Isnin, Ogos 10, 2015

JBWRF 2015

Johor Bahru Writers and Readers Festival 2015


We have book sales all day long and on the stage we got writers' sharing session.



11 September 2015. Friday

10.00 Lejen Press
10.30 Lejen Press
11.00 Legasi Oakheart
11.30 Studio Anai-anai
12.00 Inzik
12.30 Friday Prayer
01.00 Friday Prayer
01.30 Friday Prayer
02.00 
02.30 Comicore Club
03.00 Comicore Club
03.30 GLKN
04.00 CULT
04.30 Soljah
05.00  FIXI
05.30 Buku Semalam
06.00 Selut
06.30 Selut
07.00
07.30
08.00 Fazleena and The Lasykar
08.30 Fazleena and The Lasykar
09.00 Fazleena and The Lasykar
09.30
10.00 Meeting Adjourned

*Raihan Performs in The Black Box at MAP 3-6pm 
*Maskara Shorties curated by Rumah Anak Teater at the Festival Village 50m away. 8-10pm



12 September 2015. Saturday

10.00 Terfaktab Media
10.30 Terfaktab Media
11.00 Merpati Jingga
11.30 Merpati Jingga
12.00 Rabak Lit
12.30 Kidal
01.00 Dubook
01.30 Dubook
02.00 Singapore Literature Prize Talk - Malay
02.30 Singapore Literature Prize Talk - Malay
03.00 Singapore Literature Prize Talk - Tamil
03.30 Singapore Literature Prize Talk - Tamil
04.00 Singapore Literature Prize Talk - English
04.30 Singapore Literature Prize Talk - English
05.00 Singapore Literature Prize Talk - Chinese
05.30 Singapore Literature Prize Talk - Chinese
06.00 Forum Penutup: BUKU: SENI ATAU INDUSTRI?
Moderator: Ahmad Fadhil Mohamad Pakarul (GLKN)
Malaysia Rep: Azalan Hussain (Sindiket Sol-jah), Aloy Paradoks (Selut Press)
Singapore Rep: Yazid Hussein, Mohd Pitchay Gani Mohd Abdul Aziz
06.30 Forum Penutup
07.00
07.30
08.00 Najwa Mahiaddin Free Concert at the festival village.
08.30 Najwa Mahiaddin Free Concert
09.00 Najwa Mahiaddin Free Concert
09.30 Najwa Mahiaddin Free Concert
10.00 Meeting Adjourned

*Najwa performs at the Festival Village 50m away. 8-10pm


LANGUAGE ACADEMY POETRY WORKSHOP
Black Box Medini Mall. 11:00 a.m. to 1:00 p.m. 12 Sept 2015, Saturday
In this workshop participants will learn how to express their thoughts, feelings and ideas through poetry using multiple techniques. They will write their own original poems and share their works in a fun, encouraging and gently supervised by academicians from UTM Language Academy.

THE FACILITATORS
JENI PRATER 
(A graduate from Wellesley College, Massachusetts, USA with a degree in English and creative writing. She is currently a visiting scholar at UTM Language Academy)
'ATIQAH BINTI SHAHARUDDIN http://languageacademy.utm.my/atiqah/
NUR ' AIN BINTI MOHD SHAHROOM http://languageacademy.utm.my/nurainms/

AHLI FORUM PENUTUP JBWRF

Fahd Razy (Moderator)
Fahd Razy atau Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy, pegawai perubatan sepenuh masa. Penulis tak tentu masa. Antara bukunya termasuk 'Ikan dalam Jiwa', 'Kota Subuh', 'Menggeledah Nurani,' dan 'Pascasejarah'. Pernah memenangi lebih 20 hadiah dan anugerah sastera.

Lan Hussain aka Sinaganaga (Sindiket Sol-jah)
Lan Hussain atau Sinaganaga adalah Jenderal di Sindiket Sol-Jah, The Brain di Studio Anai Anai, dan Penyelaras Penerbitan di ITBM. Sebelah kakinya di dalam penerbitan arus perdana dan sebelah lagi kakinya di dalam penerbitan indie.

Aloy Paradoks (Selut Press)Berusia 31 tahun, telah menulis sejumlah skrip teater dan beberapa buah buku fiksyen. Dalam masa yang sama turut aktif berlakon dan mengarah teater di Kuala Lumpur. Pemilik beberapa buah syarikat penerbitan iaitu SeLUT Press, Sang Freud Press dan Selutbooks.com. Beliau juga merupakan pemilik Paradoks Production dan juga Lembaga Pengarah untuk syarikat tanpa keuntungan Eksotikata Event Management.
Hassan Hasaa’ree Ali (SGP)A nurse by day, the author began his foray into writing with his short story entry, Amnesia, which won the National Arts Council (NAC) Golden Point Award in 2007. He has gone on to win more competitions in the following years such as the Sayembara Noktah Putih in 2011.

Ahmad Md Tahir (SGP)A laboratory analyst by day, the author started writing in 1984 and is a founding member of Kumpulan Angkatan Muda Sastera (KAMUS).





Isnin, Jun 01, 2015

KES PECAH RUMAH

Jumaat, 3 April. 4 pagi. 2015. Aku dikejutkan dari tidur. Ada ramai orang dalam bilik aku. Aku, isteri dan 2 anak diikat dengan wayar oleh 4 lelaki bertopeng tak dikenali. Mereka bersenjatakan pisau. Pisau itu pisau dari dapur aku.

Aku baru bangun tidur dan aku mamai. Aku ambil masa beberapa saat juga untuk merumuskan bahawa ini satu rompakan. Aku terus membaca fatihah.

Dulu, lebih kurang 14-15 tahun dahulu, rumah aku di Flat Bukit Chagar pernah kena pecah. Tetapi pada masa itu tiada orang di rumah. Yang pecah masuk rumah itu adalah remaja belasan tahun anak-anak jiran. Kes itu sahaja telah buat aku trauma.

