Isnin, Julai 28, 2008
RAHSIA DALAM RAHSIA
Kuda Kepang (Riyuk) amat pop di kalangan komuniti Jawa di Batu Pahat. Ianya sebuah amalan tarian mistik berasal dari tanah Jawa. Aku yang separa Jawa, merasa sedikit kagum dengan kebolehan pemain kuda kepang mempamerkan kuasa super mereka dalam gig Kuda Kepang. Pun begitu, ada rahsia dalam rahsia membuat aku malu dan ingin menjauh.
Tidak seperti KL, teater di JB amatlah jarang. Maka, hujung minggu lepas aku tidak melepaskan peluang menonton persembahan teater Roh Semberani yang bertemakan budaya Kuda Kepang di auditorium RTM, JB.
Persembahan teater Roh Semberani memakan masa dua jam lima belas minit. Agak panjang untuk kebolehan attention span aku. Terbahagi kepada dua bahagian, satu dongeng asal usul Riyuk dan keduanya perjuangan pengamal budaya Riyuk di Batu Pahat, Johor. Penulis cerita cuba bermain dengan keselarian dua plot, alam dongeng dan realisma pengamal budaya yang hampir pupus. Kenyataan subteks teater ini jelas, budaya Riyuk harus diperjuangkan dan dipadankan dengan tuntutan semasa. Pun begitu, hujah-hujah untuk kenyataan yang hendak dipertengahkan agak longgar. Aku bagi tiga bintang untuk teater ini.
Titik kemuncak dalam naratif teater ini adalah apabila pendedahan dibuat tentang Dewi Songo Langit (atau Sangga Langit) adalah makhluk dari alam dua jantina. Jarang sekali watak khunsa memainkan peranan penting dalam sebuah dongeng. Patutlah dia mememberi pelbagai helah berbentuk syarat apabila Prabhu Kelana Sewandana mahu mengahwininya. Minta terowongan panjang, minta orang berkepala binatang (Singo Barongan) dan minta persembahan budaya yang unik (Asal usul Kuda Kepang). Mula-mulanya aku fikir, dia cuma seorang puteri yang cerewet tetapi rupanya ada rahsia dalam rahsia.
Aku pun balik dan google asal usul Riyuk. Rupanya ada lagi rahsia dalam rahsia tentang dongeng ini. Dalam peperangan Prabhu Kelana Sewandana versus Singo Barongan, kepalanya akan dibuat hantaran kahwin, Sewandana telah menggunakan khidmat Warok. Warok adalah tentera berani yang mempunyai ilmu hitam.
Dikatakan Warok ini tidak boleh berkahwin dengan wanita kerana seks dengan wanita akan membuat mereka hilang kuasa super. Maka, mereka membela budak-budak lelaki belasan tahun sebagai jambu yang melayan mereka menggantikan isteri. Hubungan Warok-Gemblak ini adalah rahsia dalam rahsia.
Dongengan moden seperti hubungan Batman-Robin juga boleh dicurigai. Holy cow! Baru kalian sedar kenapa Robin memakai tights dan dipanggil Boy Wonder?! Bagaimana dengan Spongebob dan Patrick, juga Teletubbies yang membawa beg tangan?!!
Kenapakah telalu banyak watak fiksyen (aku anggap dongeng itu fiksyen) yang cenderung kepada seks luar tabiee? Aku berteori bahawa terdapat terlalu ramai lelaki lembut yang memacu perkembangan budaya. Sedikit sebanyak mereka mencipta watak mengikut acuan mereka.
Aku ada kawan yang mengaku dirinya gay. Dia akan belanja aku makan dan melambai aku pulang setiap kali bas aku berlepas pulang dari KL ke JB. Kami rapat, tetapi aku bukan gemblakan dia. Jauh sekali. Aku berkawan rapat dengan dia kerana aku mahu membantu memulihkan kejantanannya. Mungkin dia tiada role model untuk diikuti sebelum ini. Dalam dakwah ini, aku bertindak sebagai contoh kepada jantan yang sebenar. Yea yeahhhhh! (Buat suara macho Bandi amuk)
Dari Blog Afimon:
Semasa Prabu Klana Sewandana bertempur dengan Singo Barongan, Afimon bangun. Sebijik macam Ultraman Tiga lawan raksasa. Selebihnya Afimon ngantuk. Tidur lagi best.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
43 ulasan:
tok
3 kali entri yg sama?
ini memang betul2 rahsia.
aku suka cara kamu mengolah ayat dan menjadi bait-bait cerita yang bagus. aku suka.
salam ziarah.
hahaha...
wa dah takde rahsia dalam rahsia lagi...
psstt.... tok pakai baju ketat kan?
sangat puji dengan niat tok yang mahu mendampingi diorang dengan niat mahu jadi model lelaki 'gagah'(tulen) kpd mereka... at last..
