1. Setiap bulan ada siri tayangan filem pendek di Embrace Hall, Johor Bahru. Namanya Panggong Punggok.
2. Aku memikirkan Pemandu Pelencong Belantara setahun yang lalu tapi cuma berkesempatan shooting 1 May 2013 ketika di Hutan Simpan Gunung Arong. Shoot 100% guna GoPro Hero 2 milik Chubby.
3. Aku tidak boleh edit filem ini dengan baik kerana aku tidak ada editing machine yang power. Ada yang asas sahaja. Beberapa scene akan dihantar ke kawan-kawan editor untuk kerjakan.
4. 25 Mei 2013, aku tayangkan rough cut Panggong Punggok. Semua edit asas atas Ipad guna Imovie. Alhamdullilah, khalayak menerima dengan baik.
"Cerita yg buat aku tak segan silu gelak mengilai. kalau dah kua dvd cerita ni complete gtau nak beli. Sampai balik rumah pasir gudang mlm tu pun tergelak sorang2 hahahahahahhaha :))," Ain Zalikha Razali
Sebahagian dari casts and crew
5. Final cut akan ditayangkan di Maskara Shorties JB Arts Festival, Johor Bahru.
Gua bikin beberapa video guna Action Movie FX app untuk iPhone. Gua harap akan pecah kotak pejabat mengalahkan Ombak Rindu.
Tajuk: Akibat Berlumba Di Pagi Hari
Tajuk: Akibat Bangun Lewat pagi Hari
Tajuk: Cars
Tajuk: Budak Kecik Ada Power
.........
Thanks to Bad Robot, iPhone and iPad users can now insert themselves into a high-end action special effect. The company behind Lost, Alias, Mission: Impossible – Ghost Protocol and Super 8 has just released a cool, free iPhone app called Action Movie FX that allows users to shoot a short scene on your phone or tablet and then layer in a big explosion, attack or crash just like in a movie. Read more and watch all the effects in action after the jump.
The app, which you can download here, is currently free and comes with two preloaded effects: Missile Attack and Car Smash. For $0.99 you can then download extra effects such as Chopper Down, Tornado, Air Strike and Fire Fight. Watch all of them in action below.
Semalam saya singgah Batu Pahat membeli basikal terpakai dari Jepun. Harga basikal terpakai di sana sekitar RM100 hingga RM200. Saya angkat 3 buah basikal.
Di depan kedai itu dipamerkan dua biji basikal posmen Jepun berwarna merah. Tempat duduk penunggang diperbuat dari kulit lembu. Tempat duduk pemboncengnya lebar. Di hadapan handle ada carrier untuk beg surat. Sungguh memikat hati. Harganya RM500. Kalaulah masih muat masuk kereta, aku dah sambar basikal posmen itu.
Terdetik sebuah cerita:
........... Sang Posmen
Nordin adalah seorang posmen yang kerjanya menghantar surat di kawasan kampung di Pulau Tioman. Dia jatuh cinta dengan Maznah tetapi Maznah sudah bertunang. Tunang Maznah berkerja sebagai polis di Kuala Lumpur.
Nordin memendam rasa menahan cinta tidak kesampaian kerana saban hari dia terpaksa menghantar surat cinta sang tunang kepada Maznah.
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, surat dari tunangnya semakin kurang. Akhirnya tidak ada langsung. Berpucuk surat sudah diutuskan, namun tiada balasan. Hari-hari Maznah menunggu Nordin, Sang Posmen, membawa khabar dari kota tetapi hampa belaka. Nordin singgah tetapi tidak membawa surat.
Sinopsis: Nurul, seorang wartawan, menyiasat kes santau sampai mati seorang ahli politik. Berjayakah Nurul atau dia sendiri yang bakal jadi mangsa?
Undilah filem ini untuk Audience Choice Award KL48HFP.
DATANG & UNDI: Mengundi adalah tanggungjawab anda. Undilah filem SIHIR tulisan Tok Rimau. Arahan Rozinor Razali. Semua pelakon dilatih oleh ratu filem pendek, Fazleena Hishamuddin. Diterbitkan oleh Pelita Bambu Production.
.............
