Khamis, April 30, 2009

SOROKKAN SEMUA CEK MEK MOLEK

Hubaya! Hubaya! Pelancaran rasmi buku Kacip khas untuk orang-orang ibu negara Malaysia. Sedikit sinopsis Kacip oleh Pipiyapong: Kacip adalam buku mengenai petualangan seorang kutu yang pandai menulis ikut sukahati dia. Ha Ha Ha!
Sesiapa yang ada gewe kat Kota Baru sila sorokkan sebab abang-abang Soljah akan melaram di sana:

Rabu, April 29, 2009

AKU BUKAN USTAZ


::AWAS. ENTRI MUNAKAHAT::

Pengantin baru itu nampak rungsing. Seolah-olah kepalanya sarat dengan beban.

"Saya ada kemusykilan. Saya dan isteri bertekak pasal ini."
"Apa dia?"
"Kalau suami berdoa. Seeloknya isteri aminkan la. Kan?"
"Betul tu. Sebaiknya la begitu"
"Jadi, saya nasihatkan la isteri saya mengaminkan doa saya itu. Tapi dia tak aminkan pun."
"Mmmm."
"Saya baca doa tu kuat dan jelas ketika puncak inzal."
"Inzal? Cakap Arab la pulak. Doa apa ni?"
"Doa masa berjimak."

Aku tergamam tidak tahu nak jawab dengan tepat. Aku bukan ustaz.

"Dia aminkan dalam hati agaknya tu."

Selasa, April 28, 2009

HUBUNGAN SULIT SETIAUSAHA


Setiausaha: I nak buat satu minit.
Mobius: Buat satu minit mana cukup you.
Setiausaha: Tak cukup?
Mobius: Sekurang-kurangnya 30 minit. Baru puas.
Setiausaha: Dah mesyuaratnya satu. Minit mesyuarat pun satu la.
Mobius: Oh.. you cakap pasal minit mesyuarat.
Setiausaha: Habis, you ingat pasal apa?
Mobius: Tak ada apa-apa. Forget about it.

Ahad, April 26, 2009

MAHU HIDUP 1000 TAHUN LAGI


Kata Cina yang singgah di rumah aku, "Kita cuma manusia hingga 20 tahun. Lepas tu jadi kerbau, kerja keras hingga 40. 40 ke atas sudah selesa tetapi jadi monyet kerana buat lawak untuk budak-budak. Masuk 60 kita jadi anjing, jaga rumah."

Sabtu, April 25, 2009

TUMPANG TANYA

"Aku dah sampai ni. Tak nampak pun?" Aku

"Kau jalan depan lagi sampai jumpa jambatan yang ada air bawah dia. Kemudian ikut je jalan yang ada tar tu. Nanti kau nampak pokok-pokok berdaun. Terus je..." jawab Mickey dalam telefon.

"Detailnya arahan kau ni."

Sudah tiba masanya untuk aku beli GPS.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Please Enjoy Name card

Jumaat, April 24, 2009

TAUHID

"Apakah nombor yang paling besar? Bukan infiniti. Infiniti cuma membawa makna nombor yang amat besar atau nombor tidak terbilang. Infiniti bukan nombor. Maka apakah jawapan kepada nombor yang paling besar?"

Dan lelaki yang menggentel tasbih itu berkata kepada aku lagi, "Engkau tidak akan jumpa nombor yang paling kecil dan nombor yang paling besar. Nah! Aku telah membuktikan kepada engkau secara matematik tentang sifat Tuhan."

Khamis, April 23, 2009

CERMINAN DIRI


Klik untuk saiz besar. Grafik dari Arauz


Rima: Kata orang, kalau pasangan tu wajah serupa, jodoh mereka panjang.
Ajan: You ni banyak dengar kata orang.
Rima: Kawan I kata, muka kita serupa. Hi hi hi.
Ajan: Muka I sama dengan muka you?
Rima: Ya. Kata kawan I.
Ajan: Selfish. You bukan sayang I. You sayangkan diri you sendiri tu.
Rima: Jahat.

