2.
Aku sudah lama berminat mendaki gunung tetapi tiada kesempatan. Apa yang mencetuskan minat aku adalah satu foto pendakian di mana pendaki berdiri di puncak gunung memandang gumpalan awan di bawah mereka. Pendek kata, berdiri lebih tinggi dari awan itu mengujakan aku.
Orang yang simpan foto-foto begini biasanya pendaki gunung. Jadi aku pasang niat. Malangnya, tiada kawan-kawan rapat aku yang minat naik gunung. Atau berminat naik gunung lagi. Ramai yang sudah sangkut beg dan bersara umur 30. Dan tak mula pun lagi. Mungkin aku ini terlambat.
Aku selama ini sibuk main bola keranjang. Tidur bola keranjang. Makan bola keranjang. Pemain yang sebaya aku pun ramai yang dah bersara, aku masih bermain. Tetapi, lawan aku makin lama makin muda sebab nak main dengan orang tua dah tiada. Tapi kederat manusia ni sampai mana je la. Akhirnya lutut mula sakit-sakit. Tulang belakang mula sakit-sakit. Aku sudah tidak laju dan lincah seperti dahulu.
Aku rasa masuk hutan panjat gunung adalah sukan baharu untuk aku. Ianya slow and steady. Maka, aku kena cari set kawan baharu. Kawan yang naik gunung. Aku pun bertanya-tanya.
Khamis, November 20, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
76 JAMBORI SARANG MEMERANG
Untuk Otternest MTB Jambori, Akak Kau tidak ikut. Dia baru sahaja menerima suntikan di lutut. Dia tidak boleh terlalu lasak. Otternest Cam...

-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Untuk mengelakkan kecederaan kaki seorang pemain bola keranjang perlu memiliki kasut yang selamat. Nike AIR FLIGHT SKOOL: Upper full-grain...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
1 ulasan:
saya dah 30. camne ni tok, tapi tak rasa bersara lagik,hehe
Catat Ulasan