Rabu, Mei 16, 2007

SEBATANG LILIN BOLEH NYALAKAN SEJUTA LILIN

"Pada Hari Setiausaha, bos belanja setiausaha makan malam di hotel sambil menikmati konsert Mawi, Anuar Zain, Adibah Noor atau Siti Nurhaliza. Pada Hari Guru, cikgu makan bihun sambil menikmati konsert murid-murid di dewan sekolah yang mereka uruskan sendiri." --- Tok Rimau


1. “To teach is to learn twice.” --Joseph Joubert

2. "Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young." --Henry Ford

3. “Teachers open the door. You enter by yourself.” -- Chinese proverb

4. "If you plan for a year, plant a seed. If for ten years, plant a tree. If for a hundred years, teach the people. When you sow a seed once, you will reap a single harvest. When you teach the people, you will reap a hundred harvests." --Kuan Chung

5. "The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires." --William Arthur Ward

6. "A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops." --Henry Brooks Adams

7. “A true disciple shows his appreciation by reaching further than his teacher.”-- Aristotle

8.“If you think education is expensive, try ignorance.” -- Andy McIntyre

9. “He who opens a school door, closes a prison.” -- Victor Hugo

10. “The best teachers teach from the heart, not from the book.” -- Anonymous

Jika anda ada mutiara kata khas untuk guru, silalah tulis di SINI.

Jumaat, Mei 11, 2007

BERITA GAJI NAIK TIDAK MENGUNTUNGKAN KITA

Cukup-cukup la riuh gaji 1.2 juta kakitangan awam akan naik. Kakitangan swasta menikmati laba berlipat ganda, diam sahaja ikut resmi ubi.

Pemerintah tidak habis-habis memerah jus dari secebis berita ini. Media pula mempromosinya besar-besaran di muka depan akhbar. Kejadiannya belum lagi, hebohnya macam durian runtuh hari-hari. Seolah-olah aku boleh tukar kereta kepada kereta kebal pula selepas ini. Berita kecil yang diperbesar-besarkan akan mengundang padah kepada kakitangan kerajaan juga akhirnya nanti. Kalau nak siar juga berita tu, letakkan jauh di muka dalam sebelah keputusan nombor ekor mungkin.

Ingat, gaji naik sekali, tetapi harga barang naik berjuta-juta kali.


-----------------------

TIPS: DOWNLOADING YOUTUBE VIDEOS
There are literally dozens of tools for downloading videos from YouTube and/or converting those YouTube videos to some format other than .flv. It’s hard to pick the best one, as they all have pluses and minuses. Thus, we’ve chosen 23 YouTube downloader tools we’ve found to be actually working. Here they are, categorized according to the platform they work on:

Web based
1. YouTubeX doesn’t have a lot of options, but it’s simple, and it works. It also enables you to share the YouTube video with your friends via e-mail. Unfortunately, all the files are called get_video, and you have to add the .flv extension manually.

www.youtubex.com

2. KeepVid is another simple site. No hassle, works not only for YouTube movies but for a number of other sites, including Google Video, MySpace Video, DailyMotion and others. Again, you have to add the .flv extension by hand.

keepvid.com

3. VideoDownloader is very similar to KeepVid, but supports even more video sharing sites, and it’s also available as a Firefox extension. Just like with KeepVid, all downloads are in .flv format. We recommend MediaCoder for free conversion.

javimoya.com/blog/youtube_en.php

4. YouTube Downloads takes the cake in the longest domain name contest. It also separates itself by using a proxy for downloading videos, which means that you might be able to get videos even if YouTube access is blocked at your workplace or in the country you live. Just search Google for YouTube videos, and copy/paste the URL into YouTube Downloads.

www.downloadandsaveyoutubevideos.info

5. Zamzar is an online file format conversion site which can do a lot more than just converting YouTube videos to another format and downloading them to your hard drive, but it’s doing a great job so we had to include it here. Thoroughly tested by us and highly recommended. See the video of it in action here.

www.zamzar.com

..........
Tips taken from: http://mashable.com/2007/05/05/download-youtube-video/

Khamis, Mei 10, 2007

LANGIT BIRU

NAGA: Andaikata aku terbitkan blook dan kau tidak mahu turut serta - aku harap kau sudi tulis kata pengantar untuk buku ini.

RIMAU: Kau suruhlah Faisal atau Saharil yang tulis... Tok Rimau hari ini bukan Tok Rimau yang dulu... Tok Rimau hari ini adalah Tok Rimau yang baru... tetapi, yang baru bukanlah bererti yang lebih baik.... Aku dah hilang 'magic touch.'

::::
Ramai orang, ketika bernostalgia, mengeluh. Mamee dulu lebih banyak dan lebih sedap. Begitu juga Chikadees. Kata mereka lagi, dulu, sate Hj Sam sedap, tapi sekarang ni dah kurengggg. 50 tahun merdeka, tidak semuanya maju. Ada juga yang mundur beberapa langkah.
::::

NAGA: Tak perlukan kau menulis seperti seorang sasterawan... tulislah seadaanya sahaja.... Apapun aku doakan urat spontan kau agar kembali pulih seperti sediakala.

RIMAU: Amin. Semoga doa orang yang tinggal di kondo (tingkat tujuh) makbul. Kau lebih dekat dengan langit... :-)

NAGA: Di tingkat dua puluh dua tinggal seorang Cina... lebih dekat dengan langit!

RIMAU: :-)


...........



p.s.
Ustaz aku kata, saat paling baik berdoa dalam solat adalah ketika sujud. Dahi kita separas dengan lutut dan kaki. Saat itu kita dalam kedudukan terendah.

Selasa, Mei 08, 2007

MOLLUSKA

Dari meja buffet, aku ceduk aiskrim 3 rasa. Vanilla, strawberry dan keladi. Kemudian aku curah cokelat panas. Lepas tu aku tabur kacang dan chip cokelat. Ini kali ketiga aku mengulang menu yang sama.

Bila sampai di meja, aku tengok Jehan sedang melahap sejenis molluska atau tiram. Aku tidak tahu apa nama menunya. Dia perah lemon atas daging mentah yang lembik dan berlendir. Kemudian, dia hirup dari cengkerang. Syrupppppppp. Aku kedutkan muka keloyaan.

Jehan: Kau tak mau cuba ke? Sedap ni.

Tok Rimau: Aku tak makan benda yang aku tak tahu nama.

Jehan: Syafiq Azalan, Asraff Syafizan dan Daniel Faizul.

Tok Rimau: Siapa Syafiq, Asraf dan Daniel tu?

Jehan: Aku baru namakan oyster-oyster ni. Sekarang kau dah tahu nama mereka, boleh la kau cuba.

Tok Rimau: Hampeh kau.

Isnin, Mei 07, 2007

TUHAN DI AMERIKA

Aku: Umur kau 18 masa mereka hantar kau ke Amerika. Cabaran tu. Boleh hanyut kalau tak kuat iman.

Pada awal dan pertengahan 1980 an, sesiapa yang mendapat pangkat 1 dalam SPM berpeluang pergi belajar ke luar negara. Amerika. U.K. Australia. Pada masa itu susah nak dapat pangkat 1. Lagi pun IPT tempatan tidak banyak masa itu. Kalau di kampung, boleh bilang dengan jari budak yang dapat pangkat 1. Dan ibu-ibu berjanji, "Kalau nak naik kapal terbang, belajar rajin-rajin." Masa itu tiada tambang murah Air Asia dan not everybody can fly.

Menjejakkan kaki ke negara orang di usia muda adalah menempuh risiko kejutan budaya. Dari sebuah negara yang penuh sekatan kepada negara yang memperjuangkan hak untuk berbogel di dalam majalah.

Zack: Aku nakal kat Amerika tapi taklah hanyut sangat sebab aku ingat pesan pakcik aku kat airport.
Aku: Apa pesan pakcik kau?
Zack: Ingat solat, Tuhan kat Amerika dengan Tuhan kat Malaysia ni Tuhan yang sama.

Isnin, April 30, 2007

MARAHKAN NYAMUK

KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita.[Metro 26 Feb. 2007.]


Adalah amat malang bagi seseorang, bukan guru sahaja, cuba mendisiplinkan orang lain ketika kemarahannya sedang memuncak. Ini akan melahirkan tindakan tidak rasional yang bahaya. Jika hendak mendisiplinkan orang, sebaiknya kalian redakan kemarahan dahulu.

Berikut adalah nasihat-nasihat ulama tentang cara mengubati marah:
1. Kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
2. Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
3. Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.
4. Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
5. Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya, berzikir dan berselawat.
6. Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu.


Ada juga orang menyalurkan kemarahan dengan berkemas dan memberus bilik air. Ini adalah teknik "meditasi" yang positif.

Aku, kalau marah, akan cuba berdiam diri kerana risau aku akan mencarut jika bercakap.

Tapi aku pun manusia biasa. Guru biasa.

Baru-baru ini, beberapa murid aku yang terdiri dari bakal-bakal guru telah mencetuskan kemarahan aku kerana tidak membawa buku teks. Aku pun menyindir dalam keluhan,

"I wish I had worn heels today."

Beberapa murid yang otaknya yang melebihi 2000 C.C. ketawa mendengar sindiran aku.

Ada juga murid-murid yang terpinga-pinga. Mungkin mereka dari golongan 70 C.C. Marah aku bertukar menjadi kasihan. Aku pun bertanya, "Awak faham tak apa yang saya cakap tadi?"

Semua diam. Takut memberi jawapan yang salah. Ada juga yang tunduk mengelakkan hubungan mata dengan aku.

"Kamu," aku mengajukan telunjuk kepada salah seorang dari mereka, memberi isyarat memaksa jawapan.

"Saya tahu Encik. Encik nak pakai kasut tinggi."

"Kenapa?" aku menggunakan kaedah Socrates mencungkil jawapan yang aku mahu.

"Mungkin Encik mahu lebih tinggi."

Aku ketawa mendengar jawapan. Begitu juga mereka yang dari golongan 2000 c.c. ke atas. Kemarahan aku sudah tiada. Aku geleng kepala dan terus mengajar seperti biasa, membiarkan yang terpinga-pinga terus terpinga-pinga. Mungkin bila sudah pulang dan berbaring di hostel nanti, baru mereka dapat.


Rujukan:
Marah Cetuskan Konflik dan Peperangan.
Kes ‘cikgu ganas’ 2007

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
FOTO: Dinner KESYUKURAN kru filem KIRI & MALING. April 25, 2007, Venue : Damai Village Restaurant, Johor Malaysia.

Jumaat, April 27, 2007

MON-MON DAH BESAR

Afimon (1 tahun ++) tak pandai hulur tangan salam orang tapi dia suka gigit orang. Kawan-kawan dia di nursery selalu nangis sebab kena gigit.

Sekali tu, aku campak baju kotor dari tingkat atas ke tingkat bawah dan awek cun yang ngorat aku sambut dengan bakul dobi. Afimon nampak aku campak baju tapi dia tidak nampak mama sambut dengan bakul. Sekarang, bila ada baju bersepah, dia akan buang ke tingkat bawah juga. Habis baju, dia akan buang apa-apa sahaja yang bersepah termasuk botol susu, remote control dan mainan. Kalau sesiapa hilang barang di tingkat atas, aku suruh cari di tingkat bawah. Habis buang dia akan buat muka nakal macam muka Calvin (Calvin and Hobbes) setiap kali dia dapat idea sinister.

Tidak sabar tunggu dia besar. Aku nak pakaikan kopiah dan bawa pergi masjid untuk solat Jumaat.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Spreading Ideas

Selasa, April 24, 2007

TERJUN DENGAN LABU DI KUTUB UTARA

Sameon bukan Mat Rempit. Dia penunggang yang berhemah dan berdisiplin. Dia bercita-cita nak jadi penerjun payung. Penerjun payung mesti berdisiplin. Kalau beli sos cili di kedai Chee Chap belakang rumah dia sekali pun, dia akan pakai topi keledar. Tiada kompromi terhadap disiplin.

Pernah suatu hari, dia jalan kaki dengan bertopi keledar. Mak dia suruh dia belanja untuk kenduri doa selamat. Sesampai sahaja di kedai, motornya habis minyak. Lalu dia terpaksa balik rumah menapak. Nak tinggal topi kaledar, takut dicuri mat gian. Nak jinjing, kedua-dua tangan penuh kampit beras, sayur dan ayam. Terpaksalah, berjalan kaki dengan topi keledar di atas kepala.

Hari ini, 24 April 2007, Sameon membaca dada akhbar, "12 BEKAS MAT REMPIT BERJAYA TERJUN KUTUB UTARA". Sameon mengeluh kepada Chee Chap, "Tiada anugerah untuk penunggang berhemah macam gua. Penyakit anak-anak muda..." Sameon membuka peti sejuk, "...selesai dengan menaja wakil mereka terjun ke bumbung dunia?"

