Isnin, Julai 04, 2011

GREAT BALL OF FIRE


Gua tengah layan NBA kat mamak, tiba-tiba Man Lipas dan Usop Libas datang duduk meja gua.

"Lu main bola team mana sekarang?" gua.
"Lutut dah buruk tak boleh main lagi. Gua main golf je sekarang," jawab Man Lipas sambil mencucuh rokok.

Dulu Man Lipas ni memang macam lipas kudung gelecek bola. Lepas kena tebas kaki dia, terus dia slow.

"Lu pulak? Main takraw lagi?" gua.
"Gua lama dah pencen takraw. Perut dah boroi, tak boleh nak terbang lagi," jawab Usop Libas sambil mengupas kulit pisang montel yang mamak letak atas meja.

Dulu, kalau Usop Libas lipat bola macam peluru perginya. Macam nak retak court dibuatnya.

"Ini kami baru main golf la ni," kata Usop Libas lagi.

"Bola golf tu kecik," kata Man Lipas, "Semakin kita tua, semakin kecik bola yang kita main."

Man Lipas. Berdekah-dekah Man Lipas dan Usop Libas ketawa.

Gua pun sambung, "Gua masih main basketball. Bola paling besar dalam keluarga bola."

Usop Lipas sambung, "Lu ingat lu tak tua-tua? Ha ha ha!"

Malam tu gua belanja Man Lipas dan Usop Libas teh tarik dan capati.

BLOGGER PUN RINDU KAT GUA

Blogger Bot hantar email kat gua sebab lama tak update.

Blogger Support no-reply@blogger.com to me. 9:56 AM (1 hour ago)

Hi there,

Your blog, http://tokrimau.blogspot.com/ , is associated with the Google Account username tokrimau AT gmail DOT com . Please use this Google Account username to log in to Blogger and access your blog.

If you've forgotten your password, you can reset it by clicking this link: (*hide)

Isnin, Jun 27, 2011

BIR HALAL

Gambar hiasan: Dua lelaki pura-pura mabuk

Mengejutkan apabila tersebar berita ujian makmal yang dijalankan terhadap Barbican yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol.

Diluar 7-Eleven Teluk Muroh ada iklan Barbican harga Rm2.50. Din pun masuk bertanya tentang minuman itu.

Cashier: Iklan lama tu bang. Kami tidak jual Barbican buat masa ini atas arahan pengurusan.
Din: Kenapa?
Cashier: Ada isu tentang Barbican mengandungi alkohol.
Din: Ye ke? Tapi beer lain ada jual pulak.
Cashier: Hi hi hi, saya cuma mengikut arahan je bang.

Kemudian keluar lagi satu berita yang menyebut  ujian makmal menunjukkan tiada alkohol dalam `bir halal’ tersebut. Alahai!

Khamis, Mei 26, 2011

PICK UP LINE MUSLIMIN

Gua tak berapa ada idea hari ni. Jadi gua buat senarai 10 pikap line muslimin yang gua kutip dari #PickUpLineMuslimin di Twitter.

  1. "Assalamualaikum, tak jawab berdosa."
  2. "Saya akan sentuh awak di tempat yang takkan membatalkan wudhu' awak, iaitu hati.
  3. " Telah masuk waktu solat fardhu Asar (16:37) bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & yg sewaktu dengannya"
  4. "Rukun nikah ada lima: Aqad, wali, dua orang saksi, saya dan awak."
  5. "Nur Kasih the movie tinggal couple seat je, awak ok ke?"
  6. "Tak perlu takut dengan JAIS, mereka pun makhluk seperti kita.
  7. "Kahwinlah dengan Pak Aji, Insyallah selamat dunia akhirat"
  8. "Saya memang hari-hari doa agar dapat Hidayah." (Boleh guna jika awek nama Hidayah je)
  9. "Saya mayor foursquare Masjid Shah Alam
  10. "Bapak awak pengganas ke? pasal awak memang meletup."

Gua harap ayat-ayat di atas dapat membantu kalian mendapat jodoh dengan awek yang solehah. Amin.

Isnin, Mei 23, 2011

INCEPTION LEBUHRAYA



Lebuhraya PLUS Air Hitam - Skudai adalah lebuhraya paling bosan. Buat pemandu mengantuk.

Sepatutnya, pihak berwajib cetak artwork dari Galeri Seni atau kartun Lat besar-besar. Letak sepanjang jalan, satu setiap kilometer.

Semalam, gua terlelap. Kemudian gua terjaga. Tercelik. Kereta gerak meluru 110km dan di hadapan gua bontot lori. Panik! Gua jerit Allahuakbar!

Gua tekan brek tapi brek tak ada!

Gua pandang kanan. Pemandu pandang gua.

Cheh! Rupanya gua sekarang penumpang. Bukan pemandu. Baru teringat, kami tukar posisi di hentian Machap tadi.

Pemandu pandang gua, "Ngigau? Mimpi ngeri?"

Gua kesat airliur basi. Kemudian gua kesat peluh di dahi. Lega. Nasib baik gua tak ngigau sebut Rozita Che Wan.

Rabu, Mei 18, 2011

DILEMA LELAKI TEGAK

Peta Jajahan Homo mengikut Wiki May, 2011

Gerakan gay untuk masuk dalam arus perdana semakin ketara. Beberapa negara, termasuk Argentina, Canada, Portugal, Norway dan Afrika Selatan, sudah membenarkan perkahwinan sejenis mengikut landas undang-undang.

Lelaki-lelaki tegak (Straight/bukan gay) mula rasa risau apabila ada orang cuba memberi justifikasi gerakan gay dengan menafsir semula persahabatan lelaki-lelaki sebagai kecenderungan homo erotik. Contohnya: ada yang menuduh filem Pendekar Bujang Lapok mempromosi gay threesome. Ish! Ke situ sampainya.

Lelaki-lelaki tegak mula melampau menunjukkan kejantanan mereka dengan mengelakkan detik-detik yang boleh memfitnah mereka sebagai gay. Berikut adalah senarai 7 gay moment yang membuat lelaki tegak risau.

