Khamis, November 20, 2014

DI ATAS AWAN

2.
Aku sudah lama berminat mendaki gunung tetapi tiada kesempatan. Apa yang mencetuskan minat aku adalah satu foto pendakian di mana pendaki berdiri di puncak gunung memandang gumpalan awan di bawah mereka. Pendek kata, berdiri lebih tinggi dari awan itu mengujakan aku.

Orang yang simpan foto-foto begini biasanya pendaki gunung. Jadi aku pasang niat. Malangnya, tiada kawan-kawan rapat aku yang minat naik gunung. Atau berminat naik gunung lagi. Ramai yang sudah sangkut beg dan bersara umur 30. Dan tak mula pun lagi. Mungkin aku ini terlambat.

Aku selama ini sibuk main bola keranjang. Tidur bola keranjang. Makan bola keranjang. Pemain yang sebaya aku pun ramai yang dah bersara, aku masih bermain. Tetapi, lawan aku makin lama makin muda sebab nak main dengan orang tua dah tiada. Tapi kederat manusia ni sampai mana je la. Akhirnya lutut mula sakit-sakit. Tulang belakang mula sakit-sakit. Aku sudah tidak laju dan lincah seperti dahulu.

Aku rasa masuk hutan panjat gunung adalah sukan baharu untuk aku. Ianya slow and steady. Maka, aku kena cari set kawan baharu. Kawan yang naik gunung. Aku pun bertanya-tanya.

Isnin, November 03, 2014

PEWAI

1

Aku pertama kali dengar perkataan 'pewai' ketika aku bersembang dengan kaki gunung. Kaki gunung di sini bukanlah lokasi paling bawah untuk sebuah gunung tetapi merujuk kepada orang yang hobinya memanjat gunung.

Aku pun tidak pasti asal usul istilah 'pewai' ini yang biasa digunakan oleh kaki gunung ini datang dari mana. Aku amati dengan teliti konteks di mana perkataan pewai ini digunakan. Akhirnya aku rumuskan:

pewai = keletihan yang amat sangat

Dalam keadaan paling terlampau pewai, seseorang pendaki itu mengalami kekejangan otot, muntah-muntah dan patah semangat. Malah sering kali didengar ketika seseorang itu pewai dia akan buat kenyataan, "Ini last aku manjat gunung." Kemudian seseorang dalam kumpulan akan menyindir, "Dulu pun kau kata begitu." Dan, semua pun ketawa. Mereka akan berehat sebentar, kemudian teruskan lagi perjalanan.

Dari satu sudut, pewai itu adalah satu fenomena negatif tetapi jika engkau berfalsafah ianya satu keriangan. Aku akan perjelaskan lagi.

Memetik kata Rumi*, "Kau mestilah terus mematahkan hati mu sehingga ia terbuka." Jika sesuatu itu terlalu mudah maka ertinya dalam hidup engkau akan sangat kurang. Sesuatu yang membuat engkau pewai akan mematangkan dan mendewasakan engkau.

Maka, aku pilih tajuk PEWAI sebagai tajuk makalah ini.


*Rumi adalah penyajak sufi abad ke 13.


.....
Catatan Pembaca
huhu...tok, dila jarang borak dengan tok kan. kalau tak agaknya dah lama tok dengar perkataan tu dari mulut dila 4-8tahun yg dulu. pewai diambil daripada perkataan asal "piawai" atau had tertentu. Jadi kalau dah tak larat, kami akan sebut dh pewai. Budak2 askar slalu guna ;) - Buruj

Ahad, November 02, 2014

SAYANGKAN KEHIDUPAN

Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalani kehidupan.

1. Berkenaan Johor Sketchers, kami berjaya pergi beberapa tempat menarik. Kami ke Kampung Air Kukup, perlabuhan nelayan Pontian dan Kelong Kong-kong Laut. Juga kami ke Muar kerana jemputan NBB Galeri.

2. Muar is a nice place. Almost like Penang. It's a very old town with a lot of historical buildings. The food is great, especially Morning Sate and Mi Bandung.

3. Sementara itu, kenapa pemimpin Melayu tidak pernah laungkan slogan "Melayu Mesti Kerja Keras?" Kita selalu dipijuk dengan subsidi dan bantuan kerajaan kepada Melayu yang lemah. Ini semua untuk kepentingan politik. Random.

4. Galeri Qalam Sufi akan tutup kedai tapi perjuangan mereka akan berterusan. Mereka akan cari tempat baharu.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...