTURE YALA

Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...