Sameon berpendapat ekspedisi Kutub Utara tidak mahal. Dia berhujah, "Gua syak ini termasuk dalam pakej tawaran jualan jet dari Russia. Beli 18 Jet Sukhoi dan percuma pelancongan ke angkasa lepas untuk dua orang dan rombongan penerjunan di Kutub Utara. Sementara stok masih ada." Sameon mengambil aiskrim Mat Kool dan membayar kepada Chee Chap. "Tak ada free gift ke? Kedekut." Chee Chap diam sahaja.

Isnin, April 23, 2007

LENDIR DALAM PARU-PARU

Lipas F.C. tidak daftar nama untuk Piala Jabatan. Kami tidak cukup orang yang boleh bermain. Ramai di antara kami sudah boroi dan tidak larat lari lagi. Yang tidak boroi pula kesibukan dengan kerja-kerja yang mendatangkan wang. Yang tua duduk rumah jaga anak. Yang muda pula sibuk berkencan. Selebihnya, wanita dan kaki bangku.

Aku pun tidaklah handal sangat. Aku cuma mahu bermain untuk keluarkan peluh dan lancarkan penafasan. Setahun kebelakangan selalu sangat aku diserang demam. Badan tidak sihat.

Bila aku 40 nanti, mungkin aku aktif semula kerana aku boleh main dalam Piala Veteran (40 ke atas). Padang bolanya besar gelanggang tenis sahaja dan masa mainnya cuma 30 minit. Pada masa itu akulah yang paling muda dalam kesebelasan utama. Cuma doa aku, aku tidak mati diserang demam sebelum umur aku capai 40.

Khamis, April 19, 2007

KONGSI TANDAS

Kenapa menteri kita gagal menyelesaikan banyak masalah? Sebabnya mereka tidak rasa adanya masalah yang serius.

Kemudahan di Malaysia ini berkasta-kasta sifatnya. Contohnya, dalam satu majlis keramaian, jika engkau menteri, tiba-tiba sahaja kerusi tempat engkau melabuh punggung jadi berkusyen dan kayunya berawan larat. Tetapi. Jika engkau rakyat kebanyakkan, engkau duduk atas kerusi plastik keras kematu. Itu pun jika engkau dapat duduk.

Begitu juga tandas, tandas orang biasa dengan tandas vip lain. Timbalan Menteri Pelajaran, Hon Choon Kim, menggalakkan guru dan murid menggunakan tandas yang sama. Katanya, ini akan membuat guru peka terhadap kebersihan tandas. Ya, kemudian murid-murid akan berbual tentang saiz anu milik cikgu Zakaria yang terpaksa guna urinal bila semua jamban digunakan.

Pun begitu, aku setuju dengan kenyataan menteri itu, tetapi kenapa fokus kepada sekolah sahaja? Sepatutnya menteri pun kena patut kongsi tandas dengan orang awam. Biar mereka juga peka.

Lagi. Kenapa masalah kesesakan jalanraya tidak selesai hingga sekarang? Sebabnya bila kereta menteri meluncur, ada polis trafik mengiring. Nenooo ne nooo... ke tepi ke tepi. Tiada kesesakan. Setahu mereka, jalanraya kita lancar.

Buang la tabiat layanan berkasta-kasta. Kalau menteri datang tempat engkau, tidak usah la engkau membodek. Jangan bagi dia layanan vvip. Bagi dia dia layanan wakil rakyat sebenar. Biar dia rasa apa yang rakyat rasa.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KUALA LUMPUR BOOK FAIR 27 Apr-6 May
PROJEK 50M. HANTAR ESEI/FOTO/UCAPAN MERDEKA

Isnin, April 16, 2007

LAUK F.C. MAIN VOLLEYBALL PANTAI

Sabtu. Seperti biasa setiap tahun, Universiti Selatan menganjurkan pesta sukan antara jabatan. Setahun sekali inilah but aku dapat mencium bola. Setahun sekali inilah aku menyarung jersi. Jersi macam baju raya.

Tahun ini aku masuk futsal dan volleyball pantai. Namanya volleyball pantai, tapi gelanggang lebih macam kotak pasir besar yang dibina belakang kompleks sukan. Tiada ombak dan angin sepoi-sepoi macam yang engkau nampak dalam ESPN.

"Aku ingatkan main kena pakai spender dan spek hitam," kata seorang penonton yang kecewa.

Oleh kerana kami ini tidak profesional, setiap team ada 4 pemain. Bukan 2 seperti dalam ESPN. Matahari terik bukan main. Menyengat bahangnya. Jam 11 pagi, urusetia mula menyiram kotak pasir yang mula berdebu.

Gelanggangnya satu, yang nak main 16 dalam 15 team. Jenuh juga tunggu giliran. Jam 12 game tidak habis lagi. Kami masih belum kalah mati lagi. Aku sempat main 3 game.

Jam 1.00 tengah hari buta, aku tinggalkan team sebab nursery tutup halfday untuk Sabtu. Aku nak ambil Afimon.

Isnin aku datang tanya kawan tentang prestasi team. Mereka pun tidak tahan panas, lalu balik 5 minit lepas aku balik. Walk over. Menang percuma la lawan.

Johan adalah team yang sanggup berjemur bawah terik matahari. Syabas.


....................................................
PESANAN AWAM:

PERTANDINGAN MONODRAMA NEGERI JOHOR 2007

SARINGAN
20 April 2007 (Jumaat)
8.00 malam - 11.00 malam
21 April 2007 (Sabtu)
8.00 malam - 11.00 malam
22 April 2007 (Ahad)
i. 2.00 petang - 5.00 petang
ii. 8.00 malam - 10.30 malam

PERINGKAT AKHIR
28 April 2007 (Sabtu)
i. 3.00 petang - 5.30 petang
ii. 8.00 malam - 10.30 malam

Tempat: Balai Seminar DBP Wilayah Selatan,Larkin Perdana, Johor Bahru.
Rusdi Abd. Rahman (07-235 8802) atau Mohd. Rizal Mohd. Ali (07-236 8282)

Khamis, April 12, 2007

ASPURA 3

Dalam bilik warden.

Cikgu Sujak: Kof kof kof.(Asap keluar dari mulutnya)

Cikgu Sujak batuk dengan kuat sekali. Batuk Cikgu Sujak menarik perhatian Pak Mail yang sedang menyiram bunga di kaki lima.

Pak Mail: Ish! Teruknya batuk. Dah tua baru nak belajar hisap rokok.

Cikgu Sujak: Saya bukan apa Pak Mail. Saya nak tahu apa sedapnya hisap rokok hingga pelajar kita sanggup menghabiskan duit.

Pak Mail melihat di atas meja Cikgu Sujak ada sekotak Dunhill 20 dan sekotak mancis. Juga beberapa batang mancis patah tanpa belerang berterabur.

Pak Mail: Oh! Baru lepas spotcheck la ni. Banyak dapat?

Cikgu Sujak: Saya dapat satu majalah Playboy atas tangki bilik air dan lima kotak rokok. Semuanya disorok bawah tilam. Tidak kreatif langsung budak-budak ni. Sooo predictable.

Pak Mail: Mana barangnya? (Pak Mail mengendeng)

Cikgu Sujak: Sori la! Majalah dah saya bakar. Rokok dah saya buang. Tinggal satu ni sahaja. Tolong buangkan dalam tong.

Cikgu Sujak mencampak kotak Dunhill 20 ke arah Pak Mail. Pak Mail menyambutnya.

Pak Mail: Okay la Cikgu, saya banyak lagi pokok nak siram.

12.30 tengah malam. Dalam sinar bulan ke 17, berkumpul tiga pelajar lelaki belakang bengkel mekanikal, blok paling hujung. Jauh dari dorm. Bertambah hening suasana dengan refleksi bulan di kaca tingkap bengkel.

Jali: Berapa Pak Mail jual dengan kau?

Sudin: 30 sen sebatang.

Jali: Cekik darah betul Pak Mail ni.

Sudin: Mana lighter?

Sani: Ni hah. Nasib baik Cikgu Sujak tak jumpa lighter ni.

Jali: Kau letak kat mana?

Sani: Aku sorok dalam stokin. Stokin pulak aku letak dalam boot bola.

Sudin: Ha! ha! ha! Bijak. Bijak. Lain kali rokok pun sorok dalam boot jugak.

Sani menyalakan pencucuh untuk rokok di muncung mulut Jali. Rokok itu mula membara. Kemudian dia menyalakan rokok Sudin dan rokoknya sendiri.

Tidak sampai satu minit... zassssss! Satu nyalaan api yang besar meledak di hujung rokok Jali. Terperanjat Jali dibuatnya. Dia terus mencampak rokoknya ke longkang. Mukanya pucat. Sudin dan Sani berpandangan.

Zassss! Zasssss! Rokok Sudin dan Sani juga meledak. Nasib baik tidak hangus misai halus remaja si Sani. Segera mereka melepaskan batang rokok mereka.

Tiba-tiba sunyi malam terbelah oleh kikihan ketawa suara garau. Kih! Kih! Kih!

Sani: Aku seram la Jali.

Sudin: Jom kita belah. Angker tempat ni.

Jali dan Sani: Jom.

Mereka bertiga lari tidak cukup tanah ke arah dorm masing-masing.

Di dalam gelap bengkel mekanikal, Cikgu Sujak tergelak-gelak sendirian di belakang tingkap kaca. Muslihat memasukkan belerang kepala mancis berjaya seperti yang dirancang. Setiap batang rokok disumbat tiga butir kepala mancis. Menunggu waktu untuk tercucuh oleh bara tembakau.

Kih! Kih! Kih! Cikgu Sujak terus tergelak.

MESTI BELI

RM15, antalogi cerpen, certot, fragmen novel. Email opx04@yahoo.com jika berminat.

Penulis-penulis kalashnikov: sinaganaga, op, amir, spyz, jigo, vovin, rimau, matjan, bukunota,

Selasa, April 10, 2007

IKTHIAR HIDUP DI DALAM HUTAN

Kita tidak semua perkataan dalam satu novel yang kita tahu. Kadang-kadang kita terteka-teka makna sesuatu perkataan. Jadinya, seperti pelajar bahasa yang lain, Sabrinamon menggunakan konteks ayat dan visual bantuan untuk meneka perkataan-perkataan yang dia tidak tahu. Tidak, Sabrinamon tidak membaca novel dia hanya membaca sebuah surat khabar lama bertajuk Mingguan Malaysia. Surat khabar itu itu dia ambil dari bawah kerusi.

Dia baca merangkak-rangkak, almaklumlah budak tadika. Gambar hiasan untuk artikel yang dibaca itu adalah sekeping foto seorang komando sedang melapah ular sawa dan sekeping foto kepala-kepala binatang yang boleh dimakan jika terdesak. Ada kepala tikus, kepala ikan dan kepala pelanduk. Artikel itu bertajuk IKHTIAR HIDUP DI DALAM HUTAN.

Kemudian, Sabrinamon bertanya kepada Mamamon, minah cun yang mengorat aku, "Ikhtiar tu binatang apa?"

Mamamon memulakan jawapannya dengan ketawa besar. Kadang-kadang konteks ayat dan visual bantuan boleh mengelirukan.

Jumaat, April 06, 2007

ASPURA 2

Masa prep malam, Cikgu Sujak duduk dalam pejabat warden dengan pintu pejabat terkuak membiar angin malam bertamu. Tiba-tiba kelibat Naufal melintas depan pintunya.

Cikgu Sujak: Naufalllll!

Naufal: Saya cikgu.

Cikgu Sujak: Kenapa awak tidak berada di kelas awak?

Naufal: Saya mahu pergi ke 5A mahu minta abang Jali tunjukkan cara buat matematik.

Cikgu Sujak: Jali? Dia tu bebal matematik, apasal nak minta tolong dengan dia? Awak jangan nak tipu saya. Mesti Jali dah pesan, jika ditanya, jawab begitu.

Naufal: Errr... betul cikgu. Tak tipu.

Cikgu Sujak: Apa kat tangan awak tu? Itu bukan buku matematik.

Naufal: Tak ada apa-apa cikgu.

Cikgu Sujak: Ahhh sepucuk surat. Sampul berbunga lagi. Awak punya?

Naufal: Bukan. Kak Lina dari 3B. Dia pesan bagi kat Abang Jali 5A.

Cikgu Sujak: Bak sini surat tu.

Naufal serba salah tetapi dia terpaksa menyerahkan bahan kes kepada Cikgu Sujak. Sudah kantol. Muka dia macam nak nangis mengenangkan Cikgu Sujak bakal denda dia. Lepas tu pula, pasti Abang Jali pula denda dia. Kena double trouble. Esok dia nak telefon mak dia suruh ambil dia balik rumah. Baru 2 minggu, dia sudah serik tinggal di asrama.

