Sabtu, Mei 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Cikgu Nurul mengeliat menghilangkan penatnya menanda latihan murid yang menimbun. Kemudian, dia mencucuh api pada hujung rokok lalu menghela asap sepenuh dada. Perlahan-lahan asap itu dilepaskan naik ke siling ruang tamu.

Tiba-tiba dia teringatkan kotak penuh hadiah dari anak muridnya sempena hari guru siang tadi. Kebanyakannya disampul rapi dengan kertas bercorak cantik tetapi di dalamnya adalah barangan-barangan dari kedai RM2.

Bungkusan yang paling menarik minatnya adalah bungkusan warna merah dan hijau yang dipenuhi dengan motif hari natal. Budak-budak ni, langsung tidak pandai memilih kertas bungkusan yang sesuai.

Bila dibuka, Cikgu Nurul mendapati di dalam bungkusan itu adalah pasu tembikar mini buatan China sejengkal tinggi. Cikgu Nurul pun meletak pasu mini itu di atas meja bersebelahan dengan timbunan buku rampaian yang perlu ditanda.

Sesuai benar pasu itu dijadikan bekas habuk rokoknya. 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Teaching Outside the Box: How to Grab Your Students By Their Brains 
Teacher Appreciation Day (Picture Puffin Books) 

Khamis, Mei 13, 2010

CALLER SINAR FM

Hari Polis, polis naik gaji.
Hari Tentera, tentera naik gaji.

Hari Guru, guru kena bersih sekolah.

Selasa, Mei 11, 2010

KAMPUNG CETEK


 
PEMENTASAN TEATER MONOLOG ‘KAMPUNG CETEK’
Anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS),
Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru
dan Persatuan Kesenian Mahligai Pasir Gudang
• 21 Mei 2010 (Jumaat) : 8 malam.
• 22 Mei 2010 (Sabtu): 2.30 petang dan 8 malam.
Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor.
MASUK PERCUMA - SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut: RAR

MUSIM BADMINTON

Bandingkan pengcahayaan gelanggang dua kejohanan badminton di bawah. Sebagai penonton televisyen, aku lebih suka kejohanan Badminton Asia di India 2010 berbanding  dengan kejohanan lain.

Cahaya ke atas penonton tidak diperlukan kerana terlalu mengganggu mata, lebih-lebih lagi jika kerusi-kerusi cuma dipenuhi oleh penonton halimunan.


Kejohanan Badminton Asia di India 2010. Foto Reuters

Kejohanan lain. Foto: Hot-screensavers.com


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Skills, Drills and Strategies for Badminton (The Teach, Coach, Play Series)
Badminton Handbook: Training - Tactics - Competition

Ahad, Mei 02, 2010

SAWAN NILAM DEWANI

Gua tahu banyak duit habis bikin pementasan bangsawan. Bukan duit sahaja, masa dan tenaga juga habis. Beriya-iya benar kerajaan negeri menaja agar rakyat jelata tahu seni budaya yang semakin hilang ditelan zaman. Gua teringin nak tengok rupa bangsawan, lantas gua dail mesin masa gua ke masa hadapan:

Tajuk: Nilam Dewani
Genre: Bangsawan
Lokasi: Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tarikh: 7 Mei 2010
Sinopsis: Puspa Kencana Pura di bawah pemerintahan Raja Gemala Dewa dan permaisurinya, Ratna Seri Kesuma. Mereka mempunyai seorang puteri rupawan bernama Puteri Seri Nilam Dewani. Raja Demaga yang memerintah Mendam Pura dan terkenal dengan sikap bongkak telah menghantar utusan untuk memperisterikan Puteri Seri Nilam Dewani. Namun, Raja Gemala Dewa telah menukarkan anakandanya menjadi nyiur gading dan dihantar ke bumi sebagai helah untuk menghalang perkahwinan tersebut.

Warning: Spoiler ahead.

Oleh kerana gua pembayar cukai dan duit gua digunakan untuk menjayakan pementasan, gua berhak buat ulasan. Gua bagi hukuman, Nilam Dewani 2 bintang dari 5 bintang. Rungutan utama gua:
  1. Watak Entah Dari Mana: Ketika protagonis terdesak mencari jalan mahu menumpaskan Raja Kayangan, datang seorang pendita memberi senjata rahsia. Gua tahu la bangsawan ini tahyul campur fantasi tetapi sawan la jika mengeluarkan satu watak baru 3 suku cerita dengan tiba-tiba dan kemudian watak itu hilang tanpa penjelasan.
  2. Selingan Yang Tak Ikut Tema: Satu babak ke satu babak dipisahkan dengan nyanyian dan tarian. Apa yang gua musykil adalah selingan itu tiada kena mengena dengan naratif Nilam Dewani. Tarian zapin kreatif dan pop yeh yeh itu gua maafkan lagi tetapi bila dah masuk lagu Hindi dan The Beatles gua jadi sawan. Production design fail.
  3. Prop yang dibincang tapi langsung tak guna: Raja bagi satu senjata kepada puteri untuk melindungi dia sepanjang dia jadi kelapa. Then, that's it. Tiada khabar berita lagi tentang senjata tu. Langsung tak diguna dan disebut lagi selepas itu
Takkan langsung tiada yang bagus kata lu. Ada. Gua suka benda ni:
  1. Raja jin yang jahat ala Gollum dari Lord of The Ring. Kalau tak kerana watak raja jin ini, dah lama budak-budak asrama berbaju batik yang dipaksa hadir tu angkat kaki. Syabas!
  2. Kesan khas puteri bertukar menjadi pokok kelapa gading. Kagum juga gua bila kena tipu. Canggih kelapa tu tumbuh dari asap. Gua suka.
  3. Queen Kayangan yang king size. Memang kena pada wataknya.
  4. Pemuzik iringan. Memang mantap grup ni. 
  5. Busana kayangan warna warni retro fantasi dengan bahu terjongket dan ketiak bersayap. Memang out of this world.

Lu mesti kata, jangan pandai komen je, bagi la penyelesaian atau cadangan. Okay gua bagi cadangan.
  1. Buang watak pendeta berbaju cermin bulat dari sharperner pensil. Biar pawang hijau raja je yang bagi senjata daun kepada putera raja kurus.
  2. Ganti selingan muzikal dengan comic relief. Biar pengawal, inang dan menteri raja bergilir jadi pak lawak ketika selingan.
  3. Jangan libatkan nama Johor. Gua malu.
  4. Tukar bangsawan ni kepada genre sci-fi. Baru tak tahyul ngarut teater ni. Makhluk kayangan jadi makhluk planet asing. Sakti-sakti  tu tukar jadi laser dan gajet. Puteri jadi transformer jadi motorsikal.
Okay. Itu sahaja. Gua nak ke zaman persekolahan gua dan buat semula peperiksaan penilaian darjah 5.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bangsawan: A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera (South-East Asian Social Science Monographs) 
Hikajat Indera Bangsawan: Salinan kitab jang tersimpan di Bataviaasch Genootschap (Serie) 

Khamis, April 29, 2010

ADA APA DENGAN NAMA



Nasib Wan Iqbal berubah semenjak Wan Amir meninggal dunia. Siapa sangka, Wan Amir telah menamakan dia sebagai pewaris tunggal hartanya yang bernilai hampir 100 juta ringgit. Sekelip mata, Wan Iqbal menjadi jutawan.

Kini Wan Iqbal memiliki dua buah rumah agam. Satu diberi nama Villa Mega dan satu lagi Teratak Bidadari. Di Teratak Bidadari dia membela dua ekor kuda lumba Arab, seekor diberi nama Killjoy dan seekor lagi Pure Pistol. Petang-petang, setelah penat berenang di kolam renang saiz olimpik, Wan Iqbal akan menunggang Killjoy keliling estet tebunya.

Kebelakangan ini, selalu orang kampung yang ke bandar nampak Bento di hadapan restoran De Jiringa. Wan Iqbal tidak makan di warung lagi. Langsung tidak kena jika Bento, nama manja kereta Bentley Mulsanne yang juga diwarisi dari Wan Iqbal dari Wan Amir, parkir depan warung roti canai Nik Seman. Tetapi buat masa ini yang memandu Bento adalah Pak Jali. Wan Iqbal belum ada lesen.

