Memaparkan catatan dengan label Tee Rimau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tee Rimau. Papar semua catatan

Jumaat, November 26, 2010

RENGIT TIME TRAVEL AGENCY - TEE RIMAU No. 3

Saya suka berjalan-jalan di Rengit kerana terdapat banyak bangsal-bangsal menjual barang terpakai. Kebanyakan perniagaan ini diusahakan oleh orang asli.

Terlintas di kepala saya, entah-entah mereka ini punya mesin masa yang membolehkan mereka merentas ke zaman lampau untuk mengumpul barang-barang lama dan dibawa ke 2010. Lazat sekali ilham ini, sesuai sangat untuk projek Tee Rimau yang selanjutnya. Rengit Time Travel Agency- Tee Rimau no. 3.

Saiz cetakan rekabentuk atas baju adalah A4

Harga adalah RM30 termasuk belanja pos. Jika kalian berminat untuk pre-order sila hantar e-mel ke tokrimau(at)gmail.com dengan tajuk e-mel RENGIT TIME TRAVEL AGENCY - TEE RIMAU No. 3. Nyatakan saiz yang anda mahu. Saya akan balas e-mel kalian dengan menyatakan langkah transaksi seterusnya.

Saya akan menjual terhad 10 helai sahaja secara online. Bakinya untuk simpanan peribadi.

Sekarang tinggal 3 helai available. (updated frequently)

Siapa cepat, dia dapat. Bukan nak berniaga, cuma nak menggoda. Ahak!


Inspirasi lain untuk projek ini
1. Ada sekeping foto dari tahun 1940 di laman web muzium Kanada. Sepintas lalu, foto itu kelihatan seperti mana-mana foto lama. Tetapi, apabila diamati kelihatan seorang lelaki memakai baju dengan logo W serta mengenakan sepasang cermin mata hitam yang amat hip. Dari busananya, dia terlalu moden untuk zaman itu. Kesimpulannya, dia adalah seorang perentas masa. [Time Traveler Caught in Museum Photo]

2. Dalam sebuah filem Circus (1928) lakonan Charlie Chaplin kelihatan di kalangan orang ramai seorang wanita sedang menggunakan telefon bimbit. 1928 sudah ada telefon bimbit ke?  Kesimpulannya, dia adalah seorang perentas masa. [Cell phone time traveler from 1928]

Foto-foto di atas masih diragui kesahannya. Pun begitu, jika anda tertangkap bergaya dengan memakai baju Rengit Time Travel Agency, sahlah anda seorang perentas masa. Stok amat terhad. Beli sekarang.

Rabu, Januari 20, 2010

BUKAN NAK BERNIAGA TAPI NAK MENGGODA



Berikut adalah alihbahasa temubual Tok dengan sebuah zine indie berpangkalan di  Itali.

Q 1: Orang kampung dah sibuk kata Tok sudah kapitalis. Berniaga kain baju macam Hj Bakhil and Co. Apa cerita ni Tok? 
A: Ye ke? Orang kampung ni prihatin la jugak.  Asalnya Tok teringin sangat tee dengan poster Wanted Jesse Labu. Ada dua jenis idea dalam dunia, idea yang dicuri orang dan idea yang kalau bagi free pun orang tak mahu. Dan Tok dah bagi idea ni kepada ramai peniaga t-shirt tapi semua macam buat tak layan.

Kata Mahatma Ghandi, "You must be the change you want to see in the world." Maka Tok pun buat sendiri baju tu. Tapi kalau buat sehelai kosnya tinggi, Tok buat la 10++ helai. Mana la tau ada yang teringin juga bergaya macam Tok. Maka bermulalah bisnes label "10 Tee Rimau."

Q 2: Apa punya niaga la. Bila Tok nak kaya kalau buat 10 helai je?
A: Ini namanya skim lambat kaya. Kerajaan tak larang. Tok nak buat banyak-banyak pun bukan Tok ada modal. Nak gi Bank Pembangunan apply loan, kena buat kertas kerja. Tok tak gemar.

Baju "Saya Sayang Mak Saya" dan "Cap Ayam" adalah t-shirt paling best di Malaysia. Pun begitu bila kau tengok melambak-lambak kat pasar malam, downtown, uptown, oldtown, newtown dan Nilai 3,  baju tu jadi tak best. Dah tak rare. Hilang makna. Tok akan cuba tidak tamak selagi boleh, dan jual 10 helai je. Kadang-kadang ada juga la print sampai 15. Baki tu bagi anak sedara buat dia pakai masa raya. Tak payah Tok bagi duit raya lagi. Yang pasti, yang jual harga biasa cuma 10.

