Rabu, Julai 30, 2008

CERMINAN DIRI

Q: Untuk siapakah kalian berblog?

A: Kalian tidak berblog untuk emak bapak baca atau adik-adik baca. Secara bawah sedarnya kalian berblog kepada khalayak pembaca yang diandaikan sebagai sebaya. Bila aku tulis sebaya, aku bukan merujuk kepada usia tetapi status sosial.



Q: Apakah yang dinyatakan oleh foto-foto yang kalian terbitkan dalam blog kalian? Bagi contoh.

A: Menurut kajian wacana, foto-foto itu membawa kenyataan peribadi dalam rangka pengurusan impressi kalian:

1. Aku mesra dengan kamu (Gambar komposisi potret dalam pose menggoda pembaca dengan mata).

2. Lihatlah aku (Gambar dalam kereta memakai talipinggang keledar. Tersenyum mestinya).

3. Aku ada ini (Gambar baju, cincin dan teddybear).

4. Kami mesra (Gambar-gambar lebih dari satu orang sambil membuat muka).

5. Inilah yang kami buat (Gambar-gambar sedang sekumpulan peminat clubbing).

6. Kami kool (Gambar kalian dan kawan-kawan menampakkan alur antara dua bonjol lemak di dada)


Walau pun ada peluang untuk menyamar dan bersembunyi di balik nama pseudo dan jalur lebar, dalam kebanyakan masa blogger bersifat jujur dalam mempamerkan diri. Kita bergerak ke arah manusia exhibitionist. Kita masih berevolusi.



Q: So what? Ada masalah ke?

A: Tidak. Belum lagi. Sehinggalah rakan sekerja atau majikan kalian Google nama kalian dan terjumpa gambar-gambar tu. Ingat, mereka bukan rakan sebaya. Mereka bukan khalayak sasaran kalian.



p.s.

Tiada foto hiasan untuk entri ini. Koolgai Model Agency tidak ada ehsan lagi.





.........



MASKARA X







Maskara X

2 Ogos 2008

Rumah Pena



baca selanjutnya..



Buktikan cinta kamu, jumpa di sana.

Isnin, Julai 28, 2008

RAHSIA DALAM RAHSIA

Teater Roh Semberani

Kuda Kepang (Riyuk) amat pop di kalangan komuniti Jawa di Batu Pahat. Ianya sebuah amalan tarian mistik berasal dari tanah Jawa. Aku yang separa Jawa, merasa sedikit kagum dengan kebolehan pemain kuda kepang mempamerkan kuasa super mereka dalam gig Kuda Kepang. Pun begitu, ada rahsia dalam rahsia membuat aku malu dan ingin menjauh.

Tidak seperti KL, teater di JB amatlah jarang. Maka, hujung minggu lepas aku tidak melepaskan peluang menonton persembahan teater Roh Semberani yang bertemakan budaya Kuda Kepang di auditorium RTM, JB.

Persembahan teater Roh Semberani memakan masa dua jam lima belas minit. Agak panjang untuk kebolehan attention span aku. Terbahagi kepada dua bahagian, satu dongeng asal usul Riyuk dan keduanya perjuangan pengamal budaya Riyuk di Batu Pahat, Johor. Penulis cerita cuba bermain dengan keselarian dua plot, alam dongeng dan realisma pengamal budaya yang hampir pupus. Kenyataan subteks teater ini jelas, budaya Riyuk harus diperjuangkan dan dipadankan dengan tuntutan semasa. Pun begitu, hujah-hujah untuk kenyataan yang hendak dipertengahkan agak longgar. Aku bagi tiga bintang untuk teater ini.

Titik kemuncak dalam naratif teater ini adalah apabila pendedahan dibuat tentang Dewi Songo Langit (atau Sangga Langit) adalah makhluk dari alam dua jantina. Jarang sekali watak khunsa memainkan peranan penting dalam sebuah dongeng. Patutlah dia mememberi pelbagai helah berbentuk syarat apabila Prabhu Kelana Sewandana mahu mengahwininya. Minta terowongan panjang, minta orang berkepala binatang (Singo Barongan) dan minta persembahan budaya yang unik (Asal usul Kuda Kepang). Mula-mulanya aku fikir, dia cuma seorang puteri yang cerewet tetapi rupanya ada rahsia dalam rahsia.

Aku pun balik dan google asal usul Riyuk. Rupanya ada lagi rahsia dalam rahsia tentang dongeng ini. Dalam peperangan Prabhu Kelana Sewandana versus Singo Barongan, kepalanya akan dibuat hantaran kahwin, Sewandana telah menggunakan khidmat Warok. Warok adalah tentera berani yang mempunyai ilmu hitam.

