Selasa, Julai 08, 2008

MASA MUDA SEBELUM TUA





Zaman itu, zaman tanpa wawasan. Malah, perkataan wawasan pun masih belum popular masa itu. Hidup cuma joli katak habiskan duit biasiswa.



Sebenarnya bukan tidak ada wawasan langsung. Ada la sikit, tapi tidak la sampai tahun 2020. Dulu, aku cuma mahu belajar di luar negeri kerana mahu naik kapal terbang dan naik roller coaster. Ijazah tu cuma sampingan je.



"Kalau kita ada wawasan pada masa itu, tentu kita boleh pergi jauh," aku berkata kepada Tok Mud.



"Rugilah kalau engkau ada wawasan pada masa itu. Tak enjoy," kata Tok Mud kepada aku.



Yang hampehnya, bila balik ke Malaysia, sudah ada Roller Coaster di Sunway dan Genting. Penat je aku pergi jauh.

50 ulasan:

Amyz! berkata...

Takpe. Dapat naik kapal terbang. Pergi jauh pula tu. Bukan setakat Senai - KL - Senai je. :-)

Roller Coaster Genting & Sunway? Ala.. tak best pun. Cuba yang di Berjaya Time Square. Sampai terbalik-balik tu. Haha.

jagoan berkata...

Tok, niat tok tu dah betul la...

Prof saya pun niat dia lebih kurang gini arrr.. :)

cikgooden berkata...

nawaitu okey dah...jalan ja senget.

salam ziarah tok..ahakkks

yusrihashim berkata...

lu patut ambik gambar di signboard HOLLYWOOD..:)

thedreamer berkata...

tok darl,
saya still suka yg botak!!! :)

Tok Rimau berkata...

Fazlina,
Tok suka yang ceria. Senyum sentiasa menghias bibir.

Tikus,
Aku ada gambar kat hollywood tu. Mana aku letak ntah.

Cikgooden,
Jalan berliku tapi sampai gak.

Ah Tok,
Mak aku selalu umpan aku, "kalau nak naik kapalterbang, belajar rajin-rajin." Dulu belum ada airasia.

Amyz,
Dah tak seru naik rollerkoster. Nak bungee jumping pulak.

sinaganaga berkata...

Masa kau muda - rupa macam Que Haidar. Wo.

sinaganaga berkata...

>>tok darl,
saya still suka yg botak!!! :)

WO!

kasut-gombak berkata...

tok,

jangan kata nak naik kapal terbang,

naik roller coaster pon takut.

huhu.

Unknown berkata...

damn! tak dapat belajar kat obersea.

tasekM berkata...

zaman tu musim rambut panjang ye tok... sekarang ni tak sesuai... panassss...

rasso berkata...

ha ha ha...

dah terasa tua ker?

leez berkata...

there's a saying that goes, 'study hard, play hard'..tapi tu la kan yg susah nak seimbang..

belajar luar negara amat baik utk anak lelaki.. dari segi pengalaman dan independence..i guess..

dan roller coaster kat Genting & Sunway tak sama thrill dgn yg kat luar negara..

Tanpa Nama berkata...

Orang muda dulu-dulu memang hensem-hensem.

adie berkata...

hehe..tergelak tengok gambor masa tok muda² dulu. so innocent.hehe..

BuRuuj berkata...

tok nie hensem ek mase mude2 dulu..^_^ tp kt gambar tue tak nmpk cam kt oversea pun?

Kaktiny berkata...

selamat dulu takder air asia.. kalau tidak mesti tok tak mau belajar pandai2 kan.. sbb :
1) senang naik kapal terbang
2) roller coster dh ada kat genting + sumway + berjaya times square..

mujur semua ni wujud slps tok balik sini dgn ilmu.. kan kan kan..

Nida Shaari berkata...

Walaupun sekarang dah wujud perkataan wawasan tapi anak mudanya ramai juga yang tak ada wawasan.

Tak tahu lah bila dah tua nanti baru sedar.

Tanpa Nama berkata...

pengalaman tu penting beb!!

areyoung berkata...

Tok sezaman dengan Halim Othman ke?

Pasal dia penah cakap, dia gi Amerika dulu sebab nak pandai cakap omputeh je asalnya ;P

Tok Rimau berkata...

Ayoung,
Tok kat Johor lagi dah pandai cakap omputeh. Layan subtitle TV Cina Singapore.

Amirah,
Anak seluang dilambung gelombang.

Madu,
Zaman muda zaman xperiment.

Kaktiny,
Belajar kat Malaysia pun boleh pandai gak.

Buruj,
Itu gambar dalam rumah sewa kami kat El Paso, Texas.

Penyu,
Musang berbulu ayam tu.

Azzam,
Aku tak pernah gi negara komunis cam engkau.

Leez,
Dulu, cuti sekolah dah mula merantau naik bas berhenti-berhenti. jadi anak angkat orang.

Rasso,
Baru sedar diri. Jgn ingat usia ku. Ingat besday ku saja.

Tasik,
Kalau gua ada rambut panjang, gua pasti buat rebonding.

Gunx,
Pi la Thailand and Singapore. Penang pun obersea gak.

Gombak,
Tak jantan la takut.

Naga,
Nanti, aku bawa mesin hair clipper ke KL. Kau juga boleh botak. Boleh didarlingi. ha ha.

m i n e r a l . . . berkata...

hehheeh teringat zaman study...
tok tok lama erk dok oversea :)

sinaganaga berkata...