  1. Dollah menawarkan Awang makanan dari pinggannya untuk dijamah.
  2. Dollah membetulkan talileher Awang yang senget sebelum masuk temuduga.
  3. Dollah mengurut betis Awang yang baru kena simpul biawak.
  4. Dollah keluar dari fitting room dan bertanya kepada Awang, "Okay tak baju ni?"
  5. Dollah bertanya kepada Awang, "Aku gemuk tak?"
  6. Dollah dan Awang pergi kenduri terpakai baju batik yang sama.
  7. Dollah dan Awang jalan pegang tangan. Biasalah, Bangla memang begitu.

Sebenarnya perenggan-perenggan di atas hanya mukadimah. Apa yang Tok nak cerita adalah seperti yang berikut:-

Sedang gua menunggu di stesen bas, tiba-tiba, seorang awek cun melintas. Terus gua dilema, kalau gua tengok, nanti dikata orang mata keranjang. Kalau gua tak tengok, dikata orang gay pulak. Ish. Susah hidup zaman modern ni. Banyak fitnah.

Jumaat, Mei 06, 2011

TENTANG dan KENTANG oleh Saharil Hasrin Sanin

180 naskhah (sahaja) buku-buku ini diterbitkan dan dijual secara online. 20 naskhah (utk setiap satu judul) telah pun dibeli orang secara pukal.

Dengan membeli buku-buku ini anda juga layak/berpeluang untuk memenangi iPad2 tajaan: www.saharil.com

Koleksi 50 esei dan tulisan terbaik dan terpilih yang pernah terbit di dalam blognya selama lebih satu dekad.



TENTANG | 200 mukasurat
RM25 + *RM4 (pos ekspress sahaja)

Koleksi 172 ilustrasi terbaik dan terpilih yang pernah terbit di dalam blognya selama lebih lima tahun.



KENTANG | 200 mukasurat
RM25 + *RM4 (pos ekspress sahaja)

*50 sen tu untuk tambang teksi aku pergi Pejabat Pos, keh keh keh.

Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Nama: AZALAN BIN HUSSAIN
Akaun: 1-14141-15430-1 (Maybank)

Kemudian, emelkan bukti pembayaran ke emel : jimimahmud@gmail.com dan pada subjek tulis: BELI TENTANG RM29 atau BELI KENTANG RM29 atau BELI TENTANG DAN KENTANG RM58 <= Jangan salah pesan buku ya! Tulis nama sebenar anda dan alamat yang betul dan tepat (untuk menjamin buku-buku sampai kepada anda).

Kemudian, kami akan pos buku anda, dan balas emel anda dengan menyertakan 'nombor package pos ekpress' untuk anda menyemak sendiri di laman web rasmi Pos Malaysia: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_express_mail_old.asp

Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya buku tidak sampai kepada anda jika status tracking pos ekspress mengatakan: Final Delivery.

Jadi, pastikan anda memberi alamat anda yang valid sahaja.

_______________
Fadli Akiti kata: Ya, Saharil (rujuk filem The Fisher King, nama "Saharil" ini saya suka panggil satu nama iaitu Saharil saja, seperti dialog Robin Williams dalam filem tersebut, "Like Moses") merupakan sebuah fenomena, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengikutinya di blog, dan tulisan-tulisannya seawal majalah Dewan Siswa, Eh! dan seterusnya. Apa yang ada di dalam penulisan penulis segak ini yang jarang ada dalam sanubari penulis lain sehingga saya terpaut dengannya? Lihat sahaja pembukaan bab serta "entri" buku ini: Ini adalah entri blog pertama aku (sebelum ini, laman web aku bukan dalam bentuk blog), dan nampaknya, kita akan mati hari ini!
(Tentang, hlm. 5)


BACA SELANJUTNYA!

Rabu, Mei 04, 2011

SUARA JURUFOTO

I am not of a photographer but I do like the arts.

The Sartorialist


Yoon Sul


Martin Schoeller

CARBOOT SALES JOHO 1-7.30 pm MAY 7, 2011

AWAS LEPASAN SPM

Awas dengan taktik pengrekrutan oleh kolej-kolej dengan cara mendesak pelajar lepasan SPM untuk membayar wang deposit awal.

Hakikatnya sekarang kolej-kolej tumbuh macam cendawan, tidak perlu risau tidak dapat tempat. Shop around. Jangan terburu-buru letak wang pendahuluan.

Khamis, April 28, 2011

BAHASA INI HANYA PINJAMAN

Bahawasanya bahasa itu sifatnya tidak kekal. Bahasa Melayu lama dengan Bahasa Melayu sekarang berbeza. Setiap patah perkataan itu macam melalui proses undian populariti. Yang mana orang suka pakai, itulah yang lama bertapak.

Sebenarnya, gua agak tidak gemar perkataan Inggeris yang diMelayukan oleh DBP. Contohnya:- revolusi, transformasi, kontroversi, promosi, induksi. Apa ni si si si? Tak ada jiwa.

Gua lebih suka  perkataan Inggeris yang diMelayukan oleh akar umbi. Contoh:- kusyen, gostan, prewel, prebet, drebar, soljah.

Pada zaman media sosial ini, orang suka guna bahasa Inggeris dengan ejaan Melayu. Gua rasa perkataan-perkataan ini bakal ngetop.

Ramalan 10 Frasa/Perkataan Ngetop:
  1. sori 
  2. kiut 
  3. suwit
  4. gudnait
  5. aimisyu
  6. ailabiu
  7. miskol
  8. omaigod
  9. brokenhatet
  10. maderfaker

Isnin, April 25, 2011

LOVE LANGUAGE

Sweet tetapi gua takkan buat video begini. Gua orang gasar.

Jumaat, April 22, 2011

MASA SEKOLAH RENDAH, DALAM RUANG CITA-CITA, AKU TULIS KARTUNIS.

Kecoh pasal telur ayam palsu

Bila cek, telur tu telur betul tapi defect
"Nasi Lemak should be ban from school canteen," - minister.

Rabu, April 20, 2011

SOFA SO GOOD

PENGUIN

Tiba-tiba gua terasa nak membela penguin dalam reban terbuka. Ada pasaran tak untuk daging atau telur penguin?