Dikatakan Warok ini tidak boleh berkahwin dengan wanita kerana seks dengan wanita akan membuat mereka hilang kuasa super. Maka, mereka membela budak-budak lelaki belasan tahun sebagai jambu yang melayan mereka menggantikan isteri. Hubungan Warok-Gemblak ini adalah rahsia dalam rahsia.

Dongengan moden seperti hubungan Batman-Robin juga boleh dicurigai. Holy cow! Baru kalian sedar kenapa Robin memakai tights dan dipanggil Boy Wonder?! Bagaimana dengan Spongebob dan Patrick, juga Teletubbies yang membawa beg tangan?!!

Kenapakah telalu banyak watak fiksyen (aku anggap dongeng itu fiksyen) yang cenderung kepada seks luar tabiee? Aku berteori bahawa terdapat terlalu ramai lelaki lembut yang memacu perkembangan budaya. Sedikit sebanyak mereka mencipta watak mengikut acuan mereka.

Aku ada kawan yang mengaku dirinya gay. Dia akan belanja aku makan dan melambai aku pulang setiap kali bas aku berlepas pulang dari KL ke JB. Kami rapat, tetapi aku bukan gemblakan dia. Jauh sekali. Aku berkawan rapat dengan dia kerana aku mahu membantu memulihkan kejantanannya. Mungkin dia tiada role model untuk diikuti sebelum ini. Dalam dakwah ini, aku bertindak sebagai contoh kepada jantan yang sebenar. Yea yeahhhhh! (Buat suara macho Bandi amuk)

Dari Blog Afimon:
Semasa Prabu Klana Sewandana bertempur dengan Singo Barongan, Afimon bangun. Sebijik macam Ultraman Tiga lawan raksasa. Selebihnya Afimon ngantuk. Tidur lagi best.

Khamis, Julai 24, 2008

HUJAN SALJI DI NEGERI ORANG

 
Foto Hiasan: Ehsan Koolgai Model Agency


Hidung kembang dapat naik kapal terbang untuk pertama kali. Pakai blazer dengan  name tag bertulis "STUDENT." Dari Subang terbang ke Dubai. Dari Dubai terbang ke Heathrow. Dari Heathrow ke Washington.  Tidak sangka naik kapal terbang pun sama macam naik bas South Johore. Ada berhenti-berhenti.



Di Washington, salji turun lebat sekali malam itu. Walaupun ini pertama kali aku jumpa salji, tidak ada langsung nafsu aku mahu bermain bina orang salji bulat atau bikin air batu kacang. Dingin teramat sangat sampai ke tulang sum-sum. Telinga membeku rasa macam hendak gugur. Selesema aku menjadi-jadi.  Aku jadi benci kepada salji. Maka, aku berkurung sahaja dalam bilik hotel. Aku tidur berselimut tebal dengan stokin, kasut, jaket, muffler, sarung tangan dan baju dalam panjang (thermal underware). Aku tidur mengigil-gigil. Aku rasa ada kemungkinan aku akan mati kerana pneumonia atau hypothermia.



Aku tiba-tiba rindukan suam matahari Malaysia. Malam itu aku mimpi jadi Yeti. (sila Google: Yeti) Tidur dengan hangat bulu-bulu tebal yang menggebu. Keesokan harinya aku terjaga dari tidur. Aku masih hidup.



Hari itu lain, aku sudah tidak pakai nametag  lagi. Aku pakai kaca mata hitam dan meronda-ronda di kedai majalah. Hi! Hi! Hi! Orang kampung pesan. Bukan aku yang kemaruk sangat.



Zasss! Bertolak ke El Paso, Texas. Sekolah aku di sana. Washington ni tempat  transit sahaja.  El Paso jauh di selatan benua Amerika Utara. Lama juga perjalanan tu.



"Amacam Washington?" tanya senior yang menjemput aku di lapangan terbang El Paso.



"Sejuk nak mampus. Macam hidup dalam peti ais. Tidur dalam hotel kena pakai kasut dan jaket," jawab aku beriya-iya.



"Engkau tak pasang heater ke?"



"Heater? Apa tu?"



Senior-senior ketawakan aku. Seronok sangat mereka. Penceramah BTN tidak ajar. Cikgu Ilmu Alam pun tidak ada sebut. Di Malaysia aku cuma tahu alat penghawa dingin. Mana aku nak tahu di negara beriklim sejuk, manusia menggunakan alat penghawa panas. Pelajaran yang amat mahal bagi aku. Hampir mati kerana kebodohan.



