Isnin, November 09, 2009
SONATA MUSIM HUJAN
ACT 1
Ext. Luar stadium.
Kereta bersusun-susun. Manusia bergerak menuju stadium. Ada yang berbaju kuning. Dan ada yang berbaju merah. Tapi lebih ramai berjersey merah.
Ext. Luar pintu stadium.
Tiga orang penyokong pasukan merah sedang berbincang. Peminat fanatik dengan muka bercat merah.
Penyokong Merah 1: Tak boleh masuk. Habih. Takde tiket.
Penyokong Merah 2: Kita rempuh je.
Penyokong Merah 1: Mampuh kena pukul FRU nanti.
Tiba-tiba suara dari tepi.
Jinggo: Awang-awang semua ada masalah?
Penyokong Merah melihat ke tepi. Jinggo berdiri bebaju biru. Dengan jaket hitam.
Penyokong Merah 1: Mu sapo?
Jinggo: Sabar. Gua ada tiket. RM100? Mahu?
Penyokong Merah 3: Fuh! Jual tiket gelap. Nate mu. Patut tiket habih.
Jinggo: Mahu tak mahu? Game nak mula tu.
Kumpulan Penyokong Merah pegun tidak boleh buat keputusan. Jinggo mula bergerak meninggalkan mereka.
Penyokong Merah 1: Nanti. Ambo amik. (Mengeluarkan dompet)
ACT 2
Ext. Kawasan letak kereta.
Gelap. Rintik-rintik hujan mula gugur. Kedengaran gendang-gendang sorak di latar datang dari stadium. Jinggo berlari dengan meletak buku sajak Salon Eksotikata atas kepala. Dia berkira-kira untuk berlari ke arah keretanya di padang letak kereta.
Jinggo: Sial!
Kereta Kancil Jinggo terkepung dengan kereta penyokong-penyokong yang double park. Hujan semakin lebat. Jinggo berkira-kira mahu lari berteduh di stadium.
Honk! Honk!
Sebuah kereta Proton Saga berwarna merah memberi hon. Lampu flash sekali. Pemandunya memberi isyarat untuk Jinggo masuk. Dia masuk.
INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Pemandu wanita. Kurus macam model. Hitam manis orangnya. Memakai jersey pasukan Merah.
Safiah: Teduh dulu sini. Bukan boleh ke mana pun. Duduk sahaja dalam kereta. Temankan I.
Jinggo: Apasal tak masuk stadium?
Safiah: Hujan. Demam nanti. Lagipun mekap I luntur nanti.
Jinggo: Oh.
Safiah: You?
Jinggo: Masa Dunhill taja permainan tengok la. Kemudian, bila terbongkar judi juga taja permainan dah tak minat bola. Jual tiket je.
Safiah: Itu salah dari sisi undang-undang.
Jinggo: Dalam industri bola Malaysia ni, lagi banyak kesalahan besar yang mereka lakukan. Jual tiket ni kecil-kecilan je. Nak hidup.
Hujan semakin lebat. Hampir tidak nampak apa-apa atas kaca windscreen. Safiah meminta lihat buku di tangan Jinggo.
Safiah: Salon Eksotikata.
Jingga: Buku sajak.
Safiah: Bagus ke?
Safiah mencapai buku dari tangan Jinggo.
Jinggo: Biasa-biasa sahaja.
Safiah membuka buku. Lantas dia membaca satu sajak.
Safiah: andai runtuh pagar ilusi/ dan kuluah segala isi/ apa pula jawabmu nanti?/ kita sehati?/ atau aku bertepuk sendiri?/
Safiah berhenti. Dia merenung mata Jinggo. Jinggo pun membalas renungan. Bayangan air yang mengalir di kaca kereta jatuh atas wajah mereka. Jinggo tersenyum.
Ext. Tempat letak kereta. Hujan melebat.
Kereta-kereta bersusun. Voice over suara watak sedang bersajak.
Safiah: Lust oleh yang mimi morticia. Di malam malam dingin sebelumnya, sama seperti malam ini- ingatan tentang bibirmu di situ...
Jinggo:...tanganku ditengkuk mu
Safiah: ... tahi lalat mu yang di sebelah kiri itu
Jinggo: ...parut kecil di ubun ubun mu...
Safiah:... dan
Sorak sorai dari stadium menenggelamkan kata-kata mereka.
ACT 3
Ext. Lecak air. Rintik-rintik air atas lecak. Hujan gerimis atas cahaya lampu. awan hitam berarak. sipi-sipi wajah bulan terang di langit. Titik-titik air atas body kereta. Bendera yang lencun.
Ext. Peminat Merah 1, 2 dan 3 bergerak di celah-celah kereta. Mereka basah. Muka marah. Muka hampa. Muka macam sial.
Penyokong Merah 1: Kalau ambo tahu. Ambo tokse datang.
Penyokong Merah 2: Baik gi tengok wayang.
Penyokong Merah 3: Buat perabih pitih je.
Mereka berhenti di depan proton Saga merah.
INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Jinggo melihat kelibat lembaga berbaju merah di kaca tingkap. Dia menoleh sebelah kiri, juga ada kelibat lembaga berbaju merah. Dia melihat muka Safiah. Muka Safiah cemas. Sebelah kiri dan kanan ada orang menjenguk ke dalam. Penyokong merah 1 mengetuk kaca tingkap dari luar.
Safiah: Boyfriend I.
Jinggo: ...
Fade to black. End Credit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
7 ulasan:
Haha. Nice one, Tok. :)
tak sangka si pejual tiket gelap seorang yang berjiwa puitis..
Jinggo: penjual tiket gelap,penangguk di air keruh, skandal dgn awek org pula.
woot, jinggo mmg hebat. multi tasking
=P
macam cerita hindustan pun ada, harkkk ptuihhhhh!!!!
kalau Safiah x sempat pakai baju lagi best citer ni HAHA
bulih yo cito eh jadi gini. den suko!
kok den la yang basah2 kono ujan itu aghi..mesti den poie ngorat di tepi stadium..
Tok, brader tu loghat tak berape nak kelantan, mungkin dio doh lamo dudok kolupo, lupo kecek kelate, jadi kecek lua capo kecek ke e (KL).
Catat Ulasan