E-MEL 1MALAYSIA

Gua masih lagi bengang dengan cadangan bangang Emel 1 Malaysia.  Gua tengok klip PM baca teks ucapan yang disediakan untuknya dalam berita TV.  Penuh mambo jambo jargon tekno. Tapi masih lagi tidak dapat disembunyikan projek ini projek bangang.

Gua bukan keseorangan dalam bengang, ramai lagi orang bengang hingga #1malaysiaemail jadi ngetop topic trending tempatan.

Gua harap PM berani buat pembatalan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut The Star Apr 20, 2011:
Datuk Seri Najib Tun Razak, who announced this yesterday, said the 1MY E-mail initiative would allow “direct and secure” communication between citizens and the Government while enhancing the delivery of government services to consumers and businesses alike.

Menurut Berita Harian Apr 20, 2011:
INFO: E-mel 1 Malaysia
Dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar.
Dimiliki sepenuhnya oleh Tricubes menerusi bidaan terbuka Unit Perancangan Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU).
Menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan.
Dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan.

Menurut Malaysia Kini Apr 19, 2011:
Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut KLSE.Info. Saham Tricubes melonjak selepas pengumuman.
Click to enlarge
Soalan Kefahaman Ramalan Kertas Ekonomi STPM 2011
Adakah pengalaman 12 tahun dalam kad pintar dan biometrik bermakna Tricubes akan menjamin pengedalian e-mel?

  1. Apakah pengalaman Tricubes dalam bidang e-mel?
  2. Adakah selama ini kerajaan tiada saluran "direct and secure" komunikasi dengan rakyat?
  3. Adakah rakyat ada melaungkan keperluan mendesak untuk emel peribadi dengan jenama 1Malaysia?
  4. Apa jadi dengan projek 1 Bayi 1 Emel yang dilaungkan dalam inisiatif K-Perak pada tahun 2005?
  5. Kenapa e-mel satu rakyat ini tidak diminta pandangan rakyat sebelum bikin?
Tambahan:

The Star 20 April dipetik,
Datuk Seri Najib Tun Razak tweeted early Wednesday morning that public funds were not involved in the project, which involves a RM50mil investment.
“Before I sleep , let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved n entirely voluntary,” he said in his tweet.
 Tetapi, kenapa PM tak tekan hal ini masa mula-mula umum semalam? Mmmm... Ini damage control statement.  Kan?

    Selasa, April 19, 2011

    Official email account for each Malaysian adult

    Petikan The Star Online

    Rakyat tidak perlukan e-mel 1Malaysia. Kita sudah ada banyak emel percuma yang stabil dan boleh diharap dari Gmail, Yahoo Mail dan MSN.

    Kalau mahu bagi rakyat maklumat, rakyat boleh pakai apa-apa e-mel pun dan langgan dari penyedia maklumat. Mudah.

    Ini adalah kitaran semula idea 2005 K-Perak. Masa itu mereka mahu bagi setiap bayi satu emel percuma. Rujuk SINI.

    Tolonglah jangan membazir. Gila. Ini idea paling bangang!

    Apa yang rakyat mahu adalah internet percuma atau murah. Apa guna emel kalau tidak ada Internet? Fuck!

    Lagi satu hal, laman-laman kerajaan pun sekarang dah banyak bertukar ke Facebook. "Cari kami di Facebook." Apa sudah jadi?

    PETUA KEHIDUPAN

    Q: Apa perlu kita buat jika kita gagal memberi khidmat yang terbaik?

    1. Kita mestilah minta maaf. 
    2. Kita akui kesilapan kita.
    3. Kita janji kita akan baiki kesilapan.
    4. Kita buat jenaka comel macam Twitter. Hati yang baran pun tidak jadi mengamuk. :-)

    Opss ada masalah.

    Kasihan Robot Ni.

    APA ITU SOLEY?


    Middle of the Road are a Scottish pop group that sang Soley Soley. It was the number one song in Switzeland in January 1972. As of 2010, Middle of The Road is enjoying a mild resurgence of popularity due to their 1971-72 videos on YouTube because of their song Soley Soley had been featured in Malaysia's comedy movie Hantu Kak Limah Balik Rumah.

    "Written by a Spanish songwriter, Fernando Arbex, with lyrics co-written by Sally herself and produced by Giacomo Tosti just before Catoca was formed, "Soley Soley", recorded in Madrid, became the summer hit for Europe that year."-Middle of the Road Official Website

    Using Google Translate, I translated Soley from Spanish to English. The result shows
    solely. –adverb
    1. as the only one or ones: solely responsible.
    2. exclusively or only: plants found solely in the tropics.
    3. merely: She wanted solely to get out of the house for a while.
    Wallahua'lam.

    Soley Soley by Middle of the Road (1971)

    Just a little bit lonely
    just a little bit sad
    I was feeling so empty
    until you came back
    until you came back
    until you came back.

    Oh
    Soley
    Soley
    Soley
    Soley
    Soley
    Soley
    Oh
    Soley
    Soley
    Soley
    ley
    Soley
    Soley
    Soley
    ley
    Soley
    Soley.

    Just a little bit closer
    can you lay by my side
    can we get it together
    lazing in the sand
    lazing in the sand
    lazing in the sand.

    Oh
    Soley
    Soley...

    Ahad, April 17, 2011

    Zaman Dulu

    Papa: Zaman dulu, papa pergi sekolah belanja 20 sen je.

    Sabrinamon: Zaman tu ada dinosour tak pa?

    Papa: Bukan zaman dahulu kala. Zaman dulu je la. Cheh!

    Khamis, April 14, 2011

    HUJUNG 1980, KERAJAAN HANTAR GUA GI AMERIKA TRAINING JADI KOBOI

    Roomate Gua Masa kat Texas

    Dah muka macam Ibnor Riza, Debra mana yang tak sangkut?

    Macam muka pengedar dadah Ciudad Juarez pun ada.
    Gua rasa, jadi Tarzan jugalah yang kena dengan jiwa gua.

    Rabu, April 06, 2011

    SATU MALAYSIA


    Seorang Melayu berdiri di depan gerai DVD di pasar malam.

    "DVD Hantu Kak Limah Balik Rumah Mamat Khalid ada ka?" tanya Melayu itu.

    "Belum sampai lagi," jawab tauke DVD.

    "Kalau lu tak jual itu DVD minggu depan, lebih baik lu berhenti jadi Cina."