Kes baharu ini pula melibatkan senjata dihunuskan dan ancaman keselamatan. Kes kali ini lebih memberi tekanan jiwa.

Hendak berkongsi cerita mengenainya pun aku teragak-agak kerana pemikiran aku kena mengingati dan melalui semula pengalaman pahit itu. Tapi aku paksa diri juga untuk bercerita agar menjadi iktibar, jika ada iktibar di dalamnya.

Perkara pertama yang aku fikirkan adalah keselamatan keluarga. Ikut sahaja kata-kata perompak itu. Dalam loghat Indonesia perompak menuntut barang kemas, tunai, dan gajet (berserta password).  Mereka mengugut akan melarikan anak jika tidak diberi kerja sama. Kami turutkan apa yang kami mampu.

Dalam masa yang sama aku cuba mengingat fizikal mereka untuk laporan polis kemudian. Mereka membalut muka dengan baju atau kain sebagai topeng. Seorang dari mereka memakai jersi JDT. Bau mereka adalah kombinasi kain buruk dan peluh. Badan mereka sihat tegap macam kerja buruh kasar. Tinggi antara 160-175 cm. Mereka berkasut dalam rumah. Itu sahaja yang aku ingat.

Isteri ku tidak menggunakan feature cloud pada telefonnya. Bila perompak itu meminta mematikan feature itu, isteri aku kata yang benar, dia tidak tahu. Perompak itu, ketua mereka barang kali, jadi berang dan menghempas telefon tersebut ke lantai. Dia cuba menendang isteri tetapi kena sipi pada bahagian bahu.

Mereka terus mengeledah. Selain semua telefon bimbit, wang tunai dan beg tangan, mereka juga mengambil baju, jaket columbia dan beg gunung aku. Kasut jogging aku juga dikebas.

Mungkin mereka berada dalam rumah 30 - 45 minit kemudian mereka melarikan diri.

Kami membuka ikatan dan membuat panggilan polis dengan telefon rumah. Menurut siasatan, mereka telah masuk dengan menggunting grill tingkap. Mereka lari keluar melalui pintu terus ke seberang jalan ke arah kebun kelapa sawit depan rumah. Lebih kurang 10 anggota polis datang membantu siasatan.

Menurut polis kawasan taman perumahan saya ini kawasan hijau. 10 tahun dibina, tidak pernah ada kes jenayah selama ini. Kes di rumah aku adalah kes pertama.

Apa perasaan mangsa pecah rumah? Kami tidak menyalahkan takdir. Kami salahkan perompak. Kami rasa dicerobohi. Bayangkan diancam dalam bilik tidur, tempat paling private, untuk seorang manusia.

Dalam masa yang sama, kami bersyukor. It could be worse. Nasib baik kami tidur berbaju, walaupun malam itu malam Jumaat. Nasib baik tiada kecederaan fizikal. Macam-macam lagi nasib baik kerana perompak itu tergesa-gesa.

Sekarang aku dah pasang alarm. Harap tiada lagi kes rompakan yang membabitkan aku sebagai mangsa. Trauma masih ada. Kerisauan dan ketakutan.

Pernahkah anda menjadi mangsa jenayah?

Isnin, Januari 19, 2015

Anugerah Juara Lagu 29

1. Apa Khabar dari Sonaone dan Joe Flizoe lagu terbaik tahun ni. Aku tepuk dahi. Tak minat langsung. Aku lebih suka hip hop Warih, Altimet dan Malique. Malique dah bertaubat, dan buat lagu-lagu spiritual. Tak perlu kita seru dia kembali ke alam lagho.

2. Aku tak pernah suka Edry tapi bila dia bercatur ganti Azwira dengan vokalis buta jalanan, aku terus tabik sama dia. Lagu Romancinta oleh Mojo terus menang persembahan terbaik kerana bantuan persembahan pemuzik buta.

3. Amy Search, Zainal Abidin dan M Nasir are too old for the stage. Tak menyengat lagi.

4. TAPI, yang jadi bahan paling sedap libas adalah bah promo Qu Puteh sebagai penaja utama. Bila Suzuki taja piala AFF terus piala tu jadi Suzuki Cup. Sebelum tu Tiger Cup sebab tajaan Tiger beer. AJL29 ni boleh la kita panggil Piala Qu Puteh. 

Punyalah memualkan, setiap ada ruang selingan Qu Puteh mesti selit. Dari sudut pemasaran, ia berjaya buat orang ingat dia tapi orang ingat macam ingat tengkorak tepi jalan. Elakkan! 

Bertambah buruk lagi bila iklan-iklan Quputih ni nilai produksinya rendah. AJL nampak murahan bila ditaja dengan iklan produksi yang tidak nampak professional.

Kenapa kita jadi sebel? Kenapa kita rasa nak muntah?
a) Terlalu banyak Quputeh sangat. Air kalau banyak sangat jadi bah. Sama la kes Quputeh ni.
b) Model jelik. Aku tidak kaitkan model ni dengan keputihan tapi aku kaitkan dengan "gemuk bling-bling perasan menarik."

Kalau aku jadi owner Qu Puteh aku iklan berpada-pada. Laburkan duit untuk bayar production yang bagus untuk iklan tv tu. Dan tentunya, hire model yang lebih sedap dipandang mata.

Sebagai tanda protes dengan tagline Quputeh, "Barulah putih, Lebih cantik, lebih putih," aku akan sunbathing sampai rentung gelap. Sebab hitam itu menawan.

Khamis, Januari 15, 2015

LESEN DAN KAD PENGENALAN




Lesen aku mati, lantas aku ke pejabat pos untuk hidupkan. Pejabat pos perlu kad pengenalan untuk hidupkan lesen tetapi malangnya chip kad pengenalan aku rosak tak boleh digunakan. Kesimpulannya, lesen dan kad pengenalan aku sehidup semati adanya.

