Ahad, April 18, 2010

ETIKA KEWARTAWANAN

Merujuk kepada artikel Metro tentang satu blogger:
"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.
Blogger tersebut sudah membuat kenyataan umum di blog beliau bahawa suratkhabar telah misquote dia. Beliau dengan jelas mengaku bahawa beliau bukan pelopor dan beliau agak tertekan dengan teguran yang dibuat oleh blogger lain tentang isu ini. Sekarang bola dalam court wartawan yang menulis artikel. Wartawan itu, jika dia berpegang kepada etika kewartawanan, patut mengakui ralat dan memohon maaf.


Pesanan penaja:
The Big Short: Inside the Doomsday Machine

12 ulasan:

jo berkata...

aku baca juga. tapi tak perasan pulak part pelopor tu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

cam kenal je siapa~

^.^

Alan berkata...

ye saya sokong wartawan itu perlu mohon maaf secara terbuka kepada semua blogger

MOFASAD berkata...

tok


media sekarang kuat merapu jer...



ceh

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro - aku rasa tiap kali aku masuk paper mmg ada saja yg misquote..kdg2 certain facts x kena, kdg2 salah... Nak marah pun x blh, wartawan tu member, and he's doing us a favour.. payah jugak kdg2..

Bukan Sepet berkata...

servis bertukar tangan.

pergh.. cam misbun lawan morten frost lak rasanya!

fadz berkata...

wartawan tu kena mohon maaf.. tak leh biarkan ni.

dugongsenyum berkata...

haha

ayobkelubi berkata...

misquote atau tidak..yang penting jgn nak riak!. itu jek pengajarannya..mmg poyo.

Angah berkata...

yang diwawancara mungkin cakap "saya antara penulis terawal/penulis tak ramai masa tu/blog takbanyak masa tu/etc etc"
yang diterjemahkan oleh wartawan sebagai pelopor.. ntah! ntah2 memang itu yg dilafaz.. ntah!

Tak boleh ke buat sesi proof reading oleh yang diwawancara sebelum artikel disiarkan?

Tanpa Nama berkata...

cerita pertama jangan dilupa ; bagaimana blogger tersebut didatangi oleh komuniti blogger yang melatah. Komuniti blogger sepatutnya faham situasi media pada hari ini, bukannya terus percaya.

Komuniti blogger telah diberi ujian melalui 'kesilapan' wartawan, episod ini telah berlangsung seperti yang dijangka : ramai manusia melatah dan menyerang / memerli blogger tersebut. Kasihan, masih ada blogger naif yang memandang media sebagai suci. Kasihan.

Tok Rimau berkata...

Quiz: Wartawan promo kau. Jack kau tinggi-tinggi. Tapi kau tahu banyak silap fakta.

Bagaimana cara kau perbetulkan keadaan?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...