Berita lain:
Addeen Multimedia Sdn Bhd akan mengadakan satu open audition untuk mencari bakat voice actor bagi siri animasi 'Eicak'. Details are as follows:
Date: 9 November 2010 (Tuesday)
Time: 10 am
Venue : 5 Jalan Berlian 2, Taman Berlian, 68100 Bt Caves. (first floor)
Sebenarnya tempat ni kat greenwood, opposite Greenwood punya bas stand, tempat jual2 tiket bas ekspress tu. Shop house kat taman Berlian. Walaupun alamat dia tulis Bt caves.
kalau ada problem dengan lokasi tempat, contact
1. Azman0193832341
2. Dean Sham0173043907
Voice acting ni adalah projek berbayar. bayaran di tentukan berdasarkan pengalaman actor, watak yg diberi, jumlah watak.
So sesiapa yg tamak haloba bole amik 2,3 character buat 2,3 suara dapat 2,3 bayaran. hahaha.
Kalau anda takde bakat, sila sampaikan mesej ini pada rakan yg ada bakat. Sekian terima kasih.
Sempena 31 Ogos, mereka akan tayang filem Bukit Kepon. Bagaimana dengan 28 Ogos?
Sempena meraikan tanggal 28 Ogos, filem pendek Pemandu Pelencong arahan Tok Rimau dan Jimbo disiarkan dengan sarikata Bahasa Melayu untuk bahagian Bahasa Jepun. Enjoy!
Masa kami tayang di Maskara Shorties dulu, hanya mereka yang tahu Bahasa Jepun sahaja boleh nikmati bahagian itu. Tonton sekali lagi dengan kefahaman baru!
SINOPSIS
Pemandu Pelencong adalah sebuah kisah penipuan peringkat antarabangsa yang dilakukan oleh seorang kutu yang lemah dalam sejarah, ilmu alam dan pengetahuan am.
Filem ini dibuat dalam masa 24 jam. Ikuti cerita di belakang tabir pembikinan filem Pemandu Pelencong di SINI.
Trailer Penipu
PENGARAH
Tok Rimau adalah seorang penulis buku cerita di bawah label penerbitan indie Sindiket Sol-Jah. Manakala, Jimbo Tiram pula adalah front man kumpulan punk metal tepu Hellexist.
Bikin filem bukan periuk nasi mereka. Bikin filem adalah mangkuk mi segera mereka. Tok Rimau, Jimbo. Bergabung. Meletup! Jahanam! Ha! Ha! Ha!
Syed Syahrul Zarizi balik kampung di Sarang Buaya, Batu Pahat, Johor. Dia rakam video dan sunting guna kesan fast-motion. Memang feel. Rasa macam aku sendiri yang balik kampung dan bernostalgia tentang arwah atok dan nenek.
Jadi, aku pun sunting semula (tikus baiki labu) untuk masukkan naratif Atok dan Nenek dalam bentuk sarikata. Video ini mengisahkan seorang anak menyampaikan semula cerita yang diceritakan tentang bagaimana atok dan nenek bertemu jodoh. Naratif ini datang bila aku tetanya-tanya, tahukah kita bagaimana datuk dan nenek kita bertemu? atau bagaimana mak dan ayah kita bertemu?
Kritik la semahunya. Kamu boleh sentuh tentang watak, sinematografi, plot, cahaya, warna, pengarahan dan segala macam mak datuk ilmu yang kamu boleh belajar dalam sekolah filem. Aku terima seadanya.
Trut! Trut! Trut! Bunyi telefon gua. Nama Jimbo keluar di paparan.
"Gua ada idea gila." Mmm... apa lagi yang baru? Bukan semua idea Jimbo gila ke?
"Apa?"
"Gua dah tolong Masaki buat cerita. Sekarang amacam kalau kita paksa Masaki bikin filem kita?"
Sebenarnya, Jimbo bukan bantu bikin filem Masaki tetapi filem Otama, anak Masaki. Masaki cuma pembantu pengarah merangkap jurukamera untuk anak dia. Cerita mengisahkan makhluk asing mendarat di Malaysia. Filem ini bakal masuk festival filem kanak-kanak peringkat sekolah kebangsaan Jepun.
Sepatutnya gua pun berlakon tetapi produksi tak cukup bajet beli aluminium foil untuk balut badan gua jadi alien. Jimbo seorang je jadi alien. Dia pakai kostum aluminium foil. Dah macam orang pakai cawat besi dan bra besi lagaknya. Dia berdiri belakang kapal angkasa alumium juga. Nampak macam gerai roti canai pun ada.
Gua datang lokasi menyibuk. Buat-buat muka merajuk tidak dapat berlakon. Sebenarnya gua syukor.
Gua datang bawa skrip The Gift yang gua bikin malam tadi secara terkial-kial. Kalau produksi boleh luang satu hari di kawasan Desaru, memang boleh bikin filem ni. The Gift adalah sebuah filem seni kemanusiaan lima bintang tentang memohon kemaafan dosa silam zaman perang dunia kedua dahulu. Bangga gua dapat bikin skrip sebegitu dalam masa 24 jam.
Jimbo bagitahu gua, filem alien tidak siap shooting lagi. Anggaran satu hari siap, tapi dah masuk 3 hari tak siap-siap lagi. Memang susah dan makan masa nak buat sci-fi. Nak bikin 'gerai roti canai' je ambil masa 3 jam. Dalam film final tak sampai 1 minit pun babak 'gerai roti canai' terhempas.
Maka, gua koyak-koyak je skrip The Gift tanda protes.
Esoknya.
Trut! Trut! Trut! Bunyi telefon gua. Nama Jimbo keluar di paparan.
"Produksi alien stop hari ni. Pelakon kanak-kanak yang diperlukan pergi sekolah. Boleh shoot malam je. Jom shoot filem kita pulak."
"Nak pakai kamera siapa?"
"Kamera HD Masaki la."
"Ada disk space cukup ke?"
"Ada."
Gua tanya macam-macam. Bagi macam-macam alasan. Sebenarnya gua macam keberatan. The Gift tu perlu persediaan lokasi, kostum period dan latihan pelakon. Buat ala bidan terjun je memang tidak jadi.
Tetapi, gua datang juga ke rumah Jimbo.
Otama sedang tidur. Masaki pulak sedang sidai baju. Jimbo sedang goreng spagetti. Timmy, tukang kebun Jimbo, sedang layan Facebook. Dasar!
Bateri kamera HD Masaki dah kong. Belum caj. Tetapi boleh guna kamera gua yang LD (lo-definition). Ada 50% hayat bateri sebab gua tak caj. Itu pun nasib baik ada mini DV tape extra baki dari projek video pengantin.
Sekarang ada waktu dari 11pagi sampai 7 petang. Pelakon available Masaki, Otama, Jimbo, Timmy dan gua. Minta pula macam-macam. Nak filem fight. Nak filem samurai. Nak filem hardcore punk. Gua mesti buat cerita baru segera. Recce lokasi segera. Shoot. Memang kelam kabut hidup gua. Lu ingat bidan je terjun, sutradara filem pun boleh terjun juga.
Tetapi Tuhan maha kuasa. Ilham turun dari langit. Turun cerita Pemandu Pelencong. Shoot lokasi bawah jambatan. 2 jam kemudian bateri kong. Singgah makan tengah hari kat warung sambil caj bateri kat soket dinding warung. Kemudian balik lokasi. Sambung shoot lagi.
Pendekkan cerita, 24 jam pra-produksi, produksi, pasca-produksi. Dah boleh tayang dah sekarang. PM Razak pun tak sepantas gua dalam bab bikin filem segera ni. Mutu? Kita tunggu dan tengok orang bakar panggung ke tak.
Seronok tu memang seronok tetapi letih juga bikin projek begini. Kalau kapal angkasa alien boleh keluarkan roti canai masa ni, sedap gak layan.
Selalu aku dengar, orang membuat komen, "filemnya tidak jujur." Apakah yang dimaksudkan dengan ini?
Konsep filem itu sendiri, isi didalamnya adalah manusia berlakon. Berpura-pura jadi watak yang diberi. Mana bisa jadi jujur.
Pelakon boleh sahaja buat helah bela diri dan berkata, "aku bukan berlakon tetapi aku menjadi watak itu." Kalau kau penari kuda kepang, maka aku percaya. Kau memang jadi kuda. Selebihnya, tak payah tipu aku. Kau hanya berusaha jadi watak tapi engkau bukan watak.
