Isnin, November 03, 2008

THE MAKING OF MASKARA SHORTIES









...........................
Gambar Crowd Dari Flickr Saiful Nang:

Sabtu, November 01, 2008

BODOH

Syaitan itu bodoh. Kalau kau fikir-fikirkan misi dia, tentu kau buat kesimpulan bahawa kau boleh buat kerja dia dengan jauh lebih efektif.

Satu mayat bayi digonggong anjing tanpa tuan. Yang mebuang bayi itu ke dalam tong sampah adalah manusia, bukan syaitan. Pemikat burung menjumpai mayat manusia dalam semak tanpa kepala. Mayat itu yang tanpa kepala, bukan pemikat burung. Pun begitu, pastinya itu kerja manusia, bukan syaitan.

Jika kau dapat tangkap orang-orang jahat itu, kau tanyalah kenapa mereka begitu jahat. Teramat jahat. Mereka akan jawab, hasutan syaitan. Syaitan yang dapat kredit. Seolah-olahnya mereka itu bagus sangat dalam urusan mereka. Walhal, syaitan itu bodoh.

Rabu, Oktober 29, 2008

COMING SOON- 1 Nov 2008

MASKARA DATANG LAGI
Sabtu, 1 November 2008, 8:30 malam. Rumah PENA. Tayangan filem-filem pendek & pelancaran antologi cerpen "Romlah: The Untold Stories"


Seleksi 19 cerpen seksi, oleh 18 penulis sensasi
, tentang seorang gadis misteri. Cerpen-cerpen yang termuat:

ISTINJAK-ISTINJAK CINTA
oleh Mat Jan OBLIVION oleh Fadli al-Akiti ROMLAH 2108 A.D. oleh Sinaganaga TIADA HADHARI oleh Bahruddin Bekri ROMLAH SIMFONI DALAM A MAJOR oleh Nazri M Annuar BELALAI oleh Saharil Hasrin Sanin CINTA DALAM KACA oleh Tok Rimau SERABUT oleh Jowopinter ROMLAH CUTI SEMINGGU oleh Tok Rimau DADA MERAH oleh Zalila Isa HIP! oleh Op HALKUM oleh Si Dugong PUDING SUSU ROMLAH oleh Samurai KENAPA TERLALU SERIUS? oleh Kumprinx PELESIT oleh Jigo NAMAKU ROMLAH oleh Bambang Sastrowardoyo KEPANJING oleh Spyz TWIT TWIT TWIT oleh Harris Maulana CINTA KHIDMAT PESANAN RINGKAS oleh Pipiyapong


Filem-filem pendek yang akan ditayangkan:


MELAYU 106
oleh Mamat Khalid GRIP PHONE oleh Tok Rimau HITAM oleh Kumprinx 8 JAM oleh Che Wan Mohd Faiz & Mohd Nazri Zainuddin MY ALIEN GIRLFRIEND oleh Naz Annuar MATINYA SEEKOR AYAM KONGSI GELAP oleh Sinaganaga KERETA GOYANG oleh Jimadie & Cap Ayam SMS oleh Ajami Hashim HANTU SILAP MATA oleh Alif Firdaus Azis HAPPY PLACE oleh Ramdan Che Hassan ADIWIRA - PROLOGUE oleh Shazrol Suhaime HARI NI HARI BODOH SAYA CIK! oleh Bennylita Ramlee FIVE CHAIRS oleh Rozinor Razali RMN BROADWAY oleh Dean Sham CEKIK oleh Bin Filem KA SI PE CAH oleh Batsheeba Zalika Arsalan SEBUAH KARANGAN BERTAJUK KUALA LUMPUR oleh Geng Sifoo ULTRAMARINE | iBLACKHEART | SONG OF THE SEA oleh Zainuddin Jamil SURAT SEORANG IBU oleh Saiful Nang THE LOST COMMUNICATION oleh Fazleena Hishamuddin

TIPU KANAN TIPU KIRI

LEFT BRAIN FUNCTIONS RIGHT BRAIN FUNCTIONS
uses logic uses feeling
detail oriented "big picture" oriented
facts rule imagination rules
words and language symbols and images
present and past present and future
maths and science philosophy & religion
can comprehend can "get it" (i.e. meaning)
knowing believes
acknowledges appreciates
order/pattern perception spatial perception
knows object name knows object function
reality based fantasy based
forms strategies presents possibilities
practical impetuous
safe risk taking

Selasa, Oktober 28, 2008

KAWAN KHAYALAN

"Masa sudah tamat," kata Cikgu Khadijah, bekas pengikut Arqam yang kini menguruskan Tadika Al-Islah. "Semua hantar lukisan masing-masing."

Najmi mengambil lukisan budak lelaki berambut lurus disebelahnya. Budak itu diam sahaja. Tidak marah. Tidak menangis. Dia lihat sahaja Najmi menulis namanya sendiri Mohd. Najmi bin Ghazali dengan krayon warna biru atas kertas itu. Huruf  "z" Najmi terbalik macam biasa.

Cikgu Khadijah mengambil lukisan itu. Dia memerhatikan lukisan itu.

"Astaga! Apa nak jadi budak ni?! Cikgu suruh lukis gambar kucing, bukan gambar orang baring-baring atas lecak darah."

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Opening Lines of great literature.

Isnin, Oktober 27, 2008

PELURU CINTA

Hujung minggu Depavali habis dengan shooting Peluru Cinta. Fun. Kali ini tuan pengarah Dean Sham lebih teliti. Especially on acting. Cast and crew semua lebih mahir dengan produksi.

Minggu ini tumpu kepada proposal thesis. Fokus Jali, fokus!

Hujung minggu depan zoom ke KL untuk Maskara Shorties. Ngeteh dan hisap rokok dengan Soljah!

Khamis, Oktober 23, 2008

CERTOT CINTA KERA 2

Ida perlu menunggu 27 tahun untuk mendengar pengakuan dari aku. Pengakuan itu merungkai misteri yang tersimpul lama. Sebenarnya, tidak misteri sangat pun. Masing-masing sudah tahu apa yang terbuku di hati dulu lagi. Cuma, kata-kata itu tidak pernah terungkap. Tiada yang berani memulakan.

"Awak sepatutnya luahkan dulu lagi. Saya perempuan, takkan saya nak mula dulu," kata Ida.

Dalam masa 27 tahun macam-macam berlaku. Perempuan datang. Perempuan pergi. Hati terluka. Hati meluka. Cinta-cinta bertunas dan kemudiannya mati diinjak-injak. Aku kira pengalaman dia juga sama. Sehinggalah masing-masing ketemu jodohnya.

"Awak menyesal?"

"Tidak."

"Kenapa?"

"Andai kata kita meluahkan perasaan masing-masing dulu, kemungkinan besar kita akan berpacaran dan kemudian ada yang terluka."

"Ya. Betul kata awak. Lebih baik perasaan yang naive itu tidak ternoda. Kita simpan sahaja bawa mati."

Kemudiannya kami berbasa basi bertanya khabar. Bertanya tentang kerja. Tentang kesihatan. Tentang ibubapa. Dan kadang-kadang ketawa kepada peristiwa lucu dulu bagaimana perasaan itu pernah diterjemahkan kepada perbuatan-perbuatan kecil yang tidak jelas. Kami dua orang yang kalah menulis sejarah seadil mungkin.

"Kirim salam kepada hubby awak."

"Kirim salam kepada wife awak."

Kami pun mengorak langkah pulang ke arah yang bertentangan. Yang jatuh hati dulu adalah kami yang remaja ketika darah masih panas. Bukan kami yang sekarang ini.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Certot Cinta Kera 1

Rabu, Oktober 22, 2008

NYAWA-NYAWA IKAN

Sedang saudara mara dan taulan masih membaca Yasin di sebelah jasadnya yang nazak, aku mengambil cangkul dan memilih tanah sekangkang kera di bawah pohon beringin. Aku mahu kuburkan blog aku di situ.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Blog sudah ketinggalan zaman.

Isnin, Oktober 20, 2008

HAZARD (1992) by Richard Marx



Ada empat suspek kepada kematian Mary. Siapakah suspek itu dan apakah motif setiap satu? Tapi bagi aku, Richardlah yang mempunyai motivasi paling tinggi untuk membunuh Mary.

Ahad, Oktober 19, 2008

EKSYEN JEKSYEN

Tips dari Mobius:

Polisi aku untuk kawan Facebook adalah mengelakkan:
1. saudara mara,
2. rakan sekerja wanita, dan
3. orang yang tidak pandai jaga hati aku.

Hari ini, dua orang yang sudah aku remove dari Facebook buat request mahu jadi kawan. Macam mana?

