Khamis, April 01, 2010

TIADA CARA SALAH BIKIN FILEM


Trut! Trut! Trut! Bunyi telefon gua. Nama Jimbo keluar di paparan.

"Gua ada idea gila." Mmm... apa lagi yang baru? Bukan semua idea Jimbo gila ke?
"Apa?"
"Gua dah tolong Masaki buat cerita. Sekarang amacam kalau kita paksa Masaki bikin filem kita?"

Sebenarnya, Jimbo bukan bantu bikin filem Masaki tetapi filem Otama, anak Masaki. Masaki cuma pembantu pengarah merangkap jurukamera untuk anak dia. Cerita mengisahkan makhluk asing mendarat di Malaysia. Filem ini bakal masuk festival filem kanak-kanak peringkat sekolah kebangsaan Jepun.

Sepatutnya gua pun berlakon tetapi produksi tak cukup bajet beli aluminium foil untuk balut badan gua jadi alien. Jimbo seorang je jadi alien. Dia pakai kostum aluminium foil. Dah macam orang pakai cawat besi dan bra besi lagaknya. Dia berdiri belakang kapal angkasa alumium juga. Nampak macam gerai roti canai pun ada.

Gua datang lokasi menyibuk. Buat-buat muka merajuk tidak dapat berlakon. Sebenarnya gua syukor.

Gua datang bawa skrip The Gift yang gua bikin malam tadi secara terkial-kial.  Kalau produksi boleh luang satu hari di kawasan Desaru, memang boleh bikin filem ni. The Gift adalah sebuah filem seni kemanusiaan lima bintang tentang memohon kemaafan dosa silam zaman perang dunia kedua dahulu. Bangga gua dapat bikin skrip sebegitu dalam masa 24 jam.

Jimbo bagitahu gua, filem alien tidak siap shooting lagi. Anggaran satu hari siap, tapi dah masuk 3 hari tak siap-siap lagi. Memang susah dan makan masa nak buat sci-fi. Nak bikin 'gerai roti canai' je ambil masa 3 jam. Dalam film final tak sampai 1 minit pun babak 'gerai roti canai' terhempas.

Maka, gua koyak-koyak je skrip The Gift tanda protes.

Esoknya.

Trut! Trut! Trut! Bunyi telefon gua. Nama Jimbo keluar di paparan.

"Produksi alien stop hari ni. Pelakon kanak-kanak yang diperlukan pergi sekolah. Boleh shoot malam je. Jom shoot filem kita pulak."
"Nak pakai kamera siapa?"
"Kamera HD Masaki la."
"Ada disk space cukup ke?"
"Ada."

Gua tanya macam-macam. Bagi macam-macam alasan. Sebenarnya gua macam keberatan. The Gift tu perlu persediaan lokasi, kostum period dan latihan pelakon. Buat ala bidan terjun je memang tidak jadi.

Tetapi, gua datang juga ke rumah Jimbo.

Otama sedang tidur. Masaki pulak sedang sidai baju. Jimbo sedang goreng spagetti. Timmy, tukang kebun Jimbo, sedang layan Facebook. Dasar!

Bateri kamera HD Masaki dah kong. Belum caj. Tetapi boleh guna kamera gua yang LD (lo-definition). Ada 50% hayat bateri sebab gua tak caj. Itu pun nasib baik ada mini DV tape extra baki dari projek video pengantin.


Sekarang ada waktu dari 11pagi sampai 7 petang. Pelakon available Masaki, Otama, Jimbo, Timmy dan gua. Minta pula macam-macam. Nak filem fight. Nak filem samurai. Nak filem hardcore punk. Gua mesti buat cerita baru segera. Recce lokasi segera. Shoot. Memang kelam kabut hidup gua. Lu ingat bidan je terjun, sutradara filem pun boleh terjun juga.

Tetapi Tuhan maha kuasa. Ilham turun dari langit. Turun cerita Pemandu Pelencong. Shoot lokasi bawah jambatan. 2 jam kemudian bateri kong. Singgah makan tengah hari  kat warung sambil caj bateri kat soket dinding warung. Kemudian balik lokasi. Sambung shoot lagi.

Pendekkan cerita, 24 jam pra-produksi, produksi, pasca-produksi. Dah boleh tayang dah sekarang. PM Razak pun tak sepantas gua dalam bab bikin filem segera ni. Mutu? Kita tunggu dan tengok orang bakar panggung ke tak.

Seronok tu memang seronok tetapi letih juga bikin projek begini. Kalau kapal angkasa alien boleh keluarkan roti canai masa ni, sedap gak layan.

5 ulasan:

Lelaki Bersut berkata...

Bila boleh screening Tok? Gerila abis nie gayanya.

BuRuuj berkata...

tok,
kalau tak cukup aluminum foil, mintak kat gua. hahaha....

Cikgooden berkata...

tok,

tabik tok..

dugongsenyum berkata...

perghh!

Jimbo berkata...

nasib baik lu makan sikit je spegeti tu, gua sebenarnya memang lapar time tu....

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...