Aaa... cerita hindi Sangam tu pun cerita pasal gay, aku syaklah hahaha
Wah. Saya yang kerja seni budaya pun tak tahu rahsia dalam rahsia tu.
tok, jgn kamu pula berjangkit dgn sahabat gay itu sudah lah...
aku ada kenalan yg sudah punya anak 5 terpaksa mintak cerai kerana suaminya berminat yg amat sgt terhadap gay...
Alahai. Murninya hati tok:)Tapi jaga2 ok!hik2:)
Afimon memang tomel. Macam....:p
salam tok, keliru sikit mmg rahsia dalam rahsia la tok.. ekceli tok nak citer kan kuda kepang ke citer si gay atau otromen si afimon tu hahaha
gatal tgn nak komen selama ni dok baca jer..
aku rela jadi rakyat jelata yang takde power dari jadi warok yang banyak power tapi tak boleh meniduri perempuan!
tak rela aku trade ilmu hitam yg paling power dengan cintaku pd kaum hawa! hahahhahahahaa!
Deansham; Hahaha.
Wow.. Saya rasa teruja dengan cerita seperti ini. Tetapi tentang lelaki dengan lelaki? Ohh!! Tidak.. Saya dah kata, lelaki sebenar dah pupus~
Dalam wikipedia pun ada tulis pasal Batman - Robin relationship ni. Siap contoh panel komik Batman dan Robin baru bangun tidur.
Lord Of The Rings satu lagi contoh di mana semua lelaki di dalam itu semacam punya tanda soal. Samwise-Frodo, Legolas-mamat dwarf tu, Meery-Pippin malah Gandalf-Saruman.
Juga dalam Bumbung Aku Lantai Orang, kita dapat perhatikan subteks hubungan tanda soal antara pakcik pakai kopiah dan hero dalam beberapa scene. Tense itu ada. Word man, word!
Uhh...rahsia dalam rahsia ni memang mengejutkan. Haih.
Afimon, kalau kau datang tengok teater kakak-kakak yang best tu, mesti kau tak tertidur. Roh Semberani ni tak sesuai untuk kau lah.
wah,
sapekah sahabat gay tok itu?
mcm kenal..
kembar mahatma gandhi kan? hehe..
tok jgn terpengaruh oke?
“Mau, keluarkan aku dari lembah serba kehinaan ini, ohh!”
HA HA.
owh..tok pegi ek? sy tau gak psl tue, sbb sy suke dgr radio johor fm. tok ade jumpe deejay2 jfm x? uhu...
Bang Naga,
HAhahahaha
Misai sikit punya tebal makmur tuuu.. oh tidakkkk
aku jawa. aku dari batu pahat. aku tak suka tarian kuda kepang step-step nak mabuk.lebih baik aku layan ghazal.atau bandi sendiri yg memang mat jawa selain dari kumpulan aisunam.
aku lelaki. kulit licin. berpewatakan terurus. tiada teman wanita. org tuduh gay.ini yg malas bila takde awek nih.lebih baik, aku keluar dgn berrouk!
jelas. homofobik amat bahaya.
kan tok?
syukurlah, tok rimau ada, bolehlah saiful, anwar dll kembali menjadi keras......
syukurlah, tok rimau ada, bolehlah saiful, anwar dll kembali menjadi keras......
kita biarkan mereka hidup spt kita.
Realiti dunia. Dunia oh duniaku untuk generasiku
baik jgn ajak afimon tengok teater camtu..suh tgk beauty is a beast, tak nak plak bawak afimon..mesti dia tka tido nanti,ehehe
Azie,
Afimon bising masa persembahan. Ganggu fokus artis. Kita X mahu artis macam u terganggu.
Shimi,
Dari zaman dahulu dah ada benda camni.
Husni,
Memang benar. Lelaki agak lelah setiap kali usai beribadat di malam Jumaat.
Dan,
Perjalanan pengalaman mereka lain, maka hidup mereka juga menjadi lain.
Zubin,
Tok tak boleh berbicara tentang kes dalam siasatan polis. Hi Hi hi. Helah bela diri.
Rajuna,
Ghazal memang best. Tok layan.
Dugong,
Misai cari makan tu.Tom seleck malaya.
Buruj,
Tok tak kenal DJ. Cuba tanya DJ, kenal tok tak?
Naga,
Jgn buat seperti apa yang aku cakap, buat apa yang aku buat.
CT Chan,
Salah. Yang suka Ghandi tu bukan gay. Dia mahu jadi orang suci.
Atiqah,
Jawa selangor tak la kot. Takkkannnnn la.
Nazri,
Bumbung Aku Lantai Orang adalah filem macho dalam sejarah. Ada belasah keroyok sampai darah2 dan pakcik simpati membuktikan kelakiannya.
Amyz,
Pupus tak la. Ada lagi sikit-sikit. Terutamanya yg botak-botak tu.
Dean,
Kau taksub dengan cinta. Ha ha ha.
Masterjan,
Tok sebenarnya mahu cerita pasal konflik menjadi jawa.
Liyana,
kamulah perisai kepada tohmahan ke atas kami. ha ha ha.
Tasik,
Entah la. kadang2 tertanya-tanya gak, apa rasanya pakai bra tu. ha aha ha.
Madu,
Ini bukan generalization. Cuma teori bodoh je.
Dugong,
Sanggam. Mmmm... aku pun syak jugak. Celak lebih-lebih pulak tu.
Diela,
Tok hanya mencoba. Ini semua ujian untuk kita.
Rasso,
Tok pakai baju ketat dengan v shape collar. Tolonglah jangan kata kau tertarik. Please.
Majerin,
En Leman suka you. ha ha ha.
Tentang,
Teruja sangat. Itu la jadi begitu.
HELLO!
ha ha ha....
tak koser!
I rela jadi perisai:)huhu..auww~
Mungkin dia tiada role model untuk diikuti sebelum ini
mungkin juga dia mengikuti role model yg salah.hehe
Ye ke sempat lambai2..
Setau aku ko selalu tpaksa mencicit lari ke puduraya kerana dah lmbt takut tlepas bas..
Ha ha..
wah.. cayalah... tok rimau role model jantan tulen.. (tulen bang.. hihiihi)
mak malu nyahhhhh....
rahsia konon
tok..abah saya org jawa..ade kisah mistik penah abah saya alami masa dia kecil dulu..
satu malam tu, abah saya pegi tgk org perform kuda kepang ni. so dr ctu abah saya mcm tgk la org2 perform ni mcm naik syeikh. dlm sela waktu x lama dia tgk psmbahan tu, tah mcne abah saya terjumpa satu kuda kepang tu kt semak kut. so abah saya pun bw balik kuda kepang tu. mlm tu, nenek saya yg x bole tido sbb ade bunyi pelik klua dr kuda kepang tu. esok pagi nye, nenek saya terus bakar kuda kepang tu. abah saya ckp, myb ada org tcicir kuda kepang tu kut. sbb tu abah saya ckp, persembahan kuda kepang agak mistik & berbahaya (dr segi bahaya mcmne, saya x tau). hanya org berani&kuat smngat boleh tgk.
SNM,
Tok sudah beberapa kali tengok Kuda Kepang ni. Kira berani la Tok ni.
Chika,
Biarlah rahsia.
Ayob,
malu itu sebahagian dari iman.
Kak Tiny,
Tiada hadiah jika berjaya teka siapa yg cipta Urut cakar rimau tu. ;-)
Spyz,
kawan gay aku sedikit boroi. Dia tak larat kejar aku lari ke Puduraya. ha ha ha.
Penyu,
Model macho dari koolgai model agency akan membantu.
Liyana,
saya tahu.
Hahahaha Spongebob!
Sekarang sudah ada Wonder Pet.
haih..skrg masih ada lagi ke persembahan kuda kepang?terutama di kampung2 pd waktu malam?
Sunyinya blog ini. Tuannya pergi jauh;p
ish..aku takleh lah citer pasal gay..ni..aku sedih..sebab orang yang aku sayang rupanya gay..isk..isk..
oit tok, ingat tak dulu2,
hari hol johor selalu ada kuda kepang. Sambil makan rumput, sambil makan kaca.
kau ada ke tok?
patutla tok dah tak ajak minum2 lagi dah bila turun kl.
gua patut pegi malam jumaat tu tapi gua kena kerja...adussss...jumaat malam dah dekat...ader berani?
Op,
Sorry la Op. Tak jantan la keluar dengan jantan. ha ha ha.
Ilya,
Gay best ya? Romantik? Camtu tok pun gay lah.
Kayu,
Tok lah bomoh yg tiup telinga memulih kuda kepang tu.
Amirah,
Anwar Zen ke?
Liyana,
jauh di mata je.
Husni,
chastity belt sama ke dgn utility belt batman?
snm,
masih ada. bila lah mereka nak stop buat tarian kuda kepang ni. Tak moden langsung. Patutnya dah milinium ni, kita semua dah hip hop.
amiene,
Tok suka Tupai Sandy.
Catat Ulasan