Sabtu, Julai 19, 2008

BUKAN KERANA NAMA

Aku tersilap memilih nama yang tidak baik masa aku mula bikin blog dulu. Orang tua ada berpetua, jika memilih nama pilihlah nama yang baik.  Tetapi Shakespeare, melalui watak Juliet, ada bermadah, "Mawar dengan nama apa pun, harumnya tetap sama." Dan Papa Rock, Ramli Sarip pula berlagu, "Aku menulis bukan kerna nama."

Ting Tong. Ting Tong. Bunyi nada mesej masuk.

Tok Rimau: Kat mana?

Ilis: Kat Jusco dengan mak.

Tok Rimau: Kirim salam dengan mak.

Ilis: Sudah sampaikan salam Tok Rimau. Mak kata, macam nama orang jahat je. Ha! Ha! Ha!

Tok: Cheh! Mak awak banyak sangat tengok cerita Hussain Abu Hassan.

Terngiang-ngiang pula di telinga akan nasihat Don kepada Bidadari, "Dengar cakap mak kerana dia makan garam dulu. Apa mak kata tu selalunya betul."

33 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Rimau ada rupa kucing. Saya suka :p

SHIMI berkata...

Nama cuma penggalak, penarik serta 1st impression kepada pihak yang 1 lagi. Cuma melihat sejauh mana pembawa nama itu memberi sumbangan dan membawa pengaruh. Macam Tok Rimau..kan..kan..kan.. (ini ayat mengampu ke?)

Amiene Rev berkata...

Tok Rimau? Bunyinya seperti pendekar!

tasekM berkata...

betul la tu.... he he...

hEr namE is diEla berkata...

nama yang baik tidak semestinya menunjukkan tuan punya nama itu baik.. nama hanyalah satu nama...

azie berkata...

kalau letak james bond ke, james dean ke, macam kasanova la plak. mungkin tok patut letak nama macam. hussin al-hassan ke, ibnu ghazali ke..baru macam ustaz.

Sir Mute Key Chicks berkata...

erm.saya takut nak melawan cakap mak.tapi kalau cakap bapak,mungkin saya bangkang.sikit.

DeanSham berkata...

Jangan lawan cakap ibu, nanti hidup tak berkat!
Dah nama pun rimau, mana ada yang baiknya! hahahahaha!

azrn berkata...

ahaks...tok, slamat ketemu lagi.

segan la pulak nak borak panjang kan... perhaps, sometimes nanti.

:) whee..

saye suggest nama tok rimau botak :D
baru lebih "otai".

Yana Ismail berkata...

Nama sahaja Tok Rimau,tapi orangnya baik tau:)uhuhu. Princess kenal tok tu:P

Thanks for coming td. Support kami di DSI:) terharu maa u datang:)

Next time,leh cast kami for your next film:p wahahaha

yusrihashim berkata...

gua tgk citer p ramlee jer..

A t i Q a h berkata...

Nama yang u pilih at least membolehkan orang panggil u tok. Macam ada perasaan bercakap dengan orang-orang tua. Cuba nama deansham. Nak panggil Mr Dean pun macam kelakar. A HA HA HA.

S.YanaZ berkata...

Next time Tok letak;
Tok Rimau Berantai...

Ah, alang2 brutal.
ha.ha.

Pa'chik berkata...

tok rimau nama pendek...
nama panjang... datok hariharimau...

ayobkelubi berkata...

jahat ker bunyi nya?.


0o0o0o0o...jahat ehhhh

Unknown berkata...

nama sangat penting..first impression..tok rimau adalah satu nama yang ganas dan tangkas, tapi tak semestinya jahat..:))

adie berkata...

mak llis tu terpengaruh dgn citer pendekar harimau berantai kut.hehe..

Tok Rimau berkata...

Rose,
Ganas dan tangkas macam sabun basuh cap rimau.

Ayob,
Jahat tak la. Noti je.

Paachik,
Nama sebenar saya Harris Maulana.

Yanaz,
Tak brutal. Ini harimau sarkas sudah jinak punya.

Atiqah,
Tua macam George Clooney atau Sean Connery tidak mengapa. Jgn cam Jalaluddin Hassan.

Tikus,
Rugi la. Filem Husain Abu Hassan semua orang kampung berkemban.

Liyana,
Tok akan cari kamu untuk filem Snow White and the Seven Drawves (Betul ke eja ni?). Teka kamu jadi apa?

Husni,
It's dinner time.

Readers,
The Game, One player is chosen to be Mr Wolf (the name usually remains "Mr Wolf" irrespective of the gender of the player). Mr Wolf stands at the opposite end of the playing field from the other players, facing away from them. A call-and-response then takes place: all players except Mr Wolf chant in unison "What's the time, Mr Wolf?", and Mr Wolf will answer in one of two ways:

* Mr Wolf may call a clock time - usually an hour ending in "o'clock" ("Three o'clock!").