Aku pergi Jabatan Pendaftaran Negara, Kulaijaya untuk dapatkan kad pengenalan baharu. Suprisingly, urusan di JPN Kulaijaya cepat. Tak sampai 20 minit. Tak macam badan kerajaan langsung. Mungkin dengan kewujudan Urban Transformation Center yang banyak, urusan kerajaan bertambah cekap. Tahniah gomen!

Kerani JPN pun sopan. Dia minta maaf, "Maaf encik, gambar encik tak berapa jelas sebab kepala encik memantulkan cahaya lampu kamera." Mmmm. "Apa bodoh sangat, letak la lampu kamera itu pada sudut 45 darjah agar pantulan cahaya tak patah balik kepada kamera. Kalau letak tegak 90 darjah memang la gambar overexposed! " Aku jerit dalam hati. Ya, dalam hati je. Buat apa la aku nak marah kerani yang sopan santun ni. Lagi pun bukan bidang kuasa dia nak alih lampu kamera.

Apa pun, kena tunggu 14 hari sebelum aku boleh datang ambil kad pengenalan baharu. Sementara itu guna kad pengenalan sementara. 14 hari aku memandu tanpa lesen.

14 hari kemudian. Tadi aku ambil kad pengenalan baharu. Urusan lancar, tak sampai 15 minit. Tak sempat aku nak melukis suasana dalam JPN. 

Kemudian, aku pergi pejabat pos untuk buat lesen memandu. Benda seronok kau boleh main dengan kawan kau kat Pejabat Pos atau Pejabat Kerajaan adalah game, "cari perkataan." Pejabat-pejabat ini suka tampal notis kat dinding. Rekabentuk notis ini tak sekata. Ada font besar. Ada font kecik. Ada yang tulis tangan dengan marker juga. Kadang-kadang akak kerani tu DIY tambah design bunga-bunga. Untuk soalan pertama, cuba korang kira berapa banyak perkataan "sila" korang boleh cari.

Sampai giliran aku, aku tunjukan kad pengenalan baharu dengan alamat baharu dan gambar baharu yang penuh cahaya keimanan itu. Kerani pejabat pos tu pun proses. Aku dapat lesen baharu. Siap. Yang hairannya, di lesen aku tercetak alamat lama, Flat Bukit Chagar. Aduhai! Aku dah berzaman pindah. Sejak zaman Mahathir kot. Flat Bukit Chagar itu pun dah lama tak wujud sebab dirobohkan untuk bikin Kastam Imigresen JB Central.

Well, secara positifnya, kalau aku buat kesalahan trafik pihak berwajib buru aku kat Flat Bkt Chagar. Selamat.

Rabu, Januari 14, 2015

Hari Lahir Afimon

Semalam hari lahir Afimon. Dia kata, "Harijadi Afi berterusan selagi papa tak beli hadiah." Hari ni hari lahir Afimon lagi. Mungkin juga esok dan lusa.

Isnin, Januari 05, 2015

SENARAI CUTI BERANGKAI

Kita kena rancang cuti dan perjalanan kita. Berikut adalah senarai cuti berangkai 2015, sesuai sangat untuk beriadah. Namun begitu kalau tidak ada duit, tarikh-tarikh berikut sesuai untuk rancangan marathon tidur di rumah sahaja.

Ahad, Januari 04, 2015

Bulan

Bulan di dada langit
Aman
Anggun
Angkuh

Seperti riak ku bila kau pergi

Bayangan bulan di ombak laut
Gigil
Ganas
Gementar

Seperti jiwa ku bila kau pergi.

Isnin, Disember 29, 2014

MABUL

1. Semporna-Mabul-Sipadan. Sedikit hari dulu selalu masuk berita kerana kes penculikan. Walau hari-hari masuk berita, bagi aku rakyat Malaysia amnya masih tak faham geografi tiga lokasi ni. Bila aku kata aku ke Mabul, mereka balas, "Kat mana tu?" Sebenarnya aku sendiri pun terkeliru lokasi ini walaupun aku ada membaca mengenainya.

Lokasi tempat-tempat ini adalah di Barat Borneo. Lapangan terbang terdekat adalah Tawau. Dari Tawau ke Semporna, 1 jam memandu. Mabul dan Sipadan adalah pulau. Dari Semporna ke Mabul, 1 jam dengan bot. Dari Mabul ke Sipadan pula 45 minit. Di Sipadan tiada penduduk. Penyelam datang ke Sipadan tetapi tidak bermalam. Pulau-pulau ini terletak di laut Celebes. Mmm kau baru ni tahu ada laut nama Celebes kan? kan?



2. Aku pergi ke Mabul untuk melakar Rumah Bajau Laut. Sambil menyelam minum air, aku juga snorkling dan selam scuba. Di Mabul ada beberapa kategori manusia:

  • Pasukan Keselamatan (Tentera dan Polis)
  • Pengusaha Tempat Pelancongan
  • Suku Suluk/Tausug (Muslim)
  • Suku Bajau Laut 
  • Pelancong
3. Bajau laut ini terletak dalam bawah garis kemiskinan tegar kerana. Tetapi aku lihat mereka ini hidupnya ringkas. Rumah lebih kurang macam pondok jika ikut piawai orang darat. Hidupnya dari dasar laut dan barter dengan orang darat.  Seharian pergi ke laut. Anaknya pula mencari sejenis kepah bila air surut. Teringat kata seorang bijak pandai: Orang yang senang itu adalah orang yang cukup. Orang yang susah itu adalah orang yang tak cukup.

4. Di Mabul, aku tinggal di Scubajeff. Hos kami sangat mesra dan peramah. Rasa macam keluarga bila berada di sana.

Khamis, November 20, 2014

DI ATAS AWAN

2.
Aku sudah lama berminat mendaki gunung tetapi tiada kesempatan. Apa yang mencetuskan minat aku adalah satu foto pendakian di mana pendaki berdiri di puncak gunung memandang gumpalan awan di bawah mereka. Pendek kata, berdiri lebih tinggi dari awan itu mengujakan aku.