Ya! Aku rasa macam bagus. Macam superdivo (Divo= Diva Jantan)! Aku tekan punat ignore. Mereka mesti kata aku ini berlagak dan eksyen. Well, sia-sia la butang ignore tu kalau tidak digunakan.

MAKE T-SHIRT

A birthday gift for a man too sexy to be 40.

Khamis, Oktober 16, 2008

AKU GAGAL PRINSIP AKAUN

KOS DAN PENDAPATAN (TAHUN?)
NO. TAJUK KOS PRODUKSI (RM) GENRE PENDAPATAN KASAR (RM)
1 Syaitan 1.26 mil Horror 0.494 mil
2 Qabil Khusry Qabil Igam 2.20 mil Romance 1.573 mil
3 Puaka tebing biru 1.28 mil Horror 1.030 mil
4 Mukhsin 1 mil Drama 1.963 mil
5 Chermin 1.87 mil Horror 0.760 mil
6 Jangan pandang belakang 1.72 mil Horror 5.778 mil
7 Zombi Kampong Pisang 1.23 mil Comic horror 2.371 mil
8 Sumolah 2.95 mil Comedy 1.194 mil
9 Waris jari hantu 1.5 mil Horror 1.743 mil
10 Diva 2.96 mil Drama 0.302 mil
11 Cinta yang satu 1.74 mil Romance 0.119 mil
12 Haru biru 500,000 Drama 0.412 mil
13 Kayangan 1.16 mil Romancec 0.257 mil
14 Impak maksima 1.53 mil Action 2.061 mil
15 Otai 1.5 mil Comedy 3.473 mil
16 Budak lapok (animation) 2.59 mil Comedy 0.161 mil
17 1957: Hati Malaya 3 mil Historical 0.316 mil
18 9 September 1.5 mil Comedy 1.186 mil
19 Mistri orang minyak 1.63 mil Horror 0.642 mil
20 Nana Tanjung 2 1.5 mil Comedy 2.245 mil
21 Anak halal 1.8 mil Drama 1.522 mil
22 *The bird house (C) 50,000 Drama 8,051
23 *Before we fall in love again (C) 193,000 Romance 3,893
24 *Things we do when we fall in love (C) 30,000 Romance 3,984
25 *Chalanggai (T) 250,000 Drama 7,321
26 *Hidden summer in my heart (C) 110,000 Drama 9,463
27 *A note of love (C) 88,000 Romance 4,255
28 *Flower in the pocket (C) 64,000 Drama 8,397
TOTAL IN RM 37.20 mil 29.64 mil

AKU CONGAK-CONGAK GUNA SEMPUA DARI SUMBER TAK RASMI.

Untuk pengetahuan, kos kasar projek Telefon Genggam: RM200. Pendapatan yang di anggarkan darinya pula adalah sifar ringgit Malaysia. Cuma aku ada hutang dengan Siti sekitar RM50 untuk kos alat solek. Harap maklum.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Muslim DVD rattles voters in key battleground states- CNN

Selasa, Oktober 14, 2008

FINAS FEATURE FILM FINANCING SCHEME (SPFC)

1    Orbit Mediasari Sdn. Bhd.    Kantoi RM1,000,000
2    The Cameracrew Production Sdn. Bhd    Aduh Saliha    RM1,000,000
3    Jajja Production Sdn. Bhd.    Jibam the movie    RM800,000
4    Mariana Hashim Production Sdn. Bhd.    8    RM1,300,00
5    *Starry Eye Production Sdn. Bhd.    Chermin  RM140,000
6    Halle Pictures Sdn. Bhd.    Rohaya Roy: Catatan si andartu RM1,200,000
7    Cosmovision Production Sdn. Bhd.    Taming Sari Lagenda tersembunyi RM1,500,000
8    Mega Wajasinar Sdn. Bhd.    Sereem    RM1,300,000
9    Mega Wajasinar Sdn. Bhd.    Keris Taming Sari     RM1,500,000
10    Dayang Digital Sdn. Bhd.    Lembing awing pulang ke dayang RM200,000
11    The First Poststudio Sdn. Bhd.    Momok the movie    RM1,200,000
12    KRU Communications Sdn. Bhd.    Cicakman 2-Planet hitam RM1,500,000
13    Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.    Cinta monyet versi 2 RM1,500,000
14    Raffi Hussain Corp. (M) Sdn. Bhd.    The Chini    RM1,500,000
15    Hez Communication Sdn. Bhd.    CE 1    RM1,500,000
16    MRE Network Alliance (M) Sdn. Bhd.    RM Eee … Hantu RM1,000,000
17    AXS Naga Sdn. Bhd.    Estet RM1,500,000
18    Pentas Opera Sdn. Bhd.    Ancaman penggodam RM1,000,000

JUMLAH RM20,640,000
(Sumber: E-mel Layang. Aku rasa tidaklah susah untuk percaya.)

Isnin, Oktober 13, 2008

TELEFON GENGGAM - Coming Soon 1 Nov 2008


Tajuk: Telefon Genggam
Tagline: Genggam Hingga Jadi Abu
Sinopsis: Sebuah filem khusus untuk tontonan anda. Ha! Ha! Ha!
(Bila engkau tekan punat info atas remote Astro, sinopsis yang sama keluar.)
Wajib Tayang: Pawagam Rumah Pena, Maskara Shorties- Coming Soon 1 Nov 2008
Harga Tiket: Potongan 100%



Cakarama Entertainment dan Flip Flop Pictures (Kedua-duanya syarikat tidak berdaftar. Saja nampak gempak.)
Penulis/Penyunting/Pengarah/ Penerbit: Tok Rimau (Fuck-Damn, bukan ahli FDAM)

Pembunuh Upahan: Tina Koh (Dah mati pun masih nampak cantik.)
Ajen Mossad / Penerbit Bersama: Dean Sham (Mula menakutkan orang seminggu sebelum pengambaran kerana dia menjiwai watak cepat sangat)
Kleptomaniac/ Solekan: Siti Shuhada (Sanggup mengorbankan alat mekap sendiri demi filem)
Pengebom Al Qaeda: Azie (Kelihatan sudah bertaubat untuk satu hari)

Prop: Liyana (Gagal mencari terompah tetapi berjaya mencari 5 buah jam)
Pembantu Pengarah: Atiqah (Tangannya penuh kapur)
The Making of: Izzati (Multi talented, dia buat skrip, handle kamera, interview orang, mengarah untuk The Making of Genggam)

Kamera: Fenggo (Fenggo dan Raja berkongsi cawan di McD)
Sound: Raja (Raja dan Fenggo berkongsi cawan di McD)

Foto: Sabariah (Tidak dapat main api kerana pulang cepat kerana menumpang Bak)
Foto/Poster: Bakri (Tidak sabar melihat cameraman terkial-kial dengan kamera)

Kesilapan Dalam Filem:
JCB enter frame. Apahal pulak JCB operator tu rajin-rajin kerja hari Ahad kat tempat yang tersorok seperti lokasi filem?!

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
50 Poster Filem Pilihan

Sabtu, Oktober 11, 2008

DOKTRINASI

Semalaman seorang insan tidur, mimpi bertamu bersiri-siri. Tetapi, satu dua mimpi sahaja dari malam yang panjang yang diingat di pagi hari. Mimpi-mimpi lain dibaham malam. Sendawanya igauan dan racauan. Biasanya tidak jelas langsung butirnya.

Aku tertawan. Ketumbukan yang aku terajui terkepung ketika kami berundur menyusur kali menuju ke paya. Kecederaan dan kematian di pihak kami banyak. Hubungan dengan ibu pejabat sudah putus dengan tertembaknya pemancar. Bilangan mereka terlalu ramai. Menyerah adalah pilihan yang terbaik.

Aku tahu apa yang akan terjadi kepada kami. Yang cedera parah akan ditembak mati. Yang cedera ringan akan dirawat sebelum mereka dihimpun dengan soldadu yang tidak cedera.

Seperti yang aku jangka, layanan terhadap tawanan perang sama di mana-mana pihak pun. Aku dilumpuhkan buat sementara waktu. Dibaringkan atas perbaringan. Lampu-lampu menyuluh fokus kepalaku yang sudah bercukur botak. Sedia untuk satu pembedahan.

Prosedurnya begini, umbun-umbun dihiris. Tujuh kabel kecil dimasukkan. 4 darinya bertujuan menyebabkan amnesia tentang sejarah silam. Kemudian, 3 kabel lagi bertugas memasukkan memori baru. Memori ini milik sang soldadu idealis yang disalin. Maka wujudlah seribu soldadu baru dengan semuanya memiliki keazaman, falsafah, iltizam dan jatidiri yang sama. Minda mereka dari acuan yang sama. Soldadu baru ini akn berjuang untuk tuan yang baru.

