Isnin, Mei 31, 2010

LAPORAN LALU LINTAS

Johor Bahru. Awas dengan persimpangan Bandar Baru Uda - Danga Bay. Kat situ sekarang ada projek naik taraf bikin jabatan bengkok. Ada lencongan. Justeru, jalan dari arah Tampoi ke Johor Bahru memang sesak tengkuk botol tidak ingat. Maklum la 3 lane jadi 1 lane. Bau dari kilang biskut Danone kat BBU pun tidak boleh sejukkan hati yang marah tersangkut kat sesak ni. Kalau hujan dan pantai Lido air pasang, kesesakan bertambah teruk sebab banjir kilat cecah dua kaki dalam. Divider plastik pun boleh hanyut. Jalan yang 1 lane tadi bertukar ke setengah lane. Parah.

Gua memang ada simpan jet ski dalam bonet. Tidak la risau sangat.

Khamis, Mei 27, 2010

JUJUR

Q: Apa erti jujur?
A: Jujur itu adalah bila mulut, hati dan amalan adalah selari.

Khamis, Mei 20, 2010

LESEN JUDI KELAS F.

Gua jumpa Dukun Pendek untuk tikam Brazil menang World Cup tapi dukun kata, "Mana boleh, Brazil sudah register. Kita lihat siapa yang kena."

Flash back.

Biarkan seorang menteri bukan Islam buat kenyataan. Menteri-menteri Islam kemam mulut dan cuci tangan.

Dalam pada itu, beliau (Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung) berkata, kajian yang dibuat kerajaan mendapati negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Australia turut bersetuju supaya pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan secara terbuka agar kegiatan perjudian haram tidak bermaharajalela.

"Cukai yang dikutip daripada pertaruhan itu boleh digunakan untuk membangunkan bidang sukan tertentu di negara ini malah digunakan untuk kerja-kerja amal yang bersesuaian," jelasnya. (ARKIB Utusan Malaysia: 13/05/2010. Lesen pertaruhan Piala Dunia diluluskan)

Banyak dah bantahan dibuat. Semuanya masuk telinga yang tuli. Ada takde, kita buat jenaka menyindir je mampu kat status Facebook. Ustaz-ustaz yang power dalam gomen pun belum mahu berkata apa-apa. Sedang cari jalan paling hikmah la tu. Kita jangan fikir buruk-buruk untuk mereka.

Nampaknya kita akan jadi negara maju seperti Singapura, Hong Kong dan Australia sebelum 2020. Syabas! Duit haram kelak boleh guna untuk beli banyak 100 Plus untuk atlit MSSM. Tak gitu?

Juga, lebih peluang pekerjaan kepada bomoh dan penilik. Sekarang mereka boleh meramal keputusan bola pula. Jin-jin yang bertugas akan kepeningan, mana mahu cekau keputusan World Cup? Internet? Sokernet? Connection dengan Jin Afrika? Entahlah.

Dalam perkembangan lain, mungkin ada cadangan ke arah meluluskan laga ayam juga. Rujuk gejala-gejala dibawah:


Akhir kata, Hasbullah Awang tak kata, akhir yang kata- Majulah Judi Untuk Negara.

Rabu, Mei 19, 2010

PEMANDU PELENCONG - Behind The Scenes



Coming Soon
Aug 7, 2010
Maskara Shorties
Rumah Pena, Kuala Lumpur

Selasa, Mei 18, 2010

MASKARA SHORTIES AUG 7, 2010

Gambar Hiasan

Maskara Shorties is an outdoor film festival screening short films made by seasoned and fresh filmmakers. It is not a competition as we want to encourage limitless creativity among filmmakers.