Turut diwarisi adalah Hubris dan Semjaza tetapi Wan Iqbal tidak suka dengan nama mereka lalu di tukar kepada Toto dan Joni. Baru bunyi moden sikit. Kedua-dua toyol itu di ajar makan burger dan kentang goreng. Mereka nampak kurang gembira dengan diet baru itu tetapi Wan Iqbal yakin iklan-iklan di TV akan memujuk mereka tentang betapa sedapnya makanan itu.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The "Supernatural" Book of Monsters, Spirits, Demons, and Ghouls 
If the Devil Had a Wife: A True Texas Tale 

Selasa, April 27, 2010

SEJARAH MASA HADAPAN

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Mesin masa memang makan tenaga elektrik yang banyak. Sebaik sahaja kamu sampai ke satu tempat, bersegeralah caj semula mesin masa kamu untuk perjalanan seterusnya.


Jika kamu ke masa lampau, mungkin ada sedikit masalah kerana bekalan elektrik terhad atau tiada langsung. Maka, bawalah punca bekalan tenaga secukupnya. Bateri misalnya.

Saya lebih suka ke masa hadapan kerana bekalan elektrik mudah didapati. Tiada persediaan awal yang membebankan. Tetapi, jangan buat silap penalaan seperti saya.

Saya berada di masa hadapan yang gelap. Bukan sahaja di sini tiada punca elektrik, langsung tidak ada apa-apa wujud pun di sini. Sesiapa yang jumpa mayat saya, sila bawa pulang ke 20.10.2010 untuk disemadikan di kubur Mahmoodiah, Johor Bahru. Lagi pun itu tarikh yang baik untuk mati.


Pengembara Masa,
(tandatangan)
Tarikh: 31 April 2020



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Best Time Travel Stories of the 20th Century: Stories by Arthur C. Clarke, Jack Finney, Joe Haldeman, Ursula K. Le Guin, 
Traveler: A Science Fiction Novel of Time Travel 

AWANG

 Tuan-tuan yang dihormati sekalian.


Patik Awang. Nama patik pendek sahaja. Patik tidak dibenarkan menggunakan nama ibu bapa patik. Itu perintah Sultan.

Berdirinya patik di hadapan kalian semua, bukanlah sebagai pendekar, panglima atau menteri perang. Wakil Sultan pun bukan. Sebenarnya, patik adalah seorang banduan yang sudah 8 tahun dipenjara.

Patik dipenjara kerana membunuh ibu bapa patik. Patik dipenjara kerana membunuh adik beradik patik. Patik juga membunuh jiran-jiran patik. Patik juga membunuh orang yang patik tidak kenali ketika mereka sedang membeli belah di pasar. Patik tidak mengira, tetapi mengikut kata hakim patik telah membunuh 153 orang dalam satu hari. Dan mencederakan 30 yang lain.

Hakim mendapati patik seorang yang baran, kepala angin dan cenderung untuk mengamuk. Ini semua diluar kawalan patik, maka sebaiknya patik dipenjara bagi mengelakkan ramai orang mati.

Sepatutnya hukuman patik adalah sepanjang hayat. Tetapi hari ini, hari di mana raja kalian mengisytiharkan perang ke atas negeri patik, Sultan telah mengarahkan agar patik dibebaskan. Patik diberi persalinan lengkap dan dititahkan untuk berdiri di depan pintu kota ini dan menunggu kalian datang.

Selamat datang patik ucapkan kepada kalian. Boleh kita mula sekarang?

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Of Bersekers, Swords and Vampires: A Saberhagen Retrospective (Berserkers) 

Isnin, April 26, 2010

RAHSIA KAPTEN MALAM


Pagi ini Syafizan membuat kerja di makmal sambil bersiul-siul gembira. Sedang Syafizan mengelap balang berisi spesimen obor-obor berbisa, dia terdengar pintu makmal toksik dihempas. Syafizan menoleh ke arah pintu. Pakciknya, Dr. Azalan, melangkah masuk sambil menjinjing beg kotak aluminium. Dr. Azalan lewat 45 minit pagi ini.

Dr. Azalan berhenti di depan pintu. Dia menoleh ke arah Syafizan.

"Syafizan, mari sini."
"Baik Doktor."

Kalau ditempat kerja, memang Syafizan panggil Dr. Azalan sebagai doktor. Tidak professionallah kalau dia  memanggil bosnya Pak Long.

Syafizan duduk mengadap Dr. Azalan di meja. Dr. Azalan macam tidak bermaya. Mata putihnya kelihatan merah dan kulit sekeliling mata itu jelas lebam. Bibirnya pula kering dan pecah. Sah, malam tadi bukan malam biasa bagi Dr. Azalan. Suaranya lemah. Lemah sangat.

"Saya anggap awak macam anak saya sendiri. Awaklah orang yang paling saya percayai."
"Saya pun anggap Doktor macam ayah saya sendiri. Banyak saya terhutang budi dengan Doktor."
"Saya ada rahsia mahu beritahu kepada awak."
"Ya, Doktor?"
"Saya adalah sang adiwira, Kapten Malam."
"Biar betul ni. Jangan gurau camtu dengan saya Doktor."

Muka Dr. Azalan terus serius. Tiada tanda-tanda dia sedang bergurau. Dari lubang hidungnya darah mula mengalir. Percakapan mula bertambah perlahan.

"Syafizan. Saya ada rahsia lagi mahu beritahu awak. Saya akan mati bila-bila masa sahaja. Saya telah disuntik dengan racun TOX-24."
"Apa yang doktor kata ni?"
"Malam tadi saya bertempur dengan Ninja Kobra, saintis gila bertopeng yang membuat eksperimen secara rawak ke atas orang-orang awam yang ditemuinya."
"Astaga! Doktor tiada penawar untuk TOX-24?"
"Saya cuma ada rumusannya tetapi penawarnya belum siap lagi. Saya akan mati Syafizan."
"Tapi..."
"Awak tidak perlu cakap apa lagi. Dengar sahaja. Dalam beg ini ada kostum Kapten Malam. Saya wariskan kepada awak. Awaklah harapan kepada kesinambungan perjuangan Kapten Ma..."

Dr. Azalan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia mati dalam keadaan duduk dengan kepalanya terbaring atas beg aluminium berisi kostum Kapten Malam. Darah keluar dari hidungnya, mulutnya, matanya dan liang-liang kecil lain di tubuhnya. Itulah penangan bisa TOX-24.  Syafizan duduk terpegun. Perlahan-lahan airmatanya berlinangan. Mentor yang dia sayang telah pergi.

Sebagai Ninja Kobra, Syafizan pernah beberapa kali bertempur dengan Kapten Malam. Selalunya dia kalah dan melarikan diri kerana Kapten Malam adalah pakar dalam ilmu pertahanan diri. Malam tadi, Kapten Malam terpijak tompokan minyak lantas tergelincir. Kesempatan itu digunakan untuk mencucuk Kapten Malam dengan TOX-24. Syafizan langsung tidak menyangka bahawa musuh ketatnya adalah Dr. Azalan, Pak Longnya sendiri. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


......
P.S.
Tiada kena mengena dengan Kick-Ass (2010). Aku lebih terinspirasi dengan Unbreakable (2000) dan Watchmen (2009).



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Psychology of Superheroes: An Unauthorized Exploration (Psychology of Popular Culture series) 
Superheroes and Philosophy: Truth, Justice, and the Socratic Way (Popular Culture and Philosophy) 

Jumaat, April 23, 2010

JESSICA MENGGODA

Harris kenal Elmaniq sebagai seorang mamak yang rajin berniaga. Entah macam mana, suatu hari, Yahoo Messenger Elmaniq kena godam. Kini Elmaniq mengaku dirinya sebagai Jessica seorang penggoda.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Last Song
Eclipse (The Twilight Saga)

Khamis, April 22, 2010

PRESTASI FILEM MALAYSIA 2009



Gua buat kira-kira prestasi filem Malaysia 2009:

RM PRESTASI FILEM
4.00 juta Paling Kos Tinggi Bikin: Geng  
0.15 juta Paling Kos Rendah Bikin: Pulau Asmara
6.20 juta Paling Kutipan Tinggi: Geng
0.03 juta Paling Kutipan Rendah: Jomlah C.I.U.M 
-02.76 juta Paling Rugi Sell Out
4.37 juta Paling Untung: Jgn Pandang Belakang Congkak



62 pawagam   Paling banyak masuk pawagam: Senario The Movie (Beach Boys)
17 pawagam Paling Sikit masuk pawagam: Muallaf                                          
10 Cerita   Genre paling banyak dibikin Komedi
   
Dari 28 filem, gua cuma tonton 10. 
Paling gua suka dari 10 ni, Geng dan paling gua tak suka, Sifu dan Tongga.


