Isnin, Mei 27, 2013

PEMANDU PELENCONG BELANTARA

1. Setiap bulan ada siri tayangan filem pendek di Embrace Hall, Johor Bahru. Namanya Panggong Punggok. 2. Aku memikirkan Pemandu Pelencong Belantara setahun yang lalu tapi cuma berkesempatan shooting 1 May 2013 ketika di Hutan Simpan Gunung Arong. Shoot 100% guna GoPro Hero 2 milik Chubby. 3. Aku tidak boleh edit filem ini dengan baik kerana aku tidak ada editing machine yang power. Ada yang asas sahaja. Beberapa scene akan dihantar ke kawan-kawan editor untuk kerjakan. 4. 25 Mei 2013, aku tayangkan rough cut Panggong Punggok. Semua edit asas atas Ipad guna Imovie. Alhamdullilah, khalayak menerima dengan baik.
"Cerita yg buat aku tak segan silu gelak mengilai. kalau dah kua dvd cerita ni complete gtau nak beli. Sampai balik rumah pasir gudang mlm tu pun tergelak sorang2 hahahahahahhaha :))," Ain Zalikha Razali
Sebahagian dari casts and crew
5. Final cut akan ditayangkan di Maskara Shorties JB Arts Festival, Johor Bahru.

Rabu, Mei 22, 2013

GUNUNG DATUK , REMBAU 18 MEI 2013

Gua baru angkat GoPro Hero 3 Black Edition. Gua namakan kamera gua Goppy. Eh... gua punya pasal la. Sukati gua la nak bagi nama. Gua tengok awek sayang kereta, bagi nama kat kereta. Sayang laptop, bagi nama kat laptop. Gua sayang Goppy, okay?! Accessories untuk Goppy ni agak mahal, jadi gua kena berkecimpung dalam pertukangan tangan. Buat masa ni gua dah buat chest mount harga RM10. Gua jimat RM200 tu dari beli produk chest mount branded. Untuk first test drive, gua ke Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. 885m dari aras laut pada 18 May 2013. Setting default mode je dulu.

Khamis, Mei 16, 2013

GoPro Hero 3 Black Edition

Fo beginners, here are the GoPro packages you really need. Don't buy everything and find out later you don't really need it. And some of the accessories, can be made DIY.

1. Buy Hero 3 black edition (rm1499) It will come together with remote and basic waterproof housing and mountings. You can't diy this. 

2. Buy 32gb class 10 SD card (rm119). Don't buy 64gb (rm299) as many computers haven't supported it yet. I made this mistake so you don't have to. Think positive. 

Anybody need a 64gb sd card for your dslr, you can negotiate the price with me.

Now you can start shooting. You can start with a car joyride scene. 

3. Buy LCD Bac Pac (rm399) to review your video in playback mode. When you attach this bac pac, your gopro will become bulkier and the original housing cannot be used anymore. Luckily, LCD bac pac comes with bigger housing. Thus, you don't need to buy extra housings or frames.

4. Buy mountings according to your needs. Some people go for surf mounting, some like cycling. As I am into hiking, I bought a seat/handle bar mount (rm89) I'll attach my gopro to a pole. 

I really want a chest mount for POV shots.  A chest mount would cost rm189 but I am thinking of a diy project. Perhaps I'll buy a sport bra and attach the existing mount on it. Ha ha ha. We'll see.

You also need to think how you'll edit your videos. So buy your sd card reader and computers as you go by.


For Malaysian buyers, read these sites before buying. Know your problems before facing them. :-)
http://gopro.com/
http://www.oxbold.com/
http://www.goproforums.com/
http://discussion.gopro.com/gopro/problems/common


Test Camera on Default






Ahad, Mei 12, 2013

Biar sesal beli, jangan sesal tak beli.

7 bulan aku fikir. Nak beli ke idak. Nak beli ke idak. Hari2 tengok youtube search gopro videos. Akhirnya aku nekad. 

