Nasi lemak yang sempurna mesti dibungkus dengan daun pisang dan suratkhabar jawi. Di dalamnya ada timun, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis dan sambal tumis. Tetapi budak-budak memang tidak tahan pedas. Afimon kalau makan nasi lemak, dia makan nasi lemak kosong dengan putih telur sahaja.
Afimon, kalau makan telur rebus macam jin makan telur lahapnya. Dia boleh makan 10 kalau tidak dilarang. Yang payahnya aku la yang kena habiskan kuning telur itu. Kadang-kadang aku catu telur sebab aku tidak tahan makan kuning telur banyak-banyak. Aku kupaskan dua biji je.
"Nak telur lagi."
"Habis."
"Tak pe la. Afi makan nasi dengan ikan je."
Afimon ambil seekor ikan bilis dan letak di pinggir pinggan. Sayu juga tengok seekor ikan bilis di pinggir pinggan. Hati mana tak hiba.
Aku kupaskan dua biji telur lagi dan aku telan kuningnya. Aku akan banyak kentut hari ini. Kentut-kentut aku adalah kentut kasih sayang.
Memaparkan catatan dengan label afimon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label afimon. Papar semua catatan
Selasa, Jun 22, 2010
Jumaat, Jun 18, 2010
AUDIO
Balik rumah sahaja, Afimon akan mainkan DVD Ultraman.
"Suara dia macam ninja," adu Afimon kepada aku sambil tangannya menghulurkan remote control DVD player.
Aku tekan butang audio pada remote control itu. Sekarang Ultraman tidak cakap Jepun lagi. Dia cakap Melayu.
"Tak guna," carut Ultraman secara sopan.
"Suara dia macam ninja," adu Afimon kepada aku sambil tangannya menghulurkan remote control DVD player.
Aku tekan butang audio pada remote control itu. Sekarang Ultraman tidak cakap Jepun lagi. Dia cakap Melayu.
"Tak guna," carut Ultraman secara sopan.
Jumaat, April 16, 2010
SEMIOTIK AIR KOTAK
Afimon sedang menghirup air kotak. Atas kotak itu ada paten tompok-tompok hitam putih lembu Eropah.
Aku tanya, "Air perasa apa tu?"
Dia jawab, "Perasa lembu."
Nasib baik tidak paten harimau belang atas kotak tu.
Langgan:
Catatan (Atom)
105 BIKE CULTURE YALA
Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Aku mahu meracau-racau pun bukan ada yang mahu dengar. Semua sudah ke sekolah dan ke tempat kerja. Aku masih terlantar, terdampar atas sofa ...
-
Pelancaran Buku Blog. 9 pagi - 5 petang. 1 April 2006*. Sabtu. Gerai 33. Laman Seni Kuala Lumpur . KLIK SINI >> MAKLUMAT TENTATIF ...