Rabu, April 22, 2009

SESAT DI KUALA LUMPUR

 Photos from Fubiz

Adik aku, orang KL yang pakai GPS pun sesat juga, inikan pula aku. Jadi, kalau ada pertemuan, aku akan bertolak lebih awal untuk mengambil kira masa trafik jem dan masa kesesatan. Yang aku naik angin adalah bila kawan-kawan yang di KL mesti datang lambat. Alasan piawai, jem. Adat la agaknya, orang jauh mesti sampai dulu dari orang dekat.


Lawatan Sambil Belajar
Ujikaji Gambus Angkasa

Selasa, April 21, 2009

KACIP oleh PIPIYAPONG


Kalau lu tak kenal Pipiyapong, lu memang lemah pengetahuan am. Apa pun, buku teks mengenai legenda ini sudah keluar. Harga RM20. Boleh beli melalui kedai buku online Soljah.

KERJA MAIN-MAIN

 
Fenggo & Firdaus enter frame bersungguh-sungguh merosak posing yang sempurna. Ini yang engkau dapat bila kerja dengan budak-budak.
(Foto Ehsan Kamera Didiz)

Isnin, April 20, 2009

TAKUT

Biasanya aku suka buat entri lucu berdasarkan lawak kawan-kawan. Tetapi kebelakangan ni, kawan-kawan asyik buat lawak lucah. Tidak sesuai untuk blog yang suci ni.

Oleh itu, kita lihat siaran ulangan filem lama yang seram-seram kuku.

Jumaat, April 17, 2009

Jef Jantan - On location. Day 2







LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Jef Jantan dari mata Didiz

Isnin, April 13, 2009

KUMPULKAN KESEMUANYA


Apa kata perokok tentang foto ngeri atas kotak rokok.
1. "Kotak rokok sekarang semakin cute."- Vovin
2. "I koyakkan gambar dan smoke as usual." - Babe
3. "Saya tak kisah. Saya hisap sheesha je."- Shirou
4. "Kotak Gudang Garam gua tak ada gambar ngeri. Hanya amaran impotensi pemerintah Indon." - Pipiyapong
5. "Aku baru beli cigarette case ala Bond. RM15 kat Sungai Wang. Sekarang, aku hisap rokok macam Jefri Zain." - Mael Muka Surat
6. "Lengkapkan koleksi. Kumpulkan kesemua design." - Tok Rimau

Jumaat, April 10, 2009

KOTAK BERGAMBAR


Sekarang atas kotak rokok, ada macam-macam gambar penyakit. 1/4 ruang kotak diambil untuk menakutkan perokok. Merokok boleh menyebabkan penyakit.

Bukan rokok sahaja yang bawa penyakit. Sepatutnya, atas bungkusan makanan pun mesti ada amaran begitu. Kita mulakan dengan meletak gambar orang amat obese boroi tak ingat dalam keadaan bogel atas bungkusan kentang goreng bergaram McD. Amacam? I'm loving it?




LAWATAN AMBIL BELAJAR
Stanford Entrepreneurship Corner: Great Videos

Khamis, April 09, 2009

LARI-LARI BAPAK DI TAMAN TASIK

 Foto oleh Lan Rasso

Di Universiti Selatan ada satu taman tasik. Tempatnya aman dan cantik. Di sana pelajar-pelajar berkenu dan melontar cebisan roti untuk makanan ikan. Dan ia juga tempat untuk mencuci mata.

Sesampainya di atas jambatan, aku dan Afimon berhenti bejoging. Aku keluarkan botol air dan menogak dengan lahap. Titis-titis menjejes jatuh ke dada baju bercampur dengan keringat olahragawan. Matahari petang yang keemasan menaikkan impak visual dengan menyuluh aku persis seorang simbol seks yang menjolok mata para gadis. Sungguh. Mereka yang tadinya riang memberi ikan makan roti mula mencuri pandang.

Tetapi Afimon merosakkan detik itu dengan merampas perhatian dari aku. Apabila aku bagi botol air kepadanya, dia dengan senang hati mencurahkan air ke dalam tasik.

"Bagi ikan minum," katanya.