Orang yang simpan foto-foto begini biasanya pendaki gunung. Jadi aku pasang niat. Malangnya, tiada kawan-kawan rapat aku yang minat naik gunung. Atau berminat naik gunung lagi. Ramai yang sudah sangkut beg dan bersara umur 30. Dan tak mula pun lagi. Mungkin aku ini terlambat.

Aku selama ini sibuk main bola keranjang. Tidur bola keranjang. Makan bola keranjang. Pemain yang sebaya aku pun ramai yang dah bersara, aku masih bermain. Tetapi, lawan aku makin lama makin muda sebab nak main dengan orang tua dah tiada. Tapi kederat manusia ni sampai mana je la. Akhirnya lutut mula sakit-sakit. Tulang belakang mula sakit-sakit. Aku sudah tidak laju dan lincah seperti dahulu.

Aku rasa masuk hutan panjat gunung adalah sukan baharu untuk aku. Ianya slow and steady. Maka, aku kena cari set kawan baharu. Kawan yang naik gunung. Aku pun bertanya-tanya.

Isnin, November 03, 2014

PEWAI

1

Aku pertama kali dengar perkataan 'pewai' ketika aku bersembang dengan kaki gunung. Kaki gunung di sini bukanlah lokasi paling bawah untuk sebuah gunung tetapi merujuk kepada orang yang hobinya memanjat gunung.

Aku pun tidak pasti asal usul istilah 'pewai' ini yang biasa digunakan oleh kaki gunung ini datang dari mana. Aku amati dengan teliti konteks di mana perkataan pewai ini digunakan. Akhirnya aku rumuskan:

pewai = keletihan yang amat sangat

Dalam keadaan paling terlampau pewai, seseorang pendaki itu mengalami kekejangan otot, muntah-muntah dan patah semangat. Malah sering kali didengar ketika seseorang itu pewai dia akan buat kenyataan, "Ini last aku manjat gunung." Kemudian seseorang dalam kumpulan akan menyindir, "Dulu pun kau kata begitu." Dan, semua pun ketawa. Mereka akan berehat sebentar, kemudian teruskan lagi perjalanan.

Dari satu sudut, pewai itu adalah satu fenomena negatif tetapi jika engkau berfalsafah ianya satu keriangan. Aku akan perjelaskan lagi.

Memetik kata Rumi*, "Kau mestilah terus mematahkan hati mu sehingga ia terbuka." Jika sesuatu itu terlalu mudah maka ertinya dalam hidup engkau akan sangat kurang. Sesuatu yang membuat engkau pewai akan mematangkan dan mendewasakan engkau.

Maka, aku pilih tajuk PEWAI sebagai tajuk makalah ini.


*Rumi adalah penyajak sufi abad ke 13.


.....
Catatan Pembaca
huhu...tok, dila jarang borak dengan tok kan. kalau tak agaknya dah lama tok dengar perkataan tu dari mulut dila 4-8tahun yg dulu. pewai diambil daripada perkataan asal "piawai" atau had tertentu. Jadi kalau dah tak larat, kami akan sebut dh pewai. Budak2 askar slalu guna ;) - Buruj

Ahad, November 02, 2014

SAYANGKAN KEHIDUPAN

Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalani kehidupan.

1. Berkenaan Johor Sketchers, kami berjaya pergi beberapa tempat menarik. Kami ke Kampung Air Kukup, perlabuhan nelayan Pontian dan Kelong Kong-kong Laut. Juga kami ke Muar kerana jemputan NBB Galeri.

2. Muar is a nice place. Almost like Penang. It's a very old town with a lot of historical buildings. The food is great, especially Morning Sate and Mi Bandung.

3. Sementara itu, kenapa pemimpin Melayu tidak pernah laungkan slogan "Melayu Mesti Kerja Keras?" Kita selalu dipijuk dengan subsidi dan bantuan kerajaan kepada Melayu yang lemah. Ini semua untuk kepentingan politik. Random.

4. Galeri Qalam Sufi akan tutup kedai tapi perjuangan mereka akan berterusan. Mereka akan cari tempat baharu.

Selasa, September 30, 2014

MULU 28 Ogos - 1 Sept



28 Ogos aku ke Mulu. Bersama aku adalah Taufik dan Nizam dari Team Peninjau. Awek cun yang mengorat aku juga ikut sama.

1. Budak Air Asia yang jaga kaunter di KLIA2 ucap selamat hari jadi kepada aku.  Aku tersentak. Ada juga orang perasan angka pada passport itu. Aku sekarang sudah tua dan boleh mohon status warisan dunia dari UNESCO.

2. Pertama kali naik Mas Wings, pesawat kecil ATR 72-500. Tidak rasa gayat mana pun. Lain kali nak cuba Twin Otter 9M-MDL pula.

3. Mulu National Park banyak gua. Lawatan ke gua, tengok kelawar dan bentuk2 batu ni manja sangat. Perjalanan dalam hutan pun ada pelantar sebagai laluan. Tak mencabar langsung.

4. Tidur dalam hostel unisex, melawat kampung penan dan menyusur sungai Melinau dengan bot panjang juga tidak mencabar. Tidak mencabar tapi unik.

5. Bekalan elektrik terhad. Budak2 di sini tidak terdedah sangat kepada Bahasa Inggeris TV. Mereka pakai jenerator untuk masak.

6. Hiking dari Kuala Litut  ke Kem 5, base camp, juga 8 km yang rata. Boleh selesai 3 jam. Santai.

7. Cabaran bermula bila mendaki gunung Api untuk melihat Batu Pinnacles. Keyakinan aku merudum tapi aku gagahkan juga. Pendakiannya mendongak dan batu-batunya tajam. 2.4 km selesai dalam masa 3 jam. Syukur sampai juga.