......................



LIVE ROCK

FURY yang dibintangi Pipiyapong dan Kumprinx

dalam ROTTW SOUNDSTAGE

Saturday, July 26, 2008

3:00pm - 7:00pm

Central Market

Kuala Lumpur, Malaysia



LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Filmmakers Anonymous

Rabu, Julai 23, 2008

MAINAN TIDUR

Bukan Mercedes. Kereta baru gua adalah kereta buruk. Kereta jenis Datsun 120Y wagon berwarna hijau Arqam. Jenis yang sama yang biasa dibuat menjaja ikan pada tahun 80an. Itulah permulaan mimpi gua malam tadi.

Kereta itu dihantar oleh seorang mekanik dengan pakaian overall penuh minyak. Dia lambat kerana masalah bateri katanya. Gua marah kerana gua lewat untuk mesyuarat pada pukul 9.00 pagi. Bersama gua, di dalam kereta, ada tiga awek cun. Ulang sekali lagi, ada tiga awek gua cakap lu. Tidak mahu kalah. Mereka adalah Liyana dan Izzati. Seorang lagi gua lupa. Mungkin Azie. Mungkin juga Atiqah. Tidak ingat. Al maklumlah ramai sangat awek.

Gua tahu ada pembaca yang bertahmid. Syukor. Nama lu tidak disebut. Ha! Ha! Ha!

Baru mahu mula perjalanan ke pejabat, kereta itu mati. Izzati menjadi kalut. Dia kata, "Sumpahan la ni. Bawa awek ramai-ramai lagi."

"Mengarut. Tiada kena mengena jumlah awek dan keadaan kereta," gua cakap. "Kalau gua bawa kambing sekali pun, kereta ini tetap rosak jika dia nak rosak."

Gua tengok bahagian belakang kereta wagon itu. Ada dua kolah plastik bertindak sebagai tangki petrol. Ada satu paip getah kuning menghubungkan kedua-dua kolah ini. Semacam sebuah ujikaji siphon (Sila google: Siphon). Apa jadahnya tangki kereta begini rupa? Bekas kereta penyeludup petrol ke Siam agaknya.

Gua tersentak dari tidur. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Gua lekas-lekas pejam mata dan tidur kembali. Gua sambung mimpi tadi.

Gua masih mushkil dengan tangki minyak kereta buruk gua ini. Di lantai tangki itu ada lubang tetapi minyak tidak kebocoran pula. Terfikir pula gua, Tidak logik tangki petrol terdedah macam akuarium ikan emas ni. Jika ada orang nyalakan rokok, mahu terbakar kereta ni. Ish, sampai 12 tengah hari gua mencari jalan cuba membaiki kereta ini. Gua sudah terlepas mesyuarat penting gua. Awek yang tiga orang itu sudah rimas. Mekap pun sudah cair.

Plink! Tiba-tiba, mentol berfilamen menyala sejengkal dari kepala gua. Gua memang ada kereta tetapi bukan kereta Datsun 120Y wagon hijau Arqam yang buruk ini. Ini adalah kereta dalam sebuah mimpi. Dalam mimpi benda tidak perlu logik. Babi pun boleh terbang dalam sebuah mimpi. Monyet pun boleh berceramah dalam sebuah mimpi! Macam-macam boleh berlaku. Ha! Ha! Ha!

Gua tersentak dari tidur. Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Gua ketawa.

Bukan Mercedes. Kereta baru gua adalah kereta buruk. Kereta jenis Datsun 120Y wagon berwarna hijau Arqam. Jenis yang sama yang biasa dibuat menjaja ikan pada tahun 80an. Itulah penutup mimpi gua malam tadi.


p.s.
Tanda #7: Suami tersenyum atau tersengih ketika tidur. Bukan ketawa tau. Lu, (Gua tunjuk jari kat lu) lupakan komen Tajul Muluk mentaksir dan mentafsir mimpi itu. Ha! Ha! Ha!


TEATER
'Roh Semberani'- 25/7/2008 (Jum.) :8.30pm | 26/7/2008 (Sab.) :3.00pm  & 8.30pm. Auditorium RTM Johor, Jln Tasek Utara, JB. Tiket: RM0.

Isnin, Julai 21, 2008

TANDA NOMBOR LAPAN

 
Foto Hiasan. Ehsan Koolgai Model Agency.