Maskara Shorties 2009
Maskara Shorties 2008

Coming soon:
MASKARA SHORTIES AUG 7, 2010. Rumah Pena, Kuala Lumpur


Submission Requirements:
1. Films must have been submitted before July. 14, 2010
2. All non-Malay/English films must have Malay/English sub-titles.
3. Films must be submitted on DVD.
4. DVD should be labeled with the title, running-time and contact email and phone number.
5. You MUST email us stills or press kits. a) Filmmaker Biodata + photo b) Film Title c) Poster e) Set Photos f) Et Cetera
6. Sol-jah reserves the rights to use DVD and press materials from the film for promotional purposes.
7. Sol-jah is permitted to retain DVD copies of each film selected as part of our festival library and for media educational use.
8. You are encouraged to upload a trailer or clip of your film on youtube.
9. You may submit more than one film, but each one must be on a separate DVD.
10. If you would like to make sure that we received your submission, please enclose a self-address, stamped postcard which we will send back to you as your confirmation.
11. No fee for submission.
12. There won't be any winners and losers as Maskara Shorties is not a competition.
13. The running time of your film MUST be 10 minutes or less.

Deadlines:
Films must be postmark by the following deadline:
• Deadline – July 14, 2010
• Maskara Shorties – August 7, 2010. 8pm. Rumah Pena, Kuala Lumpur.


Selection:
1. Film selection for the Festival will be made by the Festival Committee.
2. We dictate no specific themes. Be creative.
3. We cannot be held liable for DVD which may be lost or damaged.

Send Materials To:
Dean Sham
44-1 Jalan 8/23E Taman Danau Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Setapak Kuala Lumpur

tel: 4143 6180
017-3043907

e-mail: deansham@gmail(dot)com

Sabtu, Mei 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Cikgu Nurul mengeliat menghilangkan penatnya menanda latihan murid yang menimbun. Kemudian, dia mencucuh api pada hujung rokok lalu menghela asap sepenuh dada. Perlahan-lahan asap itu dilepaskan naik ke siling ruang tamu.

Tiba-tiba dia teringatkan kotak penuh hadiah dari anak muridnya sempena hari guru siang tadi. Kebanyakannya disampul rapi dengan kertas bercorak cantik tetapi di dalamnya adalah barangan-barangan dari kedai RM2.

Bungkusan yang paling menarik minatnya adalah bungkusan warna merah dan hijau yang dipenuhi dengan motif hari natal. Budak-budak ni, langsung tidak pandai memilih kertas bungkusan yang sesuai.

Bila dibuka, Cikgu Nurul mendapati di dalam bungkusan itu adalah pasu tembikar mini buatan China sejengkal tinggi. Cikgu Nurul pun meletak pasu mini itu di atas meja bersebelahan dengan timbunan buku rampaian yang perlu ditanda.

Sesuai benar pasu itu dijadikan bekas habuk rokoknya. 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Teaching Outside the Box: How to Grab Your Students By Their Brains 
Teacher Appreciation Day (Picture Puffin Books) 

Khamis, Mei 13, 2010

CALLER SINAR FM

Hari Polis, polis naik gaji.
Hari Tentera, tentera naik gaji.

Hari Guru, guru kena bersih sekolah.

Selasa, Mei 11, 2010

KAMPUNG CETEK


 
PEMENTASAN TEATER MONOLOG ‘KAMPUNG CETEK’
Anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS),
Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru
dan Persatuan Kesenian Mahligai Pasir Gudang
• 21 Mei 2010 (Jumaat) : 8 malam.
• 22 Mei 2010 (Sabtu): 2.30 petang dan 8 malam.
Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor.
MASUK PERCUMA - SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut: RAR

MUSIM BADMINTON

Bandingkan pengcahayaan gelanggang dua kejohanan badminton di bawah. Sebagai penonton televisyen, aku lebih suka kejohanan Badminton Asia di India 2010 berbanding  dengan kejohanan lain.

Cahaya ke atas penonton tidak diperlukan kerana terlalu mengganggu mata, lebih-lebih lagi jika kerusi-kerusi cuma dipenuhi oleh penonton halimunan.


