Memaparkan catatan dengan label percaya kepada neraka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percaya kepada neraka. Papar semua catatan

Selasa, April 28, 2009

HUBUNGAN SULIT SETIAUSAHA


Setiausaha: I nak buat satu minit.
Mobius: Buat satu minit mana cukup you.
Setiausaha: Tak cukup?
Mobius: Sekurang-kurangnya 30 minit. Baru puas.
Setiausaha: Dah mesyuaratnya satu. Minit mesyuarat pun satu la.
Mobius: Oh.. you cakap pasal minit mesyuarat.
Setiausaha: Habis, you ingat pasal apa?
Mobius: Tak ada apa-apa. Forget about it.

Sabtu, Januari 17, 2009

OTOMATIK

Lelaki bagaimanakah Mobius ini jika dia membiarkan gadis comel menjadi supir kepadanya. Tak gitu? Mobius beranikan juga diri sukarela memandu kereta otomatik milik gadis comel itu, meredah jalan metropolis yang sesak sempit di malam minggu.

Mobius pandu perlahan. Ada tiga sebab kenapa dia pandu perlahan. Pertama kerana dia tidak biasa dengan kereta otomatik. Kedua, dia tidak biasa dengan simpang siur jalan pusat bandar dan ketiga, dia mahu berlama-lama dalam perjalanan. Destinasi dan perjalanan adalah sama penting.

Tangan kiri Mobius pula kekadang meraba-raba mencari sesuatu. Ya sesuatu. Handle gear la. Engkau mesti fikir Mobius cari benda lain. Cheh!  Kaki kirinya pula tertekan-tekan clutch yang halimunan. Mobius memang tidak biasa dengan kereta otomatik.

Malam pun tidak muda lagi. Secara teknikal, waktu itu sudah pagi. 4 pagi. Dengan rasa berat hati mereka berpisah menuju hala masing-masing. Setelah benjanji untuk temujanji yang akan datang, gadis comel itu memandu pulang membelah malam. Mobius mesti meneruskan perjalanan dengan keretanya sendiri.

Sesampainya di tol, kereta Mobius mati enjin. Mobius lupa tekan clutch. Lupa bahawa keretanya manual, bukan otomatik seperti kereta gadis comel.

Selasa, Disember 23, 2008

GATAL

Mobius pakai jeans biru baru. Jarinya di punggung, tergaru-garu.

"Gatal punggung gua. Ada benang terkeluar kot," dia berteori.

"Bukan la," sangkal aku.

"Habis tu?"

"Itu alamat nak dapat duit la tu."

"Lu ingat gua apa?! Hampeh!"

Ketawa kami berderai kuat. Semua orang di kedai mamak memandang kami.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Funny Artsy Stuff: Munkao

Selasa, September 16, 2008

SOMBONG

 Cerita Mobius:
.....
Aku tulis status sebagai "bertemu Tuhan" dan aku biarkan messenger hidup sementara aku ke tandas untuk wuduk. Aku masuk semula ke pejabat. Aku bentang sejadah dan solat Asar.

Ketka solat, aku terdengar bunyi ding dang ding dang dari speaker komputer. Ding dang ding dang. Ada mesej masuk la tu. Ding dang ding. Solat aku jadi tidak khusyuk. Nyesal aku tidak bisukan komputer.

Seusai solat, aku lihat di monitor.

STATUS: BERTEMU TUHAN
Julie Foxy: Akm.
Julie Foxy: Orang bagi salam tak jawab. Sombong.
Julie Foxy: Opsss! bertemu Tuhan. Semayang ya. Sori.
Julie Foxy: Rakaat berapa dah ni?
Julie Foxy: Sombong x mahu jawab.
Julie Foxy: Nanti u sunyi jgn cari I. Kita putus!

Mmm. Aku ketuk papan kekunci. Tukar status. Available.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Freedom Film Fest, JB. Cari Tok Rimau.

Selasa, September 09, 2008

MAYA YANG MANJA

Ombak itu datang dari jauh. Mungkin beratus-ratus batu. Sesampainya di pantai, derunya menyapa lembut membasahkan pasir yang kering. Tanda air laut memasang.

"I pernah berkahwin dahulu. Tapi sekarang single," kata Maya. Jari telunjuk kanannya menggulung hujung rambut yang mencecah bahu. "Ada anak perempuan seorang. Umur tujuh tahun."

