Rabu, November 04, 2009

THE MAKING OF MASKARA SHORTIES 2


Rajah 1: Azzam (Topi Baseball) dan Naga (Topi Sami) sedang memagar kolam ikan air tawar di laman Rumah Pena agar tidak ada pengunjung yang mati lemas.

Sesampainya di Rumah Pena pada petang itu, semua Sol-jah mendongak ke langit. Bakal hujan ni. Semua Sol-jah kata kalau kita lambung spender ke atas bumbung, kita boleh alih mendung di langit ke lokasi lain. Mungkin ke Seremban. Tetapi tak seorang pun mahu tanggal spender mereka. Kata-kata tinggal kata-kata.



Rajah 2: Spyz menunjukkan kemahiran menyapu walaupun kat rumah sendiri dia agak malas.

Lepas Asar, Sol-jah mula menyusun kerusi di laman Rumah Pena. 30 minit kemudian rintik-rintik hujan dipanggil graviti. Kelam kabut Sol-jah bawa semula kerusi untuk berteduh. Bila kaki langit mula menguning dan menjingga, hujan pun berhenti. Sol-jah susun semula kerusi di laman. Tetapi kepala masih lagi mendongak ke langit. Awan kelabu masih berarak.


Rajah 3: Kawan-kawan yang kita suka menjampi tanah dengan tempurung kelapa sebelum memacak speakers.


Pengunjung mula sampai. 8.00 malam hujan lagi. Sol-jah buat andaian, hujan-hujan ni tidak ramai orang datang. Kalau kita buat kat dalam Pena pun mesti muat. Segera kami memindahkan peralatan ke dalam. Beberapa Sol-jah lain menyelamatkan kerusi lagi.


Rajah 4: Jigo dan Naga sedang membancuh susu untuk Dian sambil membuat pertukangan tangan.

Di dalam Rumah Pena, acara pun bermula. Rumah semakin lama semakin sendat. Bila aku keluar, baru perasan ada ramai lagi pengunjung kat luar rumah. Ada yang terjenguk-jenguk dari jendela rumah. Memang rugilah datang kalau tak dapat masuk.

Usai putar 5 filem, hujan pun teduh. Kami pindah keluar. Kerusi disusun semula. Itulah je kerjanya. Masuk keluar. Susun kerusi.



Rajah 5: Naga dan kawan-kawan menunggu hujan teduh. Esok tidak menoreh.

Sambung tayang filem lagi. Hujan renyai-renyai turun menguji kesabaran lagi. Ikutkan hati nak pindah masuk dalam semula. Peralatan letrik dan air memang tidak bersahabat tetapi melihatkan penonton duduk dalam hujan tak berganjak, rasa segan pula. The show must go on. Cover peralatan dengan plastik. Teruskan tayangan.


Rajah 6: Amir Muhammad, Ajami dan Rafidah 3R melancarkan buku filem Estet dan Pisau Cukur. Maaf, gambar kabur, kamera henpon orang miskin je ni.

Rasa-rasanya jam 10 malam baru hujan berhenti betul. Alaaa hujan air. Apa nak kesah kan, belum hujan api lagi. Terimakasih kerana sokongan.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Perspektif lain tentang Maskara Shorties: Ulasan Maskara Shorties

11 ulasan:

jo berkata...

huuuu...cam bes je...

sinaganaga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Feeyona berkata...

Maaf, gambar kabur, kamera henpon orang miskin je ni. <--- saya paling menyampah ayat ni sehingga buat saya gelak. ;-)

moqh berkata...

gua ada hantar la tok..

Ajami Hashim berkata...

kalau kena sebut 'Rafidah 3R' apakata aku nak buat imej 'Ajami 4R' sebab kepala aku muat untuk gambar saiz 4R! murekekekek!!!

sinaganaga berkata...

bulan depan - mari sini - kita jala ikan tu. ha ha.

eh eh, hensem gak topi sami tu ek, :)

sinaganaga berkata...

Ajami,
Cun. Ajami 4R - Reduce, Reuse, Recycle, Rock uuuuu! Wakakakakaa...

u l t r a b a e berkata...

saya kan tok..dari x kawen sampai kawen sampai dah ada anak sampai sekarang x jenguk2 acara2 soljah..jahat kan saya ni tok? anak murid x sedar diri kan tok, kan?

nanti anak bongsu saya abis spm saya pegi ye tok,ye?

A.C POpCorn PIMP berkata...

kerjasama yang baik tu siap ade jampi2 lagi..hahaha
http://herowayanggelap.blogspot.com/

BuRuuj berkata...

ish..ish...gigihnyer...bagus2. usaha tangga kejayaan!

fadz berkata...

Maaf, gambar kabur, kamera henpon orang miskin je ni. <--- saya paling menyampah ayat ni sehingga buat saya gelak. ;-) <-- tergelak sama bila baca dia gelakkan ayat tu.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...