Aku dengar pakar bedah itu berkata, "ada lima parut hirisan lama atas umbun-umbunnya."

Ini bermakna minda aku telah diceroboh lima kali. Ingatan aku dipadam lima kali. Memori baru lengkap dengan doktrin dimasukkan lima kali. Aku manusia dengan sejarah palsu. Aku tunggu sahaja doktrin palsu yang berikutnya.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Monitor Your Web Popularity

Jumaat, Oktober 10, 2008

AKU GAGAL HISAB TAMBAHAN

1 minit atas DVD = 10 minit klip video mentah.
1 minit atas DVD = 1 muka surat skrip.
1 minit atas DVD = 2 muka papan cerita (story board)
5 minit atas DVD = 8 jam pengambaran

Pemboleh ubah lain adalah cuaca, trafik sekitaran, cikadak krew dan pelakon. Dan. Cikabadak sutradara.

Tidak boleh marah sangat krew dan pelakon kerana mereka biasanya terlibat secara sukarela untuk resume. Tapi, sutradara dah bawa keluar anak orang mestilah bagi mereka makan. Tidak boleh biarkan kebulur.

Ini pengalaman yang aku timba. Tidak banyak, muat-muat dalam timba. Ha ha ha. Nisbah masa di atas ini hanya boleh pakai untuk pembikin filem bebas dengan satu kamera dan menggunakan taktik gerila. Kalau Hollywood, Kollywood dan Greenwood , aku tidak tahu la nisbah mereka.

Apa pun,
90 minit atas DVD = Rm5 per DVD di JB. :-)

.........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR (Kalau engkau suka India dan ada masa senggang.)
Guerilla Filmmaking Tips 101
10:16

Khamis, Oktober 09, 2008

HADIAH DAN RASUAH

Dr. Nita, pensyarah aku, hantar sms - "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin."

Aku tepuk dahi. Aku lupa. Sepatutnya akulah yang ucap selamat kepada dia dahulu sebab aku ni murid. Tidak beradab betul aku.

Pun begitu, sehari sebelum cuti raya aku ada pergi pejabat dia. Bagi dia kuih raya satu balang. Hi! Hi! Hi! Aku cerita hal bodek ini kepada Azie dengan penuh bangga. Dia cuma bagi kad raya sahaja kepada Dr. Nita.

Azie kata, "Eleh! Kuih satu balang. I baru balik dari opis dia. Banyak hamper atas meja tau."

"Fuh!"

"Dr. Nita kata sebenarnya dia tidak suka students bagi dia apa-apa."

Alamak. Strategi pembodekan makan tuan. Nasib baik aku tidak mencuba sengguh-sungguh. Kuih raya je.

Rabu, Oktober 08, 2008

PERINGATAN

Bila emak dan ayah terpaksa tinggal rumah mencari rezeki, anak-anak kena pandai jaga diri.

Sabtu, Oktober 04, 2008

BOY SOLDIER




Selepas membaca A Long Way Gone oleh Ishmael Beah, aku mula Google tentang perang Sierra Leone. Membaca kemaskini perbicaraan penjenayah perang, Charles Taylor buat aku takut dan ngeri akan perang. Perang bisa membuat manusia hilang kemanusiaan.


"The rebels had captured a Temne man and wanted the Temne man to rape the witness. When the Temne refused the rebels started to beat him up. Eventually the Temne man gave in and raped her." Said witness TF1-064

SEDEKAH KERTAS

Aku, kalau bagi duit raya tidak suka pakai sampul. Aku berpandangan penggunaan sampul itu hanya menambahkan sampah dan membazirkan kertas. Tapi itu aku, orang lain tidak macam aku.

"Gi salam Pak Long."

Afimon pun berlari dan menghulur tangan kepada Pak Long. Pak Long bagi duit raya kepada Afimon dalam sampul merona hijau. Juga, ada tulisan khat berwarna emas atas sampul hijau itu.

Afimon nampak gembira.  Dia lari kepada aku untuk melapor, "Yeah ! Yeah! Dapat surat! Yeah! Yeah! Dapat surat!"

Ya. Afimon belum kapitalis lagi.

Selasa, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Aku banyak dosa. Maafkan aku.

Sabtu, September 27, 2008

DUNIA INI PENTAS SANDIWARA

Pemuda yang duduk bertentang dengan aku berambut pacak engkar graviti. Pasti banyak lumur gel. Dia sedang mengisi borang lawatan ke Kompleks Finas. Biasalah. Nama, nombor kad pengenalan dan pegawai yang hendak ditemui.

Di bahagian pekerjaan, dia isi "pelakon."

"Mmm.. aku tidak perlu isi borang ni," kata aku memulakan basa-basi.

"Kenapa?" tanya dia.

"Aku berlagak macam pegawai dan angkat tangan sahaja ketika lalu di gate tadi. Lepas."

"Masa saya lalu, mereka tahan saya. Terpaksalah ambil pas dan isi borang."

"Mmmm. Aku adalah pelakon yang lebih baik dari kamu. Ha! Ha! Ha!"

Dia sengih kelat. Tunduk dan sambung isi borang.

....
P.S.
Abah dah sedar. Sudah balik rumah. Kemudian dia tengok bil hospital, terus pengsan. Ha! Ha! Ha! (Ayat akhir tu aku bohong nak sedapkan cerita.)

Khamis, September 25, 2008

JB-KL

Aku ke KL 2-3 hari. Aku dapat lesen laut dalam ala Deadliest Catch.

Urusan Rasmi: Belajar di London Film School, UK (Ulu Klang).

ADDRESSING MULTI-PLATFORM AND NEW MARKETS
FOR YOUR FILM AND AUDIO VISUAL PRODUCTS

Date : Friday 26th September 2008
Venue : Theatre P. Ramlee, FINAS

With International Producer and Publisher: MICHAEL WIESE

Q: Supervisor aku tanya, bila pula nak buat Ph.D. Asyik bikin filem je?
A: Ini sebahagian dari Ph.D la. Aku suka sangat campur aduk bisnes dan nikmat.

Urusan Separa Rasmi: Buka Puasa Bersama Sol-jah
Sidang bulanan membincangkan pembentangan bajet, membincangkan peralihan kuasa, menaik-turunkan harga minyak dan masalah negara yang lain.
Venue: KL Sentral. Kenapa? Murah, Wi-Fi dan Boleh Hisap Rokok.

Q: General Soljah tanya, bawak awek ke?
A: Mana boleh. Aku nak solat jamak qasar. Perjalanan mesti bersih maksiat. Hi! Hi! Hi!

Urusan famili: Bawak mon-mon (anak sedara) balik kampung Johor, jimat tambang bas.
Q: Pukul berapa dato harimau nak sampai rumah akak?
A: Pukul siap. Siap urusan, sampai la.

MISC.
Shopping, sahur gathering, jumpa kawan-kawan, stuck in a jam dan menyumpah-nyumpah.

Rabu, September 24, 2008

MALAM-MALAM TERAKHIR

Malam-malam terakhir ini aku sepatutnya berbuka dan bersahur dengan Laila. Tetapi aku masih di sini. Maghrib ini di kedai mamak bersama roti telur.

Tiba-tiba Laila telefon bertanya khabar.

Laila: Buka apa?

Aku: Roti telur. You?

Laila: Buka baju dan spender. Hi! Hi! Hi!

(Gelak nada tinggi decibel rendah penuh keperempuanannya menggoda sekali.)

Aku: I nak buka dengan you.

Laila: Ngepong! Setiap tahun you kata begitu.

Aku: Sungguh. I cuba sedaya upaya.

Laila: Sekurang-kurangnya cubalah untuk cuba.

Kemudian talian putus. Senyap.

Aku masih di sini. Maghrib ini, di kedai mamak bersama roti telur. Walaupun orang ramai. Aku rasa sunyi. Rasa sepi. Rasa kosong.

Selasa, September 23, 2008

JIRAN ERINMON

"Erinmon ni kepoh," kata mami Erinmon kepada aku.

Erinmon duduk atas pangku sambil pegang trumpet plastik warna merah jambu. Dia tiup-tiup tidak berbunyi.

"Erinmon tinggal kat mana?" tanya aku.

"Damansara," jawab Erinmon.

Setahu aku di Damansara ada ramai selebriti. Mungkin mereka tinggal berjiran dengan Erinmon. Setidak-tidaknya pernah terserempak di kedai runcit atau pasar malam.

"Rumah Erinmon dekat rumah siapa?"

"Dekat rumah orang sebelah."

Jawapan jujur Erinmon buat muka aku sedikit kelat. Padan muka kerana tanya soalan bodoh. Mami Erinmon ketawa terbahak-bahak.