RM2650 bertukar tangan. Tok Rimau hari ini bukan Tok dulu lagi. :-)


Selasa, Mei 07, 2013

Hutan Gunung Arong 1 May 2013

WANITA TERAKHIR DALAM DUNIA - Certot

Hakim yang bijaksana dan tuan-tuan sekalian.

Kami sedia maklum bahawa kes Kerajaan lawan Juwita Jones menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut media kerajaan langsung tidak berterimakasih dengan pengorbanan dan sumbangan Juwita Jones kepada negara. Golongan yang paling kuat membantah adalah golongan zakar putih. Golongan zakar biru membantah juga, tetapi tidaklah selantang golongan zakar putih.

Kami faham kenapa. Kami juga dari golongan zakar putih, kami mengerti kekecewaan tuan-tuan sekalian. Kerajaan solah-olah buta dengan fakta bahawa Juwita Jones adalah wanita terakhir dalam dunia. Dan dia bertanggungjawab menyelamatkan spesis homosapien.

Izinkan saya menyorot sejarah sedikit.

Menurut wikipedia, sekumpulan pengembara bertemu dengan Juwita Jones di dalam hutan Endau Rompin 30 tahun selepas wabak Rubella X yang membunuh wanita seluruh dunia. Dari jurnal yang ditemui, keluarga gadis ini tinggal di dalam hutan bagi melarikan diri dari serangan wabak Rubella X yang merebak ikut udara. Malang sekali ketika Juwita Jones berumur 16 tahun, ayah dan ibunya mati dijangkiti malaria. Tinggallah Juwita sendirian sehingga dia ditemui ketika usianya menjangkau 28.

Sejak ditemui, Juwita Jones perlu akur dengan perintah am akta Senggama. Juwita Jones perlu melayan seorang lelaki setiap malam. Lelaki yang telah dilayan mesti mencelup zakar ke dalam botol dakwat biru kekal sebagai tanda namanya tidak boleh tercalon dalam loteri senggama lagi. Setiap orang hanya berpeluang sekali sahaja. Dari undang-undang inilah lahir istilah zakar putih dan zakar biru.

Pada hari ini, 13 Mei 2113, pihak pendakwaraya akan menyerahkan bahan bukti ujian DNA Juwita Jones kepada mahkamah. Kami akan berhujah bahawa Juwita Jones sebenarnya adalah Johnny Jones yang telah menjalani pembedahan jantina sedikit masa dahulu.

Sekian, sampai di sini dahulu hujah pembuka bicara kami.

Ahad, Mei 05, 2013

PILIHANRAYA KE 13 PADA 5 MEI 2013

Bertolak dari KL 12.00 tgh. Sampai JB 4.00 petang. Nasib baik sempat mengundi. Pusat mengundi tutup jam 5.00 ptg. Pertama kali dakwat kekal digunakan. Rakyat teruja.










Beli Grafik Novel di Kinokuniya









Isnin, April 29, 2013

PEMANDUPELENCONG2

Sinopsis:
 Pemandu Pelencong dapat tawaran untuk membawa sekumpulan pelancong untuk hiking dalam hutan. Maka Pemandu Pelencong pun bertemu mereka dan membawa mereka masuk hutan. Sepanjang perjalanan, Pemandu Pelencong memberi taklimat tentang petua2 berada dalam hutan. Sepasang mata mengekori mereka, memerhati gerak geri mereka. Jeng, jeng, jeng.