Cikgu Sujak membuka surat itu dengan hati-hati. Pun begitu, dia gagal mengelak serbuk bedak yang disertakan dalam surat itu. Seluar hitam Cikgu Sujak berdebu. Dia kibas dengan tangan sahaja debu itu. Dia tidak marah. Dia penasaran akan isi surat itu. Sambul berbunga dengan kajang warna biru dua helai.

Cikgu sujak tersenyum-senyum dan kadang-kadang separuh gelak membaca surat cinta Lina 3B kepada Jali 5A. Ada rindu. Ada cinta. Ada love. Ada I miss you. Ada rangkap lirik lagu orang putih dan ada lirik lagu Melayu. Mesti dari band baru. Cikgu Sujak tidak tahu lagu kumpulan apa dan artis mana. Cikgu Sujak cuma dengar Pop 60 an.

Dari kandungan surat itu, Jali dan Lina sudah lama berutusan. Sejak dari tahun lepas. Naufal jadi posmen mereka. Ya, Naufal sebagai posmen, merangkap tukang dobi, merangkap tukang bancuh air, merangkap tukang urut, merangkap tukang buat maggie. Naufal memang serba boleh. Boleh diharap.

Habis baca, Cikgu Sujak mencapai pen dari sakunya dan dia menulis di hujung surat yang dua helai itu:

"P.S.
Naufal ni cute. Kita ambil dia jadi adik angkat kita. Jangan buli dia lagi tau. I love you. Always."


Naufal tengok sahaja. Dia tidak berani membantah. Kemudian, Cikgu Sujak ambil gam dan tutup semula sampul surat itu dengan cermat. Perbuatan Cikgu Sujak buat Naufal keliru. Dia tidak tahu sama ada mahu teruskan hasrat buat panggilan kepada emaknya atau tunggu nasib yang bakal menimpanya.

Cikgu Sujak: Nah ambil ni!

Naufal ambil semula surat tadi. Dia berdiri tegak menunggu denda atau arahan berikutnya.

Cikgu Sujak: Dah! Pergi awak belajar matematik dengan Abang Jali, Jali yang tak hafal sifir.. ha ha ha. Tapi dalam masa 10 minit, pastikan awak berada dalam kelas awak sendiri.

Naufal berlari deras meninggalkan pejabat warden. Cikgu Sujak masih tersenyum mengingatkan kata-kata dalam surat cinta tadi. Kata-kata itu mengimbau ke zaman cinta monyetnya sendiri.

Rabu, April 04, 2007

ASPURA

Naufal memilih-milih baju dari dalam gerobok (locker) dan memasukkan baju itu ke dalam baldi. Naufal bergerak di antara katil dua tingkat. Naufal keluar dari dorm. Dua meter dari pintu dorm, satu suara menjerit.

Suara: Naufalllllllll!

Naufal: Saya bang.

Suara: Kau nak ke mana?

Naufal: Bilik basuh.

Suara: Tolong basuh ini sekali.

Sehelai baju sekolah yang digumpal dibaling ke luar pintu jatuh di kaki Naufal.

Naufal ambil. Naufal kutip.

Kemudian, sepasang seluar sekolah hijau terbang keluar. Diikuti dengan dua helai jeans. Dua t-shirt. Satu track bottom.

Suara: Ha ha ha ha ha.

Muka Naufal kelat bertopeng sabar. Dia kutip semua. Dia melangkah menuruni tangga ke bilik basuh di tingkat bawah. Setibanya di pintu bilik basuh, suara tadi menjerit lagi.

Suara: Naufalllllllll!

Naufal mendongak.

Suara: Ini satu lagi.

Sepasang kasut kanvas putih jenis warrior terbang dari tingkat dua jatuh di kaki Naufal.

Cikgu Sujak, warden asrama melintas depan Naufal. Dia sedang meronda kawasan aspura.

Cikgu Sujak: Ada masalah ke Naufal?

Naufal: Tidak ada Cikgu (Naufal berbohong).

Khamis, Mac 29, 2007

Ne me quitte pas - Nina Simone



Alih bahasa:
Ne Me Quitte Pas (If you go away)

If you go away on this summer's day,
Then you might as well take the sun away
All the birds that flew in the summer sky
When our love was new and our hearts were high
When the day was young and the nights were long
And the moon stood still for the night bird's song
If you go away, if you go away, if you go away.

But if you stay, I'll make you a day
Like no day has been, or will be again
We'll sail on the sun, we'll ride on the rain
And talk to the trees and worship the wind
But if you go, I'll understand
Leave me just enough love to fill up my hand
If you go away, if you go away, if you go away.

If you go, as I know you will
You must tell the world to stop turning
Till you return again, if you ever do,
For what good is love without loving you?
Can I tell you now, as you turn to go
I'll be dying slowly till the next hello
If you go away, if you go away, if you go away.

But if you stay, I'll make you a night
Like no night has been, or will be again
I'll sail on your smile, I'll ride on your touch
I'll talk to your eyes that I love so much
But if you go, I won't cry
Though the good is gone from the word goodbye
If you go away, if you go away, if you go away.

If you go away, as I know you must
There is nothing left in this world to trust
Just an empty room, full of empty space
Like the empty look I see on your face
I'd have been the shadow of your shadow
If you might have kept me by your side
If you go away, if you go away, if you go away


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Aku ambil dari lagu ni dari Dekdaz.
Ne me quitte pas Versi 1959 dengan alihbahasa lain.
Hujan dari Yasmin's Mukhsin.

Rabu, Mac 28, 2007

SENYUM

Ajan: Masam je? Senyum la sikit. Senyum itu sedekah.

Rima: Hoi! Kita senyum dengan awak bila selisih semalam tapi awak buat bodoh je.

Ajan: Kan kita dah kata dengan awak. Senyum itu sedekah. Kalau minta balasan, sedekah tidak ikhlas namanya.

Rima: Jahat!

Lawatan Sambil Belajar
Popular Urls to the latest web buzz!

Dan saksikan lagi satu filem awek dan pistol. Sungguh seksi.

Selasa, Mac 27, 2007

IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG

Aku jadi kasihan. Kasihan kerana dia tidak faham kenapa Kiri terpilih untuk Sebutan Kehormat. Aku pun tidak boleh salahkan mereka itu, aku sendiri tidak sangka Kiri boleh terpilih. Al-maklum, karya-karya lain dari mereka yang terlibat secara langsung dengan industri filem atau sepupu sepipitnya. Filem kami pula miskin dari segi cahaya dan bunyi.

Masa parti anugerah tu, aku sempatlah bertanya kepada hakim yang hadir - di mana betulnya Kiri ini sebagai sebuah filem?

Ini aku senaraikan sebahagiannya.:
1. Kata Yasmin, skrip dan cerita filem KIRI bagus. Aku seorang penulis dahulu sebelum aku seorang pembikin filem. Oleh itu pendekatan KIRI adalah berat kepada pacuan plot, dan bukan kekaguman visual. Emosi kami adalah dendam peribadi dan sejarah kami pula berlapis perjuangan nasionalis dan kekeliruan matlamat. Bukannya aku tidak mahu buat visual yang mengemparkan tetapi wang dan alatan yang kami ada tidak mampu memenuhkan kehendak itu. Pun begitu, visual kami yang sederhana itu mampu ditunggang oleh subteks Kiri yang agak "ambitious." Miyamoto menyelamatkan Nintendo dengan Mario, sebuah revolusi watak dalam industri video game. Dia bukan seorang programmer, tetapi minatnya lebih kepada bercerita. Kalian nampak keselarian di situ?

2. Gaya perfileman KIRI menyerupai filem pengarah yang ternama. Empat nama telah disebut. Dua darinya aku tidak kenal. Pun begitu, ini berlaku secara kebetulan. Mungkin di bawah sedar hasil dari menonton terlalu banyak dvd. Baiknya B, mahupun yang A. Semuanya belasah. Walau pun kami tidak pergi sekolah filem, kami menonton filem seperti membaca buku.

3. Dari 10 finalis, hanya KIRI yang "edgy." Filem-filem lain terlalu bersabar dalam bercerita. KIRI pula sebuah filem jantan yang kasar, lengkap dengan pistol dan darah memercik. Satu titik hitam dalam laut putih, pasti amat jelas. Berbanding dengan yang lain, KIRI punya potensi lebih untuk jadi cult flick.

4. Sedang filem lain bersungguh-sungguh untuk menjadi karya seni. Kiri meniti sempadan antara seni dan "crap." Kami ada tragedi dan kami juga ada komedi. Afendi tanya, "Ini filem kelakar atau filem serius?" Yasmin mencelah berkata, "Lantaklah. It doesn't matter." Ini mengingatkan aku kepada bengkel mereka yang menyeru kepada filem sukahati bapak sendiri. Itulah yang kami buat. Filem suka hati bapak.

5. Aku tidak berniat merendahkan filem-filem lain. Mereka tidak kalah. Cuma, kemenangan mereka tertangguh. Kebarangkalian, jika BMW tukar hakim, senang-senang filem lain boleh menang. Pun begitu, yang paling aku pasti KIRI mempunyai "leading lady" yang paling "hot!" Awek yang paling cun! Punya la cun, boleh gerhana semua lakonan kayu dan kesilapan nahu dalam filem itu sendiri. Ha ha ha.


Tentang undian seribu lebih hingga mendapatkan People's Choice itu, aku tidak terperanjat. Aku datang dari komuniti Universiti Selatan. Krew kami adalah warga kampus dan KIRI mendapat sokongan penuh. Mengikut wikipedia terdapat 25K hingga 90K pelajar berada dalam universiti ini. Lagi pun Tok Rimau adalah jenama Internet yang agak lama. 6 tahun berhabitat di Internet. Ramai kawannya yang membantu. Terimakasih semua. Setakat 1 ribu undi itu belum lagi sebuah refleksi kepada potensi sebenar KIRI mengumpul undi.

Apa pun, apa yang berlaku dalam sidang hakim tidaklah ketahuan semua. Aku nak cerita semua pun, macam tidak habis-habis angkuh, riak dan takabur. Dunia je ni. Cukuplah had sini. Dosa aku pun dah cukup banyak.

Isnin, Mac 26, 2007

NAMA DI KOLAR


NAMA DI KOLAR
Originally uploaded by Jali.

Lihat nama atas kolar budak ini. Barangkali, atas seluar dalamnya juga ada nama, ditulis dengan dakwat merah.

Biasalah. Jika kalian tinggal di asrama, kalian kena pastikan harta kalian tidak jadi wakaf.

Khamis, Mac 22, 2007

KARYA FEST

KARYA FEST
Coming Soon: April
KIRI akan ditayangkan di Kedai Kopi Starbucks, Jusco Tmn. U. Syarat wajib tayang, 10 hari.

p.s.
Jika anda punya short movies dan mahu ditayangkan juga, sila hubungi
tauke:
http://www.flickr.com/photos/karyaku
http://www.myspace.com/karyaku

Jumaat, Mac 16, 2007

SAJAK LA PULAK

Perhatikan sajak yang aku bikin. Kedua-duanya mempunyai tajuk yang sama. Sajak A adalah berkenaan lelaki tua menasihati seorang wanita cantik supaya berhenti mencintainya. Sajak B pula dibangunkan dari runtuhan Sajak A. Jarak antara keduanya hampir satu tahun. Sajak B lebih mulia temanya kerana ia merupakan nasihat seorang lelaki kepada seorang wanita dalam pelarian akibat kitaran dendam.


A) BIDADARI BUTA
Wahai bidadari
yang buta
bersayap selendang
sutera mahal

Kenapa hadir
ketika tatu ku
koyok di pinggang
ketika lesung pipit ku
kedut di kulit pipi
ketika mahkota ku
uban di junjung

Wahai bidadari
yang buta
bersayap selendang
sutera mahal

...................

B) BIDADARI BUTA
Wahai bidadari
yang buta
bersayap selendang
sutera mahal

Pandanglah ke cermin

lihatlah lesung pipit mu
calar di pipi

lihatlah tatu perang mu
parut di tubuh

Wahai bidadari
yang buta
bersayap selendang
sutera mahal

Senja ke malam
Mengejar kitaran kejam
sebingkis dendam

Chorus:

Wahai bidadari
Apa yang kau kejar
pasti menangkap mu
mendakap mu

Lepaskan dirimu
larilah bidadari
kembangkan sayapmu
dan terbang tinggi

Aku bagi kepada Din Cromox Sajak B untuk dilagukan sebagai lagu tema filem KIRI. Aku nak lagu country, dia bikin lagu rock ballad. Aku kena hormati karya dia. Aku terima.

