Selasa, Disember 08, 2009
BONGO
Kau boleh lihat orang cacat penglihatan bermain muzik di tepi jalan. Mereka ada bakat bermain muzik. Ada yang main gitar dan ada yang main keyboard.
"Senang main ni. Aku tengok orang buta tepi jalan selamba je main," komen aku.
Baru-baru ini Sindiket Sol-jah beli aset baharu. Bongo. Tetapi semua ahli Sindiket hanya tengok sahaja alat muzik itu. Lantas, aku capai bongo dan kepit celah kelengkang. Aku pun pejam mata macam orang buta, dan mula mengendang bongo. Aku dendang lagu Masih Jelas yang dipopularkan oleh Hafiz AF. Alaa... budak gempal rambut kerinting tu.
Dang, dang, dang, dung, dung, dung, dang, dang, dang.
"Amacam?" tanya aku.
"Kau main bongo memang macam orang kurang upaya. Tapi bukan macam orang buta. Lebih macam orang pekak," komen Naga.
"Cheh!"
p.s.
Pres Ban, band baru Pipi, Vovin dan seorang kawan berambut panjang, merekrut pemain Bongo dari Dewangga Sakti untuk menyelamatkan persembahan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
8 ulasan:
hahaha...komen tak membina langsung ye tok?
hehhe
takpe Tok~
pasni kita main lain~~
tringat skrip pendekar bujang lapok
hahahahaha!
PRES BAN - masih dara dan mmg 'raw' dan 'rawks'!
sudah terbayang persembahan yang energetik. crowd menggila rambut panjang terhayun ke hadapan dan belakang!
Bukan salah kau, Mau. Salah spana! Aku pun tatau yang sebelum main kena cucuh dengan spana dulu bongo tu. HA HA.
hahaha mendalam maknanya tu tok
beethoven pun pekak kan?
Catat Ulasan