"Ahh sudah. Mobius berkawan dengan mak janda la pulak. Parah ni," kata kalian dalam hati. Tolonglah, naik mesin masa tu dan majulah ke masa kini. Jangan kolot sangat, okay. Janda pun manusia juga.

"Jadinya you ni janda la?" Mobius menghirup perahan jus epal campur lobak dan susu. Manis.

"I tak suka la perkataan janda. Kan ada perkataan yang lebih manis." Maya mencebikkan mukanya yang baby face. Mobius meneka umurnya dalam 23-24. Maksimum 25.

Tiba-tiba Mobius teringatkan lawatan sambil belajarnya ke Kedai Kereta Auto Bavaria. Kereta-kereta lama yang dijual semula tidak dilabel sebagai Second Hand Cars tetapi dilabel sebagai Pre-owned Cars. Klasik bunyinya. Ada kelas gitu.

"So, you ni pre-owned la." Mobius meletak siku kiri atas meja dan menongkat dagu dengan tapak tangan sambil mata merenung mata Maya.

"Apa la you ni. I bukan kereta tau." Maya ketawa kecil dengan kepoyoan tekaan Mobius. Perempuan memang suka lelaki poyo. Petah dan bijak tetapi selamba bengong.

"Sorry. Habis tu?"

"Ibu tunggal. Single parent."

"Kata Shakespeare, a rose by any other name would smell as sweet." Mobius melepaskan tangannya dari gelas. "Macam you. Janda ke. Ibu tunggal ke. Tetapi tetap manis."

Ombak itu datang dari jauh. Mungkin beratus-ratus batu. Sesampainya di pantai, derunya menyapa lembut membasahkan pasir yang kering. Tanda air laut memasang.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Creative Ads

Lirik Ghazal/ Joget
Memikat Janda - Fadzil Ahmad

Bagaimana menggoreng lada
Ah hai sayang menggoreng lada
Ah hai sayang tuang-tuangkan

Bagailah mana
hai sayang nak memikat janda
Ah hai sayang nak memikat janda
Ambil anaknya timang-timangkan

Apalah guna menggoreng lada
Ah hai sayang menggoreng lada
Takutlah minyak tumpah ke muka
Ah hai sayang tumpah ke muka

Hajat di hati nak memikat dara
Ah hai sayang nak memikat dara
Sekali fikir baiklah janda
Ah hai sayang baiklah janda

Apalah guna menanam lada
Ah hai sayang menanam lada
Kerana lada tanam-tanaman
Ah hai tanam-tanaman

Apalah guna memikat janda
Ah hai sayang memikat janda
Kerana janda banyak pengalaman
Ah hai sayang banyak pengalaman

Ahad, Ogos 31, 2008

MIMI BUAT PENGAKUAN

Bukan cinta sahaja yang buta. Cemburu juga buta. Mereka lahir sebagai kembar tetapi yang pastinya cinta yang akan mati dahulu.

"Sir, saya nak minta maaf," kata Mimi.

Kerja dia ni asyik minta maaf sahaja. Apa lagi salahnya kali ini?

"Yang SMS dengan Sir semalam bukan I tetapi my boyfriend. Dia ambil henpon I. Dia menyamar sebagai I."

Aku dah agak dah. Lain macam je bunyinya sms tu. Nasib baik aku berhenti melayan provokasi itu cepat. Cemburu la tu agaknya.

Apa pun, takbur aku melonjak ke paras tertinggi bursa saham papan kedua. Dalam usia yang sebegini aku masih boleh memberi ancaman kepada lelaki yang lebih muda. Aku tidak tua bila usia memanjat, aku cuma jadi semakin klasik.

Kalau mayat aku dijumpai dalam kereta terbakar hangus, kalian tahulah motif pembunuhan aku.

Kata Pujangga:
“Jealousy is all the fun you think they had.” - Erica Jong (Writer and feminist, 1942)

“A competent and self-confident person is incapable of jealousy in anything. Jealousy is invariably a symptom of neurotic insecurity.”- Robert A. Heinlein (Science-fiction Writer, 1907-1988)

“Jealousy is nothing more than a fear of abandonment” - Anon

“Young love is about wanting to be happy . Old love is about wanting someone else to be happy.”- Mary Pipher (Pychologist)


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
T-Shirt Designs
Book Cover Designs
Movie Poster Designs

.........