8. Satu senarai dari bucketlist termakbul.

Rabu, September 17, 2014

HARGA PAMERAN BUKU


Aku dapat emel ini:

TUAN/PUAN
Sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada TUAN/PUAN bahawa pihak kami akan menganjurkan satu Ekspo yang akan dikenali sebagai EKSPO BUKU & PENDIDIKAN ISLAM JOHOR 2014 pada 16hb sehingga 19hb Oktober 2014 (Khamis – Ahad ) bertempat di Angsana Johor Bahru Mall, Johor.
.
.
.
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menawarkan penyertaan sebagai PEMPAMER kepada  pihak TUAN/PUAN. Maklumat mengenai EKSPO BUKU & PENDIDIKAN ISLAM JOHOR 2014 ini ada saya sertakan sepertimana di lampiran.

EKSPO BUKU & PENDIDIKAN ISLAM JOHOR 2014
JENIS DAN BILANGAN BOOTH
UKURAN BOOTH
HARGA SEUNIT
NO. BOOTH
SATU (1) SHELL SCHEME
10’ X 10’
RM 2,850.00
DUA (2) SHELL SCHEME
20' X 10'
RM 5,200.00
SATU (1) RUANG KOSONG
10' X 10'
RM 2,400.00

------------

JB Writers Readers Festival  bagi booth free kepada penerbit, bilik hotel untuk penulis dan wang saku untuk ahli-ahli panel bicara buku. MMm... itu sahaja yang aku nak cakap di sini.

Pasca JBWRF


SENARAI ANUGERAH JBWRF 2014
YWJ Citra - Best New Comer
Anai-Anai Studio - Persembahan Paling Provokatif
Stickybox - Busana Salesmen Terbaik
Dubook Press - Persembahan Paling Teknikal
Sang Freud & SeLut - Komedi Solo Terbaik
Rabak Lit - (Dua Anugerah) Kumpulan Disiplin dan Gerai Tercantik
Merpati Jingga - Gerai Paling Diversiti
Inziks - Gerai Paling Bising
Lejen Press - Salesgirls Paling Cun
Comicore - Gerai Interaksi Dengan Pelanggan Terbaik
Legasi Oak Heart - Produk-produk Paling Comel
Terfaktab - Rombongan Penerbit dan Penulis Paling Ramai
Pocket Press - Persembahan Bahasa Inggeris Terbaik
Zine Collector - Gerai Paling Ngelat (Cilok tidur kat bilik belakang)
FIXI - Best Sales (Tutup awal sebab stok habis katanya)
Saudagar Garam: Persembahan Muzikal Terbaik
Persatuan Penulis Johor - Terbaik Etnik Tradisional
Moque Press - Best Late Comer
Sindiket Sol-jah - Johan Keseluruhan: Persembahan Paling Riak dan Takbur (Tapi benar)!





...................

Ahad, September 07, 2014

JBWRF 2014

Sindiket Sol-jah dan JB Arts Festival mempersembahkan



Johor Bahru Writers and Readers Festival
Book Sales and Talks. Film Screening.
Time: 10 am - 10 pm
Date: 12-14 Sept 2014 (Fri - sat)
Location: BLACK BOX (Level 4M), DANGA CITY MALL, JB

What's on stage?
12 Sept 2014 (Friday)
10.00 Opening
11.00 -03.00 OPEN MIC
03.00 Book Talk A : Lejen Press
04.00 Book Talk B : Kartunis Indie dengan Comicore
05.00 Book Talk C : Borak Buku Bersama Anai-Anai
06.00 Book Talk D : Legasi Oakheart
07.00 Rehat
07:30 Open Mic
08.30 Akeem Acoustic
10.00 Rehat


13 Sept 2014 (Saturday)

10.00 -03.00 OPEN MIC
02.00 Book Talk: Terfaktab
03.00 Book Talk E : Rabak-Lit Riot Bersama Sefa
04.00 Book Talk F : Bikin Buku Bersama Abang Mut (Dubook Press)
05.00 Book Talk G : Semboyan Sindiket Sol-jah bersama Pelangi bin Awan
06.00 Book Talk H: Karkuma by Raja Azmi Raja Sulaiman. Censorship in books. Merpati Jingga
07.00 Rehat
07:30 Open Mic
08.30 Acoustic: Pank5
10.00 Rehat

14 Sept 2014 (Sunday)
10.00 -03.00 OPEN MIC
03.00 Book Talk I : Pocket Press
04.00 Book Talk J: Zines dan Anda oleh Inziks
05.00 Book Talk K: Terfaktab
06.00 Book Talk L : Stand Up Bersama Rayza Mukmin, Aloy Paradoks
07.00 Rehat 
07:30 Open Mic
08.30 Acoustic: Seakan Bintang 
10.00 Rehat


SENARAI GERAI
  1. Sindiket Sol-jah / Naga
  2. Anai-Anai Studio/ Zan
  3. Stickybox
  4. Dubook Press / Mut
  5. Sang Freud & SeLut / Aloy
  6. Rabak Lit / Sefa
  7. Merpati Jingga / Faisal Mustaffa
  8. Inziks / Kerusi Sepi
  9. Lejen Press/  Aisalinglung
  10. Comicore/ Napie
  11. Legasi Oak Heart/ Hafizul
  12. Terfaktab / Aqram
  13. Pocket Press
  14. Zine Collector / Normazni Ayub
  15. FIXI/ Nik Adam
  16. Moque Press/ Fikri
  17. YWJ Citra
  18. Persatuan Penulis Johor



SKETCHWALK
Downtown Johor Bahru
8am Fri - Sat
5-6/9/2014

SKETCHTALK with Buzz Walker
8.30 pm Fri.
JBPAC Tkt 5 Danga City Mall
5/9/2015 

MASKARA SHORTIES (SHORT FILM MARATHON)
8.30 pm Dataran Bandaraya
11/9/2014 (Khamis) (Ditangguhkan kerana hujan lebat, new date 15 Sept)
25/9/2014 (Khamis)


Cerita Malam Jumaat
8.30 pm Fri- Sat
Black Box Level 4M Danga City Mall


Junior Filmmaking Workshop
Untuk kanak2 7-15 tahun sahaja. Tempat terhad 20 sahaja.

