Sabrinamon baring depan TV. Dia menonton kartun pada jam 10 malam.
"Asyik-asyik kartun! Bagi mama pulak tengok TV. Mama penat. Masak dan kemas. Biar mama rehat," aku memberi arahan.
Sabrinamon memuncungkan mulut dan bagi remote kepada Mamamon (minah cun yang mengorat aku).
Mamamon baring depan TV dan tekan punat remote. Dia layan CSI Miami. Cerita polis mencari bukti jenayah di Miami.
Tidak sampai 5 minit dia terlelap. Terlepas remote. Aku sambut remote itu.
Aku baring depan TV, sebelah Mamamon. Aku tekan punat remote. Aku layan Miami Ink. Cerita orang bisnes cacah di Miami.
Tidak sampai 5 minit suasana menjadi kabur. Gelap.
Aku terjaga jam 12.30 tengah malam.
Sabrinamon baring depan TV. Dia menonton kartun pada jam 12.30 tengah malam.
Isnin, Oktober 01, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
100 Yong and Dijirus.
Dalam satu bulan, powil (4WD) diesel aku minum kurang 1 liter minyak. Jimatkan? Dia duduk di rumah, tidak merayau ke mana-mana sebab minyak ...
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Aku mahu meracau-racau pun bukan ada yang mahu dengar. Semua sudah ke sekolah dan ke tempat kerja. Aku masih terlantar, terdampar atas sofa ...
6 ulasan:
huh,, aku tahu aku pun menyampah... dulu citer kartun jam 6 petang saja... pstu start ada animax tgh malam,.. pastu dah ada astro citer kartun dah 24 jam.. TV jadi sorga budak2. tak larat nak rebut remote!
Miami Ink memang best..
Hehehe..
budak kecik juga yang true tgk tv..
anna,
Tak sampai hati nak block chanel tu.
Yaabbna,
Kalau dibenarkan. Tok nak tatu nama anak atas dada dalam jawi. Kalau dibenarkanlah.
Pipi,
Utk orang tua, TV untuk berita je dan jadi ubat tidur.
5 minit, sabrinamon pun terlelap juga...
Aku kejut mamamon...
dan..
dan...
dan....
dan......
Catat Ulasan