    "Okay la kawan. Minggu depan gua bawak. Kalau lu tak beli, lebih baik lu berhenti jadi Melayu."

    "Okay. Gua ciao dulu. Jumpa minggu depan"

    ...
    Dari mana datangnya entri ini? Akan datang gua cerita asal usul entri ini.

    Sabtu, April 02, 2011

    CEWAH ON SALE DI CAR BOOT JB



    CEWAH boleh dibeli melalui stokis bertauliah berikut.
    1. Online SALE: Sindiket Sol-jah
    2. Franchise Burger Rokes (belakang Wangsa Walk depan satu restoran.)
    3. UYA Distro Subang Jaya
    3. Jualan Langsung: Tokrimau di Carboot Sale

    Khamis, Mac 31, 2011

    MEMBACA WACANA AJAN DAN RIMA



    Menulis siri Ajan dan Rima tidak begitu mencabar. Apa yang lebih mencabar adalah memastikan yang membaca memahaminya. Tidak semua orang faham siri ini. Untuk 'dapat' siri Ajan dan Rima, khalayak perlu berada dalam pemikiran watak Ajan dan Rima dan membaca apa yang tersirat.

    Ajan dan Rima merayau-rayau di sebuah pusat membeli-belah. Mereka perlu ke tingkat atas dengan tangga bergerak. Sebagai sang budiman, Ajan memberi laluan kepada Rima untuk jalan dahulu.

    Mungkin kalian fikir, bukankah lebih romantik jika Ajan dan Rima bergandingan sebelah-menyebelah. Malangnya, Ajan hanya mahu jadi budiman, bukan romantik. Tambahan lagi, bergandingan di tangga akan menghalang pengguna lain yang ingin cepat. Ya, ada pengguna yang mendaki pantas walaupun tangga itu bergerak.

    Sesampainya di lantai atas, Ajan menegur Rima.

    Ajan: You nampak cantik dari belakang.
    Rima: Thank you. I am flattered.

    Ajan diam. Rima pandang Ajan. Keningnya berkerut. Di mukanya tertulis, "Wait a second, what are you trying to say?"


    Rima: Jahat!

    Dalam struktur penulisan Ajan dan Rima, diam sebentar sebelum Rima menjerit "jahat" adalah penting. Dalam contoh di atas, bantuan diberikan kepada pembaca, biasanya saya tidak memberi bantuan. Saya memilih membantu pembaca kerana saya tidak mahu pembaca menyangka Ajan melihat Rima dengan nafsu.

    Diam di sini adalah ruang di mana Rima berfikir. Dan terdetiklah pada Rima yang Ajan itu mengutuk dia dengan menyatakan secara tersirat: dari depan Rima tidak cantik. Konsepnya di sini adalah jika kita memuji separuh dan tidak memuji separuh lagi, ini bermakna kita mengeji bahagian yang separuh lagi.

    Pun begitu, dalam dinamik hubungan Ajan dan Rima, Ajan bukanlah mengutuk Rima dengan niat. Ia hanya permainanan perkataan. Gurau-gurau manja. 

    Mari kita lihat contoh yang berikutnya. Saya harap kalian 'dapat.'

    Rima: Eh! Atas meja you ada floppy disk.
    Ajan: Ya. Biasanya orang muda sekarang tidak tahu ini adalah floppy disk.
    Rima: Saya tahu itu floppy disk.
    Ajan: I rest my case.

    Rima: Jahat!


    ....

    Puisi Sebaris
    Di hadapan aku, engkau menjawab pesanan yang bertalu-talu masuk ke telefon. Aku tidak berasa istimewa lagi.

    Rabu, Mac 30, 2011

    DETIK DEFINITIF DUA JANTAN


    Mael ni brader Pipiyapong. Salah seorang bekas persekutuan perajurit hardcore Lipis. Maka, brader Pipiyapong adalah brader gua juga. Sebab brader kepada kawan gua, adalah brader gua.

    Tapi, gua rasa boleh kira dengan jari berapa kali gua jumpa Mael.   

    Masa ke Maskara, gua masuk je rumah Pena, gua nampak Mael. Mael nampak gua.

    Kami senyum lebar.

    Kami salam. Salam biasa tapi erat jabatnya.
    Kemudian kami salam brader-brader. Salam macam armwrestling. Genggam kuat-kuat.

    Gua tengok Mael. Mael tengok gua. Face to face.

    "Kita takde benda nak cakap kan?"
    "Entah. Memang takde."

    Kami tidak poser untuk berbual kecil seperti, "Setiap kali petang mesti hujan," atau "Jam tak perjalanan ke Kuala Lumpur?" We are too big for small talks. Too manly to be talky. Kami bukan perempuan. Kami tak mengumpat.

    Kami senyum lebar. Kami sengih-sengih. Kemudian, masing-masing cari ruang lain untuk diisi. Banyak lagi ruang dalam Rumah Pena tu.

    p.s.
    Girls, Mael single lagi. Baik budi pekertinya tetapi seperti lelaki sejati lain, dia tunggu kena ngorat.

    Jumaat, Mac 25, 2011

    PLASTIK

    "Kenapa sampah2 ni tak bungkus dalam plastik?" tanya tukang angkat sampah.

    Mak Ngah jawab, "Sabtu. Hari tanpa plastik."


    ..........
    Kitar semula artikel Jeneral Sinaganaga dalam bentuk lain.

    Rabu, Mac 23, 2011

    MASKARA 26 Mac 2011

    Tiada video seks dan datuk T di sini.

    Jumaat, Mac 18, 2011

    PINTU PUN TIDAK TERKUNCI

    Adik beradik aku semua lelaki, kecuali seorang. Kami bertujuh semuanya.

    Masa kecil, kami tidak cakap banyak antara satu sama lain. Lebih banyak aksi dari bercakap. Sepak. Terajang. Tumbuk. Tepis. Flying kick. Elak. Body slam.

    Ayah pun tidak banyak cakap. Pukul 12 tengah malam, dia buat-buat batuk, "Ehem!" Kelam kabut adik beradik tutup TV, bentang toto dan tidur. Tak nagntuk pun, paksa mata tidur.