Sebenarnya, mula-mula kami mahu bikin filem pendatang tanpa izin lemas dalam perjalanan ke Malaysia melalui jalan laut. Sebak ceritanya. Sayu ceritanya. Tetapi produksi terlalu mahal dan bahaya. Pelakon-pelakon kami tidak tahu berenang. Kami pun tiada duit banyak sangat. Kemudian, kami tukar arah untuk kembangkan Sajak B kepada sebuah lakon layar. Jadilah, KIRI.

Tajuk awalnya, Bidadari Buta. Tetapi, bidadari adalah makhluk syurga dan aku tidak mahu merendah-rendahkannya dengan fantasi aku. Kemudian, tukar jadi Dendam Semalam. Sepanjang pengambaran kami pakai tajuk ini. Macam Drama Minggu Ini pula. Tukar lagi jadi Khadam Dendam. Masih tidak puas hati. Tukar pula kepada Maaf Tangan Kiri. Akhir sekali kami tetapkan fikiran dan pilih KIRI sahaja. Ia punya banyak lapisan makna. Lagi pun kami dapat promosi percuma di tepi-tepi lebuh raya seluruh Malaysia.

Motorsikal, sila ikut KIRI.
Ikut KIRI jika tidak memotong.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
CANNES FILM FESTIVAL

Isnin, Mac 12, 2007

KIRI MENANG

Dulu, Tuhan uji aku dengan kekalahan. Sekarang, Tuhan uji aku dengan kemenangan. Aku rasa aku gagal ujian. Hidung aku kembang terseumbat dengan keangkuhan. Bangga. Riak. Eksyen.

BMW Shorties

KIRI bawa pulang tiga bongkah plastik dari BMW Shorties 2007.
1. Finalist
2. People’s Choice Award
3. Honourable Mention

Terimakasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan KIRI. Terimakasih kepada semua yang menyokong dan mengundi untuk KIRI.

BMW Shorties

Pengarah KIRI dan Penulis Skrip KIRI bergambar dengan para hakim BMWShorties.


Lawatan Sambil Belajar:
Press Release
Klubbkidd News
Budiey Photos
Life Focus
Motor News
Motor News 2

Sabtu, Mac 10, 2007

WACANA SOAL SIAT KIRI- Tayangan Perdana

Wacana dan Tayangan Filem Pendek: Kiri
arahan Dean Sham dan Lakon Layar oleh Tok Rimau

Tempat: Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur

Masa: 10 Mac, jam 2 petang (Sabtu)

Anjuran: Sekretariat Penulis Blog (SPB), Unit Multimedia Pena

Aturcara:
1. Tayangan Sebalik Tabir KIRI
2. Tayangan KIRI
3. Ceritera Sutradara dan Penulis
4. Sesi Soal jawab (Hentam. Jangan tak hentam)

Semua dijemput hadir.

Jumaat, Mac 09, 2007

KIRI- Finalist BMW Shorties

Filem KIRI tulisan Tok Rimau a.k.a Ghazali dan arahan DeanSham dipilih oleh hakim sebagai finalis BMW Shorties. Syukur.

Dalam pertandingan ini ada dua anugerah, Pilihan Hakim dan Pilihan Ramai.

Layan http://www.bmwshorties.com.my/ dan undilah KIRI.

Kalian boleh membantu KIRI dengan mengundi KIRI sehari sekali sehingga 8 Mac 2007. Lebih senang dari makan pil diet 3 kali sehari selepas makan tu. Lagipun, pengundi bertuah ada habuannya kata penganjur. Sebagai tanda terima kasih, aku persembahkan KIRI lebih kontot. Trailer/ Gezek wayang 1 minit. Enjoy!



Vote KIRI for BMW People’s Choice Award

...........................................

Copy and paste this code to embed the trailer for KIRI on your blog/friendster/myspace/website:




Menurut Penganjur:
"The first five people to cast their vote for the eventual winner of the People’s Choice Award will receive an invitation to attend the Gala Premiere."

Apa tunggu lagi? Layan http://www.bmwshorties.com.my/ dan undilah KIRI. Nanti kita jumpa di parti Gala Premiere. Tok akan pakai baju lip lap untuk halwa mata kalian. Jumpa di sana.

Jumaat, Februari 23, 2007

KIRI



Judul awal filem ini adalah Bidadari Buta. Kemudian kami tukar ke Dendam Semalam. Lepas tu tukar lagi ke Khadam Dendam. Akhirnya kami ambil keputusan untuk KIRI sahaja. KIRI lebih banyak lapisan maknanya.

Ini versi kontot (4 minit) yang kami hantar ke Hollywood untuk tatapan Spielberg. Sinopsisnya:
An unnamed female character is traumatized at childhood after witnessing the murder of her father, a retiring militant rebel. The murderer is his father's own guerilla leader, Wan Sulong. She then studies her father's war journal and makes it her own. She devotes her life to seek revenge on the murderer. When the time comes, she leaves her house and heads to a border town in search for Wan Sulong... and for vengeance. She finds the man she is looking for. Nevertheless, he is now a pious repentant man.

Versi Penuh (15 minit) akan menjawab persoalan:
1. Apakah hubungan Wan Sulong dengan Rodi?
2. Kenapakah Wan Sulong membunuh Rodi?
3. Bagaimanakah Bidadari menjejak Wan Sulong?
4. Bagaimana Bidadari tahu menggunakan senjata?
5. Di manakah Bidadari mendapat senjata?
6. Apakah tanda yang menunjukkan Bidadari sebagai obses kepada dendam?
7. Bagaimanakah Bidadari menolak pinangan?
8. Apa terjadi kepada Bidadari dan Wan Nordin selepas tembakan?
9. Apakah peranan pemuda gatal dalam filem ini?
10. Kenapa kepala Tok Rimau hampir bocor?

Tempahan untuk DVD versi penuh dibuka sekarang. Anggaran harga RM20. Beli yang ori! Untuk mendapatkan DVD KIRI, sila hantar e-mail dengan tajuk subject: MAAF, TANGAN KIRI. Sertakan nama dan alamat penuh utk tujuan kiriman nanti. Jangan sertakan $ dalam e-mail lagi. Anda akan dihubungi kelak oleh pengedar DVD bertauliah kami. :-) email ke tokrimau{at}gmail.com

Khamis, Februari 15, 2007

TARIKH MATI

Ini adalah latihan yang menakutkan. Andaikan hidup kalian seperti sebuku roti, sekeping lesen memandu atau pelekat cukai jalan. Pastinya, kalian tahu tarikh mati kalian.

Andaikan kalian tahu kalian akan mati pada 31 Disember 2007, apakah yang kalian mesti buat? Nyatakan 10 perkara yang kalian akan lakukan sementara menunggu waktu mati itu. Senaraikan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Setelah selesai membuat senarai, ambil diari atau planner kalian dan masukkan 10 perkara itu dalam tarikh di mana kalian mahu ianya mula dilakukan. Nyatakan juga deadline tarikh siap setiap perkara itu.

Selamat mencuba.

....................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bagaimana anda hidup jika anda tahu bagaimana anda mati?
Joni mahu bikin filem?

Rabu, Februari 14, 2007

ORANG BODOH DENGAN HADIAH

Kerajaan semalam mengumumkan menarik balik peraduan cabutan bertuah ‘Jom Tukar dan Menang’ yang menawarkan hadiah kereta Perodua MyVi bernilai RM50,000 kepada pemenang bertuah yang menukar kad pengenalan lama kepada MyKad.

Seorang menteri dipetik sebagai berkata:
“Jadi, semuanya nak tukar (MyKad) kena bagi upah pula, buat cabutan bertuah, baru orang ramai datang. Itu ‘rubbish’ (mengarut). Adalah BODOH untuk menawarkan sesuatu seperti itu kepada rakyat Malaysia untuk menukar MyKad... ia sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka berbuat demikian."

Masih dalam semangat persaingan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diarah menghentikan Peraduan Tekan, Hantar dan Menang yang menyediakan ganjaran wang tunai kepada perakam gambar pesalah trafik sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.

Soalan Kefahaman:
1. Siapakah yang dikatakan bodoh dalam kenyataan menteri terbabit?
2. Kenapakah kebodohan itu tidak terserlah sebelum akhbar Mi-Telo menjadikannya sebagai agenda?

Sesiapa yang berjaya menjawab soalan di atas dengan tepat akan diberi rasuah berbentuk sebuah kapal perang jenis pengangkut kapal terbang. Penyertaan terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang punya MyKad.

.............................

Nota:
Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah.

Isnin, Februari 12, 2007

NENEK PERGI

Satu senja seekor pocong telah masuk ke rumah emak. Dia meloncat-loncat diruang tamu.

Nenek bingkas bangun mencapai penyapu. Diserangnya pocong itu dengan penyapu.

"Syaitan! Pergi engkau dari sini. Pergi!" marah nenek.

Bila usia menjangkau senja, nenek sekejap di rumah Pak Long. Sekejap di rumah Pak Ngah. Sekejap di rumah emak. Sabtu lepas aku ingin menziarah nenek di rumah Pak Long. Di depan rumah Pak Long ada kereta baru, Mazda RX merah. Ada artis menyorokkan kereta di rumah Pak Long. Takut peminat serbu bila tahu dia ada di rumah.

"Kereta baru ke Pak Long?" aku bergurau.

Pak Long serius. Dia lihat muka aku sayu.

"Nenek sudah tidak ada. Dia dah pergi," Pak Long memberi maklum dengan nada sebak.

Innalillahiwainnalillahirajiun. Aku pun jadi sebak. Menurut Pak Long aku lambat 5 minit.

Jika pocong itu datang lagi ke rumah emak, siapa yang akan menghalaunya? Aku kena belajar jadi berani macam nenek.


.....................................

Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Rabu, Februari 07, 2007

DEBAT

Kami bertujuh berdebat dalam van. Van produksi meluncur masuk kawasan kampung untuk lokasi yang berikutnya. Mauduk debat kami, "Perempuan suka lelaki tua atau muda?"

Orang Tua: Orang muda macam kalian tidak mungkin dapat. Kalian tiada kereta macam kami yang tua. Kami sudah ada steady income. Kami boleh beli hadiah macaam-macam. Kalian mahu sms dia pun susah, kredit habis.

Orang Muda: Saya pun akan tua juga nanti tapi encik tidak mungkin akan jadi muda. Ha! Ha! Ha!

Orang Tua: Okay la. Kalian menang.

Bidadari jadi rimas. Dia seorang sahaja dalam van itu yang tiada halkum. Tiada siapa yang mahu berbual pasal kasut atau pusat membeli belah.

Aku jeling cermin pandang belakang. Bidadari sedang pejam mata. Tentu dia sedang berdoa agar prop pistol mainan itu menjadi pistol betul. Boleh dia tembak kami semua.

Jumaat, Februari 02, 2007

KEDAI KAYU


Untuk projek filem Bidadari Buta, aku perlukan sebuah kedai papan untuk "rustic look." Suasana lama yang mengimbau kepada suatu lokasi yang tidak moden.

Aku tanya kepada Lek Bun di mana ada kedai papan.

Lek Bun: Batu 30 ada kedai papan.

Aku: Tadi saya lalu tidak nampak kedai papan pun.

Lek Bun: Ada. Sebelum simpang ke (Kampung) Seri Bunian tu. Kau nak beli simen pun ada jual kat situ.

Aku: Aduh Lek Bun. Maksud saya kedai yang diperbuat dari papan la Lek Bun. Saya cari kedai kayu. Bukan kedai yang jual papan. Itu kedai construction materials.

Lek Bun: Ha! Ha! Ha! Engkau yang cakap tak jelas.

Saksikan belakang tabir pengambaran BIDADARI BUTA: Hari 1. Fotografi oleh Lan Rasso.

Rabu, Januari 31, 2007

KUALA LUMPUR PENIPU

Hisyam berasal dari Pulau Semporna di Sabah. Kau dapat mengagak dari intonasi suaranya bila dia berbicara.

Sutradara: Orang kampung kamu hisap rokok Sempurna?
Hisyam: Kami hisap Dunhill. Dunhill seludup dari Indon.

Pun begitu, dari tulisan aku, kalian tidak boleh mengagak dia dari Sabah kerana aku tidak menulis secara fonetik. Jika Hisyam tidak pergi ke Universiti Selatan, dia tidak keluar dari Sabah.

Hisyam adalah salah seorang kru filem Maling. Dia berkeras mahu ikut kami ke Kuala Lumpur untuk majlis anugerah walaupun kad jemputan untuk masuk ke dewan anugerah itu tidak mencukupi untuk membawa terlalu ramai kru. Kami bawa juga Hisyam ke Kuala Lumpur. Jika dia tidak ikut pengambaran projek Maling, dia tidak keluar dari Johor.

Hisyam: Ini pertama kali aku keluar dari negeri J.B.
Kami: Negeri J.B.?! Ha! Ha! Ha! (Riuh satu van ketawa)

Sepanjang ronda-ronda Kuala Lumpur, kawan-kawan ghairah menjadi pemandu pelancong kepada Hisyam. Kami tunjukkan Tabung Haji, Institut Jantung Negara, Mall Mega, Masjid Negara dan juga Angkasapuri. Dan KLCC juga.