Mau,
Teruja. Dah lama aku tak botak ni. HA HA.

Yana Ismail berkata...

Roller coaster di Times Square pun sudah pening. Jom tok g sana?;p ha ha ha.

Bestnye dpt blajar di luar negeri:)

Chika Chika berkata...

hahaha. sabar je lah. Ayat pendahuluan macam motivated. Isi agak memberangsangkan. penutup dah lain macam. hahaha

Faisal Nordin berkata...

Fuyo rugged gile Tok ghimau! takdak sluar celoreng rimau ke tok?

Sir Mute Key Chicks berkata...

nak ikut.pi luaq negara boleh?

izzati fuad berkata...

er..kene ada wawasan ye pegi oversea? hurm... (kene mula merangka wawasan)

azie berkata...

dah tua-tua, baru nak ada wawasan ye tok??

Rajuna berkata...

tok
kenapa tak kena tempias rock?
standard je nengok?
takde rambut gondrong pun?
haha

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

apsal masa muda tak rimau langsung??

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tok lebih nampak tampan kalau botak.

Saya teringin nak botak macam Tok, tapi tak sesuai. kepala saya tak berapa bulat. Ha ha ha!

pengkao berkata...

ooo university of texas at el paso..
tak pernah sampai lagi el paso.. habis ujung pun houston ngn college station (texas a&m)..
apa menarik el paso? promote la sikit.

garb_ina berkata...

Tok,
fulamakatak...suka le nengok gambo zaman lama tuh. Beh ke naik roller coster kat obersi? Erkzzz...

dugongsenyum berkata...

Texas takde salji, kata Tok.

Danielle_Corleone berkata...

tok wawasan tak kenal tarikh kan? hehe :-)

Danielle_Corleone berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tok Rimau berkata...

Dan,
Bergerak ke arah wawasan lebih penting dari menanam wawasan.

Dugong,
Dalam icebox ada la.

Garb,
Itu gunanya kawan dgn fotografer.

Pengkau,
El Paso ni sama cam golok. Sebuah bandar sempadan yg terkenal dgn penyeludupan.

Black,
Hakisan angin pada permukaan yg terdedah akan buat kepala kau bulat. Kau tak belajar ilmu alam ke?

Pipi,
Muda-muda aku buaya. Bukan rimau. ha ha ha. Aku akan turunkan ilmu aku kpd engkau bila sampai waktu.

Juna,
Rock bukan pada rambut Juna. Ia pada jiwa.

Azie,
Tak perlu wawasan dah. Tok mungkin tak jumpa 2020.

Izzati,
kalau kau jadi ejen edar dadah pun, boleh dapat gi obersi.

Semut,
X boleh. Jangan ikut orang asing yg tak kau kenal. Nanti kena jual.

Ice,
Zaman jahiliyah tu. Jangan kau pandang tinggi sangat.

Chika,
Tok bukan pakar motivasi. Tak reti la.

Princess,
Dah tua-tua ni, naik roller koster, tercabut jantung nanti.

Naga,
Tapi kalau aku jd kau, aku afro. Groovy!

Mineral,
Tak lama. Orang belajar pandai kena balik cepat berkhidmat utk anak bangsa dan ibu pertiwi.

roserose*MrsYusof* berkata...

Masa tu mesti time rock..kat bp kita orang panggil rock kapak!

hehehhe..

Tok masih botak lagi macam dalam gambar ke?(mcm dah lupa rupa Tok sekarang laaa)

rudy bluehikari berkata...

aku pulak nak study oversea sbb nak main salji dan nak jumpa Chun sigenit drama maero attack. ehehehehe sebab pertama dah lunas. sebab kedua tak jumpa punnnnnnn.... tapik jumpa sigenit2 bermata sepet dengan betis kemerah2an disagat sejuk salji ada la..... bak kata naga eioooooouuuuuuu....

Tok Rimau berkata...

Rudy,
Tok tak suka salji. Sejuk.

Rose,
Lupakan sahaja wajah ku. Jangan dikenang barang yg lepas. Chewah! Poyo je!

DeeN berkata...

Lain padang, lain belalang.
er... ada kaitan dgn roller coaster tak neh?
Haha.

budakbarublaja berkata...

yg kat roller coaster tu tak macam tok tiger pun...

artisticklytouch berkata...

apa barang naik roller coster...berani naik bot masa musim monsun di Pantai Timur neh....pergh layaaaaaaaaannnnnnn
uweeeekkk...muntah hijau keluar dari mulutnya

Yana Ismail berkata...

Get well soon Tok:)
Kancil clan miss you!

dugongsenyum berkata...

tak pernah pun pi oversea. dah tua sok kot baru merasa... pi mekah. itu pun kalau ada seru, katanya.

Tok Rimau berkata...

Dugong,
Simpanan aku kat tabung haji pun dah lama statik. Tambang makin naik.

Princess,
Dosa banyak. Proses penyucian yang panjang.

Art,
Dulu. Aku pulang dari Pulau Kapas masuk jeti Marang. Gelora bukan main lagi kat pertemuan air masin-tawar. Mengucap aku.

Budak,
Itu zaman dulu. Lagi pun masa foto ditangkap, budak tu belum mandi.

Deen,
Lain hulu, lain parang.

artsoul berkata...

bkn tua...veteren..hehhe
salam perkenalan...

OP Zaharin berkata...

rambut curly2 ala maggie mmg fesyen dulu-dulu

Ili Khalil berkata...

Hensem jugak Tok ni..

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...