Ahad, September 21, 2008

LETUPAN DALAM KERETA - Cerita benar

Bersepai hancur! Fuh tajuk macam laporan teroris. Cam bab buku Imam Samudra.

Cebis-cebis tembakau bersepah dalam kereta. Kotak rokok hancur berkecai. Plastik sisa pemetik api berterabur.

Mmm. Setahu aku dalam kotak itu ada sebatang je rokok aku simpan untuk berbuka nanti. Setahu aku, aku juga memasukkan pemetik api dalam kotak. Mmm. Setahu aku, aku letak kotak atas dashboard.

CSI Johor Bahru merumus kereta aku yang diletak di tepi jalan terdedah kepada panas terik. Ini menyebabkan lighter fluid meledak.

Nasib baik cermin kereta tidak pecah.

Ya. Merokok memerbahayakan kesihatan.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sastera Wangi

Jumaat, September 19, 2008

RADIO GAGA

TV aku mati. Kemudian hidup semula. Berkali-kali jadi begitu. Suatu hari aku nampak Afimon menabung siling dalam slot kad Astro. Dia ingat setiap mesin berlubang adalah mesin vending agaknya. Aku cungkil keluar siling itu. Aku goncang decoder. Bunyinya macam ada dua tiga posen siling di dalam.

Kemudian. Pemain CD dalam kereta pula rosak. Ada teks tulis "Error" setiap kali aku masukkan CD. Untuk beberapa hari, mahu tidak mahu, semua penumpang terpaksa mendengar aku menyanyi secara live. Unplugged. "Oh Biduan, pujaan tua muda..."

Aku marah-marah. Maki-maki di pusat servis Hummer. Katanya kalah membeli menang memakai tetapi kenapa cepat sangat rosak?!

"Pemain CD ini masih dalam jaminan. Kami akan tanggal dan repair FOC," kata pomen di pusat servis.

Seminggu kemudian pomen yang sama buat panggilan. Katanya alat itu sudah siap dibaiki.

"Bukan sahaja servis ini FOC, kami juga ingin bagi encik dua keping syiling 10 sen."

"Kenapa?"

"Pemain CD encik rosak kerana ada syiling ini dalam slot CD."

Pomen pusat servis itu menyimpul senyum. Senyum itu memulangkan paku buah keras secara hadhari. Huh! Pedih. Pedih.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dating Darth Vader Caption Contest

Khamis, September 18, 2008

A STUDY ON SPINNING

Aku jarang baca blog Che Det tetapi dengan perkembangan politik yang semakin menebal, seperti yang selalu disebut sebagai "the plot thickens", aku ziarah la blog Che Det untuk tahu pandangan beliau tentang isu semasa.

22. In my time the papers did self-censor themselves. But they did not spin. Now spinning is blatant.

Quoted Directly from Che Det.


Tidak dapat tidak, aku tersengih sinis. Mungkin Che Det ada mesin untuk merentas masa dan mengubah sesuatu di masa lampaunya atau beliau sudah pindah ke planet lain. Agaknya.

Selasa, September 16, 2008

SOMBONG

 Cerita Mobius:
.....
Aku tulis status sebagai "bertemu Tuhan" dan aku biarkan messenger hidup sementara aku ke tandas untuk wuduk. Aku masuk semula ke pejabat. Aku bentang sejadah dan solat Asar.

Ketka solat, aku terdengar bunyi ding dang ding dang dari speaker komputer. Ding dang ding dang. Ada mesej masuk la tu. Ding dang ding. Solat aku jadi tidak khusyuk. Nyesal aku tidak bisukan komputer.

Seusai solat, aku lihat di monitor.

STATUS: BERTEMU TUHAN
Julie Foxy: Akm.
Julie Foxy: Orang bagi salam tak jawab. Sombong.
Julie Foxy: Opsss! bertemu Tuhan. Semayang ya. Sori.
Julie Foxy: Rakaat berapa dah ni?
Julie Foxy: Sombong x mahu jawab.
Julie Foxy: Nanti u sunyi jgn cari I. Kita putus!

Mmm. Aku ketuk papan kekunci. Tukar status. Available.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Freedom Film Fest, JB. Cari Tok Rimau.

Isnin, September 15, 2008

TINAJAN



Angelica, perempuan dari Brazil itu mengaku dia lesbian. Patutlah, bila aku lalu depan dia, sedikit pun dia tidak memerhati. Langsung. Menjeling kepada aku pun tidak. Tetapi takdir menemukan kami untuk ngombrol.

"Kita sama," nyata aku.

"Sama bagaimana?" soal dia.

"Aku pun lesbian juga. Lesbian jantan."

Aku susuli dengan tawa. Angelica tidak ketawa. Mungkin dia tersinggung kerana aku tidak ambil serius tentang jatidirinya yang tidak berpaksikan alat kelamin fizikal, tetapi nafsu dan emosi.

Selepas dari itu Angelica sering menjeling aku, tetapi bukan dengan nafsu. Cuma emosi. Emosi marah mungkin. Tidak mengapa. Yang penting aku mendapat perhatian.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Illustrasi: Flowering Nose. The Art of Seth.

Ahad, September 14, 2008

SEPANJANG JALAN KENANGAN

Sekitar 6.45 senja, aku ajak Sadikin, yang aku baru kenal dalam dewan Freedom Film Fest Hotel Tropical, keluar. "Kita buka sama yok."

Kami pun keluar dari Hotel Tropical. Di luar hotel, kami terserempak empat orang kawan Sadikin. Mereka ajak berbuka di Jalan Meldrum. Jauh juga. Setengah kilometer dari Hotel Tropical. Tapi set. Menapaklah aku dan orang-orang muda itu sepanjang jalan Wong Ah Fook untuk ke Meldrum.

Sudah lama sangat aku tidak ke downtown JB. Aku pun bercerita jadi pemandu pelancong membawa kawan-kawan muda itu kembara merentas masa.

"Dulu kat sebelah sana ada Flat Bukit Chagar. Aku lintas lebuhraya, panjat pagar, untuk tunggu bas Alec depan Komtar. Kat situ. Kat air pancut sana orang-orang bawak radio dan mereka kumpul dalam bulatan buat breakdance. Parking ni dulu panggung Lido dan Rex." Kami melepasi Komtar. Bangunan itu berpagar. Dalam proses perobohan mungkin.

Azan berkumandang tetapi kami belum sampai Jalan Meldrum lagi. Sadikin keluarkan sekotak rokok cap Saat. Dia minta maaf kerana dia cuma ada rokok murah. Kami baca doa dan mula cucuh rokok. Apa hukumnya? Rokok tu makruh, berbuka awal tu sunat. Kan?

"Kat Komtar ni ada jamming studio. Rockers otai Malaysia dulu jam kat situ. Sebelah Komtar dulu ada bazar. ABC dia kow. Sudah tu, pasar Besar JB. Kemudian ada Bas Stand. Tapi later bas stand pindah belakang sana. Lama kemudian, pasar dan bas stand pindah Larkin. Sekarang dah jadi City Square."

Sadikin dan kawan-kawan angguk-angguk je dengar cerita aku. Ada komen pun sekali je. "Otai betul abang ni. Era tu ada dinosour tak bang?" Kurang asam punya budak.

Sesampainya di Meldrum, ada beratus gerai. Tetapi semua kerusi penuh dengan bontot orang. Waktu kemuncak. Kami beli bungkus dan berbuka atas tembok. Sadikin duduk atas pili bomba. Zaman muda penuh geladangan terus mengimbau.

"Korang mana tahu. Dulu kat sini..."


Klip Punggok Rindukan Bulan. By Azharr Rudin
Lokasi: Flat Bkt Chagar (Arwah), tempat aku bermain dan jatuh cinta.


Reviews:
Amir Muhammad
Cinema Online.
Ajami Hashim.
Tonton Filem
KLue.

Jumaat, September 12, 2008

SUPIR


Sekali-sekala je menyampuk bila Mak, Mak Long dan Pak Long berbual. Aku cuma warga karbon, bukan emas. Jadi, titik temu topik perbualan selalu selisih. Malah, komedi mereka pun susah aku mahu faham. Sebagai supir, aku banyak menumpukan kepada jalan raya.

Ini adalah rombongan balik kampung dari Kulai ke Senggarang, Batu Pahat. Pak Long duduk depan sebelah aku, dan Mak dan Mak Long duduk belakang.


Kalau aku ikut kehendak sendiri, aku pasang CD Hip Hop Ahli Fikir tetapi Pak Long mahu dengar Klasik F.M. Aku akur. Dengar hip hop nanti, sakit jantung Pak Long datang menyerang pula.

"Klasikkkkkkkkkkkk F.M. Tut. tut. tut. tut. Jam 2 petang. Inilah Radio Malaysia, Kuala Lumpur. Berita disunting oleh Jamilah Sidek. Mula-mula berita penting.