Kira-kira ini berdasarkan statistik dari laman Finas: 

TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2009

Filem Kos/ Juta Kutipan/Juta Untung
Sell Out? 2.92 0.16 -2.76
Lembing Awang Pulang Ke Dayang 1.88 0.09 -1.79
Sayang 1.86 0.37 -1.49
Muallaf 1.30 0.19 -1.11
Talentime 1.30 0.42 -0.88
My Spy 2.00 1.19 -0.81
Duhai Si Pari-pari 1.30 0.58 -0.72
Rasukan Ablasa 1.50 0.82 -0.68
Setem 1.90 1.27 -0.63
Jin Hutan 0.63 0.23 -0.40
*JOMLAH C.I.U.M 0.20 0.03 -0.17
Pulau Asmara 0.15 0.04 -0.11
Jalang 0.68 0.67 -0.01
Maut 1.50 1.60 0.10
Momok The Movie 1.90 2.09 0.19
Skrip 7709 1.27 1.91 0.64
Syurga Cinta 1.50 2.38 0.88
Pisau Cukur 1.40 2.32 0.92
Sifu & Tongga 1.60 2.57 0.97
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys 1.70 3.09 1.39
Jin Notti 0.48 2.04 1.56
Jangan Tegur 1.72 3.42 1.70
Santau 1.72 3.48 1.76
Pappadom 1.44 3.37 1.93
Geng (Animasi 3D) 4.00 6.20 2.20
Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam 1.50 4.14 2.64
Jangan Pandang Belakang Congkak 1.72 6.09 4.37


*Tidak melalui Syarat Wajib Tayang

P.S.
Kalau ada yang nak audit, silakan. Gua add math gagal masa SPM.

Lawatan sambil belajar:
Avatar (Two-Disc Blu-ray/DVD Combo) [Blu-ray]
The Blind Side


Ahad, April 18, 2010

ETIKA KEWARTAWANAN

Merujuk kepada artikel Metro tentang satu blogger:
"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.
Blogger tersebut sudah membuat kenyataan umum di blog beliau bahawa suratkhabar telah misquote dia. Beliau dengan jelas mengaku bahawa beliau bukan pelopor dan beliau agak tertekan dengan teguran yang dibuat oleh blogger lain tentang isu ini. Sekarang bola dalam court wartawan yang menulis artikel. Wartawan itu, jika dia berpegang kepada etika kewartawanan, patut mengakui ralat dan memohon maaf.


Pesanan penaja:
The Big Short: Inside the Doomsday Machine

Jumaat, April 16, 2010

SEMIOTIK AIR KOTAK


Afimon sedang menghirup air kotak. Atas kotak itu ada paten tompok-tompok hitam putih lembu Eropah.

Aku tanya, "Air perasa apa tu?"
Dia jawab, "Perasa lembu."

Nasib baik tidak paten harimau belang atas kotak tu.

Khamis, April 15, 2010

GUA BLOGGER MISKIN JE


Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger:

"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.

Bila gua mula menulis blog pada 2001, dah ramai juga yang menulis blog peribadi pada masa itu. Tidak seorang pun dari mereka mengaku sebagai  pelopor.

Rabu, April 14, 2010

CITRA PUISI

Program Penghayatan Citra Puisi
Masa: 3-5 p.m.
Tarikh: 17 April 2010
Tempat: DBP Wilayah Selatan. Larkin Perdana. JB. Johor

Penganjur: DBP Wilayah Selatan dan Persatuan Seni Budaya

POHON KASIH TANPA PERMIT

Arahan semboyan dari Sindiket Sol-jah agar semua ahlinya bersiap sedia dengan tulisan untuk buku antologi cerita-cerita ringkas. Kelam kabut aku menulis:





......
Ajan dan Rima terjumpa benih ideologi terdampar di tepi pantai Laut Cina Selatan. Seminggu mereka menyembunyikan benih itu dan selama seminggu juga hidup mereka dihantui rasa takut. Takut dengan pihak berkuasa dengan topi keledar hitam.

Di Kuala Lumpur Baru, tempat mereka tinggal dan mencari nafkah, pohon ideologi adalah pohon terkawal. Sesiapa yang menyimpannya perlu membeli permit dan setiap bulan perlu membayar cukai ideologi yang amat mahal. Dan Ajan dan Rima orang miskin yang tidak mampu.

Pada hari ke lapan, Ajan dan Rima masuk ke dalam hutan dan menanam benih ideologi itu di sana. Maka, tumbuhlah pohon ideologi di dalam liar hutan dibelai angin dan disiram hujan. Dalam suasana tanpa baja, pohon itu tumbuh perlahan tapi tabah. Dahan-dahannya bercambah dan daun-daunnya menghijau.

Sebulan sekali Ajan dan Rima datang melawat pohon ideologi yang mereka tanam. Ajan gemar memakan buahnya. Manis macam buah rambutan madu tetapi keringnya seperti buah berangan goreng pasir. Rima pula gemar memetik bunganya. Kelopaknya merah darah berangkai tiga sebesar tapak tangan. Dan wanginya bagai harum rerumput kesejatan embun antara waktu subuh dan awal pagi.

Dalam masa dua tahun, pohon itu sudah menjadi lebih tinggi dari pokok-pokok lain di dalam hutan. Ini membuat Ajan dan Rima khuatir kerana jika pihak berkuasa dengan topi keledar hitam mendapat tahu, mereka akan dihukum penjara. Maksimum 11 tahun jika didapati bersalah. Lantas, mereka berdua mengambil keputusan untuk menebang pohon ideologi itu.

Malang tidak berbau. Pokok itu tumbang menimpa Ajan dan Rima. Maka, matilah mereka berdua di tempat kejadian sebagai korban pohon ideologi tanpa permit.

Isnin, April 12, 2010

ORANG JAHAT TERBAIK




Aku dan dia berbicara tentang syaitan dan wali. Dan tentang kejahatan dan kebaikan. Aku terinspirasi dengan wacana itu, lantas aku tweet, "lebih baik jadi orang jahat yang baik, dari jadi orang baik yang jahat."

Sekonyong-konyong ada orang retweet ayat itu. Aku menjadi bangga.

"Lihat, ada orang retweet aku."
"Of course, we'll never know how simple minded people can be."
"Jahat!" aku balas.
"Well," katanya, "lebih baik jadi jahat yg baik. Ha! Ha! Ha!"

Terkena aku dengan kata-kata aku sendiri.

Sabtu, April 10, 2010

LIMA BENDA BODOH YANG GUA TAK BUAT

Lima benda bodoh yang gua tak buat.
1. Pakai overall jeans macam petani Amerika Syarikat.
2. Membiarkan seluar kaki panjang hingga ke bawah tumit kasut. Masuk tandas habis kena najis seluar tu.
3. Pakai seluar londeh bagi menayangkan boxer berjenama.
4. Membiarkan sejemput rambut panjang macam ada ekor tikus.
5. Pakai seluar londeh hingga menayangkan cleavage bontot. Gua teringin ambil kemuncup dan selitkan di situ.

Setiap zaman ada busana gilanya. Ini giliran mereka. Tapi gua pernah gila pakai nike pump high cut gi bandar. Besar siak kasut tu. Rasa macam kaki transformer.

Jumaat, April 09, 2010

LIMA BENDA BODOH

5 Benda Bodoh Yang Pernah Gua Buat
1. Menari breakdance dalam dorm. Nasib baik tak patah tangan.
2. Pakai baju hawaii gi bandar.
3. Pakai seluar hawaii buat main bola.
4. Pakai baju snoopy ketat. macam pakai baju adik sendiri.
5. Pakai seluar bootcut. Ketat atas, labuh bawah.

Tapi syukorlah gua tak terpengaruh pakai baju windbreaker dan gantung CD kat leher.

Khamis, April 08, 2010

STOK CERITA UNTUK FILEM PENDEK

 Jimbo dah mabuk bikin filem. Dia nak quit jadi ahli muzik katanya.

"Jom bikin filem," ajak Jimbo.
"Bila?"
"Esok."
"Gila."