Tarikh Produksi: 1 Mei 2013
Lokasi: Gunung Arong, Tg. Resang, Mersing
Pendaftaran Masuk RM150 dibayar oleh Cakarama Pictures

7:00 Pagi Keluar dari Johor Bahru
8:30 Pagi Sarapan di RnR simpang tiga Felda Tenggaroh-Mersing-Kota Tinggi
10:00 Pagi Kaki Gunung Arong. Shooting dan hiking bermula
01:00 Tgh Makan tengahari di puncak
04.00 Ptg Berangkat Pulang
7:00 Mlm Sampai Rumah

Cast/Crew

  1. Tok Rimau : Pengarah
  2. Kak Tin & Monmons : Pembantu Pengarah
  3. Cabi : Go Pro Cam
  4. Minah
  5. Aman
  6. Afiza
  7. Mijer
  8. Difah
  9. Yen : DSLR Camera
  10. Ted : Pengurusan Lokasi
  11. Tipah
*Pelakon-pelakon akan ditentukan kemudian.


Cadangan Kereta
Tok Rimau, Kak Tin, Monmons
Cabi, Minah, Yen
Mijer, Dipah, Aman, Afiza
Ted, Tipah

Pekakas Persediaan

Isnin, April 22, 2013

MISI MENCARI BIGFOOT GUNUNG PANTI (457m) , KOTA TINGGI 21 April 2013

Cakap pun tak guna. Layan video ni.
 

 Saya sebagai pengarah video ini begitu berbangga dengan hos siri ini. Lakonan tercungap-cungap dia nampak real. Boleh menang award ni.

Jumaat, April 19, 2013

ADIDAS MISTERFLY

Beli kasut lagi. Dah macam pompuan dah. Asyik beli kasut. Tapi kasut basketball aku dah bocor. Masa untuk beli baru.

Model-model baru harga RM200 ke atas. Aduhai! Angkat model lama, 2011-12, Adidas Tim Duncan's Misterfly.

Semoga beri perlindungan maksima. Harga sale RM139. Kotak free pun tak dapat. Terus masuk plastik. Kasut ni longgok kat Al-Ikhsan Tmn U. Semua saiz 8.5 US. Memang saiz aku.


Rabu, April 17, 2013

PELARI DENAI

Nike Lunarfly 3 Trail

Kamera Radar Polis kata Lebih 120 km/j
Aku minat basketball tapi bila senja menjelang, sukan yang bersaing-saing tenaga ni nampaknya terlalu mencabar. Aku tak lincah melenting macam budak-budak lagi. Kena cari hobi baru.

Nak beli basikal gunung macam yuppies tak berapa nak mampu. Aku ambil keputusan untuk menceburi bidang berlari-lari anak. Rasa muda sebab berlari-lari anak. Sukan berlari-lari bapak, itu tua. Apa pun, untuk tidak ikut aliran perdana sangat, aku pilih berlari anak atas denai. Hobi pun mesti indie atau mandiri. Tak main la lari atas aspalt atau balapan. Tak petualangan langsung.

Alat yang perlu untuk sukan ini adalah kasut yang baik. Jadi aku labur dalam RM200 tangkap Nike Lunarfly 3 Trail. Memang direka khas untuk larian denai. Tapi, aku pun tak yakin sangat dengan kasut ni. Tengok gaya macam senang pecah. Aku ni lasak. Lihat foto bahan bukti. Betapa lajunya aku lari sampai kamera pun tak dapat nak tangkap imej aku. Hampir kelajuan cahaya la tu.





Selasa, April 16, 2013

LAB REPORT

Haemoglobin- merah  16.1 g/dl [13-18]
Platelet count- Kuning  262 [150-450]
White blood cell count - Putih 8.2 [4.3-10.5]
Neutrophil 52.2 % [40-75]
Lymphocyte 34.3% [20-45]
Eosinophil 3.6% [0-6%]
Monocte 9% [1-11]
Basophil 1.0% [0-2]

Glucose - Diabetis 4.5 [3.9-6.1]
Uric Acid- Gout405 [202-434]

Creatinine -Buah Pinggang 100 [51-115]
Urea -Buah Pinggang  4.6 [2.0-6.8]