Apa ni, sekejap kau dan sekejap engkau. Ikut suka mana sedap eja. Aku harus jujur dengan hati. Crap.
Bila dikatakan jujur atau tidak, itu ditujukan kepada pembikin filemnya. Bukan pelakon. Sebab tuan sutradara dan tuan penulis yang punya kawalan terhadap karya.
Aku cuba kupas isu ini dengan ilmu aku yang sejengkal. Pastinya bila berkata tentang jujur atau tidak, ia merujuk kepada statement yang dibuat oleh filem itu. Statement di sini bukan bermaksud pengajaran tapi pandangan pembikin filem terhadap isu-isu yang dibincangkan dalam karyanya.
Karya menjadi hipokrit, tidak jujur, jika statement dalam filem berlawanan dengan pendirian pembikinnya.
Maka. Kalau kau mahu ketengahkan kasih sayang, kau sendiri mesti penuh kasih sayang. Kalau kau mahu ketengahkan kekuatan perempuan, kau sendiri kena hormat perempuan.
Susah gila mahu bikin filem yang jujur. Mungkin seeloknya aku cari contoh filem yang jujur. Mmmmm... ada ke?
(mata menjeling ke siling)
mmmm
(letak jari telunjuk di sisi dahi)
mmmm
(dahi berkerut)
mmmm
I can't think of one. Filem aku yang dua kerat tu pun pembohong besar.
Ehh.. kalau aku ini pembohong, dan filem aku itu berbohong, maka selarilah falsafah aku dan falsafah filem aku. Dan semestinya itulah filem-filem yang jujur. Ha! Ha! Ha! Aku genius gila.
Kawan aku baru dapat tahu tentang hobi aku membikin filem. Sebenarnya bukan filem pun, video sahaja. Tapi definisi filem itu longgar. Senang kata bikin wayang. Lebih selamat definisi ini.
"Aku ada cerita baik. Apa kata kita bikin filem berdasarkan cerita aku."
"Ada duit semua boleh jadi."
"Berapa kos bikin filem?"
"Kalau kau ada RM5, kita bikin filem RM5. Kalau kau ada RM5 juta, kita bikin filem RM5 juta."
Kalau aku dapat RM1 untuk setiap orang yang pitch cerita kepada aku, jutawan dah aku.
Timmy bagi aku lirik lagu. Aku baca. Semua ahli band memandang aku menunggu aku habis membaca.
Aku ketawa sendiri.
"Tok ada idea untuk muzik video ke?" tanya Timmy.
.........
Montel mendekat. Dia memegang tangan aku. Aku sentap tangan aku. Dan melangkah pergi.
Montel mengikut aku dari belakang. Dia mempercepatkan jalannya agar dapat selari dengan aku. Aku menoleh ke arahnya. Aku merapat. Aku tolak dia hingga dia jatuh terduduk ke tanah. Dan aku melangkah pergi.
Montel merayu. Dia melutut. Tangannya memohon. Dalam matanya ada tanda kesal. Dalam matanya ada tanda meminta belas. Bunyi suaranya sedih sekali.
Aku berhenti. Aku lucutkan kasut aku yang sebelah kiri. Aku timang-timang dengan tangan kanan dan aku rejam kasut itu ke arah Montel. Kena tepat atas dahinya. Montel mengaduh sakit.
Aku lihat Montel tidak beranjak walaupun telah dibaling. Dia seakan redho bahawa itu adalah hukuman yang selayaknya untuk dia. Hukuman setimpal kerana meninggalkan aku ketika aku amat memerlukan. Montel kiam di situ.
Aku berjalan menghampiri Montel. Air muka Montel berubah. Seakan-akan ada sinar harapan bahawa kami akan bersama semula. Itu harapan Montel.
Aku berhenti di hadapan raksasa yang pernah aku sayang dengan sepenuh jiwa dan raga. Aku membongkok. Aku kutip semula kasut aku. Dan pakai. Sayang tu, kasut Supra bukan murah. Aku order dari Amerika Syarikat kasut tu.
Kemudian, aku berpaling semula dan beredar meninggalkan Montel.
Aku terus berjalan nekad meninggalkan Montel. Suara Montel kedengaran di belakang mengaum dan meraung meminta aku menerimanya kembali.