Aku pun bongkar fail, tengok stok cerita ada yang boleh shoot:-
  1.  Menjinak Nafsu - Prequel kepada seorang gila di Pontian. Tidak boleh shoot sebab belum jumpa bakat yang boleh menjiwai watak seorang guru yang memotong nafsunya demi keselamatan anaknya. Ngeri psiko cerita ni.
  2. Cincin Suasa - Cinta perlu pengorbanan yang lebih dari itu. Ini sebuah magnum opus. Aku tidak boleh shoot dengan kamera henpon je. Aku perlu crane untuk gerakkan kamera.
  3. Mata Maut - Tragedi pengkhianatan. Prequel kepada pertualangan Si Bongkok Tanjung Puteri. Ini sebuah filem aksi persilatan purbawara. Aku tak fikir Jimbo yang anti-fitness tu sudah bersedia. Lagi pun aku tidak tulis habis lagi skripnya.
  4. Kerajaan Laut - Kisah pengikut kepada orang gila. Kena bina kapal untuk filem ni. Mana mahu cari kos?
  5. Kesumat - Kisah dendam seorang kakak yang dituntut sampai ke akar umbi. Baru siap separuh je draf pertama.
  6. The Gift - Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sebuah drama kemaafan derita zaman Jepun. Masaki dah balik Tokyo. Mana nak cari pelakon?
  7. Rahsia - Kisah seorang adiwira dan musuh ketatnya bertembung dalam falsafah metodologi kehidupan. Perghhhh! Sebenarnya tak mula tulis pun lagi.
Pendek kata, tiada cerita yang readily available untuk shooting.
"Nanti on the way ke lokasi kita fikirkan la nak shoot cerita apa," ujar Jimbo.

Gerila betul Jimbo ni.

"Jom. Kita gi masuk hutan Mersing, buat dokumentari pasal bigfoot," kata aku.
"Tak mahu la. Bukan aku takut tapi dalam hutan nak makan apa? Tak jumpa nasi sehari, aku pengsan."

Khamis, April 01, 2010

TIADA CARA SALAH BIKIN FILEM


Trut! Trut! Trut! Bunyi telefon gua. Nama Jimbo keluar di paparan.

"Gua ada idea gila." Mmm... apa lagi yang baru? Bukan semua idea Jimbo gila ke?
"Apa?"
"Gua dah tolong Masaki buat cerita. Sekarang amacam kalau kita paksa Masaki bikin filem kita?"

Sebenarnya, Jimbo bukan bantu bikin filem Masaki tetapi filem Otama, anak Masaki. Masaki cuma pembantu pengarah merangkap jurukamera untuk anak dia. Cerita mengisahkan makhluk asing mendarat di Malaysia. Filem ini bakal masuk festival filem kanak-kanak peringkat sekolah kebangsaan Jepun.

Sepatutnya gua pun berlakon tetapi produksi tak cukup bajet beli aluminium foil untuk balut badan gua jadi alien. Jimbo seorang je jadi alien. Dia pakai kostum aluminium foil. Dah macam orang pakai cawat besi dan bra besi lagaknya. Dia berdiri belakang kapal angkasa alumium juga. Nampak macam gerai roti canai pun ada.

Gua datang lokasi menyibuk. Buat-buat muka merajuk tidak dapat berlakon. Sebenarnya gua syukor.

Gua datang bawa skrip The Gift yang gua bikin malam tadi secara terkial-kial.  Kalau produksi boleh luang satu hari di kawasan Desaru, memang boleh bikin filem ni. The Gift adalah sebuah filem seni kemanusiaan lima bintang tentang memohon kemaafan dosa silam zaman perang dunia kedua dahulu. Bangga gua dapat bikin skrip sebegitu dalam masa 24 jam.

Jimbo bagitahu gua, filem alien tidak siap shooting lagi. Anggaran satu hari siap, tapi dah masuk 3 hari tak siap-siap lagi. Memang susah dan makan masa nak buat sci-fi. Nak bikin 'gerai roti canai' je ambil masa 3 jam. Dalam film final tak sampai 1 minit pun babak 'gerai roti canai' terhempas.

Maka, gua koyak-koyak je skrip The Gift tanda protes.

Esoknya.

Trut! Trut! Trut! Bunyi telefon gua. Nama Jimbo keluar di paparan.

"Produksi alien stop hari ni. Pelakon kanak-kanak yang diperlukan pergi sekolah. Boleh shoot malam je. Jom shoot filem kita pulak."
"Nak pakai kamera siapa?"
"Kamera HD Masaki la."
"Ada disk space cukup ke?"
"Ada."

Gua tanya macam-macam. Bagi macam-macam alasan. Sebenarnya gua macam keberatan. The Gift tu perlu persediaan lokasi, kostum period dan latihan pelakon. Buat ala bidan terjun je memang tidak jadi.

Tetapi, gua datang juga ke rumah Jimbo.

Otama sedang tidur. Masaki pulak sedang sidai baju. Jimbo sedang goreng spagetti. Timmy, tukang kebun Jimbo, sedang layan Facebook. Dasar!

Bateri kamera HD Masaki dah kong. Belum caj. Tetapi boleh guna kamera gua yang LD (lo-definition). Ada 50% hayat bateri sebab gua tak caj. Itu pun nasib baik ada mini DV tape extra baki dari projek video pengantin.


Sekarang ada waktu dari 11pagi sampai 7 petang. Pelakon available Masaki, Otama, Jimbo, Timmy dan gua. Minta pula macam-macam. Nak filem fight. Nak filem samurai. Nak filem hardcore punk. Gua mesti buat cerita baru segera. Recce lokasi segera. Shoot. Memang kelam kabut hidup gua. Lu ingat bidan je terjun, sutradara filem pun boleh terjun juga.

Tetapi Tuhan maha kuasa. Ilham turun dari langit. Turun cerita Pemandu Pelencong. Shoot lokasi bawah jambatan. 2 jam kemudian bateri kong. Singgah makan tengah hari  kat warung sambil caj bateri kat soket dinding warung. Kemudian balik lokasi. Sambung shoot lagi.

Pendekkan cerita, 24 jam pra-produksi, produksi, pasca-produksi. Dah boleh tayang dah sekarang. PM Razak pun tak sepantas gua dalam bab bikin filem segera ni. Mutu? Kita tunggu dan tengok orang bakar panggung ke tak.

Seronok tu memang seronok tetapi letih juga bikin projek begini. Kalau kapal angkasa alien boleh keluarkan roti canai masa ni, sedap gak layan.

Isnin, Mac 29, 2010

PUNK INGAT MATI

Gua tak kenal sangat band-band indie sebab gua indie bab terbit buku dan filem pendek. Jadi, gua amik inisiatif la untuk kenal-kenal band-band dalam scene indie. Yang membantu gua dalam proses suaikenal adalah Jimbo dan Syed Sireh. Gua downline diorang.

Bila mesyuarat dengan diorang di tempat biasa, ramai juga la budak-budak scene yang gua kenal. Sampai gua pun kena cop sebagai crust. Gua senyum je. Balik gua tengok Urbandictionary:
Crust: the most extremist version of punk.
Gila ah.

Antara band indie Johor Bahru yang gua kenal adalah band ska Plague of Happiness. Diorang punya terkenal dalam litar indie sampai tour ke Indonesia. Tapi diorang tetap rendah diri kalau borak-borak ngeteh... eh ngeteh pulak, kalau mesyuarat di tempat biasa. Ya, mesyuarat.

Jadi, bila Plague buat show kat IOI Mall Kulai sempena Earth Hour, gua support la. Kampung gua tu. Gua berdiri depan sekali. Tiba-tiba ada orang tegur,

"Pakcik buat apa kat sini?" Amir. Anak sedara gua daaa.  Kami bersalaman. Dia cium tangan.
"Pakcik layan band kawan pakcik ni."
"Siapa?"
"Tu. Budak Naz Plague."
"Kawan pakcik?"
"Kau tak percaya ke? Kau ni buat apa pulak kat sini? Kan kau shuffle."
"Amir dah tukar."

Bila muzik mula, Amir dan kawan-kawan dia menari. Dia tak crust lagi. Belum diamond level. Gua goyang badan sikit-sikit je. Maintain kool.

Kalau gua mati nanti... Ya. Memang gua kata kalau gua mati nanti. Crust pun ingat mati apa. Itu pasal banyak motif-motif tengkorak atas baju mereka. Kalau gua mati nanti, agak-agaknya macam-macam bentuk orang lawat kubur gua. Mesti kumpulan yang lagi satu tertanya-tanya, diorang ni salah kubur agaknya.

Itupun kalau diorang ingat kat gua la.