Tiga lelaki rentung dalam satu kebakaran di Pekan Kuah.... Punca kebakaran masih belum dikenalpasti."

"Apa la susah sangat. Punca kebakaran pun tak tahu." Pak Long memang suka mengulas berita dalam radio.

"Apa puncanya Pak Long?"

"Punca kebakaran? Api la. Ha! Ha! Ha!"

"Ha. Ha."

Ketawa aku tidak bersungguh tetapi ketawa jugalah agar tidak dianggap budak kurang sopan terhadap lawak warga emas. Ish. Dalam hati aku seinci lagi nak pasang Hip Hop Ahli Fikir.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Unique Shopping Bags
10 Commandments of Facebook

Khamis, September 11, 2008

AZZAM MC DARI BERBLOG

Kawan aku Azzam Supardi masuk wad.  Nahas jalan raya yang ngeri.


Aku: Kau memang pelawak tulin. Kawan-kawan simpati dengan nasib engkau tetapi mereka buat entri kelakar tentang kemalangan kau. Dalam nahas pun kau masih buat orang ketawa.

Azzam: Terimakasih. Ha Ha Ha. Nanti aku cerita banyak lagi bila aku mampu berblog.

Aku: Buka puasa misi suapkan ke? Ha ha ha.

Azzam: Misi kolej ramai. Bila aku disentuh terasa getar. Bergetar tu maknanya masih boleh pakai. Ha Ha Ha.

Aku: Kalau misi dengar, mahunya kau yang sahur dengan injection pagi nanti. Ha Ha Ha.

Selasa, September 09, 2008

MAYA YANG MANJA

Ombak itu datang dari jauh. Mungkin beratus-ratus batu. Sesampainya di pantai, derunya menyapa lembut membasahkan pasir yang kering. Tanda air laut memasang.

"I pernah berkahwin dahulu. Tapi sekarang single," kata Maya. Jari telunjuk kanannya menggulung hujung rambut yang mencecah bahu. "Ada anak perempuan seorang. Umur tujuh tahun."

"Ahh sudah. Mobius berkawan dengan mak janda la pulak. Parah ni," kata kalian dalam hati. Tolonglah, naik mesin masa tu dan majulah ke masa kini. Jangan kolot sangat, okay. Janda pun manusia juga.

"Jadinya you ni janda la?" Mobius menghirup perahan jus epal campur lobak dan susu. Manis.

"I tak suka la perkataan janda. Kan ada perkataan yang lebih manis." Maya mencebikkan mukanya yang baby face. Mobius meneka umurnya dalam 23-24. Maksimum 25.

Tiba-tiba Mobius teringatkan lawatan sambil belajarnya ke Kedai Kereta Auto Bavaria. Kereta-kereta lama yang dijual semula tidak dilabel sebagai Second Hand Cars tetapi dilabel sebagai Pre-owned Cars. Klasik bunyinya. Ada kelas gitu.

"So, you ni pre-owned la." Mobius meletak siku kiri atas meja dan menongkat dagu dengan tapak tangan sambil mata merenung mata Maya.

"Apa la you ni. I bukan kereta tau." Maya ketawa kecil dengan kepoyoan tekaan Mobius. Perempuan memang suka lelaki poyo. Petah dan bijak tetapi selamba bengong.

"Sorry. Habis tu?"

"Ibu tunggal. Single parent."

"Kata Shakespeare, a rose by any other name would smell as sweet." Mobius melepaskan tangannya dari gelas. "Macam you. Janda ke. Ibu tunggal ke. Tetapi tetap manis."

Ombak itu datang dari jauh. Mungkin beratus-ratus batu. Sesampainya di pantai, derunya menyapa lembut membasahkan pasir yang kering. Tanda air laut memasang.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Creative Ads

Lirik Ghazal/ Joget
Memikat Janda - Fadzil Ahmad

Bagaimana menggoreng lada
Ah hai sayang menggoreng lada
Ah hai sayang tuang-tuangkan

Bagailah mana
hai sayang nak memikat janda
Ah hai sayang nak memikat janda
Ambil anaknya timang-timangkan

Apalah guna menggoreng lada
Ah hai sayang menggoreng lada
Takutlah minyak tumpah ke muka
Ah hai sayang tumpah ke muka

Hajat di hati nak memikat dara
Ah hai sayang nak memikat dara
Sekali fikir baiklah janda
Ah hai sayang baiklah janda

Apalah guna menanam lada
Ah hai sayang menanam lada
Kerana lada tanam-tanaman
Ah hai tanam-tanaman

Apalah guna memikat janda
Ah hai sayang memikat janda
Kerana janda banyak pengalaman
Ah hai sayang banyak pengalaman

USTAZ SELAMAT MASUK TV

Kebelakangan ini, aku sering dituduh bersengkongkol dengan setan. Tapi, malam tadi orang yang bersengkongkol dengan setan ini tonton ceramah agama di TV1. Jangan tidak percaya.

Sedang aku loncat dari satu saluran ke satu saluran lain, ternampak muka Ustaz Selamat. Dia pakai kot kali ini.

"Bank dari barat pun sudah meniru cara pengurusan kewangan Islam. Banyak bank sibuk promosi Pebankan Tanpa Faedah. Sebenarnya bukan Pebankan Tanpa Faedah. Siapa nak buat kerja, jika tidak berfaedah?"

Aku ketawa. Begitulah Ustaz Selamat yang aku kenal. Dia dulu mengajar aku semasa aku buat Masters. Cakapnya selamba tapi penuh kelakar sinis.

"Sebenarnya, panggillah Pembankan Tanpa Riba. Baru betul."

Isnin, September 08, 2008

JANGAN ADA EHEM-EHEM DALAM HATI

Blogger sinaganaga berkata...

Nana tu yang... ermmm... ermmm... yang aku... ermmmm... ermmmm... pernah jumpe tu ke? Ermmmmm... ermmmm....


Blogger Tok Rimau berkata...

Naga,
Bukan la. Yang lu jumpa kat ehem-ehem tu nama dia ehem-ehem. Yang ehem-ehem tu dah ehem-ehem. Gaya, mutu, keunggulan. Dia ehem-ehem tapi wa kata ehem-ehem. Mana boleh ehem-ehem. Nana ni lebih ehem-ehem. Casio made in Japan. Lain kali wa ehem-ehem, wa ehem-ehem lu. Lu jangan gigit pulak! Okay?!

Ahad, September 07, 2008

SUDU BENGKOK

Aku balik kampung dan buka dengan emak. Kesian emak buka sendiri.

Emak masak laksa Johor. Sedap. Biasa la masakan emak.

"Emak, kenapa sudu ni bengkok?"
"Emak buat cungkil tin biskut semalam."

Masa aku balik, mak bekalkan laksa dalam bekas plastik. Untuk sahor katanya. Aku cium pipi emak dan cakap terimakasih.

Emak tidak tahu aku juga bawa balik sudu bengkok dia. Nanti bila aku sahor aku akan makan guna sudu bengkok ni. Mesti terasa seperti makan dengan emak.

Sabtu, September 06, 2008

SENYUMLAH KUALA LUMPUR


Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Status Facebook aku: Tok Rimau kawan ketawa. Kawan menangis susah mahu cari.

Pada bulan Jun, Facebook kata kepada aku, "Nana is now friends with Tok Rimau."
Pada bulan Ogos, Facebook kata kepada aku, "Nana is now friends with Tok Rimau."

Apa hal Facebook ini persis RTM selepas jam 12 tengah malam, tayang siaran ulangan?

Aku tulis komen di Facebook Nana, "Apa hal Facebook ini persis RTM selepas jam 12 tengah malam, tayang siaran ulangan?"

Nana balas, "Bukan salah Facebook. Bulan Jun, Nana added Tok. Then my BF deleted u. Then I added u again in Aug. Sorry."

Laaaahaiiiii, ini mesti kes tiada rahsia antara kita sehati sejiwa sejujur setelus sekongsi kata laluan untuk semua akaun. Termasuklah kata laluan Facebook.

Dalam satu tazkirah Ramadhan, Ustaz menyatakan bahawa adalah fitrah manusia itu menjadi cemburu melihat pasangan mereka ketawa-ketawa dengan orang lain. Lelaki yang buat perempuan ketawa akan dicemburui oleh rakanwiranya [ yang buat mereka rimas kerana bersikap Raja Kawalan (King Control).]

Aku belum buat Nana itu ketawa lagi, aku cuma kata aku ini kawan ketawa. Ha! Ha! Ha! Ha! Sebenarnya aku lebih bahaya jika aku ini kawan menangis. Hi! Hi! Hi! Hi!

