Memaparkan catatan dengan label maskara shorties. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maskara shorties. Papar semua catatan

Rabu, November 04, 2009

THE MAKING OF MASKARA SHORTIES 2


Rajah 1: Azzam (Topi Baseball) dan Naga (Topi Sami) sedang memagar kolam ikan air tawar di laman Rumah Pena agar tidak ada pengunjung yang mati lemas.

Sesampainya di Rumah Pena pada petang itu, semua Sol-jah mendongak ke langit. Bakal hujan ni. Semua Sol-jah kata kalau kita lambung spender ke atas bumbung, kita boleh alih mendung di langit ke lokasi lain. Mungkin ke Seremban. Tetapi tak seorang pun mahu tanggal spender mereka. Kata-kata tinggal kata-kata.



Rajah 2: Spyz menunjukkan kemahiran menyapu walaupun kat rumah sendiri dia agak malas.

Lepas Asar, Sol-jah mula menyusun kerusi di laman Rumah Pena. 30 minit kemudian rintik-rintik hujan dipanggil graviti. Kelam kabut Sol-jah bawa semula kerusi untuk berteduh. Bila kaki langit mula menguning dan menjingga, hujan pun berhenti. Sol-jah susun semula kerusi di laman. Tetapi kepala masih lagi mendongak ke langit. Awan kelabu masih berarak.


Rajah 3: Kawan-kawan yang kita suka menjampi tanah dengan tempurung kelapa sebelum memacak speakers.


Pengunjung mula sampai. 8.00 malam hujan lagi. Sol-jah buat andaian, hujan-hujan ni tidak ramai orang datang. Kalau kita buat kat dalam Pena pun mesti muat. Segera kami memindahkan peralatan ke dalam. Beberapa Sol-jah lain menyelamatkan kerusi lagi.


Rajah 4: Jigo dan Naga sedang membancuh susu untuk Dian sambil membuat pertukangan tangan.

Di dalam Rumah Pena, acara pun bermula. Rumah semakin lama semakin sendat. Bila aku keluar, baru perasan ada ramai lagi pengunjung kat luar rumah. Ada yang terjenguk-jenguk dari jendela rumah. Memang rugilah datang kalau tak dapat masuk.

Usai putar 5 filem, hujan pun teduh. Kami pindah keluar. Kerusi disusun semula. Itulah je kerjanya. Masuk keluar. Susun kerusi.



Rajah 5: Naga dan kawan-kawan menunggu hujan teduh. Esok tidak menoreh.

Sambung tayang filem lagi. Hujan renyai-renyai turun menguji kesabaran lagi. Ikutkan hati nak pindah masuk dalam semula. Peralatan letrik dan air memang tidak bersahabat tetapi melihatkan penonton duduk dalam hujan tak berganjak, rasa segan pula. The show must go on. Cover peralatan dengan plastik. Teruskan tayangan.


Rajah 6: Amir Muhammad, Ajami dan Rafidah 3R melancarkan buku filem Estet dan Pisau Cukur. Maaf, gambar kabur, kamera henpon orang miskin je ni.

Rasa-rasanya jam 10 malam baru hujan berhenti betul. Alaaa hujan air. Apa nak kesah kan, belum hujan api lagi. Terimakasih kerana sokongan.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Perspektif lain tentang Maskara Shorties: Ulasan Maskara Shorties

105 BIKE CULTURE YALA

Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...