The other players will then take that many steps towards Mr Wolf, counting the steps out loud as they go ("One, Two, Three!"). They then ask the question again.

* Mr Wolf may call "Dinner Time! (or, occasionally, "Lunch Time!"). "Midnight!" may also be used.

At this point, Mr Wolf will turn and chase the other players back to their starting point. If Mr Wolf successfully tags a player, that player becomes the new Mr Wolf for the next round.

Fuxane,
It's a date then. ;-) Aummmmm!

Dean,
Jauhari juga yang mengenal manikam.

Semut.
Ibu. Ibu. Ibu. Bapa. Itu turutannya.

Azie,
Tok bukan ustaz. Al-kohol?

Diela,
Nama itu penting. Takkan la I nak panggil u, Awek No 13.

Tasik,
He He He.

Shimi,
5 markah untuk kamu.

Lily,
Tapi kucing tak gigit orang.

Amiene,
Selalunya bila orang jumpa tok face to face 4 the 1st time, komennya adalah "Tak macam rimau pun."

Danielle_Corleone berkata...

nasib baik bukan jalak lenteng! haha. :p

Yana Ismail berkata...

Jadi apa?takmola teka. :(

dugongsenyum berkata...

Bukan kerana nama, tapi kerana hati. dah kata hati nak jadi rimau, maka jadi rimaulah.

sinaganaga berkata...

Aaa, nak tanya, itu Ilis yang dah putus cinta tu ke? :)

Tok Rimau berkata...

Naga,
Bukan yang putus cinta. Yang sambung cinta.

Dugong,
Dan hati yg nak jadi dugong jadilah dugong.

Liyana,
Tak sporting la tak teka.

Dan,
Jalak lenteng cerita lain.

Penyu,
Tok pun terpengaruh cerita yang sama.

saudagar gaRAM.. berkata...

semua orang..

makan GARAM..





tapi gua tetap tak KAYA..

Yana Ismail berkata...

I memang tak sporting. Baru kenal ke:p ha ha ha. I nak jadi Mandy yg manja je:P

budakbarublaja berkata...

nama represent jiwa or soul...
kalau ikut tafsiran nama tok ni menggambarkan ....kepupusan...
harimau kat malaysia ni dah nak pupus...banyak yang kena tangkap then dijual sebagai makanan eksotik kat warung2 di negara china...fikirkan lah tok...

BuRuuj berkata...

laa..awat skrg baru terpikiaq psl name tue. awat tak time dulu2 lg?

alah...just a nick name. tp mule2 kenal tok dulu, terkejut gak tgk emel add tok. terdetik dihati, "org nie garang atau sempoi? huhu...saya satu grup dgn jejaka matang ke?"

Nida Shaari berkata...

Tok bukan kerna nama, tapi kerna sifat kasih.

Tok Rimau walaupun nampak garang atau jahat, tapi penuh dengan kasih.

kan kan

Kaktiny berkata...

Saya ada anak.. saya kata kat anak saya.. "ibu ada kawan yang ibu penah tgk dia tapi dia tak penah tgk ibu.. nama dia tok rimau (sambil tunjuk blog tok rimau pada dia..). Anak saya tanya "tok rimau ni garang macam tiger tak bu?".. Saya jawab "nama dia kan tok rimau, bukan tok tiger.. so, dia ni mestilah baik.."

jadi.. anak saya dengar cakap saya.. sayakan maknya.. dan baginya tok rimau baiiikkkk... BLEH? hihihihi...

siskinny berkata...

hai!

nama saya siskinny
boleh berkenalan?

*wink* *wink*


boleh ke gitu? hu..

Tok Rimau berkata...

Siskinny,
salam pengenalan. Ingat. Saya orang jahat. Jgn lupa itu.

Kaktiny,
Belikan dia biskut tiger.

Madu Lebah,
Perli nampak. Hi hi hi.

Buruj,
Awak kenal saya sebelum tahu nama saya.

Budak baru belajar,
Dulu harimau memburu. Sekarang harimau diburu.

Liyana,
Watak nasi tambah yang meyakinkan. Kudos!

Ili Khalil berkata...

Tok!!! Kahkahkahkahkah. Macam kenal sangat la perbualan tu. Nama pun seakan-akan macam kenal la..

Takpe Tok. Jahat asalkan hensem.

syafeenamk berkata...

HAHA. kakak ada cerita.
kelakar la. mak i ni kan, tak patut judge people by its cover. err..bu its name. hehe.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...