    Jarang sangat antara kami buat aktiviti bersama. Abang dengan kawan-kawan dia. Aku dengan kawan-kawan aku. Dan adik-adik dengan kawan-kawan dia, askar-askar plastik. Yang bagusnya jika jarang ketemu, jarang konflik. Jarang gaduh.

    Tapi hairannya, dengan orang luar kami amat peramah. Cuma dengan adik beradik situasinya diam. Kalaulah boleh ditoreh udara tegang dalam rumah kami, pasti keluar darah.

    Sampai ke tua pun kami masih begitu. Kalau berjumpa cuma berbasa-basi. Apa khabar? Dah makan? Dari mana? Jalan jem tak? Hujan tak kat sana?

    Bagus juga ya. Kami jarang mengumpat.

    Semalam di kampung, kunci adik tertinggal dalam kereta. Kereta terkunci. Mula-mula adik jolok-jolok dengan gergaji besi. Kemudian datang abah cuba kait dengan dawai. Hampa.

    Berpeluh ketiak mengerjakan pintu itu.

    Kemudian abah bagi idea guna benang dan racik tombol kunci. Kelakar betul idea kampungan itu tapi memandangkan dah satu jam bertungkus lumus tanpa hasil, kami pun bersetuju.

    Aku pegang lampu picit. Adik guna skru driver renggangkan pintu. Abah hulur benang dan dawai. Persis mainan kat kedai video di mana satu tangan mekanikal dikawal untuk menangkap patung beruang.

    Kemudian, benang itu berjaya menjerut tombol seperti koboi menjerut lembu. Abah tarik. Kluk! Pintu tidak terkunci lagi. Kami loncat-loncat gembira. Yeay!

    Kemudian semua maintain kool semula. Senyum masih di muka masing-masing.

    Sepanjang hidup aku, itulah masa paling kualiti kami anak beranak.

    Rabu, Mac 16, 2011

    ALIN DAN ZUNAR

    Aku ada tulis beberapa siri Ajan dan Rima. Kemudian, aku pernah mohon sumbangan lakaran dari pasangan Alin dan Zunar untuk siri Ajan dan Rima dalam buku Ayah Kita Bos. Baru-baru ni aku dapat tahu cerita dalam cerita yang dicatat oleh Alin. Sweet sungguh.

    "Kala mengemas bilik pejabat, pastinya terjumpa bingkisan2 nostalgia.

    Ini adalah untuk projek blook 'Ayah Kita Bos', atas jemputan Tok Rimau & AbgNaga. We were given the dialogues, and drew from there.

    Pastinya aku dijemput untuk melukis sebab aku minat Tok Rimau tapi Tok Rimau minat Abang, hihihi.

    Apa aku lukis ini sebenarnya memang benar2 berlaku. Aku dating dengan Abang di sebatang sungai di hutan FRIM Kepong. Kami bergayutan kaki di tepian sungai, dan ikan-ikan kecil datang mengigit2. Natural fish spa.

    And mind you, masa tu fish spa belum ada lagi di Malaysia ni.

    Seingat aku, masa Abang perturunkan ilmu lukis kartun dia, aku kena lukis ni semula sebanyak EMPAT kali! Sampai aku naik merajuk-rajuk! Tak guna sesen pun berhutang ribu-raban belajar jadi arkitek 8 tahun! hahahaha
    A really humbling experience that was, though.  oleh ALIN "
     .

    Jumaat, Mac 04, 2011

    MISTERI SETOR

    Kebanyakan pejabat menyediakan tempat solat untuk pekerja muslim. Paling tidak pun dibenarkan solat dalam setor.

    Perghhh! Entri ini bermula cantik macam sebuah entri dakwah. Tapi sebenarnya entri sekular.

    Setor pejabat aku boleh jadi macam-macam. Kadang-kadang jadi surau. Kadang-kadang jadi fitting room. Kadang-kadang jadi tempat tidur. Aku syak juga jadi port makan untuk akak-akak uzur di bulan puasa.

    Tapi kata orang itu, pandai makan pandai simpan la. Lepas guna, kemas. Jangan ada kesan.

    Contohnya, kalau guna setor untuk bersalin pakaian sebelum pergi aerobik, pastikan setor tu kemas.

    Semalam budak pejabat mengadu kat aku. Dia sedang selak-selak cari fail tiba-tiba terjumpa seluar dalam wanita saiz XL. Dia langsung buat pengumuman, siapa akak-akak yang tercicir seluar dalam, sila tuntut. Tak ada pula yang ngaku.

    Seluar dalam itu pun dibuang dalam tong sampah. Aku rasa budak pejabat itu suwey 44 hari selepas itu. Begitu juga fail-fail dalam rak dalam setor itu.

    Sekian, flashback saya.

    Rabu, Februari 23, 2011

    LARI DARI RUMAH



    Semalam Afimon nak lari dari rumah.

    Sebelum itu, dia ada masuk ke dapur dan buka peti ais. Dia susun atur telur dalam rak peti ais.

    Sarahmon sedang sedang basuh pinggan. Minah cun yang ngorat aku sedang masak.

    Minah cun yang ngorat aku nampak Afimon main telur. Dia marahkan Afimon kerana risaukan telur itu pecah. Afimon merajuk dan pergi ke ruang tamu.

    Selepas 10 minit, tidak ada orang memujuk dia, Afimon datang semula ke dapur lagi dan dia buat pengumuman, "Tak ada orang sayang Afi. Afi nak lari dari rumah."

    "Pergi bungkus baju," Sarahmon menyambut. "Jumpa siput babi pun takut, nak lari rumah konon."

    Afimon hentak-hentak kaki berkawad ke ruang tamu dengan muka mencebek. Dan duduk di sofa.

    Lima minit kemudian, minah cun yang mengorat aku pun siap masak. Dia dapatkan Afimon di sofa dan peluk kuat-kuat. Afimon senyum semula.

    Rabu, Februari 16, 2011

    SELUAR BERLUBANG


    Gua memandang cermin. Pusing kiri sikit. Pusing kanan sikit. Gua bersiap kemas untuk ke pejabat. Afimon memerhatikan sahaja dari belakang. Dia pakai baju Ben 10 dan jeans. Di belakangnya ada beg Ultraman.

    "Seluar papa berlubang."