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Have you smiled today? (pics)
Oktapodi (Animation)
Fascinating Savants (Article)

Jumaat, September 05, 2008

PEROKOK RINGAN

Engkau orang miskin. Engkau tidak layak hisap rokok. Itu mesejnya. Pemerintah pemerintah berproganda bahawa depa boleh halang orang tidak berduit hisap rokok dengan cara membasmi jualan rokok kotak 7 batang. Lepas itu diharamkan jualan rokok bukak dalam tin. Tidak cukup lagi, tahun ini ada ura-ura mahu haramkan kotak 14 batang pula.

Pemerintah bukan peduli sangat kesihatan rakyat. Pemerintah sebenarnya mata duitan mahu mengenakan cukai lebih dengan kotak besar. Statistik yang disorokkan menunjukkan orang mahu hisap rokok, mereka tetap hisap rokok. Kempen halus rokok memiskinkan anda dengan memahalkan rokok tidak pernah berjaya. Kerajaan senyum mengaut untung dari cukai dosa.

Jika pemerintah prihatin dan ikhlas mahu jaga kesihatan aku, rokok bukak dan rokok 7 mesti dipasarkan semula. Dengan ini tidaklah memaksa perokok ringan seperti aku membeli kotak 20 batang kemudian dengan gelojohnya cuba menghabiskan semua sebelum lemau.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Karate Tengkuk: Kenaikan Harga Rokok dan Anda oleh Kumprinx, Penganalisis Ekonomi dan Politik Bebas.

Khamis, September 04, 2008

BOSAN TAHAP DEWA TUNGGU WAKTU BUKA

Engkau pernah dapat sakit di mana engkau Google nama engkau sendiri? Kemudian engkau tekan link images dan keluar semua gambar-gambar yang berkaitan nama engkau.

Mmm. Dah tak ada kerja sangat la tu.

KENAPA AKU MALAS BERSEGAK-SEGAK

Aku setahun ni, kalau ke pejabat, memang sembrono je. Apa yang aku selesa aku pakai. Persetan sama kasut hitam dan tali leher. Orang seni la katakan. Tinggal lagi aku tidak bawa beg kain ke hulu hilir je. Dan takdir melarang aku berambut panjang hingga ke bahu. Siapa boleh melawan takdir? kalian?

Don nak aku ikut dia ke Larkin Perdana untuk urusan kewangan esok. Ada urusan juta-juta katanya. Don sound aku, "esok pakai smart sikit."

Don malu jalan dengan aku yang tak smart ni ke? Kalau aku tak smart, tak lulus loan ke?

Don sambung lagi, "suara awek dalam telefon dari pejabat kewangan itu sedap betul. Aku tanya macam-macam soalan kewangan." Don kenyit mata.

Alahai. Aku kena pakai smart kelas 5 esok. Ha! Ha! Ha! Ibu-ibu dan bapak-bapak-bapak, sorokkan gadis-gadis kamu di dapur esok. Tutup mata mereka rapat-rapat.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Doku 10 Tahun Sebelum Merdeka

Rabu, September 03, 2008

JANGAN BIMBANG SAYANG

Setakat ini cuma 66 pembaca untuk blog ini. Had maksima adalah 100 sahaja. Kangen aku kepada orang banyak semakin reda. Aku semakin redho. Sesekali datang e-mel mengubat luka.

assalamualaikum tok..
tok..kenapa tok wat saya macam ni..
kasihanilah saya tok...setelah lama tok menjadi sumber inspirasi saya..
skang saya takleh baca blog tok..huwaaa..
seperti teh tanpa gula..
hidup tanpa blog tok..
kasihanilah saya tok..
Aku jemput dia dengan permaidani merah.

Ahad, Ogos 31, 2008

MIMI BUAT PENGAKUAN

Bukan cinta sahaja yang buta. Cemburu juga buta. Mereka lahir sebagai kembar tetapi yang pastinya cinta yang akan mati dahulu.

"Sir, saya nak minta maaf," kata Mimi.

Kerja dia ni asyik minta maaf sahaja. Apa lagi salahnya kali ini?

"Yang SMS dengan Sir semalam bukan I tetapi my boyfriend. Dia ambil henpon I. Dia menyamar sebagai I."

Aku dah agak dah. Lain macam je bunyinya sms tu. Nasib baik aku berhenti melayan provokasi itu cepat. Cemburu la tu agaknya.

Apa pun, takbur aku melonjak ke paras tertinggi bursa saham papan kedua. Dalam usia yang sebegini aku masih boleh memberi ancaman kepada lelaki yang lebih muda. Aku tidak tua bila usia memanjat, aku cuma jadi semakin klasik.

Kalau mayat aku dijumpai dalam kereta terbakar hangus, kalian tahulah motif pembunuhan aku.

Kata Pujangga:
“Jealousy is all the fun you think they had.” - Erica Jong (Writer and feminist, 1942)

“A competent and self-confident person is incapable of jealousy in anything. Jealousy is invariably a symptom of neurotic insecurity.”- Robert A. Heinlein (Science-fiction Writer, 1907-1988)

“Jealousy is nothing more than a fear of abandonment” - Anon

“Young love is about wanting to be happy . Old love is about wanting someone else to be happy.”- Mary Pipher (Pychologist)


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
T-Shirt Designs
Book Cover Designs
Movie Poster Designs

.........

Selamat Pengantin Baru: Nora Icha dan Nasrun. Semoga bahagia hingga ke syurga.

Sabtu, Ogos 30, 2008

ESEMES PIEMES

Di wajah Nora Zain ada bintik-bintik jerawat kecil. Semalam tidak ada.

Ketika makan malam dia salahkan engkau kerana kelkatu jatuh dalam jus epalnya. Dia juga salahkan engkau kerana nasi ayam lewat sampai. Malah, dia juga menyalahkan engkau kerana hari ini hujan renyai.

Pulang dari makan malam dia menghantar beberapa SMS kepada engkau. Tuduh engkau itu ini lagi. Maki engkau itu ini lagi.

Engkau balas dengan satu SMS sahaja. SMS itu kosong tanpa apa-apa batang huruf. Engkau harap dalam lambungan gelombang kekacauan jiwanya, dia masih boleh mentafsir bahawa engkau tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan tentang isu-isu yang dibangkitkan. Engkau diam seribu bahasa.

Jumaat, Ogos 29, 2008

HARI RIMAU SEDUNIA

Perayaan Hari Rimau Sedunia tahun ini disambut meriah walaupun kerajaan menyeru rakyat untuk berjimat dan berhemah. Sesuai dengan tema tahun ini, "mengaum sambil tunjuk belang."

Terimaksih kepada mereka yang mendoakan dan mendendang lagu Selamat Hari Jadi melalui SMS, blog, bukumuka, friendster, myspace, akhbar, radio dan televisyen. Aku rasa terkasima. Air mata ku jatuh atas huruf Space Bar papan kekunci.

Kepada mereka yang berparti buih dalam S.S. Minnow bersama aku, kalian memang happening. Aku rasa by now tubuh kalian mesti sudah lembut kerana berendam dalam lebihan sebatian pelembut Softlan.

Pengumuman Lost and Found: Sesiapa yang tertinggal IPhone warna kelabu, kasut tinggi cap Prada dan bra swimsuit warna pink, sila tuntut dari Alfred, butler aku. Sesiapa yang terambil jam Breitling aku, sila pulangkan juga kepada Alfred. Harganya tidak mahal tapi ada sentimental value kepada aku.

Tokoh Rimau sempena sambutan Hari Rimau Sedunia tahun ini jatuh kepada Naga kerana jasanya membuat aku ketawa sampai jatuh kerusi.

...............

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Pagi itu, sahabat aku yang tinggal di ibu kota, bermisai dan kuat hisap rokok, menitip SMS kepada aku.

"Selamat Hari Jadi komrad! Maaf aku tidak ada c*pap. Jika ada, nescaya sudah aku hadiahkan kepada engkau."

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Khamis, Ogos 28, 2008

DIRGAHAYU





Aku menyambut hari warga berlian. Berlian itu selamanya. Sempena itu, aku mahu bertitah. Ingat hari lahir ku, lupa tahun lahir ku. Ha! Ha! Ha!



Aku anugerahkan Dean Sham pingat JPS (John Player Special) yang membawa pangkat Tun. Jangan salah guna pangkat ni.



Aku anugerahkan Lan Rasso pingat Jaksa Pendamai yang membawa pangkat Datuk. Bila beliau ada skandal dengan mana-mana artis, senang la akhbar menulis Fasha hanya berkawan dengan dengan Datuk L.



Untuk kekasih ku, Sitijatatiqaziena, amboi panjangnya nama, you tidak perlu bagi hadiah kat I. Malah, I akan curi bintang di dada langit untuk you. Suka? I memang ada estet tebu dibibir.