.......
Bagi membasmi budaya rempit, kumpulan punk indie Young And Dangerous memperkenalkan sukan alternatif tidak bermotor, Formula 3 Shopping Cart Racing. Pun begitu, mereka ditahan pihak berkuasa pukul 2 pagi kerana memandu troli tayar gelong. Polis pesan, "Nak rembat troli pun rembat la yang ada sport rim."
p.s.
Foto produksi pembikinan muzik video Tak Peduli dendangan Young and Dangerous oleh kumpulan produksi video Old and Dangerous.
Aku buka satu blog lagi dengan nama dotREC. Blog ini khas kumpul video-video dokumentari yang aku shoot. Aku letak video kat Youtube dan tarik masuk ke dotREC blog. Dot membawa maksud titik. Dan REC adalah singkatan kepada "recording." Jika video sedang shoot ada simbol dotREC atas viewfinder camera. Sudi-sudilah mampir ke dotREC.
Bercerita tentang video, satu perkara yang menarik adalah talk show ad hoc bidan terjun yang Syed Syahrul Sireh dan Cengkeh bikin di #barcampmelaka. Hari tu 24 jam aku tak tidur, kepala pun mamai. Entah apa-apa la aku kelentong. Ha! Ha! Ha! If you fail to plan, you plan to fail adalah satu mitos. Saksikan. Tonton di Sireh dan Cengkeh.
Ext. Luar stadium.
Kereta bersusun-susun. Manusia bergerak menuju stadium. Ada yang berbaju kuning. Dan ada yang berbaju merah. Tapi lebih ramai berjersey merah.
Ext. Luar pintu stadium.
Tiga orang penyokong pasukan merah sedang berbincang. Peminat fanatik dengan muka bercat merah.
Penyokong Merah 1: Tak boleh masuk. Habih. Takde tiket.
Penyokong Merah 2: Kita rempuh je.
Penyokong Merah 1: Mampuh kena pukul FRU nanti.
Tiba-tiba suara dari tepi.
Jinggo: Awang-awang semua ada masalah?
Penyokong Merah melihat ke tepi. Jinggo berdiri bebaju biru. Dengan jaket hitam.
Penyokong Merah 1: Mu sapo?
Jinggo: Sabar. Gua ada tiket. RM100? Mahu?
Penyokong Merah 3: Fuh! Jual tiket gelap. Nate mu. Patut tiket habih.
Jinggo: Mahu tak mahu? Game nak mula tu.
Kumpulan Penyokong Merah pegun tidak boleh buat keputusan. Jinggo mula bergerak meninggalkan mereka.
Penyokong Merah 1: Nanti. Ambo amik. (Mengeluarkan dompet)
ACT 2
Ext. Kawasan letak kereta.
Gelap. Rintik-rintik hujan mula gugur. Kedengaran gendang-gendang sorak di latar datang dari stadium. Jinggo berlari dengan meletak buku sajak Salon Eksotikata atas kepala. Dia berkira-kira untuk berlari ke arah keretanya di padang letak kereta.
Jinggo: Sial!
Kereta Kancil Jinggo terkepung dengan kereta penyokong-penyokong yang double park. Hujan semakin lebat. Jinggo berkira-kira mahu lari berteduh di stadium.
Honk! Honk!
Sebuah kereta Proton Saga berwarna merah memberi hon. Lampu flash sekali. Pemandunya memberi isyarat untuk Jinggo masuk. Dia masuk.
INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Pemandu wanita. Kurus macam model. Hitam manis orangnya. Memakai jersey pasukan Merah.
Safiah: Teduh dulu sini. Bukan boleh ke mana pun. Duduk sahaja dalam kereta. Temankan I.
Jinggo: Apasal tak masuk stadium?
Safiah: Hujan. Demam nanti. Lagipun mekap I luntur nanti.
Jinggo: Oh.
Safiah: You?
Jinggo: Masa Dunhill taja permainan tengok la. Kemudian, bila terbongkar judi juga taja permainan dah tak minat bola. Jual tiket je.
Safiah: Itu salah dari sisi undang-undang.
Jinggo: Dalam industri bola Malaysia ni, lagi banyak kesalahan besar yang mereka lakukan. Jual tiket ni kecil-kecilan je. Nak hidup.
