Adik beradik aku semua lelaki, kecuali seorang. Kami bertujuh semuanya.
Masa kecil, kami tidak cakap banyak antara satu sama lain. Lebih banyak aksi dari bercakap. Sepak. Terajang. Tumbuk. Tepis. Flying kick. Elak. Body slam.
Ayah pun tidak banyak cakap. Pukul 12 tengah malam, dia buat-buat batuk, "Ehem!" Kelam kabut adik beradik tutup TV, bentang toto dan tidur. Tak nagntuk pun, paksa mata tidur.
Jarang sangat antara kami buat aktiviti bersama. Abang dengan kawan-kawan dia. Aku dengan kawan-kawan aku. Dan adik-adik dengan kawan-kawan dia, askar-askar plastik. Yang bagusnya jika jarang ketemu, jarang konflik. Jarang gaduh.
Tapi hairannya, dengan orang luar kami amat peramah. Cuma dengan adik beradik situasinya diam. Kalaulah boleh ditoreh udara tegang dalam rumah kami, pasti keluar darah.
Sampai ke tua pun kami masih begitu. Kalau berjumpa cuma berbasa-basi. Apa khabar? Dah makan? Dari mana? Jalan jem tak? Hujan tak kat sana?
Bagus juga ya. Kami jarang mengumpat.
Semalam di kampung, kunci adik tertinggal dalam kereta. Kereta terkunci. Mula-mula adik jolok-jolok dengan gergaji besi. Kemudian datang abah cuba kait dengan dawai. Hampa.
Berpeluh ketiak mengerjakan pintu itu.
Kemudian abah bagi idea guna benang dan racik tombol kunci. Kelakar betul idea kampungan itu tapi memandangkan dah satu jam bertungkus lumus tanpa hasil, kami pun bersetuju.
Aku pegang lampu picit. Adik guna skru driver renggangkan pintu. Abah hulur benang dan dawai. Persis mainan kat kedai video di mana satu tangan mekanikal dikawal untuk menangkap patung beruang.
Kemudian, benang itu berjaya menjerut tombol seperti koboi menjerut lembu. Abah tarik. Kluk! Pintu tidak terkunci lagi. Kami loncat-loncat gembira. Yeay!
Kemudian semua maintain kool semula. Senyum masih di muka masing-masing.
Sepanjang hidup aku, itulah masa paling kualiti kami anak beranak.
Jumaat, Mac 18, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
16 ulasan:
hehehe...ujung2 tu dh boleh bayang mcm mane situasinya..sweet..
nice story..bersatu teguh, bercerai roboh..
kenapa ek korang xmesra? sama mcm sorang member aku, dia dgn adik beradik xngam sgt.. aku pelik sebab aku dgn adik beradik aku mesra je, HAHAHAHA mungkin sebab korang lelaki kot :D
:-)
Saya dan Khadijah. Kami kongsi segala. Dari baju hingga ke air mata. Ada 2 je yang kami tidak berkongsi. - pakaian dalam dan suami hehe.
Lama tak komen dan datang ke blog tok.
Rindu!
meloncat gembira :)
sweet! :)
Adik beradik lelaki mmg mcm tu.. aku pun sama, semu lelaki, kurang bercakap.. lebih banyak beraksi.. tp mmg rapat..
buat short ok ni
that was priceless.
Oh.. Sangat terharu membaca kisah ini.. =')
Kami adik-beradik pulak, suka wrestling (punch lengan je, huhu) termasuklah perempuan. Tapi sekarang dah besar tak kerap wrestling. Cuma saya perasan, saya yang dah 22 tahun ni pun masih main kejar-kejar, main sembunyi-sembunyi dengan adik bongsu yang berumur 14 tahun, hek hek. :p
Pada saya, kita semua ni umpama air dicincang tak akan putus. =)
kereta kt rumah ada berapa bijik?
nak tinggalkan kunci dalam keta setiap hari..
hehe..biase la tue kecik2..bile dah besar okey la kot..:)
selalu adik beradik lelaki mmg camtu.
apsal ek?
aku pun.
best! Tapi camna boleh guna benang? saya sudah cuba tapi gagal..lol
Catat Ulasan