Khamis, April 24, 2025

Sudah Terlambat

Sudah terlambat

untuk abang mati muda.

Garis di pipi ini

bukan lesung pipit, dik—

ini kedut usia.


Namun

masih terlalu awal

untuk berhenti.

Abang akan

mencari terang

dalam hutan gelita,

mencari tenang

dalam laut gelora.


Di simpang ini—

doakan abang dik

tidur satu pertiga malam

dan bangkit di dua pertiga malam.


Dan bila waktunya sudah masa

abang melangkah ke seberang sana,

biarlah nama ini terus basah dalam doa.

100 DIESELIANS

Dalam satu bulan, powil diesel aku minum kurang 1 liter minyak. Jimatkan?  Bulan puasa 2026, US dan Israel menyerang Iran. Rantau itu bergol...