Hujan semakin lebat. Hampir tidak nampak apa-apa atas kaca windscreen. Safiah meminta lihat buku di tangan Jinggo.
Safiah: Salon Eksotikata.
Jingga: Buku sajak.
Safiah: Bagus ke?
Safiah mencapai buku dari tangan Jinggo.
Jinggo: Biasa-biasa sahaja.
Safiah membuka buku. Lantas dia membaca satu sajak.
Safiah: andai runtuh pagar ilusi/ dan kuluah segala isi/ apa pula jawabmu nanti?/ kita sehati?/ atau aku bertepuk sendiri?/
Safiah berhenti. Dia merenung mata Jinggo. Jinggo pun membalas renungan. Bayangan air yang mengalir di kaca kereta jatuh atas wajah mereka. Jinggo tersenyum.
Ext. Tempat letak kereta. Hujan melebat.
Kereta-kereta bersusun. Voice over suara watak sedang bersajak.
Safiah: Lust oleh yang mimi morticia. Di malam malam dingin sebelumnya, sama seperti malam ini- ingatan tentang bibirmu di situ...
Jinggo:...tanganku ditengkuk mu
Safiah: ... tahi lalat mu yang di sebelah kiri itu
Jinggo: ...parut kecil di ubun ubun mu...
Safiah:... dan
Sorak sorai dari stadium menenggelamkan kata-kata mereka.
ACT 3
Ext. Lecak air. Rintik-rintik air atas lecak. Hujan gerimis atas cahaya lampu. awan hitam berarak. sipi-sipi wajah bulan terang di langit. Titik-titik air atas body kereta. Bendera yang lencun.
Ext. Peminat Merah 1, 2 dan 3 bergerak di celah-celah kereta. Mereka basah. Muka marah. Muka hampa. Muka macam sial.
Penyokong Merah 1: Kalau ambo tahu. Ambo tokse datang.
Penyokong Merah 2: Baik gi tengok wayang.
Penyokong Merah 3: Buat perabih pitih je.
Mereka berhenti di depan proton Saga merah.
INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Jinggo melihat kelibat lembaga berbaju merah di kaca tingkap. Dia menoleh sebelah kiri, juga ada kelibat lembaga berbaju merah. Dia melihat muka Safiah. Muka Safiah cemas. Sebelah kiri dan kanan ada orang menjenguk ke dalam. Penyokong merah 1 mengetuk kaca tingkap dari luar.
Teaser ini menunjukkan babak-babak yang dipotong keluar dari final cut Pemburu Buaya Darat, sebuah karya Tok Rimau. Pada masa hadapan cinta telah pupus maka seorang saintis merentas masa untuk membuat dokumentari tentang cinta. Tanpa disedari dia sedang sendiri diancam. Filem Peburu Buaya Darat akan melibas di panggung-panggung indie sekitar bima sakti.
Screenings:
Layar Gerila: 8.30 mlm 11 Okt. 2009. DSI, UTM Skudai. Masuk Percuma.
Maskara Shorties: 8.30 mlm 31 Okt. 2009. Rumah Pena. Kuala Lumpur. Masuk Percuma
Aku dengan rasminya membuka butik online untuk lelong prop dan wardrobe filem. Keji ke? Tidaklah. Aku bukan mencuri dan aku bukan minta sedekah. Silalah tengok barang dalam Butik Cakarama. Buat masa ni ada satu baju je. Bisnes kecil-kecilan.
Mat, sesuai ek baju ni untuk hadiahkan kepada awek lu. Buktikan kasih sayang mu. Minah, merengek la dengan boifren you. Minta belikan. :-)
Brand: Neutralization | Size: 2 | Cotton: 97% | Polyurethane: 3% | Made in Japan | Pre-owned Adjustable wasteline with hooks, long sleeves with hook cuffs, collar, button front, flap pockets, double breasted, underarm pores.
Bidding starts at RM50. Bid by stating your price and e-mail (Eg: tokrimau at gmaildotcom) in the Comment Section (Gigitan Mesra). The winner will be contacted.
Sesuai untuk wanita yang aktif dan bergaya dalam pejabat/kuliah/kapal angkasa yang berhawa dingin. Stunning actress, time machine and magic lasso not included.