Hisyam dan Sutradara beratur di Food Court Signature, KLCC, tingkat 3 bawah panggung, untuk membeli makanan. Juruwang menghulurkan nasi ayam yang dipesan dan menunjukkan harga makanan pada LCD mesin wang. RM8.00.

Hisyam: Babi! (Carut spontan terpancul kerana terperanjat dengan harga makanan itu yang mahal relatif.)
Juruwang: (Terpinga-pinga dan mula mahu marah. Dia tidak dapat mengagak bahawa Hisyam dari Semporna, Sabah.)
Sutradara: Hisyam, babi tidak dijual disini. (Sutradara cover line)

Dalam perjalanan pulang dari KLCC ke negeri J.B., Hisyam dan Kahar duduk di kerusi paling belakang dalam van.

Hisyam: Harga baju itu mahal. (Bercerita tentang baju yang mereka lihat di KLCC)
Kahar: Mana kamu tahu?
Hisyam: Aku rasa kainnya. Nipis.
Kahar: Dia bukan jual baju. Dia jual Brand.
Hisyam: Kuala Lumpur Penipu!
Kami: Ha! Ha! Ha! Kuala Lumpur penipu! (Serentak).

Ada tidak ada, selain melihat artis-artis terkinja-kinja dalam seluar ketat mereka, telatah murid-murid aku inilah hadiah saguhati yang aku bawa pulang dari Kuala Lumpur.

Isnin, Januari 29, 2007

SEQUEL MALING

Tidak terpilih untuk menang dalam apa-apa kategori AFP06 ( Anugerah Filem Pendek 2006) tidak menggentas kreativiti kami. Dan jika kami diberi peluang untuk hantar entri lagi, kami akan hantar jenis kerja yang sama. Kami tidak akan tunduk kepada kejumudan dan kesederhanaan. Kami akan teruskan dengan plot penuh darah, penuh aksi dan penuh emosi. Kami akan terus kritikal dan terus kontroversi. Filem filsuf untuk orang yang berfikir dan suka makan nasi lemak.

Oleh itu, untuk kalian, eksklusif sneak preview sinopsis sequel fiksyen kami:

MALING 2
Maling 2 bermula dengan babak sebuah set pengambaran kempen anti merokok (kerana rokok boleh menyebabkan kereta meletup.) Tiba-tiba datang sekumpulan orang awam diketuai oleh seorang Pak Haji. Mereka memukul krew pengambaran. Mereka taji kaw-kaw punya. Pak Haji memaki ketua krew, "Kepala hotak kau. Rokok menyebabkan kanser, bukan kereta terbakar. Bodoh!"

Ambulan pun datang. Sebelum ambulan datang, Pak Haji dan kumpulannya itu beredar dari tempat kejadian sebab mereka mahu pukul pencuri hasil karya orang pula. Maling seni namanya tu.

p.s.
1. Baca Akhbar Metro 29 Jan 2007: kontroversi Alt+F4 (pemenang hadiah AFP06) didakwa mencuri hasil kerja orang lain.
2. Maling adalah perkataan Jawa/Banjar bermakna "Pencuri."
3. Orang yang buat skrip "Kita selalu begini, kenapa tidak begini?" juga akan dikeroyok oleh Pak Haji dan kawan-kawannya. Jangan ingat kalian terlepas dalam Maling II ni.

Isnin, Januari 22, 2007

BAJU YANG HODOH


Flood: Waiting
Originally uploaded by ProjectRasso Fotoblog.

Pagi itu, sebelum rombongan bertolak, Faruk tanya aku sama ada aku nak t-shirt percuma. Itu t-shirt hari keluarga jabatan tahun lepas. T-shirt itu warna oren dengan logo warna-warni di dada. Hodoh macam neraka. Aku dengan sombongnya menolak.

Rombongan Khidmat Masyarakat Briged Bencana membantu mangsa banjir pun bertolak ke Parit sulong, Batu Pahat. Banjir masih belum surut di sana. Kami mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak yang tinggal di pusat penempatan mangsa banjir. Selain dari itu, kami mengambil kesempatan menyelami keperitan mangsa-mangsa menempuh dugaan.

Kami ke stesen Dewan Parit Sulong. Untuk ke sana, kami perlu meredah air. Lori disediakan untuk kami ke sana. Dalam jam 3.30 p.m., aku dan kawan-kawan (Termasuk Spyz dan Lan Rasso) terperangkap ketika berteduh. Hujan lebat mencurah-curah. Kami pun lepak menanti hujan berhenti.

Sekonyong- konyong lori tentera yang membawa kami pulang pun sampai. Terpaksa juga kami redah hujan untuk naik lori. Baju basah lencun.

Tersengih-sengih aku jumpa Faruk, "Ada t-shirt lebih tak?"

Foto: Ehsan Lan Rasso.

Khamis, Januari 18, 2007

Coming soon: Bidadari Buta


Bidadari Buta
Originally uploaded by Jali.

Original Photo by Aphrodite.

Selasa, Januari 09, 2007

DEBUT

Saksikan debut Tok Rimau sebagai pelakon iklan khidmat awam bertajuk Maling, sebuah projek pelajar untuk Anugerah Filem Pendek anjuran FINAS dan RTM. Dialog Tok Rimau cuma sepatah, "Nanti!" tetapi kena buat aksi lasak sendiri sebab tiada stunt double.

Tayangan: 11 Januari 2007. Khamis. TV1 3.05 petang. Ulangan 10.30 malam. (Tertakluk kepada perubahan)

Anda boleh mengundi secara SMS memilih entri baik pilihan penonton tapi mesti baca niat, "Sahaja aku mengundi SMS untuk memenangkan Tok Rimau dan kawan-kawan, bukan untuk menang undian SMS bertuah- RM1000. Itu judi bukan undi."

Anda perlu membuat 3 Pilihan Terbaik kategori Khidmat Awam. Taip:AWAM Pilihan No.1 Pilihan No.2Pilihan No.3
CONTOH: AWAM MALING ROKOK KASIH Hantar ke 32770.

Lepas masuk tabloid, Tok masuk RTM. National TV tu geng. Esok lusa, Al Jazeera la pulak. Mmmm... tapi aku tiada Asstro.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR:


zunarbanner

Jumaat, Januari 05, 2007

ANUGERAH FILEM PENDEK

Filem pendek itu semangatnya independent. Semangatnya keghairahan terhadap seni. Bila RTM dan FINAS cuba menganjurkan Anugerah Filem Pendek, usaha ini patut dipuji. Inilah cubaan mereka untuk keluar dari kotak yang selama ini mengekang kreativiti mereka. Malangnya cubaan masih lagi cobaaaan!

RTM. Apalah nak diharap dengan RTM. Rebranding Exercise 10 kali setiap kali bersilih menteri pun, RTM tetap RTM.

Susunan rancangannya pun adalah satu drama. Lain dalam susunan rancangan, lain pula ditayangkan.

Iya iya ooo hari itu mengiklankan dengan gah tayangan entri-entri Anugerah Filem Pendek sepanjang Januari. Entah bila nak tayang, tidak tahu la. Habis dah slot waktu kemuncak disumbat dengan drama didaktik yang tidak henti-henti membebel mesej suci.

Sekali tu jam 3 p.m. masa orang sibuk kerja dan belajar, RTM tayang entri-entri dokumentari untuk Anugerah. Ada hati pula dia nak kaut untung melalui undi SMS. Nak suruh siapa undi filem pendek tu? Makcik kat rumah? Mereka lebih suka menangis mengupas Bawang Merah Bawang Putih.

p.s.
Tapi aku suka untuk memuji RTM juga kerana berjaya keluar dari kotak dalam beberapa keadaan terpencil:
1) Fenomena Seni menjemput Ustaz duduk sebelah orang seni. Panas bontot orang seni. Hampir terbakar kerusi.
2) Agrojurnal. Aku nak jadi petani moden.

Selasa, Januari 02, 2007

MENAMBAH DIAMETER LUBANG HIDUNG SATU HUN

Tit tit tit tot. Bunyi nada SMS.

Tangan kanan pegang telefon, kiri pegang stereng kereta.

"Ini gambar dua ekor hantu mana pulak dalam kat Kosmo ni?"- dari Spyz.

Artikel apa yang penting sangat hingga Spyz hantar SMS ni? Getus (kali pertama aku guna perkataan ini) hati aku.

Aku berhenti sekejap di gerai dan beli akhbar. Aku beli Metro. Memang ada cerita hantu di dalamnya. Cerita Jenglot. Aik... tak mungkin cerita Jenglot pun nak SMS aku.

Aku periksa SMS semula. Oh! Aku silap. Kosmo la, bukan Metro. Inilah akibat 'speed reading' SMS sambil memandu. Oleh itu, jangan tiru aksi ini.

Lepas makan tengahari aku beli Kosmo pula. Fuh! Gambar aku keluar dalam artikel muka 24, bertajuk Blook Bagai Diari Peribadi.

Jika kejantanan lelaki boleh diukur dengan saiz kasutnya, aku berteori, kesohoran manusia boleh diukur dengan saiz gambarnya di akhbar. Saiz gambar Tok Rimau lebih besar dari Nat King Cole, Cicak Man, Amy Search, Salleh Yaacob dan isteri ke-3, dan ketua Kampung Kundang, Abdul Samat Ya'cob. Nama-nama sampingan ini juga keluar gambarnya dalam Kosmo.

Jangan lupa beli Kosmo: Suara Kontemporari. 2 Januari 2007. Akhbar murah, RM1. Bingkaikan.

...............
PERTANDINGAN MONODRAMA NEGERI JOHOR 2007
Anjuran DBP Wilayah Selatan

Dengan kerjasama
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Johor (JKKW Johor),
Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ)

i. Johan: RM3,000.00
ii. Tempat Kedua: RM2,000.00
iii. Tempat Ketiga: RM1,000.00
iv. Tiga (3) Hadiah Sagu Hati: RM500.00
v. Pengarah Terbaik: RM1,000.00
vi. Pelakon Terbaik: RM1,000.00
vii. Skrip Terbaik: RM1,000.00


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan syarat dan borang penyertaan pertandingan, silalah hubungi:
i. Rusdi Abd. Rahman (no. tel.: 07-235 8802 / e-mel: rar@dbp.gov.my)
ii. Mohd. Rizal Mohd. Ali (no. tel.: 07-236 8282)

Syarat Penyertaan
PERTANDINGAN MONODRAMA NEGERI JOHOR 2007
Anjuran DBP Wilayah Selatan

a) Syarat Umum

i. Penyertaan terbuka kepada kumpulan yang anggotanya terdiri daripada warganegara Malaysia yang bekerja, belajar, atau menetap di negeri Johor.
ii. Peserta daripada setiap kumpulan dikehendaki menyertakan butir-butir lengkap yang disediakan dalam borang penyertaan. Semua butiran dalam borang penyertaan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada urus setia pertandingan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya butiran yang diberikan palsu, penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar.
iii. Urus setia dan kakitangan pihak penganjur utama (DBPWS) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
iv. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kelewatan penerimaan borang penyertaan. Pihak penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan borang penyertaan.
v. Penganjur berhak menggunakan nama dan gambar ahli kumpulan untuk tujuan pengiklanan, percetakan dan publisiti tanpa bayaran honorarium.
vi. Penganjur berhak menggunakan skrip pementasan dan apa-apa jua visual rakaman video, foto dan audio kumpulan yang memasuki pertandingan ini untuk diterbitkan atau untuk sebarang tujuan lain.
vii. Skrip dan dialog pelakon hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, kecuali kata pinjaman dalam bahasa lain yang diizinkan oleh pihak penganjur.


b) Syarat Kumpulan
i. Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang serta tidak lebih daripada 10 orang. Jumlah ini merangkumi Pengarah, Pengurus Produksi, Pelakon, Penulis Skrip dan petugas lain yang difikirkan sesuai dalam sesebuah kumpulan. Nama ketua dan anggota kumpulan serta penulis skrip hendaklah diisi dengan lengkap dalam borang penyertaan.
ii. Jumlah pelakon dalam pertandingan ditetapkan hanya SEORANG PELAKON sahaja dalam satu pementasan.
iii. Masa untuk satu pementasan yang ditetapkan antara 30 minit (minima) hingga 45 minit (maksimum) sahaja.
iv. Pihak penganjur pertandingan akan menilai setiap penyertaan dan skrip yang dihantar. Jika terdapat kumpulan yang tidak memenuhi kriteria syarat pertandingan, penyertaan kumpulan akan ditolak.
v. Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini akan diberikan sebanyak RM500.00 sebagai galakan dan kos perbelanjaan untuk urusan pertandingan.
vi. Pihak penganjur hanya menyediakan tempat dan kemudahan asas pementasan sahaja. Segala urusan teknikal atau apa-apa juga kelengkapan tambahan seperti props dan set pentas atau sebagainya merupakan urusan kumpulan sepenuhnya.
vii. Skrip hendaklah karya asli bukannya skrip adaptasi serta belum pernah dipentaskan sama ada dalam persembahan atau pertandingan lain.
viii. Skrip adalah bebas tetapi dilarang menyentuh perkara-perkara sensitif yang berkaitan perkauman, keselamatan negara, agama, budaya bangsa dan sebagainya di Malaysia.
ix. Setiap penyertaan hendaklah disertakan skrip yang lengkap termasuk sinopsisnya yang ingin dipentaskan serta nama penulis skrip.
x. Kumpulan digalakkan menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang bercitrakan budaya bangsa Malaysia untuk nama kumpulan.
xi. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas segala urusan cuti, pengangkutan dan kos ahli kumpulan untuk menyertai pertandingan ini. Semua urusan tersebut hendaklah diuruskan oleh setiap ahli kumpulan.
xii. Pihak penganjur akan memaklumkan tarikh dan tempat pertandingan kepada semua kumpulan yang terpilih untuk bertanding selewat-lewatnya dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

Tarikh tutup menghantar penyertaan sebelum atau pada 1 Mac 2007.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Blook: New Medium for Creative Writing- Written by Nurul Halawati Mohamad Azhari and photo by Irwandy.