Ahad, Mac 28, 2010

PENONTON DAPAT KEJUTAN BONUS

 Otama Chan bangga dengan lesung pipit

JOHOR BAHRU: Penonton yang hadir ke majlis tayangan filem pendek anjuran The Wonderspace mendapat kejutan bonus apabila penganjur mengeluarkan acara ekstrim berupa tarian ketuk kaki (Tap Dancing) yang dipersembahkan oleh Otama Chan, 11 tahun.

Mengikut agenda asal, penganjur majlis cuma menjanjikan tayangan filem pendek Pemburu Buaya Darat arahan Tok Rimau, Hangus arahan Dean Sham dan Aturan Mondok arahan Masaki Kobayashi untuk Sabtu 2.30 p.m. 27 Mac 2010 di Auditorium JOTIC, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Namun begitu, penganjur dengan murah hati, menambah persembahan khas berupa tarian ketuk kaki. Otama Chan adalah penari ketuk kaki professional diterbangkan dari Jepun. Beliau belajar menari sepanjang hayatnya untuk menguasai seni ketuk kaki. Beliau belajar dari ibunya, yang juga seorang penari professional.

Tidak cukup dengan tarian ketuk kaki, khalayak juga dipukau dengan dua filem pendek arahan Otama Chan bertajuk Bola dan Patung Hidup. Bola ditayangkan lengkap dengan sarikata Bahasa Melayu yang tunggang terbalik macam sarikata DVD cetak rompak Malaysia, sebuah penghargaan kepada industri perfileman tempatan.

Patung Hidup pula adalah filem stop-motion animation berkisar tentang  patung yang bertukar jadi kanak-kanak. Sebenarnya penulis hanya teka tajuk dan jalan cerita kerana tiada sarikata untuk filem ini. Difahamkan Otama Chan pernah memenangi sayembara filem kanak-kanak peringkat kebangsaan Jepun. Beliau belajar dari ayahnya, yang juga seorang pembikin filem.

“JOTIC ni sebelah mahkamah tu?pasal ape aku pegi tadi ada budak2 main biola jeee..dari jauh aku datang...bingit betul!!,” katanya seorang pengunjung bernama Julie yang gagal cari tempat kejadian yang tidak ditemui, di sini, semalam. 

Lebih memeranjatkan penonton adalah bila sebuah filem lama pra-911 bertajuk Sebening Subuh Di Johor Bahru arahan Masaki Kobayashi turut ditayangkan. Filem ini diterajui oleh mondok otai nombor satu kawasan selatan, Encik Jimbo Ulutiram. Penonton terkejut melihat Jimbo Ulutiram mendalami watak penuh bergaya sehingga sanggup berkorban menurunkan berat badan ke 70 kg.

Sebening Subuh Di Johor Bahru mengisahkan budak-budak scene punk Johor Bahru tidak pedulikan rayuan Jimbo yang sering pow duit kawan-kawan. Scene punk mengalami dekonstruksi di tangan pembikin filem ini yang turut memuatkan lagu latar tekno sepanjang perjalanan heronya. Difahamkan tiada pelakon lagak ngeri digunakan apabila Jimbo dibelasah oleh samseng kongsi gelap. Memang dia kena belasah betul-betul.

Jimbo dipetik sebagai berkata, "Lu tak percaya itu gua? Memang gua kurus dulu. Ek eley, lu memang tak percaya semua benda. Lu gak tak caya cinta. C.I.N.T.A."

Kedati pun (betul ke cara guna perkataan ini?), penganjur masih belum serik. Beberapa siri tayangan filem-filem DIY indie gerila apakejadah telah dirancang untuk masa depan. Kita tunggu apakah kejutan yang selanjutnya.

....
Jangan lupa baca laporan wartawan Harian Misteri.

Jumaat, Mac 26, 2010

THINGS TO DO

Lepas Asar ni gua gi padang. Ada netball game. Bukan gua yang main. Gua sokong je.

Lepas Isyak gi the Zone. Plague of Happiness perform malam ni kat sana. Esok kat IOI Kulai. Gua singgah sekejap nak bagi Naz P.O.H DVD yang dia order.

Sebelum tengah malam lari ke Singapore dengan Jimbo. Amik Masaki kat Changi Airport.

Esok petang, tayang filem pendek kat JOTIC.

Malam kira kerugian. Hi hi hi. Itu dah tentu. Buat kerja-kerja ngarut ni bukan ada untung. Yang penting enjoy.

...
Tayangan Filem2 pendek: Pemburu Buaya Darat arahan Tok Rimau, Hangus arahan Dean Sham dan Aturan Mondok arahan Masaki Kobayashi.
Sabtu. 2.30 p.m. 27 Mac 2010. JOTIC, Jalan Ayer Molek. Johor Bahru.

Ahad, Mac 21, 2010

KARIPAP-KARIPAP CINTA


Kalau aku menjadi seorang guru, serba sedikit dapatlah aku kumpulkan pahala bagi timbal balik timbangan dosa-dosa yang banyak milikku. Aku ini bukan orang suci. Aku berharap aku ini diampunkan oleh Tuhan dan manusia. 

Terlalulah jahat aku ini hingga Nazri M. Annuar menggunakan nama aku sebagai watak jahat dalam bukunya, Karipap-Karipap Cinta (boleh didapati di mana-mana toko buku).
 The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires.
-- William Arthur Ward
Aku rasa aku telah menjadi guru yang baik. Aku adalah sumber inspirasi. Orang jahat pun ada gunanya dalam dunia ini.


....
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Selasa, Mac 16, 2010

TIDAK PEDULI - YOUNG AND DANGEROUS



Penerbit: Pulut Iskandar
Colorist: Razaisyam Rashid
DOP/Editor: Dean Sham
Pengarah: Toqreemaow

Gua seronok bergotongroyong bikin video ini bersama rakan-rakan. I love u all!

......
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Ahad, Mac 14, 2010

LEBIH ANGIN UNTUK KETIAK

Gua tak main badminton tapi gua layan siaran langsung All England 2010. Busana sukan yang paling musim tahun ini adalah baju lengan sebelah. Gua ingat esok gua nak kerat baju gua sebelah lengan kanan, dan jalan kat bandar. Baru ikut peredaran zaman.

Untuk advance selangkah mendahului zaman, gua akan kerat kaki seluar sebelah kiri juga. Kira gua paling moden kat bandar esok.

p.s.
Yang cat biru kat kaki Lee C.W tu apa? Ini mesti pengaruh filem Avatar.
....
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Sabtu, Mac 13, 2010

GOSSIP TERBARU

Petang itu Zila dan Shima duduk berborak di tangga rumah seperti biasa. Seperti biasa juga, agenda mesyuarat petang adalah kemas kini maklumat terbaru tentang aktiviti jiran-jiran lain di kampung mereka. Di atas, di dalam bilik, suami Zila sedang sibuk mengemas beg.

"Abang nak gi nikah bila bang?" tanya Zila kepada suaminya.
"Pukul 7.30 lepas maghrib abang pergi la."
"Nanti balik bawakan Zila nasi kenduri ya."
"Baiklah."

Shima menegur dengan muka kagum,"Eh, Zila. Laki kau pergi nikah, kau selamba je. Memang kau ni keramat hidup. Sah ahli syurga." 

"Laki aku part-time amik gambar orang kahwin la."
"Ohh! Kisahnya."


....
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Jumaat, Mac 12, 2010

RASUAH LAGU


Afimon belajar nyanyi di taska. Tetapi dia tidak pernah mahu nyanyi apa-apa di rumah.

Suatu hari Afimon datang kepada aku dan meminta, "Nak susu."
"Ada banyak belajar lagu kat sekolah kan?"
"Ada. Tapi nak susu."
"Boleh buatkan susu tapi nyanyi satu lagu dulu."
"Okay. Happyyyy birthdayyyy toooo youuu. Happyyy birthdayyy tooo youuuu..."

Mmm... Bukan harijadi aku tetapi okay la. Lagu la juga tu.


.......
ps. Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Isnin, Mac 08, 2010

ATURAN MONDOK (trailer dari Jepun)

Hari tu gua dapat dua tiga klips je dari Jepun. Gua gaul-gaul, gua buat trailer guna lagu Hellexist. Gua published kat Youtube.

Director Jepun amik trailer gua, gaul-gaul, voila... trailer baru. Dengan lagu yang lebih awek-friendly. Market kena jaga.