Kejohanan Badminton Asia di India 2010. Foto Reuters

Kejohanan lain. Foto: Hot-screensavers.com


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Skills, Drills and Strategies for Badminton (The Teach, Coach, Play Series)
Badminton Handbook: Training - Tactics - Competition

Ahad, Mei 02, 2010

SAWAN NILAM DEWANI

Gua tahu banyak duit habis bikin pementasan bangsawan. Bukan duit sahaja, masa dan tenaga juga habis. Beriya-iya benar kerajaan negeri menaja agar rakyat jelata tahu seni budaya yang semakin hilang ditelan zaman. Gua teringin nak tengok rupa bangsawan, lantas gua dail mesin masa gua ke masa hadapan:

Tajuk: Nilam Dewani
Genre: Bangsawan
Lokasi: Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tarikh: 7 Mei 2010
Sinopsis: Puspa Kencana Pura di bawah pemerintahan Raja Gemala Dewa dan permaisurinya, Ratna Seri Kesuma. Mereka mempunyai seorang puteri rupawan bernama Puteri Seri Nilam Dewani. Raja Demaga yang memerintah Mendam Pura dan terkenal dengan sikap bongkak telah menghantar utusan untuk memperisterikan Puteri Seri Nilam Dewani. Namun, Raja Gemala Dewa telah menukarkan anakandanya menjadi nyiur gading dan dihantar ke bumi sebagai helah untuk menghalang perkahwinan tersebut.

Warning: Spoiler ahead.

Oleh kerana gua pembayar cukai dan duit gua digunakan untuk menjayakan pementasan, gua berhak buat ulasan. Gua bagi hukuman, Nilam Dewani 2 bintang dari 5 bintang. Rungutan utama gua:
  1. Watak Entah Dari Mana: Ketika protagonis terdesak mencari jalan mahu menumpaskan Raja Kayangan, datang seorang pendita memberi senjata rahsia. Gua tahu la bangsawan ini tahyul campur fantasi tetapi sawan la jika mengeluarkan satu watak baru 3 suku cerita dengan tiba-tiba dan kemudian watak itu hilang tanpa penjelasan.
  2. Selingan Yang Tak Ikut Tema: Satu babak ke satu babak dipisahkan dengan nyanyian dan tarian. Apa yang gua musykil adalah selingan itu tiada kena mengena dengan naratif Nilam Dewani. Tarian zapin kreatif dan pop yeh yeh itu gua maafkan lagi tetapi bila dah masuk lagu Hindi dan The Beatles gua jadi sawan. Production design fail.
  3. Prop yang dibincang tapi langsung tak guna: Raja bagi satu senjata kepada puteri untuk melindungi dia sepanjang dia jadi kelapa. Then, that's it. Tiada khabar berita lagi tentang senjata tu. Langsung tak diguna dan disebut lagi selepas itu
Takkan langsung tiada yang bagus kata lu. Ada. Gua suka benda ni:
  1. Raja jin yang jahat ala Gollum dari Lord of The Ring. Kalau tak kerana watak raja jin ini, dah lama budak-budak asrama berbaju batik yang dipaksa hadir tu angkat kaki. Syabas!
  2. Kesan khas puteri bertukar menjadi pokok kelapa gading. Kagum juga gua bila kena tipu. Canggih kelapa tu tumbuh dari asap. Gua suka.
  3. Queen Kayangan yang king size. Memang kena pada wataknya.
  4. Pemuzik iringan. Memang mantap grup ni. 
  5. Busana kayangan warna warni retro fantasi dengan bahu terjongket dan ketiak bersayap. Memang out of this world.

Lu mesti kata, jangan pandai komen je, bagi la penyelesaian atau cadangan. Okay gua bagi cadangan.
  1. Buang watak pendeta berbaju cermin bulat dari sharperner pensil. Biar pawang hijau raja je yang bagi senjata daun kepada putera raja kurus.
  2. Ganti selingan muzikal dengan comic relief. Biar pengawal, inang dan menteri raja bergilir jadi pak lawak ketika selingan.
  3. Jangan libatkan nama Johor. Gua malu.
  4. Tukar bangsawan ni kepada genre sci-fi. Baru tak tahyul ngarut teater ni. Makhluk kayangan jadi makhluk planet asing. Sakti-sakti  tu tukar jadi laser dan gajet. Puteri jadi transformer jadi motorsikal.
Okay. Itu sahaja. Gua nak ke zaman persekolahan gua dan buat semula peperiksaan penilaian darjah 5.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bangsawan: A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera (South-East Asian Social Science Monographs) 
Hikajat Indera Bangsawan: Salinan kitab jang tersimpan di Bataviaasch Genootschap (Serie) 

Khamis, April 29, 2010

ADA APA DENGAN NAMA



Nasib Wan Iqbal berubah semenjak Wan Amir meninggal dunia. Siapa sangka, Wan Amir telah menamakan dia sebagai pewaris tunggal hartanya yang bernilai hampir 100 juta ringgit. Sekelip mata, Wan Iqbal menjadi jutawan.

