Khamis, Mac 31, 2011

MEMBACA WACANA AJAN DAN RIMA



Menulis siri Ajan dan Rima tidak begitu mencabar. Apa yang lebih mencabar adalah memastikan yang membaca memahaminya. Tidak semua orang faham siri ini. Untuk 'dapat' siri Ajan dan Rima, khalayak perlu berada dalam pemikiran watak Ajan dan Rima dan membaca apa yang tersirat.

Ajan dan Rima merayau-rayau di sebuah pusat membeli-belah. Mereka perlu ke tingkat atas dengan tangga bergerak. Sebagai sang budiman, Ajan memberi laluan kepada Rima untuk jalan dahulu.

Mungkin kalian fikir, bukankah lebih romantik jika Ajan dan Rima bergandingan sebelah-menyebelah. Malangnya, Ajan hanya mahu jadi budiman, bukan romantik. Tambahan lagi, bergandingan di tangga akan menghalang pengguna lain yang ingin cepat. Ya, ada pengguna yang mendaki pantas walaupun tangga itu bergerak.

Sesampainya di lantai atas, Ajan menegur Rima.

Ajan: You nampak cantik dari belakang.
Rima: Thank you. I am flattered.

Ajan diam. Rima pandang Ajan. Keningnya berkerut. Di mukanya tertulis, "Wait a second, what are you trying to say?"


Rima: Jahat!

Dalam struktur penulisan Ajan dan Rima, diam sebentar sebelum Rima menjerit "jahat" adalah penting. Dalam contoh di atas, bantuan diberikan kepada pembaca, biasanya saya tidak memberi bantuan. Saya memilih membantu pembaca kerana saya tidak mahu pembaca menyangka Ajan melihat Rima dengan nafsu.

Diam di sini adalah ruang di mana Rima berfikir. Dan terdetiklah pada Rima yang Ajan itu mengutuk dia dengan menyatakan secara tersirat: dari depan Rima tidak cantik. Konsepnya di sini adalah jika kita memuji separuh dan tidak memuji separuh lagi, ini bermakna kita mengeji bahagian yang separuh lagi.

Pun begitu, dalam dinamik hubungan Ajan dan Rima, Ajan bukanlah mengutuk Rima dengan niat. Ia hanya permainanan perkataan. Gurau-gurau manja. 

Mari kita lihat contoh yang berikutnya. Saya harap kalian 'dapat.'

Rima: Eh! Atas meja you ada floppy disk.
Ajan: Ya. Biasanya orang muda sekarang tidak tahu ini adalah floppy disk.
Rima: Saya tahu itu floppy disk.
Ajan: I rest my case.

Rima: Jahat!


....

Puisi Sebaris
Di hadapan aku, engkau menjawab pesanan yang bertalu-talu masuk ke telefon. Aku tidak berasa istimewa lagi.

Rabu, Mac 30, 2011

DETIK DEFINITIF DUA JANTAN


Mael ni brader Pipiyapong. Salah seorang bekas persekutuan perajurit hardcore Lipis. Maka, brader Pipiyapong adalah brader gua juga. Sebab brader kepada kawan gua, adalah brader gua.

Tapi, gua rasa boleh kira dengan jari berapa kali gua jumpa Mael.   

Masa ke Maskara, gua masuk je rumah Pena, gua nampak Mael. Mael nampak gua.

Kami senyum lebar.

Kami salam. Salam biasa tapi erat jabatnya.
Kemudian kami salam brader-brader. Salam macam armwrestling. Genggam kuat-kuat.

Gua tengok Mael. Mael tengok gua. Face to face.

"Kita takde benda nak cakap kan?"
"Entah. Memang takde."

Kami tidak poser untuk berbual kecil seperti, "Setiap kali petang mesti hujan," atau "Jam tak perjalanan ke Kuala Lumpur?" We are too big for small talks. Too manly to be talky. Kami bukan perempuan. Kami tak mengumpat.

Kami senyum lebar. Kami sengih-sengih. Kemudian, masing-masing cari ruang lain untuk diisi. Banyak lagi ruang dalam Rumah Pena tu.

p.s.
Girls, Mael single lagi. Baik budi pekertinya tetapi seperti lelaki sejati lain, dia tunggu kena ngorat.

Jumaat, Mac 25, 2011

PLASTIK

"Kenapa sampah2 ni tak bungkus dalam plastik?" tanya tukang angkat sampah.

Mak Ngah jawab, "Sabtu. Hari tanpa plastik."


..........
Kitar semula artikel Jeneral Sinaganaga dalam bentuk lain.

Rabu, Mac 23, 2011

MASKARA 26 Mac 2011

Tiada video seks dan datuk T di sini.

Jumaat, Mac 18, 2011

PINTU PUN TIDAK TERKUNCI

Adik beradik aku semua lelaki, kecuali seorang. Kami bertujuh semuanya.

Masa kecil, kami tidak cakap banyak antara satu sama lain. Lebih banyak aksi dari bercakap. Sepak. Terajang. Tumbuk. Tepis. Flying kick. Elak. Body slam.