Q 3: Tok design sendiri ke baju-baju ni?
A: Ada la Tok cuba design sendiri tapi Tok punya ilmu photoshop tak berapa nak bagus. Kalau nak tunggu Tok khatam photoshop, 10 tahun lagi pun tak siap-siap projek. Tok berkolobarasi dengan kawan designer lain la. Tok jadi creative director. Dia yang design. Tok arah-arah je. Kerja nak senang je.

Akan datang, kalau ada designer dengan idea bagus jumpa Tok, nak buat baju guna label Tok. Kalau kena dengan falsafah brand 10 Tee Rimau maka Tok on je.

Q 4: Bukan kosong-kosong. Ada falsafah juga ya. Apa falsafah 10 Tee Rimau?
Setakat ini, semua design (Baru dua. ha ha ah. Ketawa dangdut) bertemakan projek seni dan filem yang dekat di hati Tok.

Di China, jika kau melawat kilang sutera, mereka akan tunjukkan kau ulat sutera. Bagaimana nak keluarkan sutera dari ulat. Kemudian bagaimana teliti proses pembikinan kain sutera sehinggalah tips-tips penjagaan kain sutera. Setelah selesai, baru kau dibawa ke kedai kain sutera. Mahal gila babi sutera China ni. Yang ori mesti mahal. Tapi pelancong beli juga sebab mereka tahu makna, nilai dan susah payahnya menghasilkan kain itu.

Kau pernah melawat kilang sutera China? Tak? Tok pun tak pernah. Kawan Tok yang cerita.

Anyway, apa yang penting di sini adalah amat penting sesuatu brand itu punya nilai dan falsafah. Jadi pengguna boleh relate dengan brand itu dari hati ke hati. Jangan jadi macam RTM, penjenamaan semula cuma bermakna tukar logo. Programnya tetap sama.

Q5: Apa pasal Tee Rimau No. 1 dan No. 2 ada topi koboi?
A: Nak buat macam mana, Tok memang gila koboi. Masa kecik-kecik dulu cita-cita nak jadi koboi. Masa umur 10 tahun, Tok kejar biri-biri. Ikat leher dia, dan tambat kat peha. Malangnya budak 10 tahun tak kuat mana dan cuma pakai seluar bola. Sekali dia seret birat terkopek kulit peha Tok. Sampai sekarang ada parut sejengkal kat peha. Nak tengok? (Cheh! Gatal.)

Kat pintu opis Tok ada poster Young Guns, cerita pasal Billy The Kid. Sempat la juga Tok merantau dua tahun kat Texas, semua pekan kat sana pekan koboi. Kat Malaysia ni, Pekan Koboi dah kurang. Tak macam dulu-dulu. Cuma satu je, nenek ada pesan, "Kalau kau nak jadi koboi, jadik la. Jangan kahwin koboi sudah."

Kalau kau tak suka, next time, Tok buat design topi kombat la pulak.

Q6: Sebelum Tee Rimau, dah ramai buat baju ni. Ada yang kaya dan ada yang bankrap. Tok tak takut saingan ke?
Memang la ramai. Tapi yang buat 10 helai je tak ramai. Sebenarnya kalau ramai lagi bagus industri ni. Kita dah tak payah pakai duit. Kita trade je. Sistem barter. Kau pakai baju aku, aku pakai baju kau. Senang kan.


Q7: Inilah, ramai yang terkilan Tee Rimau No. 1 tak ada saiz XXL ke atas. Tok dah diskriminasi terhadap golongan berbadan sedap ni. Komen sikit.
Silap Tok la tu. Tak pandai berniaga. Tak peka. Tok ingat pelanggan Tok awek comel-comel je. Tu buat XS dan S. Alasan bela diri Tok adalah menggalakkan orang menguruskan badan demi untuk memakai Tee Rimau.

Giorgio Armani mensyaratkan BMI pragawati pakaiannya hendaklah melebihi 18. Dia tidak mahu model mati kerana Anorexia Nervosa. Memang ada kes model mati melaparkan diri untuk kurus. Takut tak dapat job.

Ini membuat Tok insaf, tak mahu la ada pelanggan mati kerana nak pakai Tee Rimau. Akan datang, saiz by demand. Tempah dulu. Tok buat baju berdasarkan saiz yang diminta.