Kini Wan Iqbal memiliki dua buah rumah agam. Satu diberi nama Villa Mega dan satu lagi Teratak Bidadari. Di Teratak Bidadari dia membela dua ekor kuda lumba Arab, seekor diberi nama Killjoy dan seekor lagi Pure Pistol. Petang-petang, setelah penat berenang di kolam renang saiz olimpik, Wan Iqbal akan menunggang Killjoy keliling estet tebunya.

Kebelakangan ini, selalu orang kampung yang ke bandar nampak Bento di hadapan restoran De Jiringa. Wan Iqbal tidak makan di warung lagi. Langsung tidak kena jika Bento, nama manja kereta Bentley Mulsanne yang juga diwarisi dari Wan Iqbal dari Wan Amir, parkir depan warung roti canai Nik Seman. Tetapi buat masa ini yang memandu Bento adalah Pak Jali. Wan Iqbal belum ada lesen.

Turut diwarisi adalah Hubris dan Semjaza tetapi Wan Iqbal tidak suka dengan nama mereka lalu di tukar kepada Toto dan Joni. Baru bunyi moden sikit. Kedua-dua toyol itu di ajar makan burger dan kentang goreng. Mereka nampak kurang gembira dengan diet baru itu tetapi Wan Iqbal yakin iklan-iklan di TV akan memujuk mereka tentang betapa sedapnya makanan itu.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The "Supernatural" Book of Monsters, Spirits, Demons, and Ghouls 
If the Devil Had a Wife: A True Texas Tale 

Selasa, April 27, 2010

SEJARAH MASA HADAPAN

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Mesin masa memang makan tenaga elektrik yang banyak. Sebaik sahaja kamu sampai ke satu tempat, bersegeralah caj semula mesin masa kamu untuk perjalanan seterusnya.


Jika kamu ke masa lampau, mungkin ada sedikit masalah kerana bekalan elektrik terhad atau tiada langsung. Maka, bawalah punca bekalan tenaga secukupnya. Bateri misalnya.

Saya lebih suka ke masa hadapan kerana bekalan elektrik mudah didapati. Tiada persediaan awal yang membebankan. Tetapi, jangan buat silap penalaan seperti saya.

Saya berada di masa hadapan yang gelap. Bukan sahaja di sini tiada punca elektrik, langsung tidak ada apa-apa wujud pun di sini. Sesiapa yang jumpa mayat saya, sila bawa pulang ke 20.10.2010 untuk disemadikan di kubur Mahmoodiah, Johor Bahru. Lagi pun itu tarikh yang baik untuk mati.


Pengembara Masa,
(tandatangan)
Tarikh: 31 April 2020



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Best Time Travel Stories of the 20th Century: Stories by Arthur C. Clarke, Jack Finney, Joe Haldeman, Ursula K. Le Guin, 
Traveler: A Science Fiction Novel of Time Travel 

AWANG

 Tuan-tuan yang dihormati sekalian.


Patik Awang. Nama patik pendek sahaja. Patik tidak dibenarkan menggunakan nama ibu bapa patik. Itu perintah Sultan.

Berdirinya patik di hadapan kalian semua, bukanlah sebagai pendekar, panglima atau menteri perang. Wakil Sultan pun bukan. Sebenarnya, patik adalah seorang banduan yang sudah 8 tahun dipenjara.