Total Cholestrol 3.9 [<5.2]
Bad Triglycerides 1.10 [<1.7]
Good HDL Cholestrol 1.3 [ >1.1]
Bad LDL Cholestrol 2.1 [<2.6]

Alpha-fetoprotein ,  2.8 [<15.0]
Prostate Specific Antigen (PSA), total 1.06 [<2.5]
CEA - Usus/colon 0.5 [<3.0]
CA- pancreas 19-9 5.3 [<37.0]

Specific gravity urine 1.025 [1.002-1.028]
pH Urine 6.5 [4.8-7.5]

Protein Urine -Negative
Glucose Urine -Negative
Ketone Urine -Negative
Bilirubin screen Urine -Negative
Urobilinogen screen Urine -Normal
Nitrite Urine -Negative
WBC Urine 10 [0-3]
RBC, Urine (blood in urine) 10 [0-3]
Epithelial cell Urine - Nil
Bacteria Urine - Nil
Yeast Cell Urine - Nil

Isnin, April 01, 2013

JANGAN TEGAK SANGAT


Faedah-faedah Harlem Shake adalah:
  1. Merapatkan silaturahim.
  2. Menyegarkan jasmani dengan gerakan badan.
  3. Mengasah kreativiti dengan mencuba kelainan dalam persamaan.
  4. Menyakitkan hati mat belia 4B.

Tujuan Panggong Punggok adalah mengalakkan pembikinan video indie. Dan lahirlah video Harlem Shake Panggong Punggok. Akan datang kami buat video senonoh sikit.

Perbincangan tentang filem dan hubungannya dengan masyarakat juga semakin menyerlah. Ini petikan debat yang menjurus ke "Apa itu KKS? Kawan Karib Selamanya atau Kelab Kelahi Selatan
JUmpa lagi di Panggong Punggok 27 April 2013.

Khamis, Mac 28, 2013

TIMBUL TENGGELAM SUDAH HANTAR CETAK



DEDIKASI
Untuk minah cun yang mengorat aku. Dan mon-mon yang papa cintai.


BLURB

TIMBUL TENGGELAM adalah komentar sosial Tok Rimau tentang pertualangan hariannya. Ceritanya pendek-pendek dan menghiburkan. Sesuai dibaca ketika menunggu bas datang, kuliah bermula, kapal terbang berangkat dan kekasih hati siap berdandan.

Tok Rimau menulis dalam gaya sinikal yang bersahaja.  Humornya menyentuh dan mencuit hati. Tetapi kadang-kadang, buku ini menyakitkan hati juga. Ya, dunia ini tidak selalunya indah.

Dunia dari kaca mata Tok Rimau adalah terlalu pendek usianya untuk diambil terlalu serius. Kata orang tua untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. Apa pun, kedua-duanya pun menguntungkan. Itu pun, jika kita ambil seminit dua untuk bertafakur mengutip pelajaran.

Akhir kata, beli dua naskah buku ini. Satu untuk simpanan peribadi, dan satu lagi hadiahkan kepada manusia penting dalam hidup anda.

PRAKATA

Buku Timbul Tenggelam ini mengambil masa lebih 12 tahun untuk lahir. Kalau manusia, buku ini sudah masuk sekolah menengah.

Kandungan buku ini diilhamkan oleh orang-orang yang saya ketemu, tempat-tempat yang saya jejak dan aktiviti-aktiviti yang saya lalui. Saya catat pengalaman saya dalam blog, sejenis pelantar media sosial. Saya lontar sudut pandang saya dan pembaca blog memberi reaksi. Kemudian, saya sunting semula tulisan saya untuk dijadikan buku.

Saya mula menulis blog pada tahun 2000. Mula-mula dulu saya amat ghairah menulis. Setiap satu jam, satu entri. Kemudian, saya mula berdisiplin. Satu hari, satu entri. Kemudian saya mula pandai mengatur masa, mungkin satu entri seminggu. Kebelakangan ini, setahun satu entri.

