Isnin, Februari 27, 2012

FESTIVAL FILEM PENDEK TWTUPJOHOR

Festival Filem Pendek #TWTUPJOHOR

Masa: 3pm - 7pm
Tarikh: 3 Mac 2012
Lokasi: Aras Mezanin, IMIC (Iskandar Malaysia Information Centre), Danga Bay, JB
Tiket: PERCUMA
(Sesiapa ada mixer dan dua speaker besar tolong pinjamkan)

TAYANGAN FILEM PENDEK #TwtUpJOHOR


3.00 Kata Aluan Kurator Anda: Tok Rimau dari Sindiket Sol-jah
3.10 Jelajah Bukit Vol. 1 and 2 (Amirul Izwan & Zulfaiz Zulkini) 30 minit
3.40 Kapal Kertas (Fazleena Hishamuddin | @fazleenaH ) 30 minit
4.10 Bundle of Joy - (Syed Syahrul Zarizi Syed Abdullah | @syedsyahrul ) 20 minit
4.30 Rehat | Intermission (30 minit)
5.00 Pemburu Buaya Darat (Tok Rimau | @tokrimau ) 10 minit
5.10 Skodeng: Kebenaran Yang Nakal (Produksi Enjit Semut | @FasyaliFadzly) 10 minit
5.20 My Perfect Ana (Nazri V @NazriVovinski) 10 minit
5.30 Tikam (Razaisyam Rashid | @Razaisyam ) 10 minit
5.40 Bumbung Aku Lantai Orang (Dean Sham) 30 minit
6.20 Penutup
6.30 Tamat





 .........




Hal-hal Lain #TwtUpJohor 
Follow @twtupjohor on twitter for details 
Date: March 3rd, 2012 
Time: 10 AM - 11 PM 
Venue: IMIC ((Iskandar Malaysia Information Centre), Danga Bay Entrance free 
-Performances / Band
-Indie Book Sales
-Fixie and BMX Freestyle
-Johorean Food Stalls
-PS3 Winning Eleven Challenge
-Traditional Games
-Lucky Draw
-Carboot Sales

Dapatkan buku 
PAUS GAGAL
[Koleksi Cerpen Twitter dan Cerita-Cerita Kontot]

Rabu, Februari 22, 2012

FIKSYEN KILAT 2

"#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh," twit rakan serumah baharunya. Malam itu dia tidak boleh tidur.
""#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh," twit rakan serumah baharunya. Samad pun balas, "#ehSamalah."

Selasa, Februari 21, 2012

FIKSYEN KILAT

Sebaik sahaja keluar dari panggung, Danish bertanya kepada ayahnya, "Werewolf tu najis mughalazah ke?"

Bila kakak marah, dia akan menyendiri sental bilik air. Itu pasal, bila kakak datang rumah saya, saya sering buat dia marah.

"Sapa paling banyak friends FB, kita lantik dia jadi ketua kelas," ujar Cikgu Ghazali.

Isnin, Januari 09, 2012

3 ORANG SATU MOTOR


Inilah gambar gua lepas makan.
Originally uploaded by Jali.

Ini bukan gambar aku. Ini Man Kunang. Man Kunang ni kuat bercerita. Ini salah satu cerita benar yang diceritakan.

.........
Seorang lelaki balik ke kampungnya di pendalaman menunggang motosikal.

Tiba-tiba dia ditahan oleh seorang pakcik. Pakcik itu minta tumpang. Lalu diboncengkan.

Maka mereka pun meneruskan perjalanan.

Kemudian, motosikal itu ditahan lagi. Kali ini oleh seorang budak sekolah. Budak itu minta ditumpangkan.

Selepas berbincang dengan pakcik dan memerhatikan bahawa budak itu bukanlah besar sangat, maka diboncengkanlah budak itu.

Tanpa pengetahuan mereka, ada sekatan jalanraya oleh polis trafik di hadapan menuju jalan masuk kampung.