    Gua toleh ke belakang melihat punggung mencari lubang, "Tak ada pun lubang."

    "Kalau seluar tak lubang, macam mana nak masuk kaki. Hi hi hi!"

    Ceh! Apa la yang diajar di taska sehingga Afimon buat lawak poyo begini. Ke memang dah dalam genetik?

    TARIKH LAHIR

    Rabu 4 Jamadilakhir 1388 Hijrah

    FENOMENA ART FEST JOHOR BAHRU - Calling for entries



    1. Penyertaan SHORT FILM harus diemail ke kkontemporari@yahoo.com selewat-lewatnya 20 FEBRUARI 2011 ( wajib hantar detail sebelum submit DVD, pihak FENOMENA akan menghubungi anda jika SHORT FILM anda terpilih)
    2. Hantar SHORT FILM (beserta tajuk filem) dalam bentuk DVD ke alamat berikut:
      L32-106A,KOLEJ TUN HUSSEIN ONN,
      UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
      81310 SKUDAI, JOHOR BAHRU
      Detail penyertaan SHORT FILM (yang perlu dihantar melalui email)contact person
      -email | tajuk short film | deskripsi short film | -length of short film (tidak lebih dari 15minit) 
    3. Details: Fenomena Art Fest
       
    -

    Jumaat, Februari 11, 2011

    TUKAR BAJU STOP MOTION (EXPERIMENTAL VIDEO)



    Director/ DOP : Tok Rimau
    Talent: Sabrinamon
    Apps Setting: Small size, Lo quality, 1 Sec interval, Onion skin on, Grid on, Vintage Green Style.
    Music: Aftuhnoonz by Ohmega Watts, Album Wax Reform
    Edited with STOPMOTION RECORDER Version: 1.2.1
    * Price: $0.99
    * Seller: graf © 2010 bitween
    * Requirements: Compatible with iPhone and iPod touch (4th generation). Requires iOS 4.0 or later.

    Isnin, Februari 07, 2011

    QUICK UPDATES



    Thu. Feb 3: Fearing it would rain at night and I wouldn't be able to play basketball with my mates at the usual time, I drove around Senai during the afternoon. Found a basketball court at Taman Senai Utama with Filipino Players, foreign workers I assumed. Played with them.

    Fri. Feb 4: Family get together. BBQ.


    Sat. Feb 5: Family outing. 4 cars. We took a dip at  Kota Tinggi, waterfall.


    Sun. Feb 6: Selling used books at Car Bootsales. My partners in crime were Syed, Sicksand, Timmy and Din Root. I took that opportunity to start shooting for a documentary entitled: A Bundle of Joy.

    Sekian.

    Jumaat, Februari 04, 2011

    USTAZ CANGGIH

    Ustaz Roslan balik kampung besama isterinya. Di rumah mentuanya ada majlis bacaan yasin dan kenduri.

    Masa, orang mengedarkan buku Yasin, Ustaz Roslan tidak mengambilnya.

    Masa orang mula membaca Yasin, Ustaz Roslan mengeluarkan Iphone. Dia menatap Iphone, kadang-kadang jarinya menguis skrin Iphone itu.

    Orang-orang kampung mula menjeling. Bapak mentuanya juga menjeling. Resah dia.

    Selepas habis majlis, bapak mentuanya berbisik kepada ibu mentuanya, "Cuba tegur sikit menantu awak tu. Orang baca Yasin, dia main henpon. Facebook la tu."

    Ibu mentuanya kemudian berbisik kepada anaknya, "Cuba tegur sikit laki awak tu. Orang baca Yasin, dia main henpon. Facebook la tu."

    Si isteri pun memberitahu si suami, "Abang, ayah tegur abang asyik main henpon masa orang baca Yasin."

    Ustaz Roslan pun duduk sebelah bapak mentuanya, "Ayah, sebenarnya saya hafal Yasin tu."

    "Kalau iya pun kau hafal, jangan la main henpon masa orang baca Yasin."

    Ustaz Roslan mengeluarkan Iphone miliknya dan menunjukkan kepada bapak mentua.

    "Ayah, saya sebenarnya baca Yasin juga. Saya baca sambil melihat terjemahan Yasin dalam Iphone ni."

    Kagum si bapak mentua melihat apps Al-Quran dalam Iphone menantunya. Ada 30 juzuk Al-Quran. Ada terjemahan. Malah ada bacaannya sekali.

    "Maafkan ayah kerana buruk sangka. Tak sangka menantu ayah ni Ustaz Canggih."

    Begitulah sedikit cerita Ustaz Roslan yang saya adaptasikan dari cerita benar. Teknologi itu neutral, yang membuat dia buruk atau baik terpulang kepada penggunaan kita.


    Semoga menjadi iktibar kepada semua.

    Rabu, Februari 02, 2011

    WALK LIKE AN EGYPTIAN


    Assalamualaikum Sheikh,

    Ente ada peluang melihat revolusi, tapi ente pilih tinggalkan mesir. Balik kampung tidur bawah ketiak umi.

    P.S.
    Kalau ente tak paham apa yg berlaku di Mesir, sila baca summary bergambar: http://tinyurl.com/4ox8gpr

    Isnin, Januari 31, 2011

    PERAIH BUKU TERPAKAI

    Anda ada buku terpakai yang ingin dijual? Kami di Wonder Stuff boleh membantu.

    Cara-caranya:
    1. Tampal tanda harga buku-buku anda.
    2. Masukkan buku-buku itu dalam bekas plastik besar (macam toyogo).
    3. Sediakan senarai buku-buku atas sehelai kertas.
    4. Pagi 6 Feb hantar bekas plastik berisi buku itu ke Lost Malaya.
    5. Petang 6 Feb kutip semula bekas plastik dengan baki buku yang tidak terjual.
    6. Wonder Stuff mengenakan caj RM5 bagi setiap bekas toyogo berisi buku tak kira saiz sebagai upah menjaga dan menjual buku-buku anda.

    Sila hubungi wakil Wonder Stuff : tokrimau(at)gmail(dot)com

    Sekian terimakasih.

