Dalam satu bulan, powil diesel aku minum kurang 1 liter minyak. Jimatkan?
Bulan puasa 2026, US dan Israel menyerang Iran. Rantau itu bergolak kerana kejiranan pun main peranan. Agihan minyak serata dunia jadi terjejas. Harga minyak melambung, bekalannya tercatu.
Sebelum perang harganya RM3/liter dan sebulan perang harganya cecah RM6/liter.
Di Malaysia ini, yang paling terasa adalah Dieselians kerana tiada subsidi dari kerajaan. Dieselians ini dikira anak tiri kerajaan la. Kami difitnah kaya raya (Semoga jadi kebenaran. Amin), maka kami dianggap tidak memerlukan subsidi.
Aku tunggu ada acara basikal, baru powil akan digerakkan. Sementara itu berselimutlah ia di depan rumah. Itu pasal 1 liter minyak sahaja gunanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan