Rabu, Julai 23, 2008

MAINAN TIDUR

Bukan Mercedes. Kereta baru gua adalah kereta buruk. Kereta jenis Datsun 120Y wagon berwarna hijau Arqam. Jenis yang sama yang biasa dibuat menjaja ikan pada tahun 80an. Itulah permulaan mimpi gua malam tadi.

Kereta itu dihantar oleh seorang mekanik dengan pakaian overall penuh minyak. Dia lambat kerana masalah bateri katanya. Gua marah kerana gua lewat untuk mesyuarat pada pukul 9.00 pagi. Bersama gua, di dalam kereta, ada tiga awek cun. Ulang sekali lagi, ada tiga awek gua cakap lu. Tidak mahu kalah. Mereka adalah Liyana dan Izzati. Seorang lagi gua lupa. Mungkin Azie. Mungkin juga Atiqah. Tidak ingat. Al maklumlah ramai sangat awek.

Gua tahu ada pembaca yang bertahmid. Syukor. Nama lu tidak disebut. Ha! Ha! Ha!

Baru mahu mula perjalanan ke pejabat, kereta itu mati. Izzati menjadi kalut. Dia kata, "Sumpahan la ni. Bawa awek ramai-ramai lagi."

"Mengarut. Tiada kena mengena jumlah awek dan keadaan kereta," gua cakap. "Kalau gua bawa kambing sekali pun, kereta ini tetap rosak jika dia nak rosak."

Gua tengok bahagian belakang kereta wagon itu. Ada dua kolah plastik bertindak sebagai tangki petrol. Ada satu paip getah kuning menghubungkan kedua-dua kolah ini. Semacam sebuah ujikaji siphon (Sila google: Siphon). Apa jadahnya tangki kereta begini rupa? Bekas kereta penyeludup petrol ke Siam agaknya.

Gua tersentak dari tidur. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Gua lekas-lekas pejam mata dan tidur kembali. Gua sambung mimpi tadi.

Gua masih mushkil dengan tangki minyak kereta buruk gua ini. Di lantai tangki itu ada lubang tetapi minyak tidak kebocoran pula. Terfikir pula gua, Tidak logik tangki petrol terdedah macam akuarium ikan emas ni. Jika ada orang nyalakan rokok, mahu terbakar kereta ni. Ish, sampai 12 tengah hari gua mencari jalan cuba membaiki kereta ini. Gua sudah terlepas mesyuarat penting gua. Awek yang tiga orang itu sudah rimas. Mekap pun sudah cair.

Plink! Tiba-tiba, mentol berfilamen menyala sejengkal dari kepala gua. Gua memang ada kereta tetapi bukan kereta Datsun 120Y wagon hijau Arqam yang buruk ini. Ini adalah kereta dalam sebuah mimpi. Dalam mimpi benda tidak perlu logik. Babi pun boleh terbang dalam sebuah mimpi. Monyet pun boleh berceramah dalam sebuah mimpi! Macam-macam boleh berlaku. Ha! Ha! Ha!

Gua tersentak dari tidur. Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Gua ketawa.

Bukan Mercedes. Kereta baru gua adalah kereta buruk. Kereta jenis Datsun 120Y wagon berwarna hijau Arqam. Jenis yang sama yang biasa dibuat menjaja ikan pada tahun 80an. Itulah penutup mimpi gua malam tadi.


p.s.
Tanda #7: Suami tersenyum atau tersengih ketika tidur. Bukan ketawa tau. Lu, (Gua tunjuk jari kat lu) lupakan komen Tajul Muluk mentaksir dan mentafsir mimpi itu. Ha! Ha! Ha!


TEATER
'Roh Semberani'- 25/7/2008 (Jum.) :8.30pm | 26/7/2008 (Sab.) :3.00pm  & 8.30pm. Auditorium RTM Johor, Jln Tasek Utara, JB. Tiket: RM0.

32 ulasan:

rudy bluehikari berkata...

oit oit jam 5 pagi dah alang2 terjaga tuh tahajud laaaaaaa... keh3x

jadah betul beli merzzzzz! aku karate kang puok2 tak sedar diri ni!

rasso berkata...

hahaha... ceh ada awek dalam dreemm

tak leh blah....

tasekM berkata...

mimpi boleh bersambung... ha ha. mmg benar tok, aku pernah alami...

mimpi itu adalah gezek gelora jiwa tok.. he he..

Rajuna berkata...

biasanya mimpi dikaitkan dengan apa yang ada dalam otak kita.
tok pernah terfikir nak seludup minyak ke singapore la tu.

Pegawai Khalwat berkata...

Kaler Hijau Arqam yang tak tahan tu.

Ha ha ha...

Lepas ni mesti ada pula Biru BN, Merah DAP, Hijau Pas, Putih Air Liur Shabery...

Ha ha ha.....

jagoan berkata...

Ada sejenis mainan untuk anak-anak 3-5 tahun.

Dah main tidur. Dah main tidur.

nama mainan tu mainan tidur. Play-Sleep-Play.

Haha..

Saje je. Release tension sini.. :D

BuRuuj berkata...

ish...ish... nie mimpi nak masuk platun 400 nih.

nie tandanya tok ade simpan sikat dlm poket. ahaks ;)

hEr namE is diEla berkata...

Liyana, Izzati, Azie atau Atiqah..

Yana Ismail berkata...

Alahai, i masuk dalam mimpi u ke?:)
I tak kesah:) huhu, eh jap. Mungkinkah itu tanda2 you kena bawa kancil clan bsiar2 sambil makan2?:P ha ha ha. Joking je!
Auww~hik3.

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! nanti2 mimpi kereta sendiri bertukar jadi kereta kuda plak.

Kaktiny berkata...

patutnyer dah mimpi sendiri, tok tukar jer kete tu jadi harley davidson ker (eh eh eh.. takleh.. sbb tok bawak aweks aweks..)..
malam ni sambung mimpi lain lak k..

Crayon berkata...

Saya bermimpi mendapat duit yang banyak. Sumpah! Bukan duit royalti minyak. Bukan sama sekali.

Err.. saya hanya menggunakan kereta kancil sahaja. Sekian Harap maklum.

Lily Abdullah berkata...

Bagus tok punya mimpi ni. Semua yang masuk awek2 cun.

Apasal Mamamon tak masuk dalam mimpi tok ek?

sinaganaga berkata...

HA HA. Lu pun dah terpegaruh dengan cerita Datsun 120Y tu ek?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Hijau Arqam? Tak pasal-pasal Arqam dapat nama.....

Sir Mute Key Chicks berkata...

haha.
tok terpengaruh ngan cerita datsun bro naga nih.

psst..ketua kampung cerita bro naga tuh pengimport minyak?

azie berkata...

ehehe..ai ngan tiqa dua2 pun boleh masuk mimpi u.

itu mungkin petanda u kena belanja we all lagi,ahaha

A t i Q a h berkata...

Ooo..patutlah tekak rasa macam nak makan lala goreng berlada Senibung mari. Hmm..

Tok Rimau berkata...

Atiqah,
Jaga sikit diet tu. Keep slim. No seafood.

Azie,
mimpi ni tiada kena mengena dengan makan. dream on. ha ha ha.

Semut,
Gua kena ikut general soljah. kasi bodek sikit.

Black,
Gua teringat budak-budak jual surat khabar sementara tunggu bas xpress jalan kat Pudu.

Naga,
Ini entri jawapan kepada entri lu.

Lily,
Mamamon real. Bukan mimpi. Bukan ilusi. Bukan fantamorgana.

Crayon,
High five. Gua pun pakai kancil. Gua bukan vip Ganu..

Kaktiny,
Malam ini sequel mimpi kereta buruk. Kasi alter sikit tambah spoiler dan sport rim.

Dan,
Macam transformer kereta tu.

Liyana,
Gurau je okay. Gi rebus megi tu.

Diela,
Nama-nama tu timbul kerana Tok tak basuh kaki sebelum tidur. Nightmare tu. Bukan sweet dream.

Buruj,
You tak ada mimpi I lagi ke?

Ahtok,
Tok tidur main-main je. Tak serius.

Pegawai,
Biru mata hitam ku.

Husni,
Best gak idea kau tu. Bagi hidrolik kat bawah. Kasik joget sikit kereta ni. Mahu tertanggal body terhentak.

Rajuna,
Muai juga kalau dapat smuggle petrol. Boleh jual runcit-runcit.

Tasik,
kata orang roh kita mengembara semasa tidur.

rasso,
Ilmu ni gua tak turun kat lu lagi.

Rudy,
Dush! Terpukul gua. Qiamulail la sepatutnya. Tapi mata ni berat sangat.

dugongsenyum berkata...

apa baranggg Yb-Yb pakai Datsun?

Zaman sekarang budak-budak sekolah pun dah berlambak pakai Honda City.

Proton? ok jer buat angkut durian

Hahahaha

adie berkata...

hehe..asal mimpi je ade awek.asal ade awek je mimpi.haha

Yana Ismail berkata...

Tak mahu makan maggie. Tak elok.
Takkannnlah you nak galakkan i mkn maggie:p ha ha ha.

P.S. : Jangan kedekut. Setakat Senibong takde hal kan?;p

BuRuuj berkata...

ada, tp malas nk cite kt u. actually, i heran. kenapa i selalu termimpikan u. huhu..

budakmiki berkata...

apekah no platnya?

Tok Rimau berkata...

Miki,
Tak baik main da ma chai.

Buruuj,
lain kali tidur basuh kaki.

Liyana,
tak boleh belanja u. awek-awek lain pun minta juga. Tok bukan kaya sangat. Tok bukan sugar daddy tapi sugarless daddy.

Penyu,
Tuah badan. ha ha ha.

Yana Ismail berkata...

Sugarless daddy. Bagus:)kurangkan gula dalam makanan:)

Takpe!simpan duit tok ok;)

Amyz! berkata...

Tak basuh kaki la tu...

Amiene Rev berkata...

Inilah rupa-rupanya, kereta yang disebut-sebut oleh Pak Naga tempoh hari.

Tidak sangka...

Kereta ini benar-benar wujud. Teramat wujud sekali!

Tiesha Chan berkata...

nape i tak dimimpikan sekali..*sigh*

Tok Rimau berkata...

CT,
Shhhh. Tidak semua mimpi Tok ceritakan di blog. CT Chan dalam episod lain.

Amiene,
Dulu. Itulah kereta paling tip top.

Amyz,
malam ni tak basuh kaki lagi. Sengaja. ah aha ha. Semoga mimpi bawak bas la pula.

Liyana.,
Jaga kesihatan. Elakkan diabetis.

OP Zaharin berkata...

Aku:"apa rahsia tok mimpi awek-awek je ni?"

Mulan:"oh! awak pun ada hati nak mimpi awek jugak ke?" *dusyum*

yusrihashim berkata...

lepas ni bole naik kete hijau Arqam p MekDi

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...