8.00 am Sat
Black Box Level 4M  Danga City Mall
20/9/2014

 Stesen Seni Mural

8.00 am
Jln Bazar Karat
20/9/2014


Pertanyaan:

CALL JBartsFest.com

019 713 9900 / 019 716 9900




Dataran Bandaraya JB, Bawa tikar sendiri.



SENARAI FILEM

> Bumbung aku Lantai Orang by Dean Sham, 30 min
A unit at Flat Bukit Chagar has been broken into. This is the story of how the owner of the house resolves the issue. This film was shot on location a year before the flat was demolished.

> Jalan Pintas by Namron, 60 min
Looking for a job is tough. This film deals with the struggle of a young man trying to find a job in Kuala Lumpur.

> Ke Dasar Dewata by Faliq Sharif, 20 min
A writer went to Bali in order to finish her book. She was inspired by a relationship  she found there.

> Unlock by Atta Idrawani Azni, 10 min
This is a tale of a man trapped in space and time.

> Sangkut by Izz Punyoo, 05 min
Two strangers trapped in an elevator and they got to know each other.

> Dhoby Wallah by Mohd Izzul Iswat Mohd Azman, 17 min
This is a documentary of a dying trade of manual laundry business.

> Pemburu Buaya Darat.mpg by Tok Rimau, 10 min
A time traveller went back through time to do a research in love.

> Pemandu Pelencong Belantara.mov by Tok Rimau, 10 min
This is a film about a tour guide who brings a group of city slickers into a forest in Mersing.

> Pemandu Pelencong.m4v by Tok Rimau, 10 min
This in an adventure of a Japanese Family who visited Johor Bahru guided by a conman.

> Kiri.mov by Dean Sham, 15 min
A man was killed by his communist comrade. Now his daughter seeks revenge.





Isnin, Jun 02, 2014

QUIT

"Pak Long bawa 2 jenis rokok dlm saku, murah dan mahal."
"Kenapa?""Sebab ada orang tu tak quit smoking, cuma quit beli." Bisa. Bisa.

MULA2 CADBURY NAJIS, KEMUDIAN TAK NAJIS... MMM

"Life is like a box of chocolate. You jarang tahu mana satu ada babi," Pak Long.

Tapi semalam, anak dia balik dari UK bawa coklat. Sedap je Pak Long ratah. Pause. Ratah coklat. Bukan ratah anak. 

Aku tegur Pak Long, "Dah baca ingredients?"

"What you don't know won't hurt you."

Isnin, April 07, 2014

BINATANG

Afimon ditugaskan bawa lauk dari dapur ke dining hall.

Dia pun bawa lauk tu ke meja.

 Tiba-tiba, dia jerit, "Mama, dalam pinggan ni ada binatang!"

 Mak dia pun cemas, "Binatang apa?"

 Afi balas, "Ikan kering. Ikan kan binatang. ha ha ha ha."

 Budak ni dah pandai kenakan orang rupanya.

Khamis, Mac 13, 2014

Rabu, Mac 12, 2014

Introduction to Urban Sketching




Introduction to Urban Sketching Workshop. 
Time: 8 -12. 
Date: 17/3/14 
Venue: IMIC Danga. Bay. JB. 
Speakers: Tok Rimau and. Taib Aur, Johor Sketchers.


Selasa, Februari 18, 2014

BANNER MAULUD

Semalam ada budak minta tolong lukiskan banner untuk maulud Nabi. Aku pun buat. Ada guna juga skill menconteng runcit-runcit aku ni. 

Aku buat style Kufi.
Tapi. Tapi. Tapi. 

Budak yang minta buatkan tu kata budak kelas dia tak pandai melukis. Dia minta aku lukiskan biar menang pertandingan banner peringkat kelas-kelas. 

Berdosakah aku?

Ahad, Februari 16, 2014

PERARAKAN PENGANTIN SASAK



1. Pulau Lombok didiami oleh orang Sasak, majoritinya.

2. Semasa berada di Lombok kami terserempak dengan dua rombongan pengantin Sasak. Rombongan pertama menggunakan muzik kontemporari dan yang kedua guna muzik tradisional.

3. Saya rakam rombongan pertama, kelihatannya lebih meriah dengan orang2 muda menari di jalanan. Sayangnya memori kad kamera saya rosak. saya tidak boleh kongsi di sini.

4. Terserempak dengan rombongan kedua sewaktu pulang dari Tanjung Aan. Saya segera keluar dari van dan terus merakam.

5. Dua perkara yang bermain di kepala saya selepas merakam episod ini adalah:
a) Kenapa ada di kalangan mereka berkaki ayam?
b) Kenapa sebahagian dari mereka membawa pinggan kosong?

Untuk soalan a, saya tiada teori. Untuk soalan b, saya rasa mereka membawa buah tangan untuk disedekah kepada tuan umah. Pulang dari situ, pinggan itu sudah kosong. Teori sahaja. Saya tidak tahu benarnya.

6. Lucu juga melihat gadis2 memakai tumit tinggi untuk acara ini. Nampak sangat mereka jarang bertumit tinggi. Susah sekali pergerakannya.

Ahad, Januari 05, 2014

Raft Terbalik Di Sungai Kampar

Video clips dari GoPro dapat diselamatkan. Ini adalah clip yang paling saya suka. Sebelum clips lain dipotong, sambung dan disunting jadi satu, nikmatilah keseronokan rafting di jeram!