    LARI DARI BANJIR



    Melayan rintik gendang hujan di bumbung, sambil minum kopi dan makan ubi kayu rebus. Teringat entri lama dalam blog mengenai banjir. Cerita ini dikutip ketika minum-minum bersama pegawai FELDA semasa ada projek kebajikan di FELDA dulu. Nikmatilah, siaran ulangan FELDA di bumi Permata.
    .............



    Lari Dari Banjir- Seperti yang diceritakan oleh Pengurus Felda yang hampir pencen

    Terlalu banyak cerita untuk jadi pengajaran yang hilang ditelan telinga kerana ianya disampaikan secara lisan dan tiada usaha untuk merekodkannya. Mungkin weblog boleh membantu menyampaikan cerita-cerita ini kepada generasi akan datang.

    Sebelum peneroka masuk rumah yang dibina oleh FELDA, pegawai-pegawai FELDA telah mula meneroka hutan dan paya bagi membuka dan membangunkan kawasan tersebut. Mereka berkawan dengan pembalak, orang asli dan mergastua. Pada zaman tanpa kelui dan telefon selular, hidup dihutan amatlah mencabar.

    Suatu hari hujan turun dengan lebat sekali. Tiada tanda-tanda ianya akan berhenti dan sungai mula melimpah. 3 orang pekerja FELDA membuat keputusan untuk lari menuju ke gunung memandangkan air banjir mula merebak ke kawasan hutan tempat mereka bertugas. Dalam hujan mereka meredah hutan kerana keadaan amat terdesak. Salah seorang dari mereka menghidap lelah lalu rebah. Kawan yang seorang itu diziarahi malaikat dan dicabut nyawanya.

    Dengan semangat setiakawan, 2 sahabat lagi mengendong mayat bersama mereka menuju ke tanah tinggi. Bila mereka dihalang parit, mereka terpaksa melontar mayat ke seberang sebelum mereka sendiri meloncat. Mulanya digendong tetapi bila tenaga telah hilang mayat terpaksa diseret. Mayat itu melambatkan lagi perlarian mereka dari bah yang meligan. Kederat manusia tidak terlawan cuaca yang buruk itu. Basah hujan lebat berjaya melunturkan kekuatan mereka. Setelah sekelian lama, mereka mengambil keputusan untuk mengikat mayat sahabat mereka itu dengan rotan pada pokok dengan harapan selapas banjir surut kelak, mayat itu akan disempurnakan.

    Dengan hati yang penuh berat, mereka beredar menuju ke kawasan yang lebih selamat. Mereka ditakdirkan selamat dan membawa pulang cerita yang penuh sedih penuh kecemasan ini.

    Namun begitu, mayat sahabat mereka tidak dijumpai selepas banjir. Hanya rotan sahaja yang memeluk pokok tinggal ditempat kejadian.

    Sehingga sekarang tiada hari khas seperti hari pahlawan bagi pegawai FELDA yang membuka tanah hutan rizab bumiputera ini. Aku kira banyak lagi cerita-cerita pengorbanan yang dilakukan oleh FELDA yang tidak tertulis. Wallahua'lammissawab, ada soalan yang tidak terjawab.

    last modified Jan 29, 2003 at 18:58

    Jumaat, Januari 28, 2011

    MASKARA JUBLI BESI


    29 Januari 2011, 8.00 malam, di Rumah PENA.

    Khamis, Januari 27, 2011

    TIPAH TERTIPU

    Gambar Hiasan

    Boys and girls,

    Pakcik diminta menulis tentang hal ini. Pakcik rasa ini pesanan khidmat awam yang baik. Maka Pakcik pun tulis la.

    Adalah fakta yang tidak boleh disangkal lagi bahawa banyak perempuan dari lelaki atas menara gading. Mereka ini bijak dan pandai berbahasa Inggeris.

    Maka, lelaki-lelaki yang kurang bijak dan tidak pandai berbahasa Inggeris kurang mendapat perhatian dari mereka.

    Adalah fakta yang tidak boleh disangkal lagi bahawa dalam dunia tanpa sempadan ini, ramai yang berpeluang berkenalan dengan lelaki luar negeri. Mari kita lihat satu contoh e-mel ayat-ayat power lelaki luar negara.

    From: David;davidmandrakee@englandmail.com;
    Date: Wed, Jan 20, 2011 at 1:38 AM
    Subject: Re: hello
    To: tipah_hot@gmail.com


    Hi Tipah Hot,

    You must be asleep by now,i just close from from work and just about to go home.Though we did not speak long on the phone,but it was nice to hear your voice.You have good voice,you sound so young and so lively and full of energy.You must be a great person to spend time with.The first thing that captured my interest about you is your smile and then your friendliness,now i also like your voice and i hope we can talk more.

    You said that you think that your heart is dead,to me it is a hard word to use when refering to the issue of love.

    I would love to know about your family.I have one brother and three sisters,they are all doing well with their families respectively.

    How tall are you and what is your favourite colour? i am 6.1ft and i weigh 84kg.When i am not working i spend time reading,watching my favourite tv show,working out in the gym and hanging out with friends.And i normally travel during my holiday.I do not know what else to tell you about myself so i prefer that you ask me anything that you wish to know.

    If you wanna call me at anytime,this is my number +447031808888.And tell me your name please i wanna know you by your real name.

    Take care and keep in touch.

    David


    Sebenarnya ini adalah permulaan satu skim penipuan. Beberapa siri e-mel-mengemel kemudian, David akan terbuka hati memberi hadiah kepada Tipah Hot mungkin sempena harijadi, mungkin sempena valentine, mungkin sempena hari guru, macam-macam hari lagi yang wanita mengharap lelaki bagi hadiah. Lemah pakcik.

    Anyway, diceritakan David juga mengepilkan wang tunai untuk membolehkan Tipah beli baju baru atau tiket Airasia. Wakil kastam akan menghubungi Tipah pasal wang tunai dalam hadiah tersebut. Tipah mestilah membayar denda, cukai atau levi dalam jumlah yang besar. Wakil kastam akan memberi nombor akaun untuk Tipah masukkan duit. Dan Tipah pun masukkan duit dalam akaun.

    Stop sini. Rasanya pembaca yang tidak pergi menara gading pun dah tahu bahawa wakil kastam itu bukan wakil kastam benar. Dan akaun itu adalah akaun orang jahat. Dan Tipah tertipu.