Maka, polis pun memberi isyarat tangan menahan motosikal itu.

Pemuda itu nampak akan polis tetapi dia tidak berhenti. Dia cuma memberi isyarat tangan sambil menjerit, "Takda ruang dah. Dah penuh."

Motor itu pun lewat lalu. Polis-polis di sekatan jalanraya berdiri pegun terkesima dengan reaksi penunggang motor itu. hi hi hi.

Jumaat, Januari 06, 2012

KOMEDI BERDIRI

Hari itu gua tengok ujibakat Raja Lawak di Angsana Mall. Susah siot. Satu minit sahaja sudah disuruh turun.

Ada satu mamat lumur cat hijau seluruh badan konon-konon dia toyol. Gua tengok macam Hulk kurus sahaja lagaknya. Gua kira-kira ambil masa sejam juga dia nak menghijaukan tubuhnya.

Satu minit sahaja dia sudah disuruh turun.

Bukan dia sahaja begitu, peserta-peserta lain juga begitu.

Satu minit sahaja sudah disuruh turun.

Gua pun batal sahaja niat gua jadi pelawak. Langsung tidak berani mendaftar ujibakat Raja Lawak.

Sebenarnya, sebagai guru, gua tidak perlu takut khalayak lari. Hari-hari gua praktis lawak gua. Murid-murid mahu tidak mahu kena layan dengar gua.

"Please, teacher may I go out."
"Wait til I finish my lecture."

Syukirin dong gua berlatih melawak. Kalau gua membel macam ibu-ibu guru lain gimana sih?!

Eh! Apasal gua tiba-tiba ngomong Indonesia ni?

Ngak dong. Bukan gua pacarin dengan bibik orang sebelah.

Sebenarnya sejak kebelakangan ni gua banyak nonton Youtube gerakan Indonesia Stand Up Comedy Club. Seru banget dong.

Antaranya adalah Raditya Dika, dia penulis blog. Macam gua. Kemudian jadi penulis blook. Macam gua juga. Kemudian dia berlakon. Macam gua juga. Kemudian dia jadi stand up comedian. Macam gua?

Gua pernah la cuba di Rumah Pena acara Maskara. Tapi macam semua aktivitas gua sebelum ni, semuanya kecil-kecilan. Ngak grand. Hangat-hangat tahi ayam. At least gua mencoba. Lu ada coba?

Ya, tanpa banyak soal. Gua persembahkan Raditya Dika, dan lu cuba juga subscribe pada channel standupcomedyindo. Banyak lagi pelawak lain. Ada yang jadi, ada yang ngak.

Wassalam.




Isnin, Januari 02, 2012

RINDU ITU MACAM HANTU

Tiba-tiba aku dapat konsep sebuah puisi bertemakan Rindu itu Macam Hantu.

Ini drafnya.

......

Rindu itu macam hantu
Malam-malam datang menganggu
Seram sekali

Rindu itu selalu mengacau
Buat aku meracau-racau
Geram sekali

Rindu itu mengilai-ngilai
Peluh aku berjurai-jurai

Tersedar dari tidur

Mimpi-mimpi ku hilang


Ku sangka
rindu itu juga menghilang
bersama mimpi-mimpi ku,
rupanya
dia masih bertenggek di hujung ranjang,
dengan mata galak merenung aku.

Johor Bahru, Dis 2011

....

Okay, kasar sekali. rima ke mana meter ke mana. Draf kasar memang begitu. Nanti-nanti aku betulkan lagi.


Kalau ada kalian nak tambah, silakan.

Khamis, Disember 29, 2011

BULI

Feena berbadan besar menghampiri tahap obes, tetapi adiknya Fadlee berbadan kecil menghampiri tahap cicak kobeng. Beza umur mereka 6 tahun. Feena dalam tingkatan satu dan adiknya baru darjah satu.

Bila ibu mereka tidak ada di rumah, Feena sering membuli adiknya.

