Selasa, November 24, 2009

BERCAKAP DENGAN GURU




Untuk edisi siasat blog Pukul Berapa Datuk Harimau, kita telah menculik Cikgu Ros ketika dia dalam perjalanan ke Sekolah Berasrama Penuh Sarkas Sudah Jinak. Kita tanya soalan-soalan cepuemas dan kita lihat sama ada dia cemas atau tidak ketika menjawab soalan:

1. Apakah kelebihan mengajar di SBP?


Kelebihan mengajar di SBP? Banyak, yang paling nyata ialah para pelajar terdiri dari pelajar yang cemerlang semasa UPSR ataupun PMR. Jadi guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada pelajar. Pelajar memang dah sedia ada keinginan untuk belajar serta berpotensi besar. Jadi lebih mudah mengajar mereka kerana senang cerita, mereka ni memang pelajar yang pandai.

Selain itu, di SBP, masalah disiplin tak terlalu banyak. Ada, tetapi mungkin tak terlalu teruk. Kalau ada pun, segelintir saja yang terlibat. Guru banyak masa untuk mengajar berbanding membuang masa untuk mengejar pelajar yang ponteng seperti di kebanyakkan sekolah harian. Dan matlamat guru mengajar ialah untuk memastikan pelajar mendapat semua A untuk subjek, bukan sekadar lulus.

Tapi cabaran pun banyak, sebab kadang-kadang pelajar suka menguji guru-guru dengan pelbagai soalan yang kadang-kadang mereka sendiri tahu jawapannya. Maka adalah perlu untuk para guru melengkapkan dan menambahkan ilmu sebagai persiapan menghadapi situasi sebegini.




2. Adakah guru-guru SBP ditapis ketat macam tapisan pelajarnya?


Ha ha ha. Yang itu tidak pasti, tetapi setiap guru yang dihantar ke sekolah, baik sekolah harian mahupun sekolah SBP telah disaring dengan teliti oleh pihak kementerian.




3. A total of 48,171 obtained all A’s in 2009 compared to 46,641 in 2008. Agak-agaknya cukup ke tempat dalamSBP ( Sekolah Berasrama Penuh) nanti?


Tak cukup. Penilaian bukan dibuat sekadar berdasarkan keputusan UPSR, tapi penglibatan aktif dalam kokurikulum diambil kira. Bukan sekadar perlu memegang jawatan penting di sekolah, tetapi perlu ada penglibatan seperti mewakili sekurang-kurangnya negeri ataupun di peringkat antarabangsa. Kalau setakat wakil rumah, sendiri-sendiri fahamlah,hi hi hi.



4. Pelajar yang dapat 4A 1B dan yang lain-lain, apakah peluang mereka ke SBP?


Senang cerita, sangat susah la untuk masuk ke SBP, melainkan ada orang dalam yang boleh membantu. Ini kerana pelajar yang dapat 5A pun tak semua ke SBP,apatah lagi yang keputusannya kurang dari 5A


5. Ada perbezaan ke belajar di SBP berbanding MRSM?


Secara amnya, mungkin tidak banyak perbezaan kerana dua-dua merupakan asrama penuh. Yang membezakan mungkin dari aspek pengurusan MRSM yang berada di bawah MARA manakala SBP di bawah unit Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, iaitu di bawah KPM. Guru -guru yang berkhidmat di bawah MRSM juga dipilih sendiri oleh pihak MARA berbanding SBP yang dipilih oleh KPM, sama seperti sekolah harian yang lain.



6. Secara idealnya, siapakah yang cikgu rasa patut diutamakan untuk ke SBP?

Pelajar cemerlang yang berasal dari luar bandar. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai peluang seperti pelajar cemerlang di bandar yang mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan pendidikan. Jika pelajar-pelajar cemerlang seperti mereka tidak diberi peluang sewajarnya, maka kecemerlangan mereka mungkin tidak dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. SBP mengadakan ratio 70% kuota untuk pelajar luar bandar dan selebihnya untuk pelajar bandar bagi penempatan di SBP.


7. Apa nasihat cikgu kepada pelajar-pelajar yang gagal masuk sekolah berasrama?

Jangan putus asa kerana terdapat pilihan lain seperti memohon di 'sekolah kawalan' yang terdapat di tempat anda. 'Sekolah Kawalan' merupakan sekolah yang hanya menerima pelajar tahun 6 yang mendapat 5A dalam UPSR untuk memasuki tingkatan 1 dan 8 atau 9A untuk kemasukan ke tingkatan 4. Walaupun mungkin bukan sekolah berasrama penuh, sekolah -sekolah kawalan ini masih berupaya bersaing dan mencapai keputusan cemerlang seperti SBP yang lain. Jika masih gagal ditempatkan di sekolah kawalan, teruskan kecemerlangan anda di sekolah harian lain kerana statistik membuktikan pelajar sekolah harian juga masih mampu mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam seperti SPM.

......
Mmmm... jawapan skema. Tak sensasi langsung. Tak melariskan blog ini langsung. Lain kali kita tanya Cikgu Ros pasal kehidupannya sebagai gadis hot dari kota besar yang berkerja di desa terpencil yang tidak ada panggung wayang. Apakah persaan hidup sebagai ros di kalangan duri-duri? Adakah sosiopolitik kedai kopi kampung berubah dengan kehadirannya? Adakah dia berjaya masuk ranking Gadis Melayu Terlaris  luar bandar? Dapatkah dia mengalahkan Nona Atirah yang berkerja sebagai jururawat di klinik desa? Dan banyak lagi. Kita tungguuuuuuu!

5 ulasan:

patungcendana berkata...

huh...memang jawapan standard...nasib baik dia tak quote falsafah pendidikan negara...kalau tidak sure termuntah aku...huhuhu

terrarosa berkata...

Tok,
saya dulu 5A gak, tapi form 1 masuk sekolah kg biasa jer atas alasan tak puas main kat lubuk puyu,
lepas PMR (baca SRP), result masih 'cun' terus masuk MRSM atas alasan macam cikgu Ros cakap, ada kemudahan jauh lebih baik untuk belajar contohnya dapat makan 6 kali sehari kikikiiii....

tapi sekarang ni, susah nak cakaplah , yang mana lebih baik...sebab ianya bergantung kepada tujuan ibubapa hantar anak ke asrama dan sejauh mana anak - anak mereka aktif untuk ambil bahagian dalam program sekolah supaya dapat memberi kesan kepada perkembangan jati diri masing - masing...

kadang2 kesian juga dekat budak - budak yang kena masuk asrama, yang kena tinggalkan sebahagian keseronakan alam budak - budak , tapi at the end, perkembangan potensi diri tak seimbang.

ah panjang pula komen saya kali ini... apapun jangan lupa tanya cikgu Ros tentang kebanjiran gerai pasar malam, kesan dari pembelian peribadi beliau kikikiii :P

tumismenumis berkata...

Ha'aa. Jawapan standard macam yang keluar surat kabar.

Aku tunggu interview sesi kedua tu jer la. Topik macam menarik.

rasso berkata...

sbp tempat buangan politik... ha ha ha....

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hahaha~

nak gelak dengan komen Lan~

=]

eh, tu cikgu Ros yang kena pergi ke daerah yg dekat dengan Pahang ke Tok?

hehehe~

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...