Bukan saya jadi malas menulis, cuma saya mula sibuk dengan hobi-hobi lain seperti pembikinan filem pendek, penganjuran acara seni dan melukis kartun. Banyak sangat hobi saya (Helah bela diri).

Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada rakan-rakan perjuangan penerbitan mandiri dan penganjuran acara seni, Sindiket Sol-jah. Lebih-lebih lagi, saya terhutang budi kepada tuan jeneral Sinaganaga.  Sebenarnya beliau tidak perlu gula-gulakan saya dengan kemasyuran dan wang ringgit, saya memang nekad pun mahu hasilkan buku ini. Cuma ambil masa sedikit.

Akhir kata, buku ini lahir melalui pelantar media sosial yang dinamik. Jangan biarkan kandungan buku ini statik bila ianya tercetak. Sebarang komentar dalam media sosial tentang buku ini, sila label #TimbulTenggelam.

Sekian, salam peluk cium.


......
Kemungkinan besar akan lancar di Pesta Buku PWTC.

Rabu, Januari 23, 2013

WARNA KEHIDUPAN



Afimon ada kerja rumah mewarna. Satu muka penuh gambaran binatang-binatang ternakan melibatkan kambing, lembu dan ayam. Juga, ada gambar reban.

Afimon mula dengan warna hitam. Dia warnakan kuku-kuku binatang. 5 minit kemudian dia tutup buku dan pergi tengok kartun di tv. 

Aku periksa buku dia.
Aku: Kenapa tak diwarnakan binatang-binatang ni?
Afimon: Kambing, lembu, ayam tu semua warna putih.


Mengelat betul budak ni.

Selasa, Januari 22, 2013

Khamis, Januari 10, 2013

RESOLUSI 2013

Hari ini hari ke 10 untuk 2013. Aku masih lagi tertulis 2012 setiap kali menulis tarikh.

Untuk tahun ini aku mahu buat ini.
Petikan Cakaran Harian Tok Rimau

  1. Lukis semua cerita dari Paus Gagal dan Robot Rosak. Setakat ini berjaya, harap stamina melukis aku sampai ke 31 Disember 2013. Sila follow Tumblr dan reblog semahunya: Cakaran Harian Tok Rimau.
  2. Terbitkan semula zine Tsunami Rindu dan Semboyan dalam bentuk PDF e-book. Boleh dibaca atas telefon pintar, tab atau ipad. Dan sebarkan secara percuma.
  3. Aku juga ingin melihat cerita-cerita Mobius dari Tsunami Rindu jadi filem. Opsss... batalkan. Dah ada orang buat. Lihat trailer di bawah.


Cukup dua resolusi.

Isnin, Disember 31, 2012

Hari Akhir 2012

1. Tahun yang paling kurang blogging. Keseronokannya sudah hilang.

2. Tahun ini mabuk Twitter dan Instagram. Tapi ini pun akan hilang juga keseronokkannya. Tiada yang kekal dalam dunia ini.

3. Syukur Alhamdulillah, Paus Gagal dan Robot Rosak diterima umum. Pujian-pujian membuat hidung kembang. Bila, aku baca semula dua-dua buku tu, ceh macam hampeh. Banyak lagi yang boleh diperbetul.

4. (*cekak pinggang) Aku dah beli ipad.

5. Selebihnya rahsia. Biarlah aku tanggung sendiri. Segala yang tidak terucap, akan keluar jua sebagai air mata.

Selasa, November 27, 2012

BATAM

Menikmati Nasi Padang Restoran Sederhana, Batam


Masa di Batam gwe minta supir bawa ke kedai fridge magnet. 

Supir bawa ke kedai hardware. "Ada jual magnet di sini. Bisa baiki pintu peti es bapak." 

Gwe lupa nak bilang, gwe mahu fridge magnet ole-ole.

84 ULU KASAR

8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...