Ayah pun tidak banyak cakap. Pukul 12 tengah malam, dia buat-buat batuk, "Ehem!" Kelam kabut adik beradik tutup TV, bentang toto dan tidur. Tak nagntuk pun, paksa mata tidur.

Jarang sangat antara kami buat aktiviti bersama. Abang dengan kawan-kawan dia. Aku dengan kawan-kawan aku. Dan adik-adik dengan kawan-kawan dia, askar-askar plastik. Yang bagusnya jika jarang ketemu, jarang konflik. Jarang gaduh.

Tapi hairannya, dengan orang luar kami amat peramah. Cuma dengan adik beradik situasinya diam. Kalaulah boleh ditoreh udara tegang dalam rumah kami, pasti keluar darah.

Sampai ke tua pun kami masih begitu. Kalau berjumpa cuma berbasa-basi. Apa khabar? Dah makan? Dari mana? Jalan jem tak? Hujan tak kat sana?

Bagus juga ya. Kami jarang mengumpat.

Semalam di kampung, kunci adik tertinggal dalam kereta. Kereta terkunci. Mula-mula adik jolok-jolok dengan gergaji besi. Kemudian datang abah cuba kait dengan dawai. Hampa.

Berpeluh ketiak mengerjakan pintu itu.

Kemudian abah bagi idea guna benang dan racik tombol kunci. Kelakar betul idea kampungan itu tapi memandangkan dah satu jam bertungkus lumus tanpa hasil, kami pun bersetuju.

Aku pegang lampu picit. Adik guna skru driver renggangkan pintu. Abah hulur benang dan dawai. Persis mainan kat kedai video di mana satu tangan mekanikal dikawal untuk menangkap patung beruang.

Kemudian, benang itu berjaya menjerut tombol seperti koboi menjerut lembu. Abah tarik. Kluk! Pintu tidak terkunci lagi. Kami loncat-loncat gembira. Yeay!

Kemudian semua maintain kool semula. Senyum masih di muka masing-masing.

Sepanjang hidup aku, itulah masa paling kualiti kami anak beranak.

Rabu, Mac 16, 2011

ALIN DAN ZUNAR

Aku ada tulis beberapa siri Ajan dan Rima. Kemudian, aku pernah mohon sumbangan lakaran dari pasangan Alin dan Zunar untuk siri Ajan dan Rima dalam buku Ayah Kita Bos. Baru-baru ni aku dapat tahu cerita dalam cerita yang dicatat oleh Alin. Sweet sungguh.

"Kala mengemas bilik pejabat, pastinya terjumpa bingkisan2 nostalgia.

Ini adalah untuk projek blook 'Ayah Kita Bos', atas jemputan Tok Rimau & AbgNaga. We were given the dialogues, and drew from there.

Pastinya aku dijemput untuk melukis sebab aku minat Tok Rimau tapi Tok Rimau minat Abang, hihihi.

Apa aku lukis ini sebenarnya memang benar2 berlaku. Aku dating dengan Abang di sebatang sungai di hutan FRIM Kepong. Kami bergayutan kaki di tepian sungai, dan ikan-ikan kecil datang mengigit2. Natural fish spa.

And mind you, masa tu fish spa belum ada lagi di Malaysia ni.

Seingat aku, masa Abang perturunkan ilmu lukis kartun dia, aku kena lukis ni semula sebanyak EMPAT kali! Sampai aku naik merajuk-rajuk! Tak guna sesen pun berhutang ribu-raban belajar jadi arkitek 8 tahun! hahahaha
A really humbling experience that was, though.  oleh ALIN "
 .

Jumaat, Mac 04, 2011

MISTERI SETOR

Kebanyakan pejabat menyediakan tempat solat untuk pekerja muslim. Paling tidak pun dibenarkan solat dalam setor.

Perghhh! Entri ini bermula cantik macam sebuah entri dakwah. Tapi sebenarnya entri sekular.

Setor pejabat aku boleh jadi macam-macam. Kadang-kadang jadi surau. Kadang-kadang jadi fitting room. Kadang-kadang jadi tempat tidur. Aku syak juga jadi port makan untuk akak-akak uzur di bulan puasa.

Tapi kata orang itu, pandai makan pandai simpan la. Lepas guna, kemas. Jangan ada kesan.

Contohnya, kalau guna setor untuk bersalin pakaian sebelum pergi aerobik, pastikan setor tu kemas.

Semalam budak pejabat mengadu kat aku. Dia sedang selak-selak cari fail tiba-tiba terjumpa seluar dalam wanita saiz XL. Dia langsung buat pengumuman, siapa akak-akak yang tercicir seluar dalam, sila tuntut. Tak ada pula yang ngaku.

Seluar dalam itu pun dibuang dalam tong sampah. Aku rasa budak pejabat itu suwey 44 hari selepas itu. Begitu juga fail-fail dalam rak dalam setor itu.

Sekian, flashback saya.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...