Semalam Feena mencekak leher adiknya di bawah ketiak. Meronta-ronta Fadlee cuba melepaskan diri tetapi tidak berdaya. Cekak itu kemas dan teguh.

"Lepaskan la kak!" rayu Fadlee.

"Cakap aku cantik dulu," kerah Feena.

"Lepaskan la! Tolong."

"Cakap aku cantik dulu!"

"Ya, ya. Engkau cantik dulu."

Dush! Dush! Dush!

Apabila ibu mereka pulang, Fadlee mengadu, "Akak ni, orang dah buat apa dia suruh pun dia tetap jotos kepala orang."

Selasa, Disember 27, 2011

ACTION MOVIE FX


Gua bikin beberapa video guna Action Movie FX app untuk iPhone. Gua harap akan pecah kotak pejabat mengalahkan Ombak Rindu.


Tajuk: Akibat Berlumba Di Pagi Hari


Tajuk: Akibat Bangun Lewat pagi Hari


Tajuk: Cars


Tajuk: Budak Kecik Ada Power

.........
Thanks to Bad Robot, iPhone and iPad users can now insert themselves into a high-end action special effect. The company behind Lost, Alias, Mission: Impossible – Ghost Protocol and Super 8 has just released a cool, free iPhone app called Action Movie FX that allows users to shoot a short scene on your phone or tablet and then layer in a big explosion, attack or crash just like in a movie. Read more and watch all the effects in action after the jump.
The app, which you can download here, is currently free and comes with two preloaded effects: Missile Attack and Car Smash. For $0.99 you can then download extra effects such as Chopper Down, Tornado, Air Strike and Fire Fight. Watch all of them in action below.

Rabu, Disember 21, 2011

HARIMAU KERTAS




ASICS Origami : This is fantastic. It is simple and honest. Beautiful.

Jumaat, Disember 16, 2011

HANTUK KEPALA



Masa kecil-kecil dulu, masa main kejar-kejar, polis sentry atau galah panjang, selalu sahaja kepala terhantuk.

Entah dari mana mulanya satu tradisi, budak-budak akan hantuk kepala semula setiap kali mereka terhantuk. Two negatives cancel each other, kaedahnya.

Semalam masa main basketball, kawan aku terjatuh masa berebut bola. Kepala dia pula terhantuk testikel pemain lain yang berebut bola dengan dia.

Terbongkok-bongkok budak tu menahan senak.  Kasihan.

Agak-agak, kalau kawan aku hantuk semula kepalanya ke testikel budak tu, boleh hilang tak sakit dia dia?


Jumaat, Disember 09, 2011

PEMASARAN FILEM

Bagaimana mereka menguji penerimaan khalayak terhadap sesuatu filem? Saya tidak tahu di Malaysia, tetapi di Hollywood ada cara ujian tertentu.

Sebelum filem itu dilepaskan ke panggung-panggung, satu tayangan ujian dibuat. Kerusi dalam pawagam dibahagikan kepada empat (quadrants).
1. Lelaki atas 25
2. Lelaki bawah 25
4. Wanita atas 25
5. Wanita bawah 25

Filem yang boleh memuaskan semua quadrants dianggapkan sebuah filem berjaya. Orang yang mencipta sistem ujian ini bernama Joseph Farrel. Beliau baru sahaja mati.

......


I have never posted anything like this. But, I need to keep this piece of news. It's important to me.

9 Dec 2011

Khamis, Disember 08, 2011

ADIDAS COMMANDER LITE

Gua jalan-jalan di JPO (Johor Premium Outlet) pakai kasut And1 bundle. Secara kebetulan betul-betul depan kedai Adidas, tapak kiri dan kanan tercabut. Mmm... tahu-tahu je kaki ni mengecek kasut baru.