Selasa, Disember 26, 2006

BAH TERUK

Aku menulis entri ini menggunakan laptop dengan bateri tinggal separuh. Aku gunakan kad 3G untuk terbitkan entri blog ini ke Internet. Teknologi memungkinkan komunikasi ini.

Gerobok tempat aku bertenggek mula kembang dan membengkak permukaannya kerana menyerap air. Apalah hendak diharap sangat dari perabot chipboard murah D.I.Y. dari Giant ini Kini dia mula bergoyang-goyang hilang keseimbangan.

Aku terjaga sekitar jam 4.00 pagi kerana terasa tilam aku basah. Aku sangkakan aku mendapat mimpi basah tetapi ternyata aku salah sangka. Aku memang tidak suka apabila mendapat mimpi basah tetapi tidak ingat langsung butir-butir dalam mimpi itu. Rugi. Apa pun, ini bukan mimpi basah. Tilam aku basah benar-benar oleh air, H20 bercampur lumpur dan sampah. Tilam aku basah kerana air hujan turun tidak henti-henti hingga menyebabkan banjir. Air dari gunung turun dengan banyaknya. Manakala, di baruh pula pasang keling. Sekarang pukul 5.00 pagi, air sudah sampai paras dada.

Aku sepatutnya keluar dari rumah semasa air paras pinggang tadi, tetapi semasa aku mahu keluar dari bilik, aku terampak beberapa kelibat sedang selongkar almari pinggan Correl mak aku. Aku syak itu anak jantan Mak Limah dan kuncu-kuncunya sedang menaguk di air keruh. Dia baru keluar dari Serenti tapi masih tidak hilang giannya. Aku nak lawan tapi takut sebab mereka ramai dan aku seorang. Aku masuk semula dalam bilik dan kunci pintu.

Sekitar 4.30 pagi aku dengar kecoh di ruang tamu. Aku dengar mat gian-mat gian itu menjerit. Mahu kata mereka jumpa emas, bunyi jeritannya macam menakutkan. Aku terdengar juga bunyi debus-debus percik air macam budak-budak main di kolam taman KLCC. Tapi sekejap sahaja bunyinya, kemudian sunyi.

Aku nampak air banjir yang keruh kekuning-kuningan bertukar menjadi merah. Warna itu masuk ikut celah pintu bilik yang berkunci. Aku mahu keluar ikut tingkap tapi tingkap rumah ini kukuh berjeriji besi. Aku panjat gerobok pakaian dan bertenggek di atas. Nasib baik laptop ini ada atas gerobok, boleh aku berkomunikasi dengan dunia meminta pertolongan.

Renyai hujan di luar bergendang atas bumbung zing seperti kumpulan speed metal. Aku bertenggek atas gerobok mengigil-gigil. Apa tidaknya. Sedang aku khusyuk memerhatikan pintu bilik, satu rempuhan yang dasyat memecahkan pintu bilik. Bukan pasukan penyelamat yang masuk tetapi seekor buaya 10 kaki panjang kini terapung di muka pintu. Di mulutnya ada tangan manusia yang masih segar. Bilik aku dah jadi kolam darah.

Kemudian bilik aku menjadi gelap. Aku tidak pasti samada litar terputus di suis utama rumah atau di pencawang TNB kampung aku. Aku tidak nampak buaya itu lagi kerana bilik aku gelap. Namun, aku pasti buaya itu nampak aku kerana skrin laptop ini mengeluarkan cahaya menerangkan muka aku.

Ini pasti buaya Stephen Poo Kee. Di ladangnya di hujung kampung, ada buaya, biawak, kancil, beruang dan musang. Dia bukan tauke zoo tetapi dia pembekal binatang-binatang eksotik untuk restoran-restoran di pekan. Dulu, aku nak melapor kepada polis tetapi Pak Ngah aku menghalang. Nanti siapa nak beli tenggiling-tenggiling yang Pak Ngah tangkap di ladang kelapa sawitnya? Pak Ngah memang usahawan tulin.

Alamak gerobok aku bergoyang lagi. Hampir roboh. Kritikal ni. Bila-bila masa sahaja aku boleh jatuh. Kalau kamu baca blog ini, sila telefon polis, bomba atau apa-apa pasukan penyelamat berdekatan. Minta mereka segera selamatkan aku di alamat...

[Fade to black]

.............
Nota: Sebenarnya penulis dalam keadaan dukacita bila bah di Johor amat teruk. 65000 orang yang menjadi mangsa. Untuk meluahkan kesedihannya, dia menulis fiksyen ini. Sementara menunggu orang yang menamakan hurricane di U.S sebagai Katrina dan taufan di Filipina sebagai Durian mendapat ilham sambil membelek Buku Nama-nama Anak, penulis menamakan banjir besar ini sebagai BAH TERUK. Semoga kita semua lulus ujian yang satu ini.

(Sumbangan dan bantuan : sila salurkan melalui PBSM, MERCY, Yayasan Salam atau Tabung Mangsa Banjir TV3)

Khamis, Disember 21, 2006

DISEMBER HAMPIR HABIS





KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Rabu, Disember 20, 2006

PIALA MONSUN

Aku nampak dua lelaki muda berdiri di kaki lima jambatan yang merentas Sungai Senaiville. Mereka memerhatikan air sungai yang melimpah menenggelamkan rumah-rumah sekitar akibat marathon hujan 48 jam. Mereka kelihatan tidak sedih. Mereka ketawa-ketawa sambil tangan menunjuk-nunjuk kawasan yang tenggelam. Mungkin mereka bukan orang tempatan. Ini kali pertama mereka melihat banjir. Mungkin.

Wiper aku menari ke kiri dan ke kanan menepis hujan renyai-renyai. Perjalanan aku amat membosankan kerana sekejap laju sekejap sesak. Ada bahagian-bahagian jalan yang tenggelam dek monsun.

Aku biarkan kereta di hadapan aku bergerak jauh ke hadapan. Ini memberi kereta aku ruang kelegaan untuk menderas. Aku tekan minyak. Vrooom!

Tayar aku ligat melanggar lecak. Swosshhhh!

Aku tidak melihat belakang. Aku cuma dengar suara mereka menjerit, "Hoiiiiiiii!" Hujan bertambah lebat untuk anak-anak
muda itu.

p.s.
Aku tidak bangga dengan tindakan aku.

.....................................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Ramalan Cuaca 7 Hari Johor Bahru

......................................

KAJIAN
Saudara Tok Rimau,
Saya mendapat contact anda menerusi Syed Syahrul. Maaf kerana mengganggu. Saya ialah pelajar sarjana dari Universiti Malaya, dan saya ingin meminta pertolongan sedikit atas kajian saya dalam thesis yang bertajuk " Mampukah blog menjadi kaedah efektif untuk mendemokrasikan Malaysia?"

Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu temuramah dengan blogger dan satu tinjauan bagi semua pembaca blog & pengendali blog dari Malaysia. Bolehkah anda tolong isikan tinjauan tersebut, dan sebarkan tinjauan ini di dalam blog anda?

Publisiti ini adalah untuk tujuan akademik saja =). Oleh sebab saya memperhatikan bahawa komuniti blog dalam Bahasa Malaysia jauh lebih besar daripada komuniti blog Inggeris, kajian saya tentu lebih bermakna jika saya mendapat data dari komuniti tersebut. Dengan profil yang hebat dan keaktifan anda dalam komuniti blog Melayu, saya yakin bahawa anda dapat membantu kajian saya untuk mencapai responden yang ramai.

URL untuk tinjauan ini adalah berikut: http://www.my3q.com/home2/121/junetan/malaysianblogbm2.phtml . Senarai soalan itu mengambil masa 5-10minit untuk menjawab.

Ribuan terima kasih saya ucapkan, dan saya menantikan balasan anda.


Yang benar,
June Tan
p/s. Blog saya tentang kajian ini di http://blogger-research.blogspot.com .

Okay, kawan-kawan. Sila jawab:
Soal Selidik Tentang Blog

Sabtu, Disember 16, 2006

PRODUKSI GERILA

"Silence on the set!" jerkah tuan pengarah.

Semua senyap.

Dia tidak jerit "lights" dan "camera" sebab benda itu pun tugas dia sendiri juga. Dalam produksi ala gerila, semua kena serba boleh. Pengarah kena tahu banyak. Multitasking.

Aku? Aku jadi penata seni merangkap tukang pegang papan tepuk (Clapboard).

"Action!" jerit Tuan Pengarah lagi.

Dua pelakon sedang duduk sederet atas sofa rendah. Lutut memuncak ke atas. Konon-kononnya mereka menanti giliran untuk ditemuduga. Tuan pengarah tekun menonton layar kamera.

"Aku memang pencinta wanita. Namun ku bukan buaya," tiba-tiba telefon bimbit pelakon wanita berlagu.

"Cut! Cut!" jerit Tuan Pengarah.

"Simpan la telefon tu dulu. Tengah shooting ni," marah Tuan Pengarah.

Pipi pelakon wanita berbaju kurung itu memerah malu. Pelakon wanita itu pantas membisukan telefonnya dan meletakkan telefon itu di atas lutut.

Graviti pun menjalankan tugasnya seperti biasa, menarik objek ke bawah. Telefon itu melurut turun dari puncak lutut masuk ke dalam baju kurung ke pangkal paha.

"Simpan kat situ je telefon? Kalau macam ini aku pun nak jadi telefon," kata pengarah.

Pipi pelakon perempuan bertambah merah.

"Kah! Kah! Kah!" Semua kru pun ketawa terbahak-bahak.

"Silence on the set!" jerkah tuan pengarah.

p.s.
Jangan tanya aku samada telefon ditala ke getar (vibrate) atau tidak.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Malaysia 2006/7: First Time Filmmakers

Khamis, Disember 14, 2006

CELORENG

Aku balik kampung semalam. Aku buka gerobok lama, gerobok pakaian seragam abah sebelum dia pencen.

"Mak baru kemas tu Ngah. Jangan kembur," mak bagi amaran.

"Nanti orang kemas balik la."

Mak bersandar di muka pintu. Dia nak pastikan aku kemas gerobok itu semula.

"Kan dah dapat," aku mengeluarkan baju celoreng abah dari gerobok. Ada pangkat lagi. Staf Sarjan. Aku acukan kepada badan. Mmm... nampak segak. Kawan-kawan bola-bola api cat (paintball) aku pasti cemburu.

Aku cuba seluar pula. Ketat. Tidak boleh pakai. Kalau paksa pakai juga, boleh koyak kelengkang. Seronok la musuh membedek ke arah bontot aku nanti. Simpan balik seluar itu.

"Engkau nak buat apa dengan celoreng abah kau tu Ngah?" tanya mak.

"Orang nak pergi perang la mak."

"Kau jangan main perang kat kebun durian, nanti dituduhnya kau nak hidupkan Al Maunah pulak."

"Kebun kelapa sawit la mak," kata aku sambil memperagakan baju celoreng depan cermin macam budak dapat baju raya.

...................................................
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Orang yang cantik baca blook Masuk Barisan. Orang yang baca blook Masuk Barisan adalah orang cantik.

Harga RM23 (Termasuk upah posto)- Untuk tempahan sila hantar SMS ke 012-736 7772. Sementara stok masih ada.


Tiada kena mengena dengan Barisan Alternatif dan Barisan Nasional.