Khamis, Disember 19, 2013

GOPENG ADVENTURES 7-8 DIS 2014



1. Caving at Gua Tempurung. Jangan pergi waktu musim hujan. Kami tak dapat lalui pakej air. Pakej laluan air yang menariknya.


2. Tubing. Sangat seru bila hanyut dalam tube berbekal helmet dan life jacket. Tali rapia diikat pada badan dan pelampung agar pelampung tak hanyut jauh bila terbalik.

3. Jangan ambil mudah dengan air sungai walaupun dalamnya paras lutut. Kederasan air menghalang aku dari berdiri dengan stabil. Aku cuba berdiri tapi gagal, lantas dive tube. Dalam keadaan meniarap tulang kering sagat batu. Itu dia makan dia.

4. Waktu Tubing, salah seorang dari kami terputus tali pelampung dan dia bergayut pada dahan pokok. Tapi berjaya diselamatkan.


5. White Water Rafting juga seru. Berkayuh menuruni jeram. Terbalik sekali tanpa sengaja. Fun. Seorang instructor mat salleh bernama Dallas, terjun dengan kaki ayam untuk membebaskan raft dari sangkut di batu. Ibu jari kakinya patah. Terpaksa hantar ke hospital.


6. Naik lori 2 tan ke dari hostel ke lokasi caving, tubing dan rafting juga satu petualangan. Berdiri mengelak dahan2 pokok.

7. All in all, pengalaman yang seru. Mahu ulang lagi di sungai lain pula. Jika mahu adventures di Gopeng, google syarikat Radak Adventures.

8. Berita sedih: SDcard GoPro corrupted ketika memindahkan data ke laptop. Aku cuba recover data, dapat sikit je. Mov masih belum boleh dibaca. Aku hantar kedai di Danga City Mall dan dia caj RM50 kalau berjaya recover. Tunggu results ni.

Isnin, Disember 16, 2013

JOHOR SKETCHERS AT PETIT OUTDOOR



Johor Sketchers mengakhiri tahun 2013 dengan menyahut jemputan untuk melukis di Petit Climbing Gym. Perfect! Melukis dan memanjat dalam satu hari.

Banyak pencapaian dalam 6 bulan Johor Sketchers. Kami melukis 2-3 kali dalam sebulan. Dapat jemputan untuk melukis di lokasi sambil makan2. Pontian, Batu Pahat dan Plentong contohnya.

Kawan-kawa bertambah ramai. Ahli datang dan pergi tetapi yang regular ada 9-10 orang. Johor Sketchers membawa saya ke lokasi yang saya tidak pernah pergi. Bertemu dengan kawan-kawan baharu. Juga, melihat lokasi lama dengan sepasang mata baharu.

Akan Datang, 2014:
1. Sketchbook Show
2. Mural Painting
3. Sungai Melayu Sketch Sail

Rabu, November 13, 2013

RINJANI 20-26 DISEMBER

Tentatif Terkini Rundown Rinjani 2013
Jumaat 20 Dec 2013
- 8.30 malam - berkumpul di Taman Tun Aminah – 8.30 malam
- 9.30 mlm - menaiki bas ke LCCT
- 1.30 pagi – tiba di LCCT
- melepak di LCCT

Sabtu 21 Dec 2013
- 6.30 pagi – check in
- 8.35 pagi - berlepas ke Lombok
- 11.45 pagi – tiba di Lombok
- gerak ke sembalun ( 3 jam )
- bermalam di sembalun

Ahad 22 Dec 2013
- daftar di Kantor Taman Nasional Gunung Rinjani
- trekking ke pos 3 Padabalong ( 4-5jam )
- bergerak ke pos 4 Bukit Plawangan ( 4-5jam )
- berkhemah

Isnin 23 Dec 2013
- subuh gerak ke Puncak Rinjani
- gerak ke pos Segera Anak ( 4-5 jam )
- memancing
- mandi air panas
- berkhemah

Selasa 24 Dec 2013
- bergerak melalui Jalur Senaru
- mandi air terjun
- lepak di Gua Susu
- daftar keluar di Kantor Taman Nasional Gunung Rinjani
- bersihkan diri
- bergerak ke Mataram, Lombok ( 3 jam )
- check in hotel di Pantai Sengigi

Rabu 25 Dec 2013
- upacara rehat dan jalan jalan di Mataram, Lombok ( bebas )

Khamis 26 Dec 2013
- 9.00 pagi – check out hotel
- 10.00 pagi – check in
- 12.15 tgh hari – berlepas pulang
- 3.25 petang – tiba di Tanah Air Tercinta
- 8.30 mlm – menaiki bas pulang ke Johor Bahru


.........

Barang-Barang yang Perlu Dibawa Untuk Trekking
1- Rain Coat
2- Topi ( Sbb kat savannah matahari terik )
3- Baju Trekking sepasang
4- Spare 1 pasang baju trekking ( optional )
5- Baju tido
6- Baju sejuk
7- Stokin 3 pasang
8- Baju mandi
9- Tuala
10- Wipe Tisu
11- Headlamp
12-Sliper
13-Ubat-ubatan personal
14-snow cap
15- Windbreaker
16- Kasut trekking
17- botol air yg secukupnya
18- cekedis
19- bawa makanan sampingan ( optional )

20 - Lipgloss
21 - gloves
22 - Kain Pelikat
23 - Sunblock
24- Prepare GoPro + caj batt + SD card ready
25 - Print Flight Boarding Pass 

Khamis, November 07, 2013

SUNGAI PELEPAH BUKIT SISEK 4 NOVEMBER 2013



1. Team: All the mon-mons, Tini, Sarahmon, Sabrinamon dan Afimon. Ini adalah kali pertama satu keluarga dapat masuk hutan dengan kekuatan lengkap. Mamat (Guide), Mijer (Pengurus, Chef), Yan (Bisnes partner Mijer),  Mira, M Hey Summer, Biha Beeha.

