Isnin, Januari 26, 2009

KASUT BIRU TOK RIMAU

 
Untuk mengelakkan kecederaan kaki seorang pemain bola keranjang perlu memiliki kasut yang selamat. Nike AIR FLIGHT SKOOL: Upper full-grain leather, perforated upper for breathability,  durable toe covering for extra level of durability in high wear areas,  lightweight phylon midsole with maximum volume air-sole unit in the heel for extra comfort. 

Pepatah ada mengatakan:

1. Dia yang menunggu kasut orang mati akan berkaki ayam lama. (Perancis)
2. Aku merungut kerana tidak berkasut sehinggalah aku lihat orang yang tidak berkaki. (Parsi)
3. Jalanlah sebatu dalam sepatu orang lain untuk memahami dia. (Inggeris)
4. Sepasang kasut yang ringan bukanlah syarat tunggal untuk menari. (Danish)
5. Antara bercakap dan berbuat, banyak kasut sudah haus. (Itali)
6. Jangan biarkan kaki engkau berlari lebih laju dari kasut (Scottish)
7. Biasannya tukang kasutlah yang berkasut buruk. (Sicilian)
........
Tambahan:
Kasut yang cantik tidak menjamin permainan yang cantik. (Tok Rimau)

17 ulasan:

garpu karat yang dah ting tong berkata...

unjuran pepatah yg menarik dari kamu..:)

Tanpa Nama berkata...

lawa la kasut tu tok.. copy kat mana?

rasso berkata...

Maen bola keranjang awat xpakai kasut camel? Ermmmm....

izzati fuad berkata...

woah. itu punye kasut, kena main hari2 la tok. cantiknya~~

Rajuna berkata...

beli kat lelong.com.my. tau...

addyaholix berkata...

nanti aku gugel, kalau ada dalam internet pepatah-pepatah tu haha!

aku saspek ko cuma reka je tok!

=)

K.H berkata...

Bermain mata keranjang pula mungkin berpeluang dibaling kasut.

hegira berkata...

sekali tengok, teringat sufian abas. dua kali tengok, teringat salah satu fragmen dalam filem sepi.

tiga kali tengok, teringat cerita godfather.

ok. mungkin takada kaitan.

Faisal Nordin berkata...

Nike bukan barangan amerika ke tok?
boikot boikot... !

Tok Rimau berkata...

Ice,
Nike ni barang US. Tok memang geram dengan US. Tok letak kat kaki je, pijak-pijak kasut ni. ha ha.

Hegira,
Teringat kat salah orang je. Kat Tok tak pun.

Indra,
Tak ada aweks kat court utk bermata keranjang. lagipun badan penuh peluh.

Addy,
Pepatah Siam ada kata, kalau lidah yang bergerak, jangan percaya pada kata-kata.

Rajuna,
Oitt tengok kaki la oii. Tengok kaki yg berkasut baru ni.

Ijat,
Memang pakai hari-hari. Tidur pun pakai kasut ni.

Rasso,
Kasut Camel buat tendang orang, bukan bola.

Azwan,
Syhhh... jangan bagitau orang ma.

Garpu,
Komen yg menarik dari kamu. Terimakasih. ha ha.

yusrihashim berkata...

allen iverson..mesti tak leh tido lena lepas nie...tak leh carik makan..

astig berkata...

wow, post se-pesyen mcm sy punyer la

dugongsenyum berkata...

"Three things tell a man: his eyes, his friends and his favorite quotes."

haha

dugongsenyum berkata...

Kasut yang cantik selalunya sempit. (Perancis)

Mohd Yussof Ibrahim berkata...

Kasut yg anda minat masa "sale" selalunya tak ada saiz.

Tok Rimau berkata...

MYI,
Benar sangat la petua tu. Sebelum dapat kasut ni, Tok tanya 2 pasang kasut lain yg jawapannya tiada saiz.

Dugong,
Sepatu yang seru biasanya memberi cagu.

Astig,
Kasut kamu cantik.

Kareem,
Allen boleh jual goreng pisang.

mugiwara berkata...

sy masih percaya pepatah2 tersebut wujud walaupn masih belum jmpa sumber2nya stlh hmpir seharian mcari.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...