Isnin, Disember 11, 2006

AGI HIDUP AGI MERABAN

Nyamuk-nyamuk yang kehausan bukan masalah kami lagi apabila pertempuran sudah bermula. Mungkin, darah kami pun tidak lazat lagi kerana sudah bercampur adrenalin yang berlebihan.

"Cover aku!" arah sarjan kepada aku.

Aku pun bangun dari tempat persembunyian dan memuntahkan peluru ke arah gerila yang bersembunyi di balik pokok-pokok kelapa sawit.

Rattt tat tat tat tat!

Musuh kami bijak. Mereka terus bersembunyi membiarkan pokok kelapa sawit menerima tembakan.

Rattt tat tat tat!

Sarjan berlari terbongkok-bongkok dan terus bergolek ke belakang balak tumbang. Terus dia meniarap mengintai musuh.
.
.
.

Seperti biasa, Tok Rimau bertambah kacak bila memakai topeng sambil membuat aksi Satria Baja Hitam.
.
.
.
.

"Aduh! Aduh! Arghhhhhh!"

"Jan! Kena tembak ke Jan?" aku melaung.

"Arghhh! Semut api! Semut Api!" Sarjan mengelupur di tempat persembunyiannya.

"Ha! Ha! Ha!" Aku tertawa terbahak-bahak. Aku mula leka.

Dush! Dush! Dush! Peluru turun macam hujan.

"Aduh!" Leher aku dilanggar sebutir. Tepat pada urat mareh. Lebam lovebite ni tahan seminggu.

Main paintball dua jam. Bayar RM53. Pulang dengan baju penuh berlumpur dan badan lebam-lebam macam membela pelesit.

Khamis, Disember 07, 2006

CUKAI

Engkau sedang memandu di satu kawasan yang engkau tidak biasa. Tiba-tiba, engkau perhatikan tiang-tiang lampu bertambah banyak berbaris menghiasi jalanraya. Tiang-tiang itu berbeza dari tiang-tiang lain kerana ianya lebih cantik dan berkerawang.

Engkau tidak perlu jadi psikik, engkau tahu ibu pejabat Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah adalah berdekatan. Bangunan itu pastinya tersergam hebat, bercat indah dan mempunyai taman yang cantik. Engkau pun jadi sakit hati kerana engkau tahu ke mana perginya duit cukai pintu yang engkau bayar setiap tahun.

Jumaat, Disember 01, 2006

SOALAN BODOH

Suatu hari aku berada dalam satu forum mengenai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ahli panelnya orang besar-besar dalam perjuangan Bahasa Melayu. Ada Prof. Dr. Awang Saryan dan Tan Sri Ismail Hussein. Datuk A. Samad Said pun ada dalam kalangan hadirin.

Tiba masa soal jawab. Hanya soalan-soalan remeh temeh yang dilontar oleh hadirin. Langsung tidak mencabar ketokohan ahli panel. Maka, aku pun mengarang soalan yang aku rasa sesuai untuk taraf orang-orang yang aku sanjung tinggi ini.
.................

Memertabatkan Bahasa Melayu di tempatnya sebagai Bahasa Kebangsaan adalah satu perang besar kepada pejuang-pejuang bahasa. Dalam perang ini, pejuang-pejuang bahasa masih belum menang lagi. Kalah pun tidak lagi. Berterus-terusan perjuangannya.

Baru-baru ini, pejuang mendapat kemenangan dalam satu pertempuran kecil mereka. Nama-nama tempat di Putrajaya akan diMelayukan. Selepas ini, mungkin tiada lagi boulevard (Bululebat?), precint, parcel dan Palace of Justice.

Yang menjadi sedih adalah musuh yang melibas-libas keris kepada apa yang termaktub dalam perlembagaan negara itu adalah anak Melayu yang duduk di kerusi empuk setelah diangkat menjadi pemimpin.

Apabila kabinet meluluskan agar murid-murid sekolah mengira dan membuat ujikaji dalam Bahasa Inggeris, ianya satu pukulan yang hebat kepada Dewan Bahasa Pustaka, badan yang bertanggungjawab memperjuangkan Bahasa Melayu.

Seperti menambah garam ke luka, anak syarikat DBP dipertanggungjawabkan membuat buku teks sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah mereka membantah? Tidak.

Di mana silap pejuang-pejuang bahasa sehingga ini boleh berlaku? Tidak cukup pahlawankah? Tidak cukup senjatakah? Tidak cukup juruskah? Tidak cukup ilmu perangnya? Atau, kita ini terlalu Melayu, terlalu bersantun, sehingga tidak berani meninggi suara atau menggenggam penumbuk ke udara?


Banyak juga kertas aku guna untuk draf soalan. Aku berpuashati sangat dengan soalan aku karang. Macam puitis sangat. Sesuai untuk majlis ini.Ha! Ha! Ha! Ketawa seorang pujangga. Kembang kempis hidung aku. Ujub, terpersona dengan kebolehan sendiri.

Malangnya, belum sempat aku mengaju soalan, pengerusi pun mengumumkan majlis sudah sampai ke penghujungnya. Terimakasih kepada soalan-soalan dari hadirin (yang sempat bertanya soalan). Dan riuhnya tepukan.

Ahli-ahli panel menerima cenderahati dan hadirin dijemput menjamu selera. Ahhh! Melayu.

Penat aku mengiwi but, kawadnya tidak jadi.

Rabu, November 29, 2006

PARTI LIAR BERHEMAH GJ SELATAN

Bagi menghabiskan bajet 2006, GJ Selatan akan berkumpul dan memeriah parti liar berhemah berikut:

CERITERA BERSAMA KARYAWAN SASTERA SIRI 7/06: SAHRUDDIN MANAS (GENRE TEATER)
pada : 2 Disember 2006 (Sabtu)
masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi


PEMENTASAN TEATER MONOLOG
‘JIWA BANGSA’
pada / masa :
- 2 Disember 2006 (Sabtu ) / 8.00 malam
- 3 Disember 2006 (Ahad) / 3.00 petang dan 8.00 malam

tempat :
Balai Seminar DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Bawa kupon parking. Jika kalian tunggang kuda atau basikal, tidak perlu bayar parking.


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
i. Rusdi Abd. Rahman (07-235 8802)
ii. Mohd. Rizal Mohd. Ali (07-236 8282)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Photo anak-anak GJ

Selasa, November 28, 2006

TERANG GELAP

"Encik, saya banyak hilang markah di Thermodinamik. Saya dapat "C" sahaja. Susah subjek tu," ujar seorang murid yang duduk di hadapan aku.

"Dalam subjek saya, awak dapat "A-." Kira okay la tu," aku memujuk.

"Encik, saya datang ni ada hajat. Boleh tak, Encik tambah markah saya ke "A." Nanti CGPA saya tidak la teruk sangat," matanya bulat membuat rayuan. Sedaya upaya dia mencomelkan dirinya.

Aku bersandar di kerusi aku. Melihat muka comel itu sambil mencari jawapan yang sesuai.

"Beginilah. Suatu malam awak kehilangan kunci di halaman rumah awak. Suasana di situ amat gelap. Jika awak cari kunci itu di dapur rumah, di situ terang, adakah awak akan jumpa kunci hilang tadi?" Aku berfalsafah.

Dia berfikir sejenak. Matanya tidak bulat lagi.

"Saya faham apa maksud Encik. Kalau begitu terimakasih sahajalah Encik."

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Pusat sumber Zine: Independent Publishing Resource Center
Rekabentuk Bantal Seperti Batu

Isnin, November 27, 2006

BERGAMBAR DI TELUK DANGA

Aku berdiri terlalu hampir dengan subjek aku, Abon dan seorang minah. Peminatnya barangkali.

"Belakang sedikit. Saya mahu gambar kami dari kepala hingga kaki," arah minah itu kepada aku, seorang jurugambar bidan terjun yang kebetulan berdiri di kawasan itu.

"Mula-mula saya ambil gambar dada ke atas, medium close up. Sesuai untuk gambar kenangan sebegini. Kemudian gambar kaki pula. Boleh?" Aku memberi penerangan seperti seorang professional.

Minah itu mengangguk setuju.

Aku mengacu lensa kamera dan tekan punat kamera digital.

1. 2. 3. Klik.

Gambar Abon yang sedang tersengih dan peminatnya yang sedang tersenyum keluar di atas monitor LCD kamera. Medium close up.

Kemudian, aku mengacu lensa kamera ke bawah pula. Aku tekan punat kamera digital.

1. 2. 3. Klik.

Gambar sepasang kaki manusia keluar di atas monitor LCD kamera. Masih lagi medium close up.

"Woit!" Kata minah itu.

"Ha, Ha, Ha." Aku tergelak sendiri kerana aku buat lawak ambiguiti depan seorang pelawak dan peminatnya. Abon juga ketawa.

"Okay. Sekali lagi. Kali ini betul-betul," aku menyejukkan hati minah yang tidak nampak humor dalam jenaka aku.

Khamis, November 23, 2006

THE MAKING OF MALING


Maling the movie
Originally uploaded by Jali.

Tayangan Perdana di Malam Buruh Cinta (Tarikh kena tengok kalendar Jawa dulu)

RAPAT GENG JURNAL SELATAN

RAPAT GJ Selatan akan dibuat ditempat-tempat berikut dengan program-program berikut. Jom.

PROGRAM AKAN DATANG (BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2006) UNIT SASTERA DAN BAHASA DBP WILAYAH SELATAN. SEBUT NAMA TOK RIMAU GJ, KAU AKAN DAPAT MASUK PERCUMA! SUNGGUH! MAKANAN DISEDIAKAN.


1. Bicara Sastera
Bersama Sasterawan Negara : ‘Proses Berkarya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said’
25 November 2006 (Sabtu), 8.30 pagi - 10.00 pagi di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.
Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.

2. Dialog Bahasa
‘50 tahun Memartabatkan Bahasa Kebangsaan: Adakah Noktahnya?’
25 November 2006 (Sabtu), 10.00 pagi - 12.30 tengah hari di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.
Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.
- Ahli Panel:
i. Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 GAPENA.
ii. Dr. Awang Sariyan, Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.

3. Gema Puisi Bahasa
(Persembahan Deklamasi dan Lagu Puisi bertemakan bahasa. PENAMPILAN KHAS GITAR TONG!)
25 November 2006 (Sabtu), 8.00 malam - 10.30 malam di Teluk Danga, Johor Bahru.
Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Prof. Dr. Awang Sariyan dan Dr. Lim Swee Tin selaku tetamu undangan khas mendeklamasikan puisi.

4. Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 7 / 06 : Sahruddin Manas (Genre Teater)
2 Disember 2006 (Sabtu), 9.00 pagi - 11.00 pagi,
Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.
- Siri terakhir program Ceritera Bersama Karyawan Sastera DBPWS 2006.
- Menampilkan Sahruddin Manas, penggiat muda yang aktif dan berpotensi dalam bidang teater di Johor.


5. Pementasan Teater Monolog Edisi 4 / 06 : ‘Jiwa Bangsa’
2 - 3 Disember 2006 (Sabtu - Ahad),
Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.
Tiga pementasan:- 2 Disember 2006, 8.30 malam.- 3 Disember 2006, 3.00 petang dan 8.30 malam.
Sebarang maklumat lanjut, silalah hubungi:
i. Rusdi Abd. Rahman (07-2358802)
ii. Hasrina Baharum (07-2358545)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Rabu, November 22, 2006

CHAUVINIST

Nak kata sempena Hari Raya, Syawal pun dah habis. Maka ini kisah suatu hari di rumah terbuka menyambut Zulkaedah.

Aku: Di kelas Sarah, nombor satu hingga tiga, semuanya perempuan.

Budak: Di kelas Rais, tempat nombor satu hingga tiga, semuanya lelaki.

Aku: Syabas! Sepatutnya begitulah. Lelaki mesti lebih pandai dari perempuan.

Budak: Bukan begitu Pakcik. Sebenarnya, sekolah saya sekolah lelaki. Yang pandai pun lelaki, yang corot pun lelaki. Tiada perempuan.

Aku: (Dalam hati: Terkena aku ) .

Isnin, November 20, 2006

LAMA TAK MASUK KAMPUNG BARU

Rapat Geng Jurnal, Kampung Baru, diserikan lagi dengan dendangan lagu-lagu secara live.

Untuk epilog lagu Minah Memulas Mesin Masa, Gitar Tong ambil kesempatan kutuk aku. Kutuk dari atas pentas tu. Guna mikrofon lagi. Dia kata aku tak pandai nyanyi.

Disuruh la la la, dibunyinya lal lal lal. Apa boleh buat, mak aku tak pernah diberi peluang nyanyi di kenduri kahwin maka tiada darah seni dalam diri aku.

Dalam aku tak pandai nyanyi ni, Mat Jan mahu aku jadi penyanyi latar lagu rap dia. ND pun paksa aku nyanyi latar untuk lagu Hati Emas.