Selamat Pengantin Baru: Nora Icha dan Nasrun. Semoga bahagia hingga ke syurga.

Sabtu, Ogos 30, 2008

ESEMES PIEMES

Di wajah Nora Zain ada bintik-bintik jerawat kecil. Semalam tidak ada.

Ketika makan malam dia salahkan engkau kerana kelkatu jatuh dalam jus epalnya. Dia juga salahkan engkau kerana nasi ayam lewat sampai. Malah, dia juga menyalahkan engkau kerana hari ini hujan renyai.

Pulang dari makan malam dia menghantar beberapa SMS kepada engkau. Tuduh engkau itu ini lagi. Maki engkau itu ini lagi.

Engkau balas dengan satu SMS sahaja. SMS itu kosong tanpa apa-apa batang huruf. Engkau harap dalam lambungan gelombang kekacauan jiwanya, dia masih boleh mentafsir bahawa engkau tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan tentang isu-isu yang dibangkitkan. Engkau diam seribu bahasa.

Selasa, Ogos 26, 2008

PEDIH

Pesan Mobius:
Kalau kamu bertikam lidah dengan pacar kamu, hujah dalam bentuk soalan retorik yang paling kejam lagi menusuk kalbu adalah, "apa lagi yang engkau mahu dari aku?"

Pedih. Pedih. Pedih.

Khamis, Ogos 21, 2008

MADU DAN RACUN

Cerita Mobius:

"Kita nak lunch mana?" tanya aku kepada Don.

Don akan jawab, "Susah betul soalan engkau. Mahboub servis lembab. Singgara entah buka, entah tidak. Mak Minah tutup hari Jumaat. Safinah mahal sangat. Restoran Salam pulak, taukenya selalu masam muka. Tidak friendly langsung. Terima duit pun tak mau senyum." Don garu-garu kepala botaknya macam memikirkan jawapan kepada soalan cepuemas. Pening kepala Don nak memilih restoran.

Tetapi lain pula dengan Yantie, kalau aku bertanya.

"Kita nak dinner mana?"

"Mana-mana pun okay. Terpulanglah kepada bajet you."

Yantie menjeling sambil menyimpul senyum. Aku kalah dengan senyum itu. Aku meraba dompet dalam kocek. Kocek belakang jeans aku. Mmmm. Takkan la jeans dia pula.

Rabu, April 30, 2008

MOBIUS DEPAN SURAU

"Lu nak curi kasut ke?" tegur aku.

"Cheh! Mentang-mentang la wa jahat, wa lalu depan surau pun lu anggap wa ada niat serong," keluh Mobius.

"Sori la. Wa gurau je."

Sebenarnya dalam hati aku tercetus prasangka yang lebih buruk. Mungkinkah Mobius sedang recce tempat untuk buang anak? Mmmm.

........................
MESTI PERGI
Mesti diingat kenapa engkau sanggup duduk KL mengharung kesesakan lalu lintas saban hari. Engkau duduk KL sebab kau mahu jadi hip dan kool dan boleh pergi ke acara berikut:

Rabu, April 02, 2008

PARTI DI ATAS AWAN




Romlah berkemban keluar dari bilik air. Dia mendapati Mobius sudah berbaju, berbedak dan berminyak wangi. Mobius kelihatan sudah bersedia untuk ke parti.

Romlah bertanya, "You tak mahu mandi dulu ke?"

Mobius menjawab, "Sejuk."

"Ada hot water la. Rugi la ambil bilik hotel mahal-mahal tapi tak guna air dia."

"Balik dari parti nanti I mandilah. I mandi dua kali." Senyap sebentar. Kemudian, Mobius sambung lagi seperti ayat sebelum ini adalah ayat ralat. "Kita. Kita mandi dua kali."

"Nakal!" balas Romlah sambil mengukir senyuman.



...............
MAJLIS
Bicara Karya Sastera
a) Di Benua Buta oleh Mana Sikana
b) Cetusan Kalbu seorang Penyair oleh Peter agustine goh
c) Di Sebalik Mentari Jingga oleh W.B. Rendra

5 April 2008 (Sabtu). DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana.

Selasa, Januari 15, 2008

JIKA ENGKAU TERPUKAU PANDANGLAH KE LAIN


Awas Spoiler!
...........