2. Sengai Pelepah adalah sungai yang mengalir di Bukit Sisek. Sebelum ni aku fikir nak pergi Sungai Pelepah dulu, kemudian baru pergi Sisek. Rupanya tempat yang sama.

3. Ini adalah ekspedisi paling licin. Kasut khas hiking sungai atau kasut kayak paling sesuai. Menyusuri sungai akan membuat kerikil masuk dalam kasut. Aku pakai sandal hiking. Pun, kerikil masuk bawah bawah tapak kaki.

4. Alam semulajadi dengan 3 air terjun besar memuaskan. Pulak tu dapat mandi sungai. Terjun-terjun.

5. Dalam perjalanan pulang hujan turun. Kami risau akan kepala air. Agak tergesa-gesa keluar dari hutan.

6. Mijer menyediakan masakan BBQ ayam marinated dan kentang bakar. Ayam tu dah direbus untuk mengelakkan ia rosak tanpa peti ais. Oleh kerana hujan dan kayu basah, ambil 1 jam juga cuba hidupkan api. Ingatkan nak shototing "Mudahnya memasak bersama Mijer tapi jadinya Seksanya memasak bersama Mijer." Sementara tunggu ayam masak, aku buat sketching.

7. Boleh ulang Bkt Sisek kerana lokasinya cuma 1 jam dari rumah, Parking mudah. Seronok main air. Lepas ni siapa datang JB, aku tak bawa pergi tempat makan. Tapi aku bawa masuk hutan.

8. Dalam perjalanan balik, aku jadi sweeper. Orang paling akhir. Pastikan no one left behind. Tiba-tiba 2-3 orang yang di hadapan lari ke belakang. Dari jauh kelihatan kelibat haiwan. Mungkin babi. Mungkin anjing. Aku tak lari, aku ada kayu sedia nak hayun. Kalau aku lari apa jadi pada budak2? So aku siap. Anjing tu sebenarnya takut dengan kami juga, terus patah lari. Rasa macam hero sekejap sebab orang lari, aku tak lari.

BUKIT TABUR WEST 27 OKT 2013


1. Team: Bart (Guide), Sab, Lydia, Jasdy, Naga, Tini. Naga paling lemah kerana kali terakhir dia daki gunung 15 tahun dahulu. Pulak tu memakai kasut yang salah. Kasut dia licin. Pun begitu ahli-ahli sabar bagai menatang minyak yang penuh. Aku okay je, tunggu dia jalan perlahan. Aku rasa amat kuat bila ada orang amat lemah. Hi hi hi.

2. Tabur adalah pendakian paling mudah perjalanan ke kaki bukit. Ia terletak di pingir bandar. Melawati Selangor. Pun begitu, ianya paling menakutkan kerana muka buminya terdiri dari batu kuarza peroi dan tebing yang tinggi.

3. Paling rewarding adalah meniti rabung bukit ini dan pemandangan ke arah empangan Klang. KIta nampak beza sebelah rabung bandar dan sebelah lagi, sekitar hutan dan air.

4. Parking selepas jam 7.30am sangat susah.

5. Kami ambil masa 5 jam untuk ekspedisi ini. Orang biasa buat 3 jam je.

6. Habis mendaki kami pekena cendol bakar di MRR2 menuju ke Gombak.

7. Inilah padah lambat menulis. Butiran2 penting luput dari hati dan minda.

TEMUBUAL UTK SATU PORTAL WEB


Tujuan portal ini dibina hanyalah bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai apakah perkakasan/perisian yang digunakan oleh anda!

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Hi, saya Tok Rimau. Saya gemar bikin video kembara ke dalam hutan. Tujuan utama video itu adalah memberi gambaran bentuk muka bumi, flora dan fauna lokasi kepada peneroka dan pendaki lain yang belum pernah ke sana.

Ini url playlist video kembara saya: 
http://www.youtube.com/playlist?list=PLSLO-Dk_DopyaG9PBRZXFI2Ne7FP_f4J3

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Dalam pendakian pertama saya, saya rakam video guna iPhone sahaja. Saya dapati hasilnya kurang memuaskan bila muat naik ke Youtube. Kemudian, saya guna kamera GoPro 3 Black Edition HD yang dilekat kepada tongkat kayu atau tongkat pendaki. Kadang-kadang saya pegang dengan tangan sahaja. Ini semua bergantung kepada permukaan pendakian. Contohnya: Dalam keadaan kedua-dua tangan diperlukan untuk menyokong pendakian, kamera perlu dilekatkan di badan

Saya guna GoPro kerana ianya kecil, lasak dan kualiti HDnya sangat memuaskan. Saiznya memudahkan pendakian. Lebih teruja, kerana ia boleh juga shoot dalam air.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya mula menyunting dengan iMovie di iPad, tetapi sekarang saya mula menyunting dalam laptop dengan GoPro Cine Studio yang boleh dimuat turun percuma dari laman rasmi GoPro. Saya capture dalam resolusi tertinggi tetapi export dalam resolusi sesuai untuk youtube. Semua video-video itu ada dalam youtube. Boleh nampak proses pembelajaran saya dalam penggunaan kamera dan suntingan dengan melihat video-video itu.  

4.  Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Saya mengharapkan assesori tambahan untuk GoPro seperti microphone untuk saya capture audio dengan baik. Saya juga mahu lampu tambahan agar saya boleh shoot kembara malam dalam hutan. Dan juga sebuah helikopter drone untuk shooting dari udara. Banyak permintaan saya. :-)

Apa yang penting pekakasan ini perlu ringan dan mudah dibawa.

Untuk pasca-produksi, saya mahu satu komputer MacBookPro dengan perisian penyuntingan FinalCut pro dan After Effect.

Dengan semua ini, video saya akan lebih baik.

84 ULU KASAR

8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...