Dan, kepada gadis Batu Pahat. Pulangkan hati ku yang kau curi. Kluang, Kota Tinggi, Muar, Pontian dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya juga. Secara biologinya aku tidak boleh hidup tanpa hati.



Untuk Soljah, kekanda di medan perang adinda di medan seni. Sama-sama berjuang untuk ibu pertiwi.



Dan kepada semua penjenayah yang aku hukum sebelum ini. Aku bagi pengampunan bersyarat. Jika kalian sudah insaf dan berikrar akan berubah. Aku maafkan kalian. Yang mana aku buang negeri tu, pulanglah. Keluarga kamu menanti setia.



Aku dah beli sabun Daia saiz ekonomi dan pelembut Softlan. Sebuah parti buih besar-besaran akan di adakan atas bot mewah, S.S. Minnow, lengkap dengan jakuzi yang port dua batu nautika dari Teluk Danga. Semua dijemput hadir. Sila berpakaian mengikut tema. Tema untuk tahun ini: Sport Illustrated - Swimsuit Edition.

Rabu, Ogos 27, 2008

ONE MISSED CALL

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Pagi itu, sahabat aku yang tinggal di ibu kota, bermisai dan kuat hisap rokok, menelefon aku. Aku biarkan sahaja telefon berdering. Aku biarkan sahaja telefon bergetar. Aku tidak mahu jawab.

Petang itu, baru aku ada selera mahu hidup. Aku telefon dia. Aku tanya, "Wazzup bro?"

"Dah petang nak maghrib baru nak telefon semula. Apa barang?"

"At least gua call"

"Mentang-mentang aku tak ada c*pap, kau tak mahu angkat return call."

"Okay, gua salah. Lain kali lu tumbuh la satu c*pap."

"Ha! Ha! Ha!"

Sahabat aku yang tinggal di ibu kota, bermisai dan kuat hisap rokok, kalau tak mencarut tak sah.

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Selasa, Ogos 26, 2008

HUJAN DUA HARI, PANAS SEHARI

Kau mesti tertanya-tanya kenapa Tok Rimau menyorokkan blog. Setelah engkau datang baca, kau dapati ada la sedikit kelainan tetapi tidaklah menggegar dunia sastera tanah air pun.

Sebenarnya, salah satu sebab aku tidak mendedahkan diri aku kepada umum lagi kerana aku nak tulis entri seperti berikut. Aku nak tanya manis tak entri ni? Sweet kan?


............................

Aku merungut-rungut ketika melipat kain. Dua bakul banyaknya.

"Banyaknya nak dilipat. Bra awak je sampai enam pasang. Apa kes sampai bra banyak-banyak ni? Benda tu dua je."

Awek cun yang mengorat aku mencekak pinggang.

"Amboi-amboi merungut pula. Saya yang basuh berbakul-bakul ni, sidai berbakul-bakul ni, sikit pun tidak bunyi. Apa kes spender awak sampai tiga pasang. Barang tu satu je."

Aku merungut-rungut lagi. Kali ini dalam hati sahaja.

PEDIH

Pesan Mobius:
Kalau kamu bertikam lidah dengan pacar kamu, hujah dalam bentuk soalan retorik yang paling kejam lagi menusuk kalbu adalah, "apa lagi yang engkau mahu dari aku?"

Pedih. Pedih. Pedih.

Isnin, Ogos 25, 2008

PANGGILAN DARI GIG

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Bunyi nada dering lagu I am Yours oleh Jason Mraz.

Ajan: Hello!

Rima: Hello!

Rima: Apasal bunyi bising kat tempat you?

Ajan: Musician tengah buat sound check drum.

Rima: Bisingnya.

Ajan: Dengar bunyi drum ni, I tiba-tiba teringat kat you.

Rima: Jahat!

MENUTUP LANGIT

Seminggu sudah blog aku menyorok. Kawan-kawan yang ingin membaca menghubungi aku melalui telefon, e-mel dan Bukumuka. Aku jemput mereka jadi pembaca.

Dulu aku ada sekitar 200 pembaca sehari tetapi sekarang, setakat ini cuma ada 20 pembaca yang boleh membaca. Selamat tinggal lampu neon dan flash kamera. Selamat tinggal alam glamer.

Pun begitu, mengamalkan dasar langit tertutup ini buat aku rasa sunyi. Rasa sepi. Perasaannya seperti tiada ada orang peduli lagi. Untuk hilangkan kesepian, aku coret entri ringkas di nota Bukumuka.

Aku bukan sahaja menyorokkan blog, aku juga mula memboikot orang di Gtalk dan Yahoo Messengger. Di Bukumuka, aku padam kawan-kawan tanpa foto profail. Apahal tiada muka dalam Bukumuka? Aku tidak perlukan sahabat punya rupa tanpa wajah.

Aktiviti memadam orang ini buat aku merasa seperti punya kuasa malaikat maut. Rasa amat berkuasa. Rasa kejam. Kalau tidak percaya, cubalah. Pilih satu orang, dan padam dia dari hidup kalian. Kalau dia tanya, "kenapa buang aku?" Jawab dengan sombong, "engkau tidak layak untuk berkawan dengan aku."

Jumaat, Ogos 22, 2008

BERCANDA DENGAN PARJO

"Mahu makan apa?" soal Parjo.
"Roti telur satu. Teh ais gelas besar," jawab Don.
"Roti telur satu! Teh ais gelas besar satu!" jerit Parjo kepada buat roti dan tukang buat air. Tanpa berfikir.

Pendidikan Parjo tidak tinggi kerana keniskinan. Menghafal dan menulis pun tidak lancar. Dia datang dari Kediri, Indonesia, mencari rezeki di Restoran Yasin. Antara kerjanya adalah mengambil pesanan dari pelanggan.

Oleh kerana dia lambat menulis dan tidak kuat menghafal, dia akan menggunakan memori jangka pendek untuk mengingat pesanan. Kemudian dengan kadar segera, sekilas kilat, dia menjerit pesanan melepaskan tanggung jawab untuk mengingat. Selepas menjerit pesanan kepada tukang masak, dia tidak perlu ingat lagi. Strategi ini tidak membebankan segelumit pun daya fikirnya.

Kadang-kadang pelanggan nakal mengusik.



"Mahu makan apa?" soal Parjo.

"Teh halia gelas. Besar. Telur dua biji dalam kerandut," kata aku pantas.
"Teh halia gelas! Besar! Telur dua biji dalam kerandut!" jerit Parjo.

Satu restoran pandang Parjo. Apahal la pula Mat Indon ni mencarut kuat-kuat.

"Ops!" kata Parjo. Baru terfikir la tu.

Aku dan Don ketawa.

"Maaf ibu-ibu! Bapak-bapak!" jerit Parjo tersipu-sipu.

Khamis, Ogos 21, 2008

MADU DAN RACUN

Cerita Mobius:

"Kita nak lunch mana?" tanya aku kepada Don.

Don akan jawab, "Susah betul soalan engkau. Mahboub servis lembab. Singgara entah buka, entah tidak. Mak Minah tutup hari Jumaat. Safinah mahal sangat. Restoran Salam pulak, taukenya selalu masam muka. Tidak friendly langsung. Terima duit pun tak mau senyum." Don garu-garu kepala botaknya macam memikirkan jawapan kepada soalan cepuemas. Pening kepala Don nak memilih restoran.

Tetapi lain pula dengan Yantie, kalau aku bertanya.

"Kita nak dinner mana?"

"Mana-mana pun okay. Terpulanglah kepada bajet you."

Yantie menjeling sambil menyimpul senyum. Aku kalah dengan senyum itu. Aku meraba dompet dalam kocek. Kocek belakang jeans aku. Mmmm. Takkan la jeans dia pula.

Rabu, Ogos 20, 2008

NE NO NE NO NE NO KECEMASAN

Ain dan Razak ajak aku tengok wayang cerita animasi Disney, Wall.E.  Aku layan je la. Turut serta adalah adik Ain, Boboi, yang berumur 6 tahun. Bukan main lagi budak tu, pakai tee Oshkosh dan jeans Levi's. Aku dulu dah masuk universiti baru boleh sambar Levi's. Itu pun pakai duit biasiswa.

Apa pun, Ain dan Razak behave sikit kerana Boboi ada. Takut Boboi report kat emak. Kalau Boboi tak ada, mereka dah pegang tangan dan peluk pinggang dah. Aku pun haram tidak diajaknya. Kacau daun je.

Masa beli tiket, Razak bawa Boboi pergi tandas. Lepas itu, aku dan Ain tunggu kat popcorn. Tiba-tiba kami dengar jeritan dari tandas. Suara Boboi tu. Kelam kabut kami pergi tandas. Ain pun ikut masuk tandas lelaki.

