Selasa, Oktober 27, 2026

106 BAJET BOCOR LAGI BIKECAMP

Tarikh: 3-4 Oktober 2026

Lokasi: Pulau Mawar, Mersing.

1. Aku dalam proses penyembuhan sakit belakang, maka aku berhati-hati tidak buas sangat bermain. Aku banyak lepak di khemah dan memerhati sahaja. 

2. Sebenarnya Bajet Bocor Lagi (BBL) ini adalah evolusi dari Smol Gath yang dulunya guna slogan Bersekutu Bertambah Lucu. Orang-orang kuatnya masih sama iaitu geng PNWO dan WB26. Serta, komuniti-komuniti basikal berhampiran. Sokongan kolektif basikal Semenanjung hingga ke Singapura sangat padu mencecah 200 peserta.

3. Bentuk permainan dan agenda BBL punya personaliti tersendiri. Antara banyak-banyak, permainan meniti jambatan dengan basikal tandem sangatlah berani. Titi dibuat dari papan dan buluh dalam air laut. Perancangan awalnya, jika basikal jatuh, peserta masuk laut. Namun begitu, air surut masa itu. Peserta jatuh ke selut. Apa pun, tetap meriah. 

4. Pada 3 Oktober aku kayuh Pulau Mawar ke Teluk Buih. Sarapan, dan pulang. Pada 4 Oktober, kayuh Pulau Mawar ke Pasir Lanun. Tidak sangka pula aku boleh habiskan bukit viral Penyabung-Pasir Lanun. 

Sekian laporan. 

106 BAJET BOCOR LAGI BIKECAMP

Tarikh: 3-4 Oktober 2026 Lokasi: Pulau Mawar, Mersing. 1. Aku dalam proses penyembuhan sakit belakang, maka aku berhati-hati tidak buas sang...