Isnin, April 13, 2009

KUMPULKAN KESEMUANYA


Apa kata perokok tentang foto ngeri atas kotak rokok.
1. "Kotak rokok sekarang semakin cute."- Vovin
2. "I koyakkan gambar dan smoke as usual." - Babe
3. "Saya tak kisah. Saya hisap sheesha je."- Shirou
4. "Kotak Gudang Garam gua tak ada gambar ngeri. Hanya amaran impotensi pemerintah Indon." - Pipiyapong
5. "Aku baru beli cigarette case ala Bond. RM15 kat Sungai Wang. Sekarang, aku hisap rokok macam Jefri Zain." - Mael Muka Surat
6. "Lengkapkan koleksi. Kumpulkan kesemua design." - Tok Rimau

25 ulasan:

Tupai Karan berkata...

Am i the first commenter? Ngeh3..

So what will we gain when we have collected them all? Puas ati kot.. hehe

-azwanbakhtiar- berkata...

mungkin nanti ada pertandingan kumpul semua design kat kotak rokok tu kot?

agak² la.

kalau menang dapat apa ek?

k.e.r.i. berkata...

7. "Dengan adanya gambar tersebut, selera menghisap rokok saya semakin bertambah" - k.e.r.i.

azie berkata...

nanti bulih kumpul jual kat muzium lagi 80 tahun.

Princess Liyana berkata...

tk habis2 dgn rokok dia. hish u ni, kan i ckp..jgn merokok..silah berhenti...;)

rahimin idris berkata...

ah. orang nak hisap rokok. bukan nak hisap kotak. tak geli langsung.

nabilah_2908 berkata...

pd pndngn I la..letak pic2 yg teruk cm ner sekali pun...if org nk isp rokok..die isp gk..mereka xkn kisah...huhu..;)

jumapx berkata...

statement biasa dari seorang perokok...

"ala...kalau nak mati...mati jugak..."


so...buat la apa je idea kreatif utk menakutkan perokok nie...dorang tak kan takut punya...

sebab mentaliti dorang...kata mcm tue...hu3

Nikotin berkata...

hisap rokok ala Jefri Zain, giler la James Bon malaya

Indrasakty berkata...

Eh kau, Jefri Zain juga pandai hisap rokok sambil cium patung perempuan.

Baik kau yang nak jadi Jef tu beli patung perempuan sekali, sumbat sebatang (rokok) dalam mulutnya.

Baru cool.

Pettoo berkata...

Gambar-gambar di kotak rokok itu tidak cantik. Tone colour yang kurang menyerlah.Mungkin jurufotonya tidak profesional.-Perokok Malaysia.

addyaholix berkata...

saya hisap rokok, bukan makan kotak tok!

Nazri berkata...

Belia Benci Rokok!

Katakan tidak kepada rokok!

Bwekkk! Lelaki perokok tak jantan!

sinaganaga berkata...

Rokok Cap Hospital!

aizawa berkata...

kena kasi saman yang lebih sedap gamaknya.

dugongsenyum berkata...

gambar berbaloi daripada 1000 perkataan amaran. kotak rokok yang ada gambar2 tu boleh jadi collector item tu, wahaha

miezi berkata...

ada orang kesah ke pasal poster tu kan? hahaha. sah-sah depa dah buang duit kat gambar-gambar tu.

famia berkata...

8."Lengkapkan semua koleksi penyakit. Lepas ini, saya akan jadi macam ni! Yeay!" - Ali Rostim

Tok Rimau berkata...

Famia,
Yeeee Yeaaahhh.

Miezi,
Gunting gambar tu dan buat main terup tepuk.

Dug,
Boleh letak dalam kabinet sebelah koleksi Hello Kitty.

Zawa,
Saman sedap dimakan dgn kicap.

Naga,
Tak naga la kalau tak berasap.

Nazri,
Komen kau lebih mujarab dari amaran kerajaan.

Addy,
Kau pakai duit sapa masa belajar hisap rokok?! Biasa kau.

Pet,
Buat la 3D ke apa ke. Baru seru.

Indra,
Rokok tu sarapan Jef.

Nikotin,
Bon singapore kata iklannya.

Juma,
Nenek aku hisap rokok, tak mati-mati sampai sekarang.

Nabilah,
Bila la depa nak tobat. Kan Nabilah kan?!

Rahimin,
Kalau depa letak foto Pak Lah hisap rokok, tentu ramai quit smoking.

Lyana,
kalau ada eskrem, I quit smoking.

Azie,
tak sempat. Perokok mati cepat.

Keri,
Seteng.

azwan,
ada keluaran khas kotak hari pertama.

Tupai,
Dah dapat semua design. frame. rare tu. Tahun depan koleksi penyakit lain plak.

Po berkata...

sudah setahun berhenti.

tanya hati, kalau nak berhenti, berhenti jugak.

kalau tak nak, letaklah paru-paru betul pun pada kotak rokok, berasap jugak.

Ahmad Azrin Aziz berkata...

berhenti kumpul setem, kumpul kotak rokok pula..

Danielle_Corleone berkata...

Tok. ari tu kawan gua nak beli rokok. orang kedai tu tanya. abang nak gambar yang mana satu? haha.

BudAk hijAu berkata...

kawan den sangup tukar kotak!!!xsngup die kta...hahahaha..

sabturday berkata...

askum, bolehkah saya dapatkan sedikit informasi tentang tayangan filem2 pendek KLIBF? sempat lagi ke nak hantar dan ada buka penyertaan lagi ke? terima kasih wasalam.

addyaholix berkata...

duit sendiri la tok. tahan perot tak makan sebab rokok. haha!

dunhill 14, gambar baby!, itu ayat saya tiap kali nak beli rokok. yang lain-lain saya geli.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin