Khamis, April 28, 2011

BAHASA INI HANYA PINJAMAN

Bahawasanya bahasa itu sifatnya tidak kekal. Bahasa Melayu lama dengan Bahasa Melayu sekarang berbeza. Setiap patah perkataan itu macam melalui proses undian populariti. Yang mana orang suka pakai, itulah yang lama bertapak.

Sebenarnya, gua agak tidak gemar perkataan Inggeris yang diMelayukan oleh DBP. Contohnya:- revolusi, transformasi, kontroversi, promosi, induksi. Apa ni si si si? Tak ada jiwa.

Gua lebih suka  perkataan Inggeris yang diMelayukan oleh akar umbi. Contoh:- kusyen, gostan, prewel, prebet, drebar, soljah.

Pada zaman media sosial ini, orang suka guna bahasa Inggeris dengan ejaan Melayu. Gua rasa perkataan-perkataan ini bakal ngetop.

Ramalan 10 Frasa/Perkataan Ngetop:
  1. sori 
  2. kiut 
  3. suwit
  4. gudnait
  5. aimisyu
  6. ailabiu
  7. miskol
  8. omaigod
  9. brokenhatet
  10. maderfaker

Isnin, April 25, 2011

LOVE LANGUAGE

Sweet tetapi gua takkan buat video begini. Gua orang gasar.

Jumaat, April 22, 2011

MASA SEKOLAH RENDAH, DALAM RUANG CITA-CITA, AKU TULIS KARTUNIS.

Kecoh pasal telur ayam palsu

Bila cek, telur tu telur betul tapi defect
"Nasi Lemak should be ban from school canteen," - minister.

Rabu, April 20, 2011

SOFA SO GOOD

PENGUIN

Tiba-tiba gua terasa nak membela penguin dalam reban terbuka. Ada pasaran tak untuk daging atau telur penguin?

E-MEL 1MALAYSIA

Gua masih lagi bengang dengan cadangan bangang Emel 1 Malaysia.  Gua tengok klip PM baca teks ucapan yang disediakan untuknya dalam berita TV.  Penuh mambo jambo jargon tekno. Tapi masih lagi tidak dapat disembunyikan projek ini projek bangang.

Gua bukan keseorangan dalam bengang, ramai lagi orang bengang hingga #1malaysiaemail jadi ngetop topic trending tempatan.

Gua harap PM berani buat pembatalan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut The Star Apr 20, 2011:
Datuk Seri Najib Tun Razak, who announced this yesterday, said the 1MY E-mail initiative would allow “direct and secure” communication between citizens and the Government while enhancing the delivery of government services to consumers and businesses alike.

Menurut Berita Harian Apr 20, 2011:
INFO: E-mel 1 Malaysia
Dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar.
Dimiliki sepenuhnya oleh Tricubes menerusi bidaan terbuka Unit Perancangan Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU).
Menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan.
Dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan.

Menurut Malaysia Kini Apr 19, 2011:
Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut KLSE.Info. Saham Tricubes melonjak selepas pengumuman.
Click to enlarge
Soalan Kefahaman Ramalan Kertas Ekonomi STPM 2011
Adakah pengalaman 12 tahun dalam kad pintar dan biometrik bermakna Tricubes akan menjamin pengedalian e-mel?

  1. Apakah pengalaman Tricubes dalam bidang e-mel?
  2. Adakah selama ini kerajaan tiada saluran "direct and secure" komunikasi dengan rakyat?
  3. Adakah rakyat ada melaungkan keperluan mendesak untuk emel peribadi dengan jenama 1Malaysia?
  4. Apa jadi dengan projek 1 Bayi 1 Emel yang dilaungkan dalam inisiatif K-Perak pada tahun 2005?
  5. Kenapa e-mel satu rakyat ini tidak diminta pandangan rakyat sebelum bikin?
Tambahan:

The Star 20 April dipetik,
Datuk Seri Najib Tun Razak tweeted early Wednesday morning that public funds were not involved in the project, which involves a RM50mil investment.
“Before I sleep , let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved n entirely voluntary,” he said in his tweet.
 Tetapi, kenapa PM tak tekan hal ini masa mula-mula umum semalam? Mmmm... Ini damage control statement.  Kan?

    Selasa, April 19, 2011

    Official email account for each Malaysian adult

    Petikan The Star Online

    Rakyat tidak perlukan e-mel 1Malaysia. Kita sudah ada banyak emel percuma yang stabil dan boleh diharap dari Gmail, Yahoo Mail dan MSN.

    Kalau mahu bagi rakyat maklumat, rakyat boleh pakai apa-apa e-mel pun dan langgan dari penyedia maklumat. Mudah.

    Ini adalah kitaran semula idea 2005 K-Perak. Masa itu mereka mahu bagi setiap bayi satu emel percuma. Rujuk SINI.

    Tolonglah jangan membazir. Gila. Ini idea paling bangang!

    Apa yang rakyat mahu adalah internet percuma atau murah. Apa guna emel kalau tidak ada Internet? Fuck!

    Lagi satu hal, laman-laman kerajaan pun sekarang dah banyak bertukar ke Facebook. "Cari kami di Facebook." Apa sudah jadi?

    PETUA KEHIDUPAN

    Q: Apa perlu kita buat jika kita gagal memberi khidmat yang terbaik?

    1. Kita mestilah minta maaf. 
    2. Kita akui kesilapan kita.
    3. Kita janji kita akan baiki kesilapan.
    4. Kita buat jenaka comel macam Twitter. Hati yang baran pun tidak jadi mengamuk. :-)

    Opss ada masalah.

    Kasihan Robot Ni.

    APA ITU SOLEY?


    Middle of the Road are a Scottish pop group that sang Soley Soley. It was the number one song in Switzeland in January 1972. As of 2010, Middle of The Road is enjoying a mild resurgence of popularity due to their 1971-72 videos on YouTube because of their song Soley Soley had been featured in Malaysia's comedy movie Hantu Kak Limah Balik Rumah.

    "Written by a Spanish songwriter, Fernando Arbex, with lyrics co-written by Sally herself and produced by Giacomo Tosti just before Catoca was formed, "Soley Soley", recorded in Madrid, became the summer hit for Europe that year."-Middle of the Road Official Website

    Using Google Translate, I translated Soley from Spanish to English. The result shows
    solely. –adverb
    1. as the only one or ones: solely responsible.
    2. exclusively or only: plants found solely in the tropics.
    3. merely: She wanted solely to get out of the house for a while.
    Wallahua'lam.

    Soley Soley by Middle of the Road (1971)

    Just a little bit lonely
    just a little bit sad
    I was feeling so empty
    until you came back
    until you came back
    until you came back.

    Oh
    Soley
    Soley
    Soley
    Soley
    Soley
    Soley
    Oh
    Soley
    Soley
    Soley
    ley
    Soley
    Soley
    Soley
    ley
    Soley
    Soley.

    Just a little bit closer
    can you lay by my side
    can we get it together
    lazing in the sand
    lazing in the sand
    lazing in the sand.

    Oh
    Soley
    Soley...

    Ahad, April 17, 2011

    Zaman Dulu

    Papa: Zaman dulu, papa pergi sekolah belanja 20 sen je.

    Sabrinamon: Zaman tu ada dinosour tak pa?

    Papa: Bukan zaman dahulu kala. Zaman dulu je la. Cheh!

    Khamis, April 14, 2011

    HUJUNG 1980, KERAJAAN HANTAR GUA GI AMERIKA TRAINING JADI KOBOI

    Roomate Gua Masa kat Texas

    Dah muka macam Ibnor Riza, Debra mana yang tak sangkut?

    Macam muka pengedar dadah Ciudad Juarez pun ada.
    Gua rasa, jadi Tarzan jugalah yang kena dengan jiwa gua.

    Rabu, April 06, 2011

    SATU MALAYSIA


    Seorang Melayu berdiri di depan gerai DVD di pasar malam.

    "DVD Hantu Kak Limah Balik Rumah Mamat Khalid ada ka?" tanya Melayu itu.

    "Belum sampai lagi," jawab tauke DVD.

    "Kalau lu tak jual itu DVD minggu depan, lebih baik lu berhenti jadi Cina."

    "Okay la kawan. Minggu depan gua bawak. Kalau lu tak beli, lebih baik lu berhenti jadi Melayu."

    "Okay. Gua ciao dulu. Jumpa minggu depan"

    ...
    Dari mana datangnya entri ini? Akan datang gua cerita asal usul entri ini.

    Sabtu, April 02, 2011

    CEWAH ON SALE DI CAR BOOT JB



    CEWAH boleh dibeli melalui stokis bertauliah berikut.
    1. Online SALE: Sindiket Sol-jah
    2. Franchise Burger Rokes (belakang Wangsa Walk depan satu restoran.)
    3. UYA Distro Subang Jaya
    3. Jualan Langsung: Tokrimau di Carboot Sale

    Khamis, Mac 31, 2011

    MEMBACA WACANA AJAN DAN RIMA



    Menulis siri Ajan dan Rima tidak begitu mencabar. Apa yang lebih mencabar adalah memastikan yang membaca memahaminya. Tidak semua orang faham siri ini. Untuk 'dapat' siri Ajan dan Rima, khalayak perlu berada dalam pemikiran watak Ajan dan Rima dan membaca apa yang tersirat.

    Ajan dan Rima merayau-rayau di sebuah pusat membeli-belah. Mereka perlu ke tingkat atas dengan tangga bergerak. Sebagai sang budiman, Ajan memberi laluan kepada Rima untuk jalan dahulu.

    Mungkin kalian fikir, bukankah lebih romantik jika Ajan dan Rima bergandingan sebelah-menyebelah. Malangnya, Ajan hanya mahu jadi budiman, bukan romantik. Tambahan lagi, bergandingan di tangga akan menghalang pengguna lain yang ingin cepat. Ya, ada pengguna yang mendaki pantas walaupun tangga itu bergerak.

    Sesampainya di lantai atas, Ajan menegur Rima.

    Ajan: You nampak cantik dari belakang.
    Rima: Thank you. I am flattered.

    Ajan diam. Rima pandang Ajan. Keningnya berkerut. Di mukanya tertulis, "Wait a second, what are you trying to say?"


    Rima: Jahat!

    Dalam struktur penulisan Ajan dan Rima, diam sebentar sebelum Rima menjerit "jahat" adalah penting. Dalam contoh di atas, bantuan diberikan kepada pembaca, biasanya saya tidak memberi bantuan. Saya memilih membantu pembaca kerana saya tidak mahu pembaca menyangka Ajan melihat Rima dengan nafsu.

    Diam di sini adalah ruang di mana Rima berfikir. Dan terdetiklah pada Rima yang Ajan itu mengutuk dia dengan menyatakan secara tersirat: dari depan Rima tidak cantik. Konsepnya di sini adalah jika kita memuji separuh dan tidak memuji separuh lagi, ini bermakna kita mengeji bahagian yang separuh lagi.

    Pun begitu, dalam dinamik hubungan Ajan dan Rima, Ajan bukanlah mengutuk Rima dengan niat. Ia hanya permainanan perkataan. Gurau-gurau manja. 

    Mari kita lihat contoh yang berikutnya. Saya harap kalian 'dapat.'

    Rima: Eh! Atas meja you ada floppy disk.
    Ajan: Ya. Biasanya orang muda sekarang tidak tahu ini adalah floppy disk.
    Rima: Saya tahu itu floppy disk.
    Ajan: I rest my case.

    Rima: Jahat!


    ....

    Puisi Sebaris
    Di hadapan aku, engkau menjawab pesanan yang bertalu-talu masuk ke telefon. Aku tidak berasa istimewa lagi.

    Rabu, Mac 30, 2011

    DETIK DEFINITIF DUA JANTAN


    Mael ni brader Pipiyapong. Salah seorang bekas persekutuan perajurit hardcore Lipis. Maka, brader Pipiyapong adalah brader gua juga. Sebab brader kepada kawan gua, adalah brader gua.

    Tapi, gua rasa boleh kira dengan jari berapa kali gua jumpa Mael.   

    Masa ke Maskara, gua masuk je rumah Pena, gua nampak Mael. Mael nampak gua.

    Kami senyum lebar.

    Kami salam. Salam biasa tapi erat jabatnya.
    Kemudian kami salam brader-brader. Salam macam armwrestling. Genggam kuat-kuat.

    Gua tengok Mael. Mael tengok gua. Face to face.

    "Kita takde benda nak cakap kan?"
    "Entah. Memang takde."

    Kami tidak poser untuk berbual kecil seperti, "Setiap kali petang mesti hujan," atau "Jam tak perjalanan ke Kuala Lumpur?" We are too big for small talks. Too manly to be talky. Kami bukan perempuan. Kami tak mengumpat.

    Kami senyum lebar. Kami sengih-sengih. Kemudian, masing-masing cari ruang lain untuk diisi. Banyak lagi ruang dalam Rumah Pena tu.

    p.s.
    Girls, Mael single lagi. Baik budi pekertinya tetapi seperti lelaki sejati lain, dia tunggu kena ngorat.

    Jumaat, Mac 25, 2011

    PLASTIK

    "Kenapa sampah2 ni tak bungkus dalam plastik?" tanya tukang angkat sampah.

    Mak Ngah jawab, "Sabtu. Hari tanpa plastik."


    ..........
    Kitar semula artikel Jeneral Sinaganaga dalam bentuk lain.

    Rabu, Mac 23, 2011

    MASKARA 26 Mac 2011

    Tiada video seks dan datuk T di sini.

    Jumaat, Mac 18, 2011

    PINTU PUN TIDAK TERKUNCI

    Adik beradik aku semua lelaki, kecuali seorang. Kami bertujuh semuanya.

    Masa kecil, kami tidak cakap banyak antara satu sama lain. Lebih banyak aksi dari bercakap. Sepak. Terajang. Tumbuk. Tepis. Flying kick. Elak. Body slam.

    Ayah pun tidak banyak cakap. Pukul 12 tengah malam, dia buat-buat batuk, "Ehem!" Kelam kabut adik beradik tutup TV, bentang toto dan tidur. Tak nagntuk pun, paksa mata tidur.

    Jarang sangat antara kami buat aktiviti bersama. Abang dengan kawan-kawan dia. Aku dengan kawan-kawan aku. Dan adik-adik dengan kawan-kawan dia, askar-askar plastik. Yang bagusnya jika jarang ketemu, jarang konflik. Jarang gaduh.

    Tapi hairannya, dengan orang luar kami amat peramah. Cuma dengan adik beradik situasinya diam. Kalaulah boleh ditoreh udara tegang dalam rumah kami, pasti keluar darah.

    Sampai ke tua pun kami masih begitu. Kalau berjumpa cuma berbasa-basi. Apa khabar? Dah makan? Dari mana? Jalan jem tak? Hujan tak kat sana?

    Bagus juga ya. Kami jarang mengumpat.

    Semalam di kampung, kunci adik tertinggal dalam kereta. Kereta terkunci. Mula-mula adik jolok-jolok dengan gergaji besi. Kemudian datang abah cuba kait dengan dawai. Hampa.

    Berpeluh ketiak mengerjakan pintu itu.

    Kemudian abah bagi idea guna benang dan racik tombol kunci. Kelakar betul idea kampungan itu tapi memandangkan dah satu jam bertungkus lumus tanpa hasil, kami pun bersetuju.

    Aku pegang lampu picit. Adik guna skru driver renggangkan pintu. Abah hulur benang dan dawai. Persis mainan kat kedai video di mana satu tangan mekanikal dikawal untuk menangkap patung beruang.

    Kemudian, benang itu berjaya menjerut tombol seperti koboi menjerut lembu. Abah tarik. Kluk! Pintu tidak terkunci lagi. Kami loncat-loncat gembira. Yeay!

    Kemudian semua maintain kool semula. Senyum masih di muka masing-masing.

    Sepanjang hidup aku, itulah masa paling kualiti kami anak beranak.

    Rabu, Mac 16, 2011

    ALIN DAN ZUNAR

    Aku ada tulis beberapa siri Ajan dan Rima. Kemudian, aku pernah mohon sumbangan lakaran dari pasangan Alin dan Zunar untuk siri Ajan dan Rima dalam buku Ayah Kita Bos. Baru-baru ni aku dapat tahu cerita dalam cerita yang dicatat oleh Alin. Sweet sungguh.

    "Kala mengemas bilik pejabat, pastinya terjumpa bingkisan2 nostalgia.

    Ini adalah untuk projek blook 'Ayah Kita Bos', atas jemputan Tok Rimau & AbgNaga. We were given the dialogues, and drew from there.

    Pastinya aku dijemput untuk melukis sebab aku minat Tok Rimau tapi Tok Rimau minat Abang, hihihi.

    Apa aku lukis ini sebenarnya memang benar2 berlaku. Aku dating dengan Abang di sebatang sungai di hutan FRIM Kepong. Kami bergayutan kaki di tepian sungai, dan ikan-ikan kecil datang mengigit2. Natural fish spa.

    And mind you, masa tu fish spa belum ada lagi di Malaysia ni.

    Seingat aku, masa Abang perturunkan ilmu lukis kartun dia, aku kena lukis ni semula sebanyak EMPAT kali! Sampai aku naik merajuk-rajuk! Tak guna sesen pun berhutang ribu-raban belajar jadi arkitek 8 tahun! hahahaha
    A really humbling experience that was, though.  oleh ALIN "
     .

    84 ULU KASAR

    8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...