Aku memang suka filem Mamat Khalid. Aku harap kalian sokong dia. Tengok filem dia agar dia boleh terus bikin genre filem Mamatism Khalidism. Filem terbarunya adalah Kala Malam Bulan Mengambang.

Aku belum berkesempatan masuk panggung lagi, jadi aku tanya Mobius. Dia dah tonton malam minggu lepas. Oleh itu, hari ini aku nak mengulas sebuah filem noir yang belum pernah aku tonton berdasarkan cerita dari Mobius.

Kala Malam Bulan Mengambang menyingkap semangat Melayu yang cenderung makan gaji. Sebulan sekali baru dapat gaji. Macam bulan yang mengambang sekali sebulan. Kualiti ISO macam mana pun kerja watak wartawan dalam filem ini, tetap dia mengharapkan berkerja bawah orang lain. Makan gaji sebulan sekali. Bonus setahun sekali.

Apakah signifikannya keris tujuh inci dalam filem ini dari sudut semiotik. Keris itu bertukar tangan ahli sihir kepada wartawan kepada harimau jadian kepada Doktor Rushdi. Keris itu adalah UMNO. UMNO dalam pimpinan orang baik, jadilah dia sesuatu yang baik. Dalam pimpinan orang jahat, jadilah dia sesuatu yang jahat.

Watak antagonis dalam filem ini adalah golongan komunis berbahasa Jerman. Sinis sekali Mamat Khalid menempelak orang kita yang mengagungkan produk Jerman. Contohnya, kita lihat ramai gadis-gadis suka pemandu kereta BMW (dan Mercedes). Pemandu kereta BMW (dan penumpangnya) juga suka dilihat dengan kereta seksinya. Kereta Kancil? Tiada siapa yang mahu lihat.

Watak wartawan protagonis naskah filem ini telah jatuh cinta dengan seorang (seekor?)pontianak. Ini merupakan dekonstruksi kepada taksubnya masyarakat kepada kecantikan yang berkala-kala. Bila memikat dia cantik dan bila mahu cekik, dia hodoh macam neraka. Tetapi pontianak ini pontianak baik. Dia cintakan pengamal media, wartawan. Kesimpulannya, tidak semua hantu itu jahat. Bukanlah masalah moral yang besar bercinta dengan hantu.

Abang kepada pontianak adalah seekor (seorang?) harimau jadian. Mungkin abang angkat kot. Mana mungkin harimau adik beradik dengan pontianak. Lain species. Apa yang Mamat Khalid mahu kupas di sini adalah peri pentingnya membaca blog Tok Rimau untuk mendapat maklumat terkini tentang kehidupan yang penuh pancaroba. Sesuai untuk lebai yang bukan lebai. Humornya segar seperti ikan yang masih dalam bot nelayan baru sampai darat. Tidak hanyir.

Sungguh ganjil Mobius menganalisa lapisan-lapisan makna kritikan sosial wacana Kala Malam Bulan Mengambang.

Aku tanya Mobius, "Kenapa ulasan dan cerita engkau tentang Kala Malam Bulan Mengambang ini unik? Lain dari ulasan blogger wayang lain dan juga ulasan dari surat khabar."

Mobius jawab, "Aku sebenarnya tak boleh fokus sangat kat panggung wayang tu. Aircond wayang itu sejuk sangat. Aku sibuk memanaskan awek aku. Awek aku sibuk memanaskan aku. Hi! Hi! Hi!"

Kurang asam! Mobius ini bukan boleh diharap sangat. Ini macam terpaksalah kita pergi panggung dan tonton sendiri Kala Malam Bulan Mengambang. Jom! (Tapi jangan ajak awek kalian.)


ORANG LAIN YANG MABUKKAN MAMAT KHALID. ORANG MELAYU KALAU MABUK MEMANG BURUK!




Isnin, Januari 14, 2008

BERUS GIGI BERMOTOR

Pintu bilik air dibiarkan terbuka. Mereka sudah terbiasa begitu.

"Orang Malaysia dah sampai ke angkasa, you masih lagi pakai berus gigi manual," kata Mobius sambil menayangkan berus gigi elektriknya.

"Pagi-pagi lagi dah nak bagi lecture," kata Farah. "Cepat la gosok gigi tu. I pulak nak guna sinki."

Farah mengetatkan kembannya yang longgar.

Mobius mengetuk berus giginya di kepala pili.

"I tak boleh gosok gigi la. Bateri berus gigi I habis."

"Gross! Jangan cium I hari ni."

............

Dan kalian pun berfantasi. Yang bukan-bukan. Ha! Ha! Ha!

.................


Trivia:
"CHERITA PALING NAKAL DARIPADA SEGALA KENAKALAN YANG PERNAH DI-NAKAL-NAKALKAN"
Tagline untuk filem Tiga Abdul seperti yang tertulis atas poster filem itu.

Rabu, Januari 02, 2008

INI RINDU

"Our next song is an old song entitled Ini Rindu which was made famous by Farid Hardja," umum vokalis kugiran dari Filipina berbaju rambu-rambu berkilat.

Kami pun bertepuk tangan meriuhkan dewan minum "The Ship" yang tidak cukup cahaya itu.

Sebelum aku tahu akan artinya cinta
Terlena ku dibawa nya ke sana

Setelah dia pergi baru aku mengerti
Kutelah jatuh cinta kepadanya


Aku separuh menjerit kepada Mobius, "Semua ahli politik berlumba-lumba buat statement. Mereka mahu Ah Lek resign kerana perbuatannya amat tidak bermoral."

Mobius merenggangkan gelas besar dari bibirnya. Dia berfikir sejenak.

Mobius berkata, "Ahli politik. Kenyataan mereka mestilah politically motivated." Dia minum sedikit dan merenggangkan lagi gelas itu dari bibirnya. "Semuanya hipokrit."

"Kenapa pulak?"

"Dalam hati mereka, kesalahan Ah Lek cuma satu. Satu sahaja. Ah Lek terkantol."

"Fuh! Dalam mabuk-mabuk pun ayat engkau ini ada benarnya," aku tersihir dengan analisanya. "Aku quote kata-kata engkau ini dalam blog aku nanti."

Mobius merenggangkan gelas besar dari bibirnya. Dia berfikir sejenak.

"Blogger. Tulisan engkau mestilah blogly motivated. Engkau pun hipokrit."

"Kenapa pulak?"

"Motif keji engkau adalah satu, hits dari kata kunci: chua soi lek, tape, skandal, sex, video, menteri, MCA dan DVD."

Mobius angkat tangan menarik perhatian pelayan. Dia pesan satu botol lagi.

Ooooo…aku rindu
katakan pada nya aku rindu

Ooo burung nyanyikan lah
katakan pada nya aku rindu


Vokalis itu berlagu sambil berjoget. Mula-mula dia buat aksi burung berkepak dengan tangannya. Kemudian, kedua-dua jari telunjuknya menunjuk ke arah bawah.

Ke arah burungnya.


..............
GLOSSARI:
BLOGLY MOTIVATED: Strategi yang dilancarkan dengan tujuan meningkatkan hits atau bilangan kunjungan ke blog.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Logo Trend For Designers
2. Youtube: Ini Rindu by Farid and Lucky

Isnin, November 05, 2007

PERCAYA KEPADA NERAKA 4




Kelab Malam itu penuh dengan manusia yang terkinja-kinja. Muzik berdentum-dentam. Berbual pun kena menjerit-jerit.

Mobius menjerit, "Gua malas nak pergi kerja la hari Isnin ni."

Safar yang lebih rasional menjawab, "Nanti bos lu marah."

"Gua boleh beli MC la dari Klinik Raju."

"What the f**k. Klinik Raju jual MC mahal. Kertas naik harga kata dia."

"Habis?"

"Nenek orang tingkat atas rumah gua baru meninggal siang tadi. Lu fotokopi je sijil report kematian dia."

"Cantekkk!"

Asap rokok bagai kabus menjadikan ambien penuh meriah. Macam babak kayangan Jula-juli Bintang Tujuh. Gadis-gadis montok melambai punggung memanggil mereka untuk berdansa. Pastinya bukan ikut irama lagu nasyid yang engkau suka.

105 BIKE CULTURE YALA

Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...