Mak tidak langgan Motor Trader. Maka, aku belek-belek majalah wanita di rumah mak. Biasalah, majalah wanita. Pastinya penuh tips untuk wanita.



Tajuk Artikel: Tanda-tanda Suami Curang

Tanda Nombor 8: Suami anda mula menyimpan sikat di dalam saku.



Kalau beginilah, minah cun yang mengorat aku boleh rasa selamat. Ha! Ha! Ha!







LAWATAN SAMBIL BELAJAR



Youtube Ana Raffali | Blog Ana Raffali

Sabtu, Julai 19, 2008

BUKAN KERANA NAMA

Aku tersilap memilih nama yang tidak baik masa aku mula bikin blog dulu. Orang tua ada berpetua, jika memilih nama pilihlah nama yang baik.  Tetapi Shakespeare, melalui watak Juliet, ada bermadah, "Mawar dengan nama apa pun, harumnya tetap sama." Dan Papa Rock, Ramli Sarip pula berlagu, "Aku menulis bukan kerna nama."

Ting Tong. Ting Tong. Bunyi nada mesej masuk.

Tok Rimau: Kat mana?

Ilis: Kat Jusco dengan mak.

Tok Rimau: Kirim salam dengan mak.

Ilis: Sudah sampaikan salam Tok Rimau. Mak kata, macam nama orang jahat je. Ha! Ha! Ha!

Tok: Cheh! Mak awak banyak sangat tengok cerita Hussain Abu Hassan.

Terngiang-ngiang pula di telinga akan nasihat Don kepada Bidadari, "Dengar cakap mak kerana dia makan garam dulu. Apa mak kata tu selalunya betul."

Rabu, Julai 16, 2008

JANGAN PANDANG BELAKANG

Aku mahu meracau-racau pun bukan ada yang mahu dengar. Semua sudah ke sekolah dan ke tempat kerja. Aku masih terlantar, terdampar atas sofa melayan demam yang tidak kebah-kebah.

Demam-demam begini aku perlukan komedi. Ketawa adalah ubat yang terbaik. Tiba-tiba mentol idea menyala atas umbun-umbun aku yang suam.  Aku tarik kerusi tinggi rapat ke rak buku. Aku panjat dan capai album gambar di tingkat rak paling atas.

Aku belek album gambar. Keluarkan sekeping foto dari saku album- foto seorang gadis dengan jeans biru, berambut pendek Lady Diana dan berkaca mata saiz gogal. Belek belakang gambar. Ada sebaris ayat bertandatangan.

"Percayalah, engkau sentiasa di hati."

Aku pun ketawa sendiri.  Catatan di belakang foto adalah seni yang menghilang dimakan perubahan gaya hidup baru selari dengan perkembangan Flickr, Friendster, Fotopages, Facebook dan telefon tangan berkamera.

Aku lihat foto-foto lain pula. Aku belek belakang lagi.

Foto gadis berbaju kurung berambut ombak Farah Fawcett: Cinta kita tidak mungkin akan pudar. Selamanya.

Foto gadis tinggi lampai bertudung labuh kelabu: Sayang, kenang daku dalam doa mu.

Kemungkinan kata-kata ini pernah benar atau tidak pernah benar tidak perlu dipolitikkan. Tuan punya diri pun, entah-entah akan menafikan pernah menulisnya. Mereka sendiri pun pastinya sudah lama membakar foto-foto aku untuk menghapuskan bukti dan memadam sejarah. Lagi pun, kata-kata yang aku catatkan di belakang foto adalah lebih poyo. Amat poyo sekali. Ha! Ha! Ha!


p.s.
Tok tidak letak foto hiasan untuk entri ini kerana risau berlakunya jejak kasih. Buatnya ada pembaca yang menjerit, "Oh my God! That's my mom!" Naya kan!!

Isnin, Julai 14, 2008

AKU BUKAN AKU

Aku bangun pagi dan rasa macam James Dean. Aku mengenakan jeans biru dan tee putih. Lantas pergi ke tempat kerja.

Sesuatu yang tidak diduga timbul. Aku kena pergi pejabat am markas. Ada dokumen yang mesti dihantar. Mesti bos marah kalau nampak aku santai memakai busana musim rebel, jeans biru dan tee putih. Kalau ikut dia, aku mesti berkemeja batik belia 4B 24/7.

Aku singgah jumpa Syed di Lab sebelum ke pejabat am markas. Pinjam jaket lab dia untuk tutup kesantaian aku. Dalam jaket lab, aku kelihatan seperti seorang pekerja yang sibuk.

Atas dada jaket lab itu tersulam nama Syed.