Inilah yang dikatakan orang oleh orang putih, "bad publicity is still a publicity."

Kalau terus-terusan orang menjemput aku nyanyi, boleh masuk peta pekan Senaiville. Seperti mana Siti mempopularkan Lipispool dan Mawi mempopularkan Kulaifornia.

Malam itu dalam perjalanan dari KL ke Senaiville, hujan selebat-lebatnya. Kenapa entah. Aku salahkan peramal cuaca dalam radio. Cakap itu doa. Jangan ramal yang bukan-bukan.

.......................

KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH GENG JURNAL 2006

JURI PERINGKAT PERTAMA: OP, Tokrimau, Rudy, Miecreation, Nettbiru, Mukeh, Basri, Effa dan Mat Jan.

JURI PERINGKAT KEDUA: 1. Rudy Bluehikari (AWET 2001) - KETUA JURI 2. Fajar Seluas angkasa (AWET 2002) 3. Mat Jan (AWET 2003) 4. Sultan Muzaffar (AWET 2004) 5. Tokrimau (AWET 2005)

1) Weblog Baru Terbaik AFRO DAN TAPAI http://afrodantapai.blogspot.com/

2) Entri Terbaik (Kategori: Merangsang Intelek) HAIRIE EUSOFF Boikot Barang yahudi atau Tidak Perlu? - hujah guna Hadis dan Quran http://www.hairieusoff.com/blog/index.php?itemid=27

3) Entri Terbaik (Kategori: Menyentuh Emosi) ATTOCHSMART Mak Pengorbananmu Tetap Kusanjung http://attoch.blogspot.com/2006/03/mak-pengorbananmu-tetap-kusanjung.html#links

4) Entri Terbaik (Katergori: Mencuit Hati) SINAGANAGA http://sinaganaga.blogspot.com/2006/05/suatu-hari-di-lebuhraya-yang-sibuk.html

5) Fotoblog Terbaik UNSUNGHERO http://www.flickr.com/photos/unsunghero/

6) Rekabentuk Terbaik TOPED http://cilopake.s0lidmind.com

7 ) Projek Terbaik (kategori: luar web) Diablog oleh Bukunota a.ka Nazmi

8 ) Projek Terbaik (kategori: dalam web) Lumba Foto oleh Nettbiru

9) Anugerah Khas Juri (Maksimum 3 orang) tiada pemenang

10) Anugerah Weblog Terbaik 2006 (AWET '06) SERA HONEYBIRU http://www.honeybiru.org

11) Anugerah Penghargaan Geng Jurnal
a. Basri http://dugongsenyum.blogspot.com/ (Selaku Presiden Geng Jurnal 2005)
b. OP http://www.kroni.biz/fikirandalamkembara (Orang yang sentiasa menjadi tulang belakang di sebalik aktiviti Geng Jurnal)

Sabtu, November 18, 2006

RAPAT GENG JURNAL

PERJUMPAAN GENGJURNAL 2006
Sempena Geng Jurnal Separuh Dekad

Khamis, November 16, 2006

ZINE RAPAT



Sesuai dibaca sebelum tidur.


ZINE RAPAT DIBERI PERCUMA KEPADA SEMUA HADIRIN RAPAT GENG JURNAL 2006



ZINE RAPAT- Hebat, Padat, Sendat. 72 halaman.

::Menarik Di Luar:
-Kulit luar direka khas oleh Sinaganaga.

::Menarik Di Dalam:
-Takwim Senario Blog Malaysia
-Cicak
-Makhluk Halus
-Bukan Buli Balik
-Versi Aku tak Ingin Jadi Tomboy
-Secebis Kisah Budak Hostel
-Aku, Cikgu dan Kucing Gendut
-Satu Hari Di Kenduri Kahwin
-Fly Malam
-Petua Bertandang Ke Rumah Mentua
-Bertengkar Dengan Burung
-Berkorban Demi Cinta
-Lagu Cinta
-Isu Daftar GJ
-Undang-undang Pelacuran dan Sumbang Mahram
-Kisah Penyelenggara Lif yang Kaya Raya
-Nasib Badan
-Minit mesyuarat
-Hadiah
-Kena isi borang ke
-Awas orang garang
-Larian dari rumah
-Forum GJ dicadangksn tutup
-Ribut dalam cawan
-Eksperimentasi kucing punya kutu
-Ponteng dalam tandas
-Keputusan Projek Bancian Blog Malaysia
-Kali pertama jatuh hati
-Temubual Dengan Pemenang AWET 2005

Kepada yang ada halangan untuk pergi RAPAT 2006, boleh menempahnya

Zine RAPAT: RM6
Kos penghantaran Zine: RM4 melalui pos ekspress


a. Bayaran dibuat kepada akaun:
Akaun: Maybank Berhad
No Akaun: 114348127378
Nama Akaun: Noor Hanida binti Shaari

b. Sila scan dan emailkan slip pembayaran anda ke email noo_ha@yahoo.com & opx04@yahoo.com.
c. Sertakan nama penuh dan alamat penghantaran melalui email
(kalau boleh alamat pejabat. kalau alamat rumah pastikan ada orang di rumah pada siang harinya).
d. Beri masa seminggu selepas bayaran untuk penghantaran zine.

KLIK OFFER LAIN.

Selasa, November 14, 2006

MELAMBAI BENDERA

"Kelas Math dibatalkan. Ujian juga dibatalkan," umum Cikgu Zakaria.

"Yahuuuuuuuuu!" kelas kami meledak. Kami fikir kami boleh main bola lebih masa untuk P.J.

"P.J. pun batal juga." ujar Cikgu Zakaria seolah-olah boleh membaca fikiran kami. "Ini arahan dari atas. Kita ada rombongan khas."

Satu sekolah berkumpul di padang perhimpunan. Kami berbaris berdua-dua. Guru-guru kelas mengetuai kelas masing-masing. Kemudian, kami berkawad keluar dari kawasan sekolah. 3 km kami berkawad. Berpeluh ketiak masing-masing.

Kami sampai di jalan besar. Jalan yang JKR labelkan nombor satu. Jalan utama dari Johor Bahru ke Alor Setar. Inilah tulang belakang ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Kami beratur sepanjang jalan itu. Dibekalkan kepada kami bendera Malaysia atas kayu buluh.

Jam 9, tiada apa-apa. Jam 10, tiada apa-apa. Jam 11. Panas terik yang menyegat dan habuk keenderaan lalu lalang buat aku menyumpah-nyumpah. Berbakul-bakul. Kemudian aku dengar siren polis. Ayo! Polis nak tangkap aku?

Cikgu Zakaria pun menjerit, "Lambaikan bendera!" Kami pun melambaikan bendera macam nak tercabut tangan.

Mula-mula aku dengar siren polis melolong. Melintas beberapa motor polis trafik. Kereta polis pun lalu juga. Kemudian lalu beberapa kereta mewah dengan cermin hitam. Aku tidak nampak pemandu mahu pun penumpang.

Habis konvoi itu, lalu pula lori botol oren. Cikgu Zakaria pun menjerit, "Okay. Dah habis. Jom balik."

Kami pun berbaris pulang. Berdua-dua. Ketiak masing-masing jadi hangit. Aku lipat sapu tangan dan selit di antara tengkuk dan kolar baju aku. Cikgu Zakaria melucutkan tali lehernya. Simpan dalam saku kemeja.

Sampai di kelas, Cikgu Zakaria bertanya sinis, "Best tak rombongan khas kita?" Pertanyaan yang tidak perlu dijawab.

Entah siapa di dalam kereta-kereta itu. Aku pun tidak tahu. Sampai sekarang aku tidak tahu. Sungguh.

Khamis, November 09, 2006

WAJAH KESAYANGAN BONDA

Seorang murid datang berjumpa aku dan bertanya, "Perlukah saya meletak gambar atas resume saya? Kawan-kawan lain buat begitu."

Aku pun menjawab seperti orang pandai atau orang yang berlagak pandai, "Tujuan resume adalah untuk meyakinkan majikan bahawa kamu itu perkerja yang berkualiti. Anggaplah resume seperti risalah mempromosi diri kamu. Seperti kertas-kertas iklan yang kamu terima dalam peti surat. Iklan yang mempromosi barangan. Seperti kertas iklan gedung Mahkamah Gajah Bulu dan Gergasi. Kalau tauke-tauke gedung itu letak gambar mereka dalam iklan mereka, laku tak barangan mereka?"

(Aku diam sebentar. Merenung muka dia. Menunggu dia memproses soalan yang aku beri.)

Murid itu membuat kesimpulan, "Tauke-tauke tu letak gambar model untuk mempromosi barang mereka. Maknanya jika muka hensem atau lawa, kita letak dalam resume. Kalau muka kita hodoh, kita tidak perlu letak dalam resume."

Aku sambung lagi, "Tetapi jangan pulak kamu letak gambar Tom Cruise atas resume kamu."

Aku tengok dia diam.

Dengan nada memujuk aku sambung lagi, "Jangan risau. Jurufoto yang baik boleh buat sesiapa pun kelihatan kacak."

Dia balas, "Encik kutuk saya ke? Tak baik Encik kutuk kejadian Tuhan."

Aku diam. Tercari-cari helah bela diri. Tidak jumpa. Aku ambil keputusan untuk senyum kelat sahaja membenarkan tazkirah pendeknya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Aku ingatkan dia dah mati lemas. Rupanya dia cuma menyelam lama. Aku persembahkan kepada kalian SAHARIL.

Rabu, November 08, 2006

PERMOHONAN JAWATAN

Aku baca surat permohonan jawatan yang dia tulis. Amat meyakinkan. Dari segi format surat dan susunan kata-katanya, penulis ini patut diberi "A" atau lima ketul bintang. Berikut adalah petikan dari surat itu:

Saya menguasai Microsoft Office Word, Powerpoint dan Excel. Selain dari itu saya juga mempunyai kepakaran dalam pembikinan dan rekabentuk laman web.


Biar pun sempurna bahasanya, tiada majikan yang percaya akan isi kandungan surat ini kerana surat ini ditulis dengan pen. Atas kertas bergaris-garis. Tulisan tangan. Bukan bercetak. Mmmm... tidak hairanlah masih ramai lagi graduan yang menganggur.

Seeloknya aku ketuk kepala penulis ini. Biar keluar lima ketul bintang berputar-putar atas kepalanya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
C-4 or Composition 4

Isnin, November 06, 2006

TOKOH PIDATO

Encik, cadangkan kepada kami pemidato yang encik kagumi? Yang boleh kami contohi.


Kalau murid-murid aku minta contoh, aku akan suruh mereka tengok gusti.

Ahli gusti adalah tokoh pengucapan awam yang boleh dijadikan contoh. Bila mereka bercakap, khalayak pasti bagi tumpuan. Bukan senang nak berucap dengan gagah di tengah gelanggang dalam sebuah stadium, di bawah lampu-lampu limpah, dikelilingi kamera dan ledakan flash, di depan khalayak yang beribu-ribu. Dengan hanya memakai seluar dalam kulit sahaja. Tidak mudah.

Seharusnya sebisa mungkin bagi mereka yang tidak berbakat dalam komunikasi lisan melatih diri dengan melihat contoh-contoh yang terdapat di persekitaran.

Murid-murid aku bertanya lagi untuk penjelasan:-

Boleh Encik cadangkan seluar dalam kulit warna apa yang sesuai?


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
"Ala emak, jam emak dah salah lagi."- Petikan Lagu Kesukaan aku dari Album Demo Gitar Tong. Beli la woi.

Khamis, November 02, 2006

BASIKAL TUA

Basikal Tua


GTB pulang ke Penang, Malaysia, kampungnya. Dia tidak mahu terperangkap di universitasnya di Jogja, Indonesia. Lembaran di bandar universitas itu sunyi amat katanya. Dia tanya aku, mahu ole-ole yang bagaimana? Aku minta basikal kecil.

Aku sudah ada satu basikal kecil buatan Indonesia. Aku beli di Kota Kinabalu. Tetapi aku mahu lagi. Dasar memang tidak pernah puas. Pagi tadi bungkusan ole-ole itu sampai. Rakus aku membuka bungkusan itu.Aku dapat apa yang minta tetapi besi atas sepit udang roda depan basikal itu sudah terpatah.

Aku telefon GTB mengucapkan terimakasih dan Selamat Hari Raya. Aku sangat gembira kerana ada dua basikal. Tapikan, sebenarnya aku syak GTB cuba menunggang basikal itu sebelum mengirimnya kepada aku. Itu pasal besinya patah. Hi hi hi.

Aku kena buat panggilan lagi. Nak minta maaf dengan GTB kerana syak yang bukan-bukan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
GTB: Gigi Tak Bertatoo (Oasis Jiwa)

105 BIKE CULTURE YALA

Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...