    Kalau Tipah masuk menara gading dan bijaksana, tentulah Tipah dapat kesan penipuan ini kan? Tapi apakan daya, cinta itu buta. Lebih-lebih lagi kalau ayat power itu dalam Bahasa Inggeris.

    Selasa, Januari 25, 2011

    POTONG STIM

    Boys, pakcik dah dengar banyak kali. Girls kata lelaki tahu bahasa Inggeris amat romantik. Sungguh, pakcik tak tipu. Nak tipu buat apa?

    Sekali tu pakcik dapat cerita, seorang minah ni sms mamat dia, "I am here to make you happy, thats the purpose of my life, anyway."

    Amboi! Cintan tahap gaban.

    You tahu apa jadik boys? Tentu la tidak kan. Pakcik belum abis cerita. Ha, ha, ha. Bangang.

    Apa jadik adalah, mamat tu balas text mintak minah tu terjemahkan sms tu. Potong stim betul.

    Sekarang ni minah tu dah berkira-kira nak dump mamat tu. Kasihan tak? Hah! Jadik, belajarlah BI rajin-rajin.

    Gambar minah hot untuk motivasi belajar B.I.
    Pakcik nak tutup dengan petikan kata dari filem Hantu Kak Limah, "Itulah pentingnya English Edukasyen."

    Isnin, Januari 24, 2011

    LALANG DAN BULAN

    "You are my late nights and you are my early mornings," said the grass to the white moon.

    Ahad, Januari 23, 2011

    SUATU PEMERGIAN

    Tanggal 19 Januari 2011, waktu Zohor, Kak Mariani meninggal dunia. Sebelum itu dia sudah berada dalam wad rawatan rapi selama dua hari kerana diabetis dan lemah jantung.

    Aku mengenal arwah sebagai seorang wanita lucu yang ceria dan seorang kakak ipar yang penuh dengan hidup. Dia mengikut suaminya, menunggang motorsikal besar dalam kembara-kembara mereka. Ada yang sampai ke Thailand. Mereka berdua mempamerkan satu pasangan yang romantik.

    Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Sinaran Masai selepas Isyak.

    Aku mendapatkan abang awang untuk mengucapkan takziah. Kami berpelukan. Lama pelukannya. Aku lihat wajahnya yang sugul. Matanya yang merah menakung air mata. Dalam masa yang sama cuba menyembunyikan kesedihan demi anak-anak tersayang. Redho dengan kehilangan orang tersayang.

    Setiap yang hidup pasti mati. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

    Isnin, Januari 17, 2011

    KECEDERAAN SUKAN


    Bila umur dah season 4 ni, badan memang dah tak kental.

    Ligamen dan kartilej lutut gua dah macam haus. Gua amalkan makan glusamine untuk kuatkan lutut.
    Ada sedikit pemulihan tapi tak 100%. Kalau naik tangga, sendi kaki gua masih bunyi kelatak-kelutuk.

    Jari telunjuk sebelah kiri bengkak cuba menguis bola laju. Tulang belakang pun sakit-sakit akibat meloncat rebut bola rebound tinggi dan terbaru rusuk kanan sakit bila gua bersin dan ketawa. Lain kali, kalau nak halang rempuhan lawan, gua kena lindungi dada dari siku dan bahu lawan.

    Atau biarkan je dia lepas.

    Kalah hari ini, mebolehkan gua main esok. Kalau cedera, habuk pun tarak.

    p.s
    Update Kecederaan Teammate:
    Mik, season 3, sakit bahu akibat jatuh motor 5 tahun lepas. Sekarang kerap ulang alik rumah urut.
    Man, season 3, ligamen koyak. Doktor suruh rehat 2 minggu.
    Asraf, season 2, jantung saiz kecil tak boleh endurance lama.
    Mizamil, season 3, perut dah boroi. Gerak dah lambat.
    Ekbar, season 3, semput menyerang. Tidak boleh main lagi.

    Yang lain-lain masih boleh lenting sampai bumbung. Kuat lagi.

    BASKETBALL OTAI SKUDAI


    Dalam dua tiga bulan ni, scene basketball Otai Skudai makin rancak. Kami ada coach yang sudi beri tunjuk ajar. Dia bekas pemain Sarawak. Umur 25. Mulut macam perempuan. Ha ha ha.

    Kami dah tak penat main fullcourt dan berani buat friendly games. Kami lawan dengan Team Serene Park dan Team Indonesian Students. Kami ni tak la terer mana, cukup la kalau kalah tak lengit.

    Apa pun, 3 bulan ni banyak kami belajar berbanding 20 tahun aku main. Thanks coach.

    Sayangnya coach dapat job kat KL, and he's leaving us. :-(

    CARBOOT SALES JOHO

     
    Pada , saya dan Syed berniaga buku terpakai di Joho Carboot Sales di Lost Malaya, tepi pantai Lido. Jualan saya Rm40. Saya beli pula barangan dari gerai lain, Rm10. Bayar sewa tapak, RM20.

    Saya bawa balik RM10. Jadilah, itu namanya rezeki.

    FIREFOX MEMANG ADA DERIA HUMOR

    Khamis, Januari 06, 2011

    BANYAK SANGAT SERAM ADALAH FALASI



    Ramai orang komplen, asyik-asyik filem seram. Dakwaan filem genre seram menguasai tayangan filem Melayu sebenarnya adalah satu falasi. Cuma 7 filem dari 29* yang dilabelkan sebagai seram oleh FINAS dalam data di web mereka untuk 2010**.

    Misteri 1/29
    Muzikal 1/29
    Fantasi 1/29
    Seram 7/29
    Drama 7/29
    Cinta 7/29
    Aksi 9/29
    Komedi 14/29

    Gua kira congak pakai tangan je ni. Tidak pakai excel atau kalkulator, maka mungkin ada kesilapan plus minus 1. Cuba kalian buat hisab untuk filem paling untung dan paling rugi pula. Gua matematik ni tak berapa nak terer.

    * Ada filem yang mempunyai lebih dari satu label genre
    **Damping Malam tiada label tetapi kita andaikan ianya dalam genre seram kerana ada elemen supernatural. Contoh Aksi/Drama/Cinta

    KEBAS 2

     100 copies