"Sejak bila pulak engkau tukar nama jadi Syed?" tanya orang di pejabat am markas. Percaya atau tidak, tiga orang tanya soalan yang sama. Termasuklah bos.

Aku pasang muka James Dean tidak jumpa rokok seminggu. Untuk soalan yang sama, aku bagi jawapan yang sama, "I am not myself today." Mereka tidak berani tanya soalan lanjut.

Selasa, Julai 08, 2008

MASA MUDA SEBELUM TUA





Zaman itu, zaman tanpa wawasan. Malah, perkataan wawasan pun masih belum popular masa itu. Hidup cuma joli katak habiskan duit biasiswa.



Sebenarnya bukan tidak ada wawasan langsung. Ada la sikit, tapi tidak la sampai tahun 2020. Dulu, aku cuma mahu belajar di luar negeri kerana mahu naik kapal terbang dan naik roller coaster. Ijazah tu cuma sampingan je.



"Kalau kita ada wawasan pada masa itu, tentu kita boleh pergi jauh," aku berkata kepada Tok Mud.



"Rugilah kalau engkau ada wawasan pada masa itu. Tak enjoy," kata Tok Mud kepada aku.



Yang hampehnya, bila balik ke Malaysia, sudah ada Roller Coaster di Sunway dan Genting. Penat je aku pergi jauh.

Isnin, Julai 07, 2008

ARTIFAK DI DINDING

Aku memandang ke tembok dan aku berkata di dalam hati, "Aku ini tidak banyak berubah." Bukan. Aku bukan memandangan bayangan di cermin muka di tembok, seperti yang kalian sangka. 

Aku memandang cebisan-cebisan artifak yang aku lekatkan di tembok. Dulu (zaman dahu kala), ketika aku muda, dinding bilik hostel aku juga penuh dengan cebisan-cebisan artifak. 2008. Aku tidak banyak berubah.




Men do not quit playing because they grow old; they grow old because they quit playing. Oliver Wendell Holmes

Rabu, Julai 02, 2008

POLITIK


Aku membaca segmen Politik dalam Utusan Malaysia satu berita yang bertajuk Jangan Politikkan Isu Anwar-Muhyidin.





KUANTAN 1 Julai - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mempolitikkan isu tuduhan meliwat terhadap dirinya.


Hati aku berkata, kalau dalam segmen politik sudah tentunya berita politik. Kan?

............................................................................


 

Klik untuk saiz yang sesuai untuk mata anda. 


..........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Masalah kemaluan? Klik SINI untuk penyelesaian.

Selasa, Julai 01, 2008

TOK PIN DAN KERAJAAN LAUT 2

EXT. DAY. KAPAL DIRAJA PENDEKAR
Bam! Peluru meluru masuk ke dada Tok Pin. Darah tersembur. Tok Pin memandang ke arah lukanya. Tok Pin memandang ke arah penembaknya. Dia tersengih dan memberi isyarat bagus dengan ibu jari. Mata hitamnya naik ke atas bersembunyi di bawah kelopak. Tok Pin hilang imbangan badan. Dia jatuh dari aras 30 kaki dari permukaan laut. Splash!

Semua anak kapal meluru melihat ke arah laut. Sirip-sirip yu meluru ke arah tempat Tok Pin jatuh. Air laut menjadi merah. Anak kapal memandang sesama sendiri.

EXT. DAY. PERAIRAN SELAT MELAKA. LAUT TENANG.
Buih-buih timbul ke permukaan laut. Beberapa saat kemudian, timbul pula pelampung saiz kanak-kanak dengan gambar ikan lumba-lumba. Beberapa saat kemudian, timbul satu susuk lembaga tepat di tengah pelampung. Tidak syak lagi, lembaga itu adalah Tok Pin. Dia mengayuh perlahan membelah laut yang luas.

EXT. DAY. PANTAI TELUK KEMANG.
Orang ramai yang berkelah di Teluk Kemang berkerumun di tepi pantai. Ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Seorang tua yang terdampar tercungap-cungap dengan pelampung kempis di dada. Tok Pin seolah-olah perenang yang baru sahaja menyeberang dari Pulau Sumatera ke Semenanjung Tanah Melayu.

Tok Pin bangun dengan tangan kanannya menekup luka tertembak. Dia tersengih melihat orang keliling. Kemudian dia berkata, "Kalian mahu bini lagi?"

Fade to black.

.....................
Nota:
Walaupun ada turutan angka, aku tidak menulis secara linear. Dan, aku bukan Shymalan.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...