....
P.s.
Sebenarnya banyak lagi soalan dari tukang tanya tapi malas la nak paste kat sini. Soalan-soalan sensasi lebih macam soalan Melodi. Bila Tok nak kahwin lagi? Tok pakai botox tak? Sensasi sangat. 

Selasa, Januari 19, 2010

PEMBURU BUAYA DARAT TEE




Rekabentuk Tee Rimau No. 2 di atas 90% siap. Rujuk grafik di atas. Jangka siap 100% bulan Mac. Tempahan dibuka sekarang.

Tee Rimau No. 2 diinspirasikan oleh filem pendek Pemburu Buaya Darat (2009) arahan Toqreemaow. Pemburu Buaya Darat membicangkan isu gender dan dominasi dalam genre mockumentary. Di dalam kemanusiaan itu ada kebinatangan dan di dalam kebinatangan itu ada kemanusiaan. Siapakah yang menakluk siapa?




 Harga adalah RM30 termasuk belanja pos. Jika kalian berminat untuk pre-order sila hantar e-mel ke tokrimau(at)gmail.com dengan tajuk e-mel TEE RIMAU NO. 2- PEMBURU BUAYA DARAT. Nyatakan saiz yang anda mahu. Saya akan balas e-mel kalian dengan menyatakan langkah transaksi seterusnya.

Pembeli akan mendapat video Pemburu Buaya Darat (Percuma). Saya cuma terima pesanan dari 10 pelanggan pertama sahaja*. Siapa cepat, dia dapat. Bukan nak berniaga, cuma nak menggoda. Ahak!

TINGGAL 3 HELAI LAGI. (Updated frequently) 

*(Krew Pemburu Buaya Darat tidak termasuk dalam 10 ini. Harga Krew Rm20.)

Ahad, Januari 17, 2010

TEE RIMAU NO. 1 - JESSE LABU



"Mahu minum apa Tuan?" - Pelayan kelab (Haji Bakhil)
"Emm.. aa.. Jin and Tonic" - Majistret Labi
"Emm.. aa.. Iblis Tonic" - Doktor Labu

"Iblis Tonic mana ada Tuan" - Pelayan kelab
"Err.. aa.. give me Setan and Tonic" - Doktor Labu
"Setan lagi tak ada Tuan" - Pelayan kelab

(Labu marah) "Err.. now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out, get out!" - Doktor Labu
"Tuan..." - Pelayan kelab

Ladies and gentlemen, batman and ultraman, tukang batu and tukang simen,

Dengan rasa sukacitanya diumumkan bahawa ini adalah koleksi butik Tee Rimau nombor 1. Fesyen ini diberi nama Jesse Labu sempena filem hitam putih Melayu arahan P. Ramlee yang saya paling minat, Labu dan Labi (1962). Filem ini adalah kisah dua pemimpi dan mimpi-mimpi mereka. Saya suka sangat filem ini lebih dari filem-filem P. Ramlee yang lain kerana saya juga pemimpi seperti Labu dan Labi. Mimpi saya adalah mahu jadi designer dengan label yang mantap macam Giorgio Armani.

Buat pengetahuan kalian, t-shirt sulung Tee Rimau ini ada 12 helai. Dan saya akan jual 10 helai sahaja. Amat rare. Amat terhad.

Harga pengenalan selepas diskaun Opening Sale adalah RM30 termasuk belanja pos. Jika kalian berminat sila hantar e-mel ke tokrimau(at)gmail.com dengan tajuk e-mel TEE RIMAU NO. 1- JESSE LABU. Nyatakan saiz yang anda mahu. Saya akan balas e-mel kalian dengan menyatakan langkah transaksi seterusnya.

Bilangan saiz terhad (updated frequently):
1 helai XS : Tinggal 1 helai (Simpanan peribadi)
3 helai S : Tinggal 0 helai (Sold out)
3 helai M : Tinggal 0 helai (Sold out. Saya Pakai M)
3 helai L : Tinggal 0 helai (Sold out)
2 helai XL: Tinggal 0 helai (Sold out)

Tinggal 0 helai lagi for sale, bakinya untuk simpanan peribadi.

Siapa cepat, dia dapat.

Sekian, Terimakasih.




p.s.
Sesiapa yang membeli Tee Rimau, kemudiannya bergambar dengan baju itu lantas e-mel foto kepada saya, maka dia akan dapat diskaun RM2 untuk produk keluaran yang akan datang. Bukti jelas, saya bukan Haji Bakhil & Co. Sayang kamu.

105 BIKE CULTURE YALA

Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...