Isnin, Januari 09, 2012

3 ORANG SATU MOTOR


Inilah gambar gua lepas makan.
Originally uploaded by Jali.

Ini bukan gambar aku. Ini Man Kunang. Man Kunang ni kuat bercerita. Ini salah satu cerita benar yang diceritakan.

.........
Seorang lelaki balik ke kampungnya di pendalaman menunggang motosikal.

Tiba-tiba dia ditahan oleh seorang pakcik. Pakcik itu minta tumpang. Lalu diboncengkan.

Maka mereka pun meneruskan perjalanan.

Kemudian, motosikal itu ditahan lagi. Kali ini oleh seorang budak sekolah. Budak itu minta ditumpangkan.

Selepas berbincang dengan pakcik dan memerhatikan bahawa budak itu bukanlah besar sangat, maka diboncengkanlah budak itu.

Tanpa pengetahuan mereka, ada sekatan jalanraya oleh polis trafik di hadapan menuju jalan masuk kampung.

Maka, polis pun memberi isyarat tangan menahan motosikal itu.

Pemuda itu nampak akan polis tetapi dia tidak berhenti. Dia cuma memberi isyarat tangan sambil menjerit, "Takda ruang dah. Dah penuh."

Motor itu pun lewat lalu. Polis-polis di sekatan jalanraya berdiri pegun terkesima dengan reaksi penunggang motor itu. hi hi hi.

Jumaat, Januari 06, 2012

KOMEDI BERDIRI

Hari itu gua tengok ujibakat Raja Lawak di Angsana Mall. Susah siot. Satu minit sahaja sudah disuruh turun.

Ada satu mamat lumur cat hijau seluruh badan konon-konon dia toyol. Gua tengok macam Hulk kurus sahaja lagaknya. Gua kira-kira ambil masa sejam juga dia nak menghijaukan tubuhnya.

Satu minit sahaja dia sudah disuruh turun.

Bukan dia sahaja begitu, peserta-peserta lain juga begitu.

Satu minit sahaja sudah disuruh turun.

Gua pun batal sahaja niat gua jadi pelawak. Langsung tidak berani mendaftar ujibakat Raja Lawak.

Sebenarnya, sebagai guru, gua tidak perlu takut khalayak lari. Hari-hari gua praktis lawak gua. Murid-murid mahu tidak mahu kena layan dengar gua.

"Please, teacher may I go out."
"Wait til I finish my lecture."

Syukirin dong gua berlatih melawak. Kalau gua membel macam ibu-ibu guru lain gimana sih?!

Eh! Apasal gua tiba-tiba ngomong Indonesia ni?

Ngak dong. Bukan gua pacarin dengan bibik orang sebelah.

Sebenarnya sejak kebelakangan ni gua banyak nonton Youtube gerakan Indonesia Stand Up Comedy Club. Seru banget dong.

Antaranya adalah Raditya Dika, dia penulis blog. Macam gua. Kemudian jadi penulis blook. Macam gua juga. Kemudian dia berlakon. Macam gua juga. Kemudian dia jadi stand up comedian. Macam gua?

Gua pernah la cuba di Rumah Pena acara Maskara. Tapi macam semua aktivitas gua sebelum ni, semuanya kecil-kecilan. Ngak grand. Hangat-hangat tahi ayam. At least gua mencoba. Lu ada coba?

Ya, tanpa banyak soal. Gua persembahkan Raditya Dika, dan lu cuba juga subscribe pada channel standupcomedyindo. Banyak lagi pelawak lain. Ada yang jadi, ada yang ngak.

Wassalam.




Isnin, Januari 02, 2012

RINDU ITU MACAM HANTU

Tiba-tiba aku dapat konsep sebuah puisi bertemakan Rindu itu Macam Hantu.

Ini drafnya.

......

Rindu itu macam hantu
Malam-malam datang menganggu
Seram sekali

Rindu itu selalu mengacau
Buat aku meracau-racau
Geram sekali

Rindu itu mengilai-ngilai
Peluh aku berjurai-jurai

Tersedar dari tidur

Mimpi-mimpi ku hilang


Ku sangka
rindu itu juga menghilang
bersama mimpi-mimpi ku,
rupanya
dia masih bertenggek di hujung ranjang,
dengan mata galak merenung aku.

Johor Bahru, Dis 2011

....

Okay, kasar sekali. rima ke mana meter ke mana. Draf kasar memang begitu. Nanti-nanti aku betulkan lagi.


Kalau ada kalian nak tambah, silakan.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...