Patik dipenjara kerana membunuh ibu bapa patik. Patik dipenjara kerana membunuh adik beradik patik. Patik juga membunuh jiran-jiran patik. Patik juga membunuh orang yang patik tidak kenali ketika mereka sedang membeli belah di pasar. Patik tidak mengira, tetapi mengikut kata hakim patik telah membunuh 153 orang dalam satu hari. Dan mencederakan 30 yang lain.

Hakim mendapati patik seorang yang baran, kepala angin dan cenderung untuk mengamuk. Ini semua diluar kawalan patik, maka sebaiknya patik dipenjara bagi mengelakkan ramai orang mati.

Sepatutnya hukuman patik adalah sepanjang hayat. Tetapi hari ini, hari di mana raja kalian mengisytiharkan perang ke atas negeri patik, Sultan telah mengarahkan agar patik dibebaskan. Patik diberi persalinan lengkap dan dititahkan untuk berdiri di depan pintu kota ini dan menunggu kalian datang.

Selamat datang patik ucapkan kepada kalian. Boleh kita mula sekarang?

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Of Bersekers, Swords and Vampires: A Saberhagen Retrospective (Berserkers) 

Isnin, April 26, 2010

RAHSIA KAPTEN MALAM


Pagi ini Syafizan membuat kerja di makmal sambil bersiul-siul gembira. Sedang Syafizan mengelap balang berisi spesimen obor-obor berbisa, dia terdengar pintu makmal toksik dihempas. Syafizan menoleh ke arah pintu. Pakciknya, Dr. Azalan, melangkah masuk sambil menjinjing beg kotak aluminium. Dr. Azalan lewat 45 minit pagi ini.

Dr. Azalan berhenti di depan pintu. Dia menoleh ke arah Syafizan.

"Syafizan, mari sini."
"Baik Doktor."

Kalau ditempat kerja, memang Syafizan panggil Dr. Azalan sebagai doktor. Tidak professionallah kalau dia  memanggil bosnya Pak Long.

Syafizan duduk mengadap Dr. Azalan di meja. Dr. Azalan macam tidak bermaya. Mata putihnya kelihatan merah dan kulit sekeliling mata itu jelas lebam. Bibirnya pula kering dan pecah. Sah, malam tadi bukan malam biasa bagi Dr. Azalan. Suaranya lemah. Lemah sangat.

"Saya anggap awak macam anak saya sendiri. Awaklah orang yang paling saya percayai."
"Saya pun anggap Doktor macam ayah saya sendiri. Banyak saya terhutang budi dengan Doktor."
"Saya ada rahsia mahu beritahu kepada awak."
"Ya, Doktor?"
"Saya adalah sang adiwira, Kapten Malam."
"Biar betul ni. Jangan gurau camtu dengan saya Doktor."

Muka Dr. Azalan terus serius. Tiada tanda-tanda dia sedang bergurau. Dari lubang hidungnya darah mula mengalir. Percakapan mula bertambah perlahan.

"Syafizan. Saya ada rahsia lagi mahu beritahu awak. Saya akan mati bila-bila masa sahaja. Saya telah disuntik dengan racun TOX-24."
"Apa yang doktor kata ni?"
"Malam tadi saya bertempur dengan Ninja Kobra, saintis gila bertopeng yang membuat eksperimen secara rawak ke atas orang-orang awam yang ditemuinya."
"Astaga! Doktor tiada penawar untuk TOX-24?"
"Saya cuma ada rumusannya tetapi penawarnya belum siap lagi. Saya akan mati Syafizan."
"Tapi..."
"Awak tidak perlu cakap apa lagi. Dengar sahaja. Dalam beg ini ada kostum Kapten Malam. Saya wariskan kepada awak. Awaklah harapan kepada kesinambungan perjuangan Kapten Ma..."

Dr. Azalan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia mati dalam keadaan duduk dengan kepalanya terbaring atas beg aluminium berisi kostum Kapten Malam. Darah keluar dari hidungnya, mulutnya, matanya dan liang-liang kecil lain di tubuhnya. Itulah penangan bisa TOX-24.  Syafizan duduk terpegun. Perlahan-lahan airmatanya berlinangan. Mentor yang dia sayang telah pergi.

Sebagai Ninja Kobra, Syafizan pernah beberapa kali bertempur dengan Kapten Malam. Selalunya dia kalah dan melarikan diri kerana Kapten Malam adalah pakar dalam ilmu pertahanan diri. Malam tadi, Kapten Malam terpijak tompokan minyak lantas tergelincir. Kesempatan itu digunakan untuk mencucuk Kapten Malam dengan TOX-24. Syafizan langsung tidak menyangka bahawa musuh ketatnya adalah Dr. Azalan, Pak Longnya sendiri. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


......
P.S.
Tiada kena mengena dengan Kick-Ass (2010). Aku lebih terinspirasi dengan Unbreakable (2000) dan Watchmen (2009).



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Psychology of Superheroes: An Unauthorized Exploration (Psychology of Popular Culture series) 
Superheroes and Philosophy: Truth, Justice, and the Socratic Way (Popular Culture and Philosophy) 

Jumaat, April 23, 2010

JESSICA MENGGODA

Harris kenal Elmaniq sebagai seorang mamak yang rajin berniaga. Entah macam mana, suatu hari, Yahoo Messenger Elmaniq kena godam. Kini Elmaniq mengaku dirinya sebagai Jessica seorang penggoda.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Last Song
Eclipse (The Twilight Saga)

Khamis, April 22, 2010

PRESTASI FILEM MALAYSIA 2009



Gua buat kira-kira prestasi filem Malaysia 2009:

RM PRESTASI FILEM
4.00 juta Paling Kos Tinggi Bikin: Geng  
0.15 juta Paling Kos Rendah Bikin: Pulau Asmara
6.20 juta Paling Kutipan Tinggi: Geng
0.03 juta Paling Kutipan Rendah: Jomlah C.I.U.M 
-02.76 juta Paling Rugi Sell Out
4.37 juta Paling Untung: Jgn Pandang Belakang Congkak



62 pawagam   Paling banyak masuk pawagam: Senario The Movie (Beach Boys)
17 pawagam Paling Sikit masuk pawagam: Muallaf                                          
10 Cerita   Genre paling banyak dibikin Komedi
   
Dari 28 filem, gua cuma tonton 10. 
Paling gua suka dari 10 ni, Geng dan paling gua tak suka, Sifu dan Tongga.


Kira-kira ini berdasarkan statistik dari laman Finas: 

TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2009

Filem Kos/ Juta Kutipan/Juta Untung
Sell Out? 2.92 0.16 -2.76
Lembing Awang Pulang Ke Dayang 1.88 0.09 -1.79
Sayang 1.86 0.37 -1.49
Muallaf 1.30 0.19 -1.11
Talentime 1.30 0.42 -0.88
My Spy 2.00 1.19 -0.81
Duhai Si Pari-pari 1.30 0.58 -0.72
Rasukan Ablasa 1.50 0.82 -0.68
Setem 1.90 1.27 -0.63
Jin Hutan 0.63 0.23 -0.40
*JOMLAH C.I.U.M 0.20 0.03 -0.17
Pulau Asmara 0.15 0.04 -0.11
Jalang 0.68 0.67 -0.01
Maut 1.50 1.60 0.10
Momok The Movie 1.90 2.09 0.19
Skrip 7709 1.27 1.91 0.64
Syurga Cinta 1.50 2.38 0.88
Pisau Cukur 1.40 2.32 0.92
Sifu & Tongga 1.60 2.57 0.97
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys 1.70 3.09 1.39
Jin Notti 0.48 2.04 1.56
Jangan Tegur 1.72 3.42 1.70
Santau 1.72 3.48 1.76
Pappadom 1.44 3.37 1.93
Geng (Animasi 3D) 4.00 6.20 2.20
Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam 1.50 4.14 2.64
Jangan Pandang Belakang Congkak 1.72 6.09 4.37


*Tidak melalui Syarat Wajib Tayang

P.S.
Kalau ada yang nak audit, silakan. Gua add math gagal masa SPM.

Lawatan sambil belajar:
Avatar (Two-Disc Blu-ray/DVD Combo) [Blu-ray]
The Blind Side


84 ULU KASAR

8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...