Kasut lama gua pun dah haus tapak dan koyak. Dah tiba masanya memanjakan kaki.
Adidas COMMANDER LITE TD. G20817
With a lightweight upper and a feathered outsole to support multi-directional movement, the adidas Commander Lite TD basketball shoe is a winning choice for centers and power forwards focused on fast moves, jump shots, blocking and rebounds. Lightweight arch support enhances surface adaptation and stability.
Harga di Al-Ikhsan Sports Online RM 299.00
Harga di Adidas Johor Premium Outlet RM 134.55
Harga di Amazon US$65 = RM203.48

Rabu, Disember 07, 2011

MIKODI - Draft Copy

Sudah menjadi tradisi tempat kerja saya, setiap kali ada staf pindah, kami akan bikin satu video selamat tinggal. Kali ini giliran Wati.

Isnin, Disember 05, 2011

Festival Dokumentari Malaysia 2011


Hari ni gua dapat email dari wakil FINAS, menjemput gua ke Festival Dokumentari Malaysia 2011. Memang dasar IT kerajaan diamalkan. Paperless.

Apa yang peliknya adalah kad jemputan diberi dalam format .doc (Mircosoft Word).



Diorang nak suruh gua edit ke apa?


Berikut gua panjangkan isi kandungam majlis.


Tayangan Filem Dokumentari
Sempena Festival Dokumentari Malaysia 2011
6 hingga 10 Disember 2011
2.30 petang – 9.30 malam
Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS


Simposium Antarabangsa
10 Disember 2011
9.00 pagi – 6 petang
Conference Hall 3,
Kuala Lumpur Convention Centre

11 & 12 Disember 2011
9.00 pagi – 6 petang
Plenary Theatre,
Kuala Lumpur Convention Centre

Segala soalan tentang majlis, hubungi: 03 – 4104 1385 / 1327 Cik Azura/ En. Ahmad Faizal (kehadiran)

Jika anda berminat untuk dapat dana bikin dokumentari, lawat web ini: Crossing Borders - The Eurasia-Pacific Documentary Training

Khamis, November 24, 2011

MAINAN TIDUR

Hubungan gua dengan iPhone bertambah serius.

Malam tadi gua dapat mimpi buruk. Seorang lelaki telah mencuri iPhone gua.

Gua pun bersedih.

Tiba-tiba alarm 6.00 pagi berbunyi. Gua terjaga dari tidur.

Alarm itu dari iPhone gua.

Gua pun gembira.

Khamis, November 17, 2011

UJIRASA EIGHTLIDO

Klik untuk gambar saiz ekonomi.

Petang semalam gua kosongkan perut sebab Sicksand (JBfoodClub.com) jemput temankan dia buat ujirasa resepi di Eightlido, sebuah restoran barat baharu, baru buka di tepi laut Johor Bahru. Lokasinya di jalan pantai Lido, 100 meter dari Msuite hotel, sebelah Lost Malaya.

8 malam, gua terpacak di restoran tersebut. Perut gua berkeroncong.

Bersama-sama kami ada beberapa orang kuat sosial media Johor Bahru yang akan juga turut serta membuat ujirasa resepi. Kami sembang-sembang sambil makan dalam ruang restoran yang penuh watak sudut hiasan dalamannya.

Kami disajikan dengan menu-menu menarik yang mempunyai nama barat. Khabarnya, Spanish Cuisine.

{The chef will email the menu list. Insert menu here later - Editor}

Sedikit peringatan, ada di antara menu di sini yang dimasak dengan campuran alkohol. Sila tanya chef bila anda buat pesanan.

Oleh kerana ini pertama kali gua makan Spanish Cuisine, maka gua tidak boleh bagi markah sebab tidak tahu nak bandingkan atas piawai apa. Cukuplah gua kata, semua yang dihidangkan habis gua bedal.

Gua balik sampai rumah sekitar jam 12 tengahmalam. Gua terus pergi dapur cari nasi. Perut Jawa memang tidak sah tidak berkencan dengan nasi satu hari.



84 ULU KASAR

8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...