Isnin, Januari 02, 2012

RINDU ITU MACAM HANTU

Tiba-tiba aku dapat konsep sebuah puisi bertemakan Rindu itu Macam Hantu.

Ini drafnya.

......

Rindu itu macam hantu
Malam-malam datang menganggu
Seram sekali

Rindu itu selalu mengacau
Buat aku meracau-racau
Geram sekali

Rindu itu mengilai-ngilai
Peluh aku berjurai-jurai

Tersedar dari tidur

Mimpi-mimpi ku hilang


Ku sangka
rindu itu juga menghilang
bersama mimpi-mimpi ku,
rupanya
dia masih bertenggek di hujung ranjang,
dengan mata galak merenung aku.

Johor Bahru, Dis 2011

....

Okay, kasar sekali. rima ke mana meter ke mana. Draf kasar memang begitu. Nanti-nanti aku betulkan lagi.


Kalau ada kalian nak tambah, silakan.

2 ulasan:

BuRuuj berkata...

Rindu itu macam hantu
Sepintas lalu
Seram sejuk seperti air batu

Rindu itu macam hantu
Putih merah darah
Jika ternampak, parah

Boleh tak? hahaha...

Tok, maaf, xsempat nk buat cerpen gasak. huhu...ada peluang lg ke?

reen afny berkata...

somel... reendu itu macam hantu.

98 ADELA LASAK

Aku masuk acara Adela Lasak di Felda Kledang, Kota Tinggi pada Ahad, 15 Februari 2026. Cuacanya cantik. Mendung tetapi tidak hujan. Redup pa...