100 copies
Rabu, Jun 24, 2026
BLACK WATER BIKECAMP
Awal Muharram 16-17Jun 2026
15 Peserta
Lokasi: Black Water Orchard
Musim Durian
Olak Batu, Sungai Biuh, Sawah Sagil, Tasik Biru
RIMBASIKAL BIKECAMP
RIMBASIKAL BIKECAMP
120 peserta
Tarikh:6-7 Jun 2026
Lokasi: Chekgu Mary Campsite
Organizer: Bikedaily, Uda Trasher, Wild Boar 26, Puak Pelampau
Setiausaha : Aku
Akak Kau: Bendahari
Rabu, Jun 03, 2026
101 YONG & DIJIRUS 2
Aku dan kawan-kawan kembali ke Sungai Yong pada 29-31 Mei 2026. Padahal, bulan lepas 18 April 2026 kami baru sahaja ke sini. Seperti yang aku katakan dahulu setakat 2 hari 1 malam dalam hutan memang tidak cukup untuk menyembuhkan diri. Rombongan aku 10 orang berbasikal semuanya.
Setibanya di sana, kami dapati ada 8 Renjer Komuniti sudah berkhemah di situ. Kami berbasa-basi ala kadar dan mendiri khemah di jarak yang selesa. Renjer Komuniti ialah barisan hadapan tempatan yang dilantik oleh kerajaan untuk melindungi khazanah sumber asli dan hidupan liar Malaysia daripada pencerobohan dan pembalakan haram. Mereka terdiri daripada komuniti Orang Asli, veteran tentera, serta penduduk setempat. Program ini dijalankan di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti
Dari jauh, aku mengagumi pondok mereka. Tiang-tiang dipasak ke bumi sekaki dalam. Mereka mengantung hammock pada tiang, bukan pokok.Kelihatan teguh tidak bergoyang. Esoknya, bila mereka sudah beredar pulang, aku kaji kayu-kayan yang mereka gunakan. Tiang dan gelagar pondok bertemu dalam tanggam. Patut la kukuh.
Hutan ini kini milik kumpulan kami. Sunyi dan menenangkan.
Dari sudut psikologi dan sosial, menjaga jarak fizikal membantu mengurangkan tekanan, keresahan dan rasa terancam, sekali gus membolehkan individu berinteraksi dengan lebih tenang dan rasional. Oleh itu, menghormati jarak fizikal bukanlah tanda menjauhkan diri secara sosial, sebaliknya satu amalan beradab demi keharmonian hidup bermasyarakat.
KEBAS 2
100 copies
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Aku mahu meracau-racau pun bukan ada yang mahu dengar. Semua sudah ke sekolah dan ke tempat kerja. Aku masih terlantar, terdampar atas sofa ...