Razak nampak cemas. Macam bini nak beranak. Boboi menjerit-jerit. Bird dia sudah sangkut kat zip. Bukan, zip sudah sangkut kat Bird dia. Damn. Ain pun jadi cemas. Risau Boboi mati pucuk pulak.

Terus kami ke klinik 24 jam terdekat. Aku sakat, nanti doktor akan sunatkan. Menjerit-jerit Boboi. Kecoh Si Ain dan Razak marah aku. Apa pun, doktor suruh terus masuk. Tidak perlu tunggu giliran. Ain dan Razak ikut masuk, aku kat luar baca pamplet kesihatan mental.

Akhirnya berjayalah bird Boiboi diselamatkan. Rugi je tiket wayang kami. Kami makan kat mamak sambil layan TV tonton kuda-kuda olimpik lompat wall. Tiada kena mengena Wall.E.

EKSPERIMENTAL BLOG

Aku bukan tutup blog. Aku cuma privatisasikan blog. Pengswataan? Bukan. Hanya pembaca dijemput sahaja boleh baca. Eksklusif la konon.

Naga sms, "Hari ni menang pilihanraya, esok tutup blog." Dia suka bergurau. Kemudian dia telefon waktu malam. Prihatin. Aku tidak angkat panggilan dia. Macam gay merajuk je. Busuk betul.

Amyz YM kata, "Awek-awek tok akan meraung tidak dapat baca blog." Little that she knows, awek-awek semua dapat jemputan.

Tiqah jumpa aku bersemuka untuk dijemput sebagai pembaca. Lobo pun begitu. Rudy Bluehikari kata aku ngada-ngada tetapi dia bagi e-mel mahu dijemput. Mat Jan juga tidak ketinggalan hantar e-mel mahu dijemput. Farah Adila merungut benci kepada aku di dinding Bukumuka.

Sayang juga mereka kepada aku.

Oleh kerana aku rasa pemurah, aku akan bagi hadiah misteri kepada Farah, Tiqah, Lobo, Rudy dan Mat Jan.

Selasa, Ogos 19, 2008

PANAS

Panas.
Panas biasa sebelum hujan turun.

Sabtu, Ogos 16, 2008

MAGIK OLIMPIK

Dari dulu sampai sekarang aku tidak faham tennis. Kenapa kiraan mata tennis terloncat-loncat?

Sekarang ada satu benda lagi yang buat aku musykil. Bola-bola tennis itu dimasukkan ke celah skirt dan hilang. Magik. Mana pergi bola itu?

Sampai bila-bila pun aku tidak faham tennis.

.........

Aku bagi 10/10 untuk atlet di bawah:

Selasa, Ogos 12, 2008

YANG REMEH DAN YANG TEMEH


Di Malaysia senyap je, di Indonesia riuh. Siap mahu ganyang-ganyangan lagi.  Isunya adalah Barongan (Sebahagian dari watak dalam Reog) yang terpampang di laman web rasmi Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dengan lencana "Malaysia."

Pada 29 November 2007 sekitar seribu pengamal Reog Indonesia berdemo di  Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Mereka menuntut Pemerintah Malaysia meminta maaf atas tuntutan seni reog Ponorogo sebagai milik Malaysia sedangkan menurut mereka hak cipta kesenian Reog dicatatkan dengan nombor 026377 tertanggal 11 Februari 2004.

Baru aku tahu bahawa tarian turun temurun pun boleh dipatenkan.

Malaysia berhujah, ia tidak kata Barongan itu miliknya tetapi tarian itu adalah sebahagian dari kebudayaan komuniti Jawa Johor dan Selangor yang berasal dari Indonesia. Jika versi popular asal-usul Reog di Indonesia berkisah dari tarian yang meraikan dongeng Prabhu Kelana Sewandana memenggal Singo Barongan sebagai hantaran perkahwinan dengan Dewi Sangga Langit, di laman web Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia lain pula ceritanya. Dinyatakan Barongan adalah kesenian yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Allah Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap.

Baru aku tahu bahawa tarian turun temurun pun boleh diIslamkan.

Pernah dengar cerita kancil menipu buaya agar berbaris? Raja Sulaiman (Nabi) yang suruh katanya. Pengajaran cerita itu jelas, yang menyebarkan ajaran sesat adalah orang-orang panjang akalnya.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Reog Ponorogo
"Kucing bawa tidur rimau bawa igau," dari lirik Mantera Beradu oleh Malique feat. M. Nasir

Khamis, Ogos 07, 2008

WAKTU KEMUNCAK JB-WOODLAND

 
Good Fence-Bench Design for your butt.

Selasa, Ogos 05, 2008

KIFARAH

"Macam mana boleh jadi macam gini?" soal Wak Sayuti sambil menyeluk tangan ke dalam minyak urut.

"Entah la Wak. Cedera lama campur cedera baru. Terpaksa pula berjalan jauh dan berdiri berlama-lama."

Aku rasa seperti orang kurang upaya. Kaki aku lumpuh. Aku tidak upaya berlari atau berjalan. Aku cuma boleh duduk dan baring sahaja. Terlentang. Meniarap. Inilah kifarah kepada dosa yang bertimbun. Agaknya.

Berulang-alik Johor Bahru - Singapura pada waktu puncak adalah pengalaman yang menggetirkan. Ramainya manusia membuat laluan menjadi sesak. Sesak untuk pejalan kaki, sesak untuk motor, sesak untuk kereta, sesak untuk bas dan tambah sesak untuk lori. Tiga hari aku berulang alik kerana ada kerja di Singapore Management University buat kaki aku terpaksa berkerja keras. Menjerit-jerit betis aku yang bunting kelapa ini.

Perkara yang menyeksakan adalah terpaksa turun dari bas sebelum bas sampai di pusat pemeriksaan. Penumpang bas terpaksa berkira-kira dalam kesesakan lalulintas, bilakah masa paling untung untuk turun dari bas. Kalau turun cepat sangat, jauh la perjalanan. Jauh perjalanan, luas pandangan dan dapat penat. Kalau nak tunggu bas beratur dalam sesak untuk sampai ke pusat pemeriksaan, sempat beruban la janggut. Perkara lain yang menguji kesabaran pelintas sempadan adalah menunggu passport dicop oleh kastam Singapura. Mesti berbaris selama 30 minit hingga 90 minit bergantung kepada ramainya manusia. Muka masing-masing macam zombie.

Semua ini aku tempuhi dengan lutut kanan bekas tercedera kerana main bola keranjang dan buku lali kaki terseliuh kerana terpijak lantai yang tidak rata. Hasilnya, bila aku habis bertugas pada hari keempat, aku tidak mampu menginjak untuk berjalan tanpa rasa sakit yang sengsara. Aku jadi demam dan tidak boleh berjalan. Lumpuh.

Apabila sakitnya sedikit reda dan aku boleh bertempang-tempangan, Dean Sham bawa aku ke Parit Sikom untuk berurut di rumah Wak Sayuti. Wak Sayuti adalah pewaris ilmu penyambung tulang belulang dari ayahnya Wak Ngador. Di laman rumahnya, terdapat longgokan simen plaster (Cast) dari pelanggan-pelanggan sebelumnya.

"Kamu tak patah tulang, cuma masalah urat saraf saja," kata Wak Sayuti sambil ibu jarinya menggosok urat kaki aku.

"Tidak serius la masalah saya ni Wak?" tanya aku sambil menahan sakit di picit.

Dean Sham cuma duduk bersandar di pintu sambil mengetawakan aku.

"Tak serius. Muda lagi kok. Lepas urut ni lancar darah-darah. Boleh bagi nafkah kepada empat isteri," jawab Wak Sayuti sambil ketawa kecil.

Aku menyeringai. Lupa sekejap sakit sengsara.

"Dah lumpuh kaki pun tak insaf-insaf lagi," tegur Dean Sham yang lagi tadi duduk bersandar. Dengki la tu. Entah-entah lepas ni dia pula mahu berurut.

Jumaat, Ogos 01, 2008

RIMA MINTA DIPUJUK

Rima: Tiada orang suka kepada saya.

Ajan: Kenapa kata begitu?

Rima: Macam hina sangat saya ini. Mereka menjauhkan diri dari saya. Awak juga!

Ajan: Awak emo sangat. Awak selalu menyinggung perasaan orang. Itu pasal la.

Rima: Saya pun nak lari dari mereka. Dari awak. Saya mahu duduk satu pulau tanpa manusia. Biar saya tinggal dengan monyet-monyet sahaja.

Ajan: Jangan! Nanti monyet-monyet kat pulau itu tidak tahu nak lari ke mana.

Rima: Jahatttttt!

 ............

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Tujuh Universiti Percuma

84 ULU KASAR

8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...