The Wonder space mempersembahkan sebuah produksi independent. Cerita dan arahan dari Masaki Kobayashi (Jepun). Membariskan pelakon2 muda tempatan Arif Lokheng, Fara  Bakarbatu, Yalynn Psb dan Hailmy Paritsulong, yang pasti memberikan suatu pengalaman baru untuk hidup anda..

A) Maklumat Penting

Tarikh : Sabtu, 27 Mac 2010
Tempat : Auditorium Jotic, Johor Bahru, Johor
Bayaran : RM10 untuk 10 orang terawal (bayar sebelum 26 Mac), RM15 (pada hari tayangan) RM30 (set istimewa dengan t-shirt, sila sertakan saiz baju anda)
Masa : 3.00pm to 5.00pm (pintu dibuka jam 2.30pm)

B. Aturcara

2.30 pm Pendaftaran & pintu dibuka
2.45 pm Kata2 aluan Penganjur
3.00 pm Tayangan filem pendek

a) Pemburu Buaya Darat - Tok Rimau
b) Hangus - Deansham, Lakonan Pipiyapong
c) Tayangan muzik video eksklusif. Young and Dangerous, Plague of Happiness

3.30 pm Tayangan perdana 'Aturan Mondok'
4.20 pm Q & A bersama Masaki Kobayashi
4.50 pm Ramah mesra & sesi beli cenderahati
5.00 pm Bersurai

C. Pembayaran Tiket
 Sila bank in ke akaun CIMB (Syed Syahrul Zarizi b Syed Abdullah) 12320067858528 sebelum hari kejadian. Sila print/capture screen/scan resit/send transaction notification  ke syed.syahrul@gmail.com dengan tajuk 'Aturan Mondok' sebagai bukti pembayaran. Nama anda akan disenaraikan dalam senarai kehadiran secara otomatik.
...
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Jumaat, Mac 05, 2010

BAYI MATI TERABAI

 Aku baca kat BBC pasal bayi mati sebab mak bapak khayal kat cybercafe. Kasihan. Digimon di Internet disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Musim kemarau ni pula, ada juga tuan yang ladang Farmvillenya subur tapi rumpun pandan depan rumah mati kekeringan. The matrix is already here.

Nak telan pil birulah.

...
Buku yang sempurna sebagai hadiah harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah boleh beli DI SINI.

Khamis, Mac 04, 2010

BELI BUKU SALAH LORONG

Penyelenggara blook pertama di Malaysia (Jiwa Kacau), Basri Nor Mohd. bikin hal lagi. Kali ini dia menyelenggara blook Salah Lorong oleh Dugong Senyum.

Review dari gua:
Dugong adalah seorang lelaki biasa di Kuala Lumpur. Dia sayang isteri dan anak-anaknya. Pagi-pagi dia menempuh trafik untuk berkerja. Dia ada bos dan dia ada rakan sekerja.  Dia juga ada rakan-rakan bukan sekerja untuk sesi ngeteh. Tulisannya adalah wakil suara lelaki-lelaki biasa mencari rezeki di ibukota.

Apa yang tidak biasa adalah refleksi Dugong yang tajam terhadap kehidupan dan persekitaran. Apa yang tidak biasa adalah deria humor Dugong terhadap perkara-perkara yang kita ambil serius. Dan satu lagi, apa yang tidak biasa tentang Dugong adalah rasa cintanya terhadap makanan.

Membaca cerita Dugong tentang makanan akan membuat pembaca lapar.

Salah Lorong adalah buku komedi yang serius.

 Boleh beli DI SINI.
.........................................

Buku yang sempurna sebagai hadiah sesuai untuk harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah pula boleh beli DI SINI.

Rabu, Mac 03, 2010

MOBILE LEARNING USING TWITTER

Soalan Peperiksaan Akhir:
Buat karangan tentang bagaimana anda menghabiskan cuti penggal ketiga yang lepas. Tidak lebih dari 140 aksara.

Isnin, Mac 01, 2010

TAYANGAN FILEM ATURAN MONDOK





The Wonder space mempersembahkan sebuah produksi independent. Cerita dan arahan dari Masaki Kobayashi (Jepun). Membariskan pelakon2 muda tempatan Arif Lokheng, Fara  Bakarbatu, Yalynn Psb dan Hailmy Paritsulong, yang pasti memberikan suatu pengalaman baru untuk hidup anda..

A) Maklumat Penting

Tarikh : Sabtu, 27 Mac 2010
Tempat : Auditorium Jotic, Johor Bahru, Johor
Bayaran : RM10 untuk 10 orang terawal (bayar sebelum 26 Mac), RM15 (pada hari tayangan) RM30 (set istimewa dengan t-shirt, sila sertakan saiz baju anda)
Masa : 3.00pm to 5.00pm (pintu dibuka jam 2.30pm)

B. Aturcara

2.30 pm Pendaftaran & pintu dibuka
2.45 pm Kata2 aluan Penganjur
3.00 pm Tayangan filem pendek

a) Pemburu Buaya Darat - Tok Rimau
b) Hangus - Deansham, Lakonan Pipiyapong
c) Tayangan muzik video eksklusif. Young and Dangerous, Plague of Happiness

3.30 pm Tayangan perdana 'Aturan Mondok'
4.20 pm Q & A bersama Masaki Kobayashi
4.50 pm Ramah mesra & sesi beli cenderahati
5.00 pm Bersurai

C. Pembayaran Tiket
 Sila bank in ke akaun CIMB (Syed Syahrul Zarizi b Syed Abdullah) 12320067858528 sebelum hari kejadian. Sila print/capture screen/scan resit/send transaction notification  ke syed.syahrul@gmail.com dengan tajuk 'Aturan Mondok' sebagai bukti pembayaran. Nama anda akan disenaraikan dalam senarai kehadiran secara otomatik.
Trailer:


Join via  Aturan Mondok FB Event

Rabu, Februari 24, 2010

ENTRI BERANTAI

Assalamualaikum,
Saudara yang dikasihi. Sesiapa yang copy dan paste entri ini dalam blog mereka sendiri sambil meninggalkan link ke blog ini (http://tokrimau.blogspot.com) maka dia akan memperoleh rezeki melimpah ruah.

Awang Ayob bin Awang Kasimin berbuat demikian, dia menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Brunei.

Tengku Salimah bte Tengku Samad berbuat demikian, dia disahkan mengandung setelah disahkan mandul oleh doktor 2 tahun sebelum itu.

Jika saudara membaca tetapi tidak berbuat seperti arahan, maka mala petaka akan menimpa.

Harris Maulana bin Ismail Maulana buat arahan tetapi tidak tinggal link, roller coaster yang dia naiki terkeluar dari landasan dan menjunam di tempat jualan tiket. Dia mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Ambulannya terlanggar tiang lampu isyarat.

Sam Saniman A/L Ehya Siol cuma copy separuh dan menang loteri sejumlah empat juta tetapi tiket loterinya disahkan palsu oleh pihak berkuasa.

Justeru itu, berbahagialah sesiapa yang copy dan paste entri ini dalam blog mereka sendiri sambil meninggalkan link ke blog ini (http://tokrimau.blogspot.com).

KURANGKAN PENUMPAHAN DARAH

E22 adalah lebuhraya baru menghubungkan Senai-Cahaya Bahru, 50km antara satu sama lain.

Setelah beberapa kali aku menguji jalan ni, aku dapati ikut jalan lama rasa lebih cepat. Jalan baru E22 ni rasa bosan. Perjalanan rasa semakin panjang.

Mata makin ngantuk. Ini punca banyak kemalangan jalanraya.

Kiri kanan jalan E22 tiada pandangan yang merangsang. Patut la awek jaga tol tu nampak cun, setelah berjam-jam tanpa pandangan menarik, muka awek mana pun boleh jadi cun dipandang.

Tepi lebuhraya PLUS berdekatan dengan kawasan Nilai, ada satu papan iklan besar tentang kedai alat pengantin. Atas iklan itu ada model pakai baju pengantin kemerahan dengan pose meniarap. Tersenyum macam best.

Buruk betul iklan itu.

Masalah iklan itu entah di mana, modelnya ke? Photoshopnya ke? Entah la.

Aku bukan nak selesaikan masalah iklan itu tetapi aku nak selesaikan masalah negara yang lebih besar. Kemalangan maut yang menjadi-jadi di lebuhraya.

Walaupun iklan kedai pengantin itu hodoh, ia berjaya merangsang mata untuk terbuka. Hilang ngantuk pemandu.