Selasa, April 07, 2009

STALKERS

Rajah 1: Gambar Hiasan


Rima: I risau la. Ada kemungkinan Pak Guard tu stalk I.
Ajan: Kenapa kata begitu?
Rima: Semalam dia tegur I, "Jalan seorang je? Mana kawan baik awak?"
Ajan: Hari ni dia tegur lagi ke?
Rima: Tidak. Hari ni dia tidak jaga tempat biasa. Biasanya dia ada situ lepas maghrib.
Ajan: Awak tahu jadual dia. Eh siapa yang stalk siapa ni?
Rima: Jahat.

Ahad, April 05, 2009

CIKGU MASUK PENJARA

Guru bertugas di mana sahaja. Satu kejaya yang mulia. Jika dilihat sebagai beban, ia menjadi beban. Jika ia dibuat sebagai ibadat ikhlas, semuanya menjadi senang.

Jumaat, April 03, 2009

KALAU CINTA SUDAH MELEKAT GULA JAWA RASA COKELAT

Kuah mi rebus boleh disimpan lama dengan cara menempatkannya dalam ruang beku peti sejuk. Esok lusa kalau rasa nak makan, panaskan semula kuah itu dalam periuk. Celur mi kuning dan masukkan dalam kuah itu. Yummy.

Cuaca berbahang. Aku keluarkan bekas plastik Magnolia dari tempat beku. Buka tutupnya. Mmm aiskrim cokelat rupanya. Nampak yummy. Aku ceduk dengan sudu. Suap masuk mulut.

Pfttttt....  ptuih! Apa pasal rasa rempah aiskrim cokelat ni?

.......

Khamis, April 02, 2009

SIHIR GERAKAN SERENTAK

Aku pun sudah lupa sama ada Abdul Wahab atau Abdul Wahib yang memikat awek dengan cara menunjukkan sihir gerakan serentak. Mula dengan tangan kanan tumbuk peha kanan dan tangan kiri gosok peha kiri, kemudian tukar. Ulang. Buat laju-laju hingga hilang kawalan. Bukan main senyum awek-awek bila dihibur begitu. Hati mana la yang tidak tersihir.

Ini ada satu sihir gerakan serentak yang aku mahu kongsi. Ikut arahan aku. Buat gerakan A  dan B serentak.

A. Apungkan kaki kanan di udara dan buat putaran kaki ikut arah jam.
B. Dengan jari telunjuk tangan kanan, lukis nombor 6 di udara.

Apa macam? Boleh buat?

Sekarang kalian sudah tersenyum. Sudah tersihir dengan aku la tu. Hi! Hi! Hi!


.........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Rabu, April 01, 2009

ETIKA MEJA MAKAN

Jika engkau belajar Bahasa Inggeris, antara benda yang engkau belajar paling awal adalah ucap selamat seperti good luck, good morning, good evening, happy holiday, dan sleep tight.

Mula-mula minuman sampai. Aku punya bandung soda. Dean pesan kathira, John pesan jus lobak dan David pesan lobak campur epal.

John kata, "Cheers!" dan kami hantuk-hantuk gelas sebagai tanda kekamian. Tugas pengambaran dokumentari yang kami bikin sekitar Universiti Selatan dan bandar Johor Bahru sudah separuh selesai. Dan berjalan dengan lancar.

Kemudian makanan datang. Aku punya nasi goreng puteri. Dean pesan nasi goreng selasih, John pesan ayam opor dan David pesan beriani gam.

David kata, "Bon Appetit!" dan kami mula menyuap makanan. Ke mulut sendiri.

Kenapa bila ada di antara kami minta diri untuk ke tandas, tiada ucap selamat seperti "Enjoy your toilet!" Kenapa?


.............
REBIU PENDEK: PEREMPUAN SIMPANAN
Hari ini aku dapat buku Perempuan Simpanan yang aku bantu sunting. Kalau kau suka humor, baca separuh je buku ni. Kalau kau suka emo, baca separuh lagi. Tetapi,  kalau kau suka hemor, baca semuanya. Sekian.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...