Maka, aku menyeru agar didirikan lebih banyak iklan yang menjolok mata sepanjang lebuhraya bagi mengelakkan pemandu mengantuk. Jangan biarkan lebuhraya kita membosankan.

Nah aku dah selesaikan satu masalah negara.

Selasa, Februari 16, 2010

AWAS


Di manakah mata pihak-pihak berwajib? Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MPJBT) perlu memberi perhatian tentang hal ini. Bak kata pepatah, jangan sampai ada bontot yang sudah koyak baru nak terngadah.

Sekian, Karam Tok Rimau Walia melaporkan dari Taman Permainan Hutan Bandar Mutiara Rini.

Jumaat, Februari 12, 2010

PRA-TAYANG



Belum siap lagi. Masih work in progress. You can't rush art. Ini bukan projek bikin kapal selam. Kerja seni tidak boleh gelojoh.

Khamis, Februari 11, 2010

BUKU KEKAH SAMPAI JB HARI SABTU

Ada la satu Sol-jah ni. Dia MMS gua gambar sesi pra-otograph buku Siapa Kekah Bidan Sepiah. Dia tulis juga, "Kitaorang sedang sign buku. Lu takde, nasib la."

Gua memang tak pergi KL untuk Maskara Februari. Gua ada Urusan Seri Paduka Baginda sebagai penghalang. Bukan sengaja pun.

Jadinya sesiapa yang dah beli Siapa Kekah Bidan Sepiah, mereka dapat semua tanda tangan ahli Sol-jah kecuali gua.

Ada mamat sound gua kat FB, "Gua ada semua tandatangan kecuali lu. Nak buat macam mana ni?"

First and foremost, sign-sign buku ni memang perangai rockstar tak ingat. Bukan Sol-jah nak riak bangga diri ke apa. Ish, perangai tempah neraka tu. Tujuan sign buku ini adalah untuk meningkatkan harga buku. Untuk keuntungan masa tua pembaca juga.

Nombor satu, buku Sol-jah cetakan terhad. Rare. Gua cakap lu.

Nombor duanya, jika salah seorang dari Sol-jah mati. Atau dua orang. Atau semua mati. Jet peribadi kami terhempas misalnya. Buku ini akan bertambah rare. Lagi melambung harga kalau lu simpan signature orang dah mati.

Ketiga, lepas baca lu boleh ajak kawan-kawan main role playing game Harimau Jadian. Panduan dan cara-cara bermain ada dalam buku ini. Ini pertama dalam dunia orang buat buku interaktif. Rare gila tu.

Memang sekarang harganya RM20, tetapi bila buku ini habis dijual, ia jadi makin rare. Harga makin naik. Lu kena simpan baik-baik balut dengan plastik.

T-Shirt Nirvana dengan tanda tangan Cobain masa keluar dulu harga RM20 je. Sekarang kat bundle pun jual RM500.

Gua pun memang ada simpan beberapa naskah buku Sol-jah dengan tanda tangan lengkap ahli. Kalau gua mati kelak, buku ini boleh buat pelaburan.

Ada awek sms gua, "Bang, saya ada buku Sol-jah yang ada gambar bontot-bontot lelaki tu. Sekarang saya nak yang ori- Mwah! Syasha."

Ish, mana awek ni dapat nombor gua. Mmm... entah-entah bukan awek pun. Takuttttt.

Kembali kepada thesis statement.

Apa yang gua nak fokus sebenarnya, Buku Siapa Kekah Bidan Sepiah ini memang rare. Belilah untuk jaminan hari tua anda.

Kalau ada tanda tangan Sol-jah yang kat KL lagi la rare. Kalau lu boleh tangkap gua untuk lengkapkan tanda tangan, lagi rare buku tu. Lu sorang je ada.

Macam treasure hunt. Buku-buku Alaf 21 mana fun begini? Kan?

Okay, 10 naskah buku akan sampai di JB malam Sabtu ni. Mana-mana pergi gua bawak dalam beg. Gua akan makan sekitar JB. Kalau gua banyak duit, mungkin kat hotel 5 bintang. Kalau takde duit, warung belakang jalan Meldrum pun gua layan.

Kalau lu nampak gua, lu tegur. "Psttt, brader... lu ada barang tak?"

p.s.
Sesiapa yang tak suka direct selling, boleh la beli via online di SINI.

Rabu, Februari 10, 2010

GOOGLE BUZZ REVIEW

9 am today I got to know about Google Buzz launch news but the Buzz did not appear on my Gmail account. Only at 9 pm, when I logged on my Gmail, I found the Buzz on my Gmail account.

Like a kid with a new toy, I am so excited. Here's my review after an hour of Buzzing.

1. The Buzz is fairly easy to use.
2. I like the way it pulls info from my blogs, flickr and youtube.
3. I strongly feel it should be called Gbuzz instead of Google Buzz.
4. It is yet to connect to my twitter. Why?
5. So far, my buzzing is limited to other Gmail users. I dont know whether I can connect to Non Gmail users. I'll explore later.
6. I can read comments from the Buzz. I hate it when the same comments are sent to my inbox. Redundancy occurs.
7. My friend Jimbo buzzed at 11.21 am. He got into it earlier than me. Damn. My first buzz was at 9.39pm.
8. I guess there's no limit to the number of characters you can type. So, you can microblog or macroblog. I prefer the standardized twitter limit for everybody. So, everyone's is microblogging. If you want to go macro, you should write on your blog and just tweet the url.
9. Too much white space. Half the width of the column should be enough for me.
10. If the buzz has all the features of twitter and facebook, will it be penalized under anti-monopoly act?
11. Now I have all these social media accounts, I am confused when best to use google buzz and when to use the others.

That's it so far. I will explore more and read reviews by others.

Selasa, Februari 09, 2010

3 LAWAN 3



Beep. Beep. Beep. Spalding hantar SMS, "Jumpa di Muzium nanti."

Bulan lepas aku nampak iklan, 3-on-3 Basketball Tournament di Kompleks Sukan. Aku buat tidak tahu. Tidak khabarkan pun kepada kawan-kawan gelanggang aku, kawan-kawan basketball yang main setiap hujung minggu.

Tahun lepas aku dan kawan gelanggang masuk kejohanan dalam kategori Non-Chinese. Perkauman betul format ini.

Format ini wujud dengan andaian Cina lagi handal main basketball berbanding kaum lain di Malaysia. Kami pun terpedaya dengan propaganda yang sama. Andaian kami, jika kami bersaing sesama bangsa, lebih mudah untuk menang.

Apa yang kami lepas pandang adalah Non-Chinese juga bermakna Arab, Kazakstan, Iran dan lain-lain bangsa yang belajar di Universiti Selatan akan masuk kategori ini. Memanglah kami kalah teruk lagi lengit. Nasib baik kami bagi nama team kami Roti Tampal Goyang, bukan Lenjan Maut, Beruang Brutal dan nama-nama lain yang menggambarkan ketangkasan dan kehandalan.

Itu tahun lepas.

Pun begitu masa kejohanan berlangsung tahun lepas, pemain-pemain Melayu yang dalam main kategori terbuka tidak kurang hebatnya. Pada pendapat aku Melayu main basketball lebih mirip dengan mainan Negro berbanding dengan Cina yang main ala Mat Salleh. Melayu main basketball macam bersilat. Banyak bunganya. Fancy. Sedang Cina pula main tegak macam Tae Kwon Do. Straightfoward. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tapi ini semua generalisasi. Tidak semua Cina pandai main basketball. Dan, tidak semua Melayu pandai main takraw. Kita tinggalkan isu perkauman ini di luar. Semoga baju batik 1Malaysia dapat menyelesaikannya.

Minggu lepas, tahun ini, Abang Halim telefon aku. Dia perlu seorang lagi ahli untuk mencukupkan team 4 orang untuk 3-on-3. Seorang itu rizab. Aku tidak boleh kata NO kepada Abang Halim. Bukan kerana dia persuasive, tetapi kerana dia lebih tua dari aku. Umurnya 50. Malulah aku yang lebih muda tidak menyahut cabaran.

Maka, lengkaplah satu pasukan bola keranjang. Aku, Mik, Zizan dan Abang Halim. Jumlahkan usia kami semua, 152 tahun. Sedangkan ahli team lain semua bawah 30an. Kalau jumlahkan usia ahli team lain, lebih kurang 100 tahun maksimum.

Setelah undi dicabut, kami berada dalam kumpulan D. Lawan-lawan kami adalah The Xtremes dan The Wonder Boys. Kedua-dua team ini adalah campuran Cina dan Melayu tetapi majoriti Melayu. Aku kenal mereka. Mereka adalah wakil universiti dan kolej-kolej untuk basketball. Aku tepuk dahi mengeluh. Kami telah menempah maut saiz XXL.

Abang Halim daftarkan nama team kami sebagai Blast From The past. Huh! Kalau kalah pun tak malu sangat. Kan?

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Game kami menentang The Xtremes pada pukul 11 pagi. Dan menentang The Wonder Boys pula pada pukul 2 petang. Ya, matahari terpacak di langit. Gelanggang terbuka. Memang masak rentung.

Aku jadi gabra.

Dalam sesi warming up, aku lontar-lontar bola ke dalam keranjang. Memanjang tak masuk. Aku bertambah gabra.

Game pertama, Blast From The Past vs. The Xtremes. Mereka memang tangkas, tepat dan laju. Separuh masa pertama kami kena 6-0. Kami macam hilang arah. Semua skills ke laut. Keranjang macam tidak mahu telan bola kami.

Separuh masa kedua kami lebih stabil. Aku rizab. Pun begitu, pemain lawan telah melanggar lutut Zizan. Lututnya dislocated. Dia merengkok di tepi gelanggang menahan sakit. Perlahan-lahan Mik tarik tegakkan kaki Zizan. Dia tidak boleh main lagi. Kami usung dia ke tepi. Aku masuk semula.

Pada wisel penamat, skor 13-6. Aku skor 3 mata. Kalah tapi tidak teruk sangat.

Menunggu game yang berikutnya, kami mengeluh. Dengan 3 orang tanpa rizab, kami memang tidak ada harapan untuk menang. Apatah lagi ke peringkat suku akhir. Keputusan perlawanan antara The Xtremes dan The Wonderboys menunjukkan The Wonderboys lebih kuat. Kami baru kalah dengan The Xtremes, sekarang perlu berlawan dengan pasukan yang mengalahkan the Xtremes pula.

Masak.

Abang Halim ceria sahaja. Dia tidak menampakkan tanda-tanda ketakutan. Katanya, "Relax la.Kita buat biasa-biasa seperti kita main setiap pagi Sabtu dan Ahad. Kita main bukan untuk menang sangat. Kita main untuk seronok-seronok keluar peluh dan melepaskan tekanan hari-hari kerja."

Abang Halim betul. Kalau menang pun cuma dapat hamper. Tujuan asal kami masuk tournament ini adalah suka-suka sahaja.

Pritttttttttttt! Wisel game kedua bermula. Abang Halim dan Mik banyak main dalam bulatan. Mereka lebih laju dan lebih mahir berbanding aku. Lagi pun, aku takut dengan The Wonder Boys. Mereka main agak kasar. Aku ada kecederaan sukan lama yang membebel di buku lali dan lutut. Aku tidak mahu cederakan diri.

Aku main di luar bulatan. Jika tidak open, aku pass. Jika open, aku shoot. Polisi dan strategi ringkas. Tidak membebankan. Aku tidak peduli pun kedudukan skor. Aku main macam biasa-biasa.

Prittttttttttt! Wisel penamat ditiup. Kedudukan terikat 10-10. Aku sahaja skor 6 mata dari luar bulatan. Not bad for a Blast From the Past.

Wajah The Wonder Boys nampak gabra. Malulah kalah dengan orang tua. Kawan-kawan mereka sudah gelak-gelak di luar gelanggang.

Kemenangan akan ditentukan oleh free throw sebagai tie breaker.

Ringkaskan cerita, kami kalah untuk tie breaker. Mereka lebih tepat lontarannya.

Aku high five Abang Halim, Mik dan Azizan yang jalan tempang tapi masih menyokong di tepi gelanggang.

Aku cari redup bayang pokok dan duduk menyandar. Aku togak air dari botol untuk rawat dehydration. Aku lap peluh. Aku buka kasut basketball aku. Aku gerakkan jari-jari kaki. Aku tanggalkan guard lutut dan buku lali.  Sebelah kanan dan kiri. Aku berlunjur dan stretch kaki aku.

Dan aku ambil telefon bimbit dari beg sukan.

Aku taip satu SMS, "Aku tidak mahu pergi muzium. Kalau kau nak jumpa aku, kau datang jumpa aku. Bukan aku yang datang jumpa kau." Aku tekan reply hantar kepada Spalding.

Orang tua-tua kalau tulis SMS tak pandai ringkaskan perkataan. Terbiasa tulis ayat penuh.

Rabu, Februari 03, 2010

JUJUR KEPADA DIRI SENDIRI


Selalu aku dengar, orang membuat komen, "filemnya tidak jujur." Apakah yang dimaksudkan dengan ini?

Konsep filem itu sendiri, isi didalamnya adalah manusia berlakon. Berpura-pura jadi watak yang diberi. Mana bisa jadi jujur.

Pelakon boleh sahaja buat helah bela diri dan berkata, "aku bukan berlakon tetapi aku menjadi watak itu." Kalau kau penari kuda kepang, maka aku percaya. Kau memang jadi kuda. Selebihnya, tak payah tipu aku. Kau hanya berusaha jadi watak tapi engkau bukan watak.

Apa ni, sekejap kau dan sekejap engkau. Ikut suka mana sedap eja. Aku harus jujur dengan hati. Crap.

Bila dikatakan jujur atau tidak, itu ditujukan kepada pembikin filemnya. Bukan pelakon. Sebab tuan sutradara dan tuan penulis yang punya kawalan terhadap karya.

Aku cuba kupas isu ini dengan ilmu aku yang sejengkal. Pastinya bila berkata tentang jujur atau tidak, ia merujuk kepada statement yang dibuat oleh filem itu. Statement di sini bukan bermaksud pengajaran tapi pandangan pembikin filem terhadap isu-isu yang dibincangkan dalam karyanya.

Karya menjadi hipokrit, tidak jujur, jika statement dalam filem berlawanan dengan pendirian pembikinnya. 

Maka. Kalau kau mahu ketengahkan kasih sayang, kau sendiri mesti penuh kasih sayang. Kalau kau mahu ketengahkan kekuatan perempuan, kau sendiri kena hormat perempuan.

Susah gila mahu bikin filem yang jujur. Mungkin seeloknya aku cari contoh filem yang jujur. Mmmmm... ada ke?

(mata menjeling ke siling)

mmmm

(letak jari telunjuk di sisi dahi)

mmmm

(dahi berkerut)


mmmm

I can't think of one. Filem aku yang dua kerat tu pun pembohong besar.

Ehh.. kalau aku ini pembohong, dan filem aku itu berbohong, maka selarilah falsafah aku dan falsafah filem aku. Dan semestinya itulah filem-filem yang jujur. Ha! Ha! Ha! Aku genius gila.

Selasa, Februari 02, 2010

HALOSCAN TUTUP KEDAI

Aku terima e-mel dari Haloscan, penyedia khidmat komen percuma untuk blog. Suatu masa dulu, sistem Haloscan memang diminati ramai.

....

Haloscan is being shut down on: Feb 13, 2010
The Haloscan hardware and software is physically failing and we have no choice but to discontinue the service.

Two Options: Switch to Echo or Export your comments FREE.
Although we can't rescue Haloscan, we are trying our best to limit the negative impact on users. To do this, we have worked hard to provide 2 options for Haloscan sites.
.....

Sedih juga. Seperti separuh jiwa ku pergi.

Isnin, Februari 01, 2010

TEH BOTOL



Gwe ada pergi ke restoran Ayam Penyet Ria di Sunway Pyramid. Pelayan-pelayannya ngomong Indon dengan pelanggan. Tetapi bila ngombrol sesama sendiri ngomong Melayu biasa.

Mungkin macam McD Crew. Dengan pelanggan cakap Bahasa Inggeris. Sesama sendiri ngomong biasa je.

Gwe suka dong Ayam Penyet Ria. Enak banget. Cabai pedas buat gua mahu tambah nasi lagi dan lagi. Terangkat!

Untuk mendapatkan rasa Indon yang tulen, gwe pesan Teh Botol Sosro yang terkenal di Indon. Pelik bin ajaib, Teh botol datang dalam kotak. Patutnya tukar la nama ke Teh Kotak.

Apa pun, gwe bagi Nasi